Monday, April 11

Menteri Luar Austria Tuntut Tamatkan Sekatan Gaza


Menteri Luar Austria, Mikhail Sibandlijer, menyeru ditamatkan sekatan terhadap Gaza untuk mengakhiri penderitaan rakyat Palestin yang berlangsung sejak lebih dari 4 tahun lalu.
Dalam sidang akhbar, Rabu (6/5) di pejabat UNRWA Gaza, Sibandlijer menyatakan bahawa sekatan Gaza harus segera diakhiri, tidak mungkin membiarkan penderitaan warga Palestin berlanjutan di Gaza.
Beliau menyebutkan bahawa pihak Kesatuan Eropah harus melakukan inisiatif mengakhiri sekatan terhadap Gaza dan meyakinkan pihak Kesatuan Eropah untuk mengambil sikap bersatu mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Menteri Luar Austria tersebut mengunjungi sekolah Kontena milik UNRWA di kem Nazaret pusat kota Gaza, melihat pusat penyulingan air di kem Deirbalah dan bertemu pegawai-pegawai UNRWA, tokoh masyarakat Gaza dan rakyat tempatan.
sumber : COMES
penterjemah : osman

No comments:

Post a Comment