Friday, April 15

Kumpulan Gabungan Freedom Flotilla: Kami Tidak Takut Ancaman Zionis

 


 Kumpulan gabungan “Freedom Flotilla 2” menegaskan bahawa mereka tidak takut dengan ancaman Zionis yang akan melakukan serangan lebih hebat dari yang dilakukan terhadap armada pertama setahun lalu. Mereka menegaskan bahawa armada kebebasan 2 akan berlayar menuju Semenanjung Gaza pada waktunya yang telah ditentukan pada Mei depan.
Dalam pernyataannya sewaktu pertemuan di Athen, Greece, pihak Freedom Flotilla 2 menyatakan bahawa pemerintah Zionis Israel melakukan kempen provokatif terhadap pihak penganjur armada kebebasan dan menggunakan bahasa ancaman militan, sama seperti yang dilakukan terhadap armada kebebasan pertama yang mengakibatkan 9 sukarelawan Turki syahid dan puluhan lainnya cedera. “Kami tidak takut ancaman Israel. Kami akan meneruskan perjalanan mengikut perancangan. Pelayaran ke Semenanjung Gaza akan bermula pada pertengahan Mei depan” menurut jurucakap kumpulan gabungan dalam pernyataannya.
Mereka meminta Kesatuan Eropah dan semua pemerintah yang terlibat dengan armada kebebasan kedua ini agar memberikan perlindungan kepada mereka dari setiap serangan Israel. Terutama dalam senario ancaman yang dibuat Israel, di antaranya adalah pembunuhan para sukarelawan dan penggunaan kapal perang Israel yang membawa senjata berat untuk menyerang armada tersebut.Jumlah sukarelawan akan mencapai 1000 orang daripada lebih kurang 50 negara.
sumber : COMES
penterjemah : syarul zaime

No comments:

Post a Comment