Friday, April 8

Brigade Al-Quds: Kami Ada Apa Yang Ditakuti Zionis


Abu Ahmad, jurucakap Brigade Al-Quds, sayap militan gerakan Jihad Islam Palestin menegaskan, selari dengan kesepakatan nasional pihaknya akan membalas semua tindakan jahat Zionis yang dilakukanya terhadap hak-hak rakyat Palestin. Beliau menyeru kumpulan pejuang yang lain untuk turut menggoncang Zionis.
Dalam pernyataan akhbar ketika mengadakan majlis memperingati para syuhada di Gaza, Khamis (31/3) Abu Ahmad mengatakan,“Sudah menjadi hak pejuang untuk membalas kejahatan Zionis, kerana kejahatan mereka tidak terbatas pada satu pihak saja. Maka kesempatan ini terbuka bagi semua kumpulan pejuang.”
Beliau menambah, serangan terhadap Zionis akhir-akhir ini merupakan permulaan kepada serangan yang lebih dakhsyat lagi. Sederot, Ashkelon berada di belakang mereka. Ketika ini kami memiliki apa yang ditakuti Zionis selama ini.
sumber : COMES
penterjemah : osman

No comments:

Post a Comment