Tuesday, January 24

FB dan lagi gambar Samseng Jalan Kebun yang serang ceramah ABU dan HINDRAF..

  


Terima kasih buat seorang pembaca yang telah meninggalkan link FB samseng UMNO yang mengepalai serangan terhadap ceramah ABU dan HINDRAF baru-baru ini..


Ada yang mengatakan nama mamat ini ialah Baharom tapi didalam FB yang dikatakan milik mamat tersebut, nama yang tertera ialah Muhamad Razali.

Nama orang putih pula ialah Bob..

Beliau tinggal di Shah Alam dan dilahirkan pada 13 Januari 1985.

Dari apa yang tertulis di info samseng UMNO ini ialah beliau seorang pekerja di Usaha AAR Enterprise pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun.

Berugama Islam, UMNO sebagai pegangan politik dan baginya UMNO adalah “PEJUANG UNTUK AGAMA ISLAM DAN MALAYU” (MALAYU tu apa yang tertulis dalam info mamat tu)







Untuk melihat FB milik Samseng Jalan Kebun UMNO ini sila lihat di SIN

Jangkitan Kuman Bukan Penyebab Utama Kematian Mengejut Dua Bayi : KP Kesihatan



Post Pic
KUALA LUMPUR, 24 JAN : Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan jangkitan kuman bukan penyebab utama kematian mengejut membabitkan dua bayi di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Adila Kids, di Taman Permata, di sini, Khamis lalu.
 
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata ini berdasarkan keputusan awal pemeriksaan histopatologi sampel tisu paru-paru dan beberapa organ lain kedua-dua bayi tersebut.
 
Bagaimanapun, beliau berkata kemungkinan kejadian tersedak susu sebagai penyebab utama kematian mengejut kedua-dua bayi tersebut masih belum dapat ditolak.
 
"Keputusan muktamad akan hanya dapat dibuat setelah semua keputusan ujian termasuk ujian analisis kimia oleh Jabatan Kimia diperolehi, yang dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.
 
Pada Khamis lalu, dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd Faizal berusia tiga bulan setengah dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, 7 bulan, yang ditinggalkan di pusat asuhan tersebut meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu.

Katanya memandangkan laporan polis telah dibuat oleh waris kedua-dua bayi itu, kejadian itu kini sudah menjadi kes perundangan perubatan dan laporan akhir berhubung kes tersebut akan diserahkan oleh kementerian itu kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
 
Dr Hasan berkata sehingga semalam 53 daripada 55 kanak-kanak yang dijagai pusat jagaan tersebut dalam keadaan sihat, sementara dua lagi mengalami demam
selsema yang ringan.
 
Kementerian itu juga mendapati tiada wabak penyakit berjangkit yang serius berlaku di kalangan kanak-kanak di pusat jagaan tersebut berdasarkan kajian epidemiologi serta keputusan ujian makmal.
 
"Sejumlah sembilan sampel tekak yang diambil di kalangan kanak-kanak di pusat jagaan tersebut, telah diuji dan didapati negatif terhadap virus Influenza A," katanya.
 
Beliau berkata anggota kesihatan telah membuat pemeriksaan ulangan di pusat jagaan berkenaan dan turut memberi tunjuk ajar daripada segi aspek penjagaan bayi dan amalan kebersihan diri serta persekitaran kepada pengasuh pusat tersebut.
 
Kesemua tujuh pekerja pusat jagaan itu telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan rutin, dan pusat jagaan itu akan hanya dibenarkan beroperasi apabila semua syarat operasi termasuk nisbah pekerja dengan kanak-kanak dipatuhi

Tuesday, January 17

BERI TUMPUAN SUARA MAHASISWA SEKIRANYA MAHU KE PUTRAJAYA


Mahasiswa menggesa Pakatan Rakyat agar memberikan tumpuan kepada suara anak muda sekiranya mereka mahu diberikan mandat untuk mentadbir Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Akram Ikrami berkata, anak muda kini tidak mudah tertipu dengan retorik politik untuk menarik perhatian mereka.

Katanya, kebebasan mahasisiwa dan professional akademik perlu diutamakan memandangkan banyak campur tangan dalam pentadbiran universiti sehingga membantutkan kebebasan akademik.

“Mereka bekerja tidak seronok sebab sekatan kerajaan Umno BN. Idea dan pandangan hanya untuk mengejar ranking universiti tanpa ruang untuk menyumbang,” katanya.

Selain itu, Pakatan juga perlu mencari mekanisme penyelesaian yang mampan bagi membantu mahasiswa yang terbeban dengan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

“Kita menyeru PR jangan menyedari mahasiswa terbeban sahaja. Sehingga kini belum ada yang mengemukakan idea bagaimana menyelesaikan beban hutang.

“Mahasisiwa dikejar tuntutan hutang sehingga dalam selimut. Layanan terhadap mahasiswa lebih buruk daripada banduan di penjara. Selesaikan persoalan PTPTN,” katanya seperti dilapor TV Selangor.

Akram turut mendesak Pakatan Rakyat memandang serius isu Akta Undang-Undang Kolej dan Universiti yang sehingga kini masih belum diselesaikan Umno BN selain menyediakan platform besar untuk anak muda menyalurkan pandangan mereka dalam usaha memantapkan negara

“Kita mahu AUKU dimansuhkan, bukan dipinda. Ada suara anak muda untukk mereka sumbangkan kepada kerajaan. Kalau perlu ada suara di Parlimen masukkan di Parlimen,” katanya.

Agong puji pentadbiran MB Kedah Ustaz Azizan


Pembaharuan dan kemajuan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mendapat pujian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.

“Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam", titah baginda semalam dipetik Sinar Harian.

Baginda bertitah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

“Beta amat sukacita kerana Kedah sentiasa aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan rakyat,” titah baginda.

Baginda turut melahirkan kesyukuran kerana Kedah terhindar daripada keganasan dan ketegangan antara kaum yang kritikal seperti yang berlaku di beberapa negara lain, selain berpuas hati dengan corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendokong prinsip keadilan tanpa mengira latar belakang.

“Tidak ada peristiwa yang tidak diingini berlaku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini. Beta harap semua pihak komited menjalankan tugas, ikhlas, amanah serta telus dalam mengendalikan urusan pentadbiran,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, seluruh kepimpinan kerajaan, anggota pentadbiran dan rakyat haruslah bertakwa kepada ALLAH SWT agar mendapat keberkatanNya.

“Jentera pentadbiran dan pengurusan negeri yang cekap amat penting untuk merancang dan melaksana dasar dan program Kerajaan Negeri. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlu berpegang teguh pada konsep amanah dan kepimpinan berintegriti,” titah baginda.

Friday, January 13

TINDAKAN DISIPLIN SATU TARBIYAH - Ustaz Idris Ahmad


 
Print
Apabila kita mengisi borang sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kita telah berjanji untuk mematuhi perintah dan arahan parti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Janji ini merupakan lumrah kepada mana-mana organisasi. Begitu juga apabila kita bekerja di sektor swasta atau awam tetap mempunyai disiplin dan peraturan yang perlu dipatuhi jika mahu berkerja di tempat ini. Perkara yang sama kita sebagai seorang muslim sudah pun digariskan oleh Nabi SAW sebagai panduan disiplin dengan agama kita yang tidak boleh  dirungkai daripada diri kita. Tidak ada makhluk yang bernama manusia hidup tanpa peraturan dan disiplin. Sekiranya manusia hidup tanpa  disiplin, maka dunia akan haru hara. Lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti yang hendak mendaulatkan Islam dan mempunyai cabaran yang begitu besar perlu mempunyai disiplin yang ketat supaya tidak ada gangguan untuk mencapai matlamatnya.

Banyak kisah-kisah yang dipaparkan di dalam sirah Nabi S.A.W yang boleh menjadi teladan kepada kita. Oleh itu tindakan disiplin adalah sebahagian daripada tarbiah di dalam jamaah. Contoh yang berlaku tindakan disiplin kepada tiga orang Sahabat Nabi S.A.W yang tidak menyertai perang Tabuk. Mereka ialah Kaab bin Malik, Murarah bin Rabi’ah Al Amiri dan Hilal bin Umayah Al Waqifi. Mereka ini adalah antara lapan puluh orang yang tidak pergi berperang di Tabuk. Rasulullah tidak menerima keuzuran mereka bertiga, manakala yang lain Baginda menerima dari  alasan mereka.

Menurut Kaab bin Malik beliau tidak pernah ponteng di dalam setiap kali berperang, tetapi di dalam perang Tabuk beliau merasa malas hendak menyertai, walaupun beliau mempunyai kelengkapan yang cukup melebihi daripada keterlibatan beliau berperang di medan yang lain. Oleh kerana godaan nafsu dunia maka beliau tidak berangkat bersama dengan Nabi S.A.W. Beliau menyangka Baginda tidak tahu, sangkaan beliau meleset kerana Baginda terus bertanya beliau ketika di Tabuk.

Apabila Baginda pulang daripada Tabuk, maka Kaab pergi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W di masjid untuk meminta maaf, maka Baginda suruh beliau balik sehingga mendapat pengampunan daripada Allah Taala. Baginda mengarahkan jangan berurusan dengan mereka bertiga, ertinya mereka dipulau oleh orang Islam di Madinah. Baginda sendiri tidak melayan dan menegur Kaab. Dua orang sahabat yang lain hanya tinggal di dalam rumah dan menangis serta memohon keampunan daripada Allah Taala.

Pada suatu hari ada utusan Raja Ghassan daripada Syam datang membawa surat daripada untuk memujuk Kaab bin Malik ke Syam kerana Sahabat dan saudara mereka tidak perlukan beliau lagi. Maka Kaab mengambil surat itu lalu dibakar kerana ini adalah ajakan syaitan dan iblis supaya beliau meninggalkan Islam. Masuk hari yang ke empat puluh maka datang satu utusan menyuruh mereka menjauhkan isteri mereka. Maka Kaab menyuruh isterinya pulang ke pangkuan keluarga sehinggalah datang pengampunan daripada Allah Taala. Oleh kerana Hilal bin Umaiyah sangat tua dan lemah maka isterinya datang bertemu Rasulullah S.A.W lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah, sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang sangat tua, lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu. Adakah boleh aku melayaninya di rumah?"

Rasulullah S.A.W menjawab, "Tidak! Dia tidak boleh mendekatimu!"

Isteri Hilal menjelaskan, "Ya Rasulullah! Ia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi. Demi Allah, yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!". Maka Rasulullah tetap tidak benarkan.

Selama lima puluh hari lima puluh malam pemulauan berlaku terhadap mereka bertiga, selepas waktu subuh datang utusan daripada Baginda S.A.W memberi tahu bahawa Allah Taala telah mengampunkan mereka bertiga. Mendengar berita itu Kaab terus  sujud syukur kepada Allah.

Ketika aku mengucapkan salam kepada Rasulullah, mukanya nampak cerah dan gembira, katanya "Bergembiralah kamu pada hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kamu dilahirkan oleh ibumu!"

"Apakah dari Allah ataukah dari engkau ya Rasulullah?", tanyaku sabar.

"Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari Allah!", jawab Rasul S.A.W.

"Demi Allah, aku belum pernah merasakan besarnya nikmat Allah kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada Rasulullah S.A.W", Kaab lalu membaca ayat pengampunannya itu dengan penuh haru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya.

"Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (seksa) Allah melainkan kepadaNya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang" - Surah At Taubah:118

Banyak lagi kisah tindakan disiplin yang dikenakan kepada Para Sahabat antaranya ialah kepada Hatib Abi Balta’ah yang membocor rahsia mengenai persiapan Baginda untuk menyerang Makkah kepada kaum keluarganya di Makkah. Beliau selamat daripada hukuman kerana Hatib ialah ahli Badar. Begitu juga dengan Abu Lubabah ibn Munzir yang diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W untuk berunding dengan Bani Quraizah yang sudah dikepung selama dua puluh lima hari. Apabila Abu Lubabah sampai mereka meminta pandangan apakah kamu berpendapat lebih baik kami mengikut hukum Muhammad? Abu Lubabah mengatakan, "Ya".
Kemudian dia mengisyaratkan tangan dan tengkuknya, yakni menunjukkan mereka akan disembelih. Apabila beliau menyedari beliau telah mengkhianat amanah Rasulullah maka beliau mengikat badan beliu di masijid selama enam hari sehinggalah datang pengampunan daripada Allah Taala.

"Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka yang bercampur baur pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" - Surah At Taubah:102

Pernah berlaku kepada seorang aktivis PAS di Pasir Salak Perak yang telah diambil tindakan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana masalah dalaman parti, namun beliau tidak pernah jemu-jemu membantu PAS dan menghadiri program PAS walaupun beliau bukan ahli PAS. Paling menarik rumah beliau telah diadakan ceramah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang memecat beliau pada ketika itu. Selepas beberapa beliau ditemui meninggal dengan penuh misteri di dalam parit di tanah rancangan Felcra Seberang Perak.

Rumusan Dari Kisah Ini
  1. Tindakan disiplin adalah merupakan sebahagian daripada tarbiah.
  2. Mereka yang berjiwa besar akan menganggap ini adalah satu penghormatan dan peluang untuk mereka muhasabah diri.
  3. Mereka yang dikenakan tindakn disiplin diuji dengan secara praktikal, bukan sahaja teori. Kerana tarbiah ialah amali bukan teori semata-mata.Salah satu cara Allah hendak mengangkat darjat seorang itu di dalam berjamaah.
  4. Menguji keikhlasan seorang itu sama ada mereka berjuang kerana Allah, bukan kerana jawatan.Tidak rugi apabila kita merendah diri dan rela menerima tindakan dengan hati yang lapang.
  5. Allah akan menguji kepada kita sama ada kita akan mengkhianat jamaah atau tidak apabila kita diambil tindakan. Jika Kaab bin Malik dipujuk oleh Raja Ghassan yang kafir, maka kita juga akan dipujuk oleh musuh-musuh PAS yang sentiasa mencari peluang.
  6. Contohilah seorang ahli biasa PAS di Pasir Salak walaupun diambil tindakan mereka terus memberikan khidmat kepada PAS.
  7. Allah hendak melihat kita bercakap serupa dengan apa yang kita sering ungkap kisah Khalid ibn Walid yang dipecat di zaman Saidina Umar. Beliau terus berjuang walaupun menjadi pengikut biasa.

KETIKA KOMANDER KHALID DIPECAT AMIRUL MUKMININ


Marilah kita menelaah semula peristiwa pemecatan Khalid ibnu Al Walid R.A dari jabatannya sebagai panglima tertinggi angkatan tentera Islam yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al Khattab R.A. Pemecatan tersebut adalah satu peristiwa sejarah yang sangat mengkagumkan, peristiwa yang menayangkan keunggulan peribadi pejuang fi sabili' Llah. Dalam perhitungan rakyat jelata, tentu sahaja pemecatan tersebut merupakan tindakan yang tidak bijaksana.

Bagi mereka yang tidak berada di lapangan pentadbiran, mereka melihat Khalid dengan sifat kepahlawanannya yang luar biasa itu merupakan orang yang paling tepat untuk jabatan panglima agung dan tidak ada sebab yang jelas mengapa ia harus dipecat. Tetapi Umar dengan ketajaman pandangannya dapat melihat apa yang orang lain tidak mampu melihatnya. Lalu beliau mengambil tindakan pemecatan tersebut dengan bertawakkal kepada Allah dan menuluskan niat untuk mencari keredhaanNya semata.

Siapa yang tidak kenal Sahabat Rasulullah S.A.W, Saidina Umar al Khattab R.A yang memikul amanah sebagai seorang khalifah selepas Saidina Abu Bakar as Siddiq R.A? Dan siapa pula yang tidak mengenal pakar strategis di medan perang, Khalid bin Al Walid? Kedua-duanya adalah tokoh pejuang di belakanag Baginda Nabi S.A.W.

Apabila arahan pemecatan dikeluarkan oleh Khalifah Umar Al Khattab, Khalid R.A yang digelar pedang Allah menerima berita pemecatan tersebut dengan hati yang lapang. Dengan penuh rela diserahkan jabatannya kepada pengganti yang baru ditauliahkan oleh Umar iaitu Abu Ubaidah ibnu Al Jarrah. Khalid R.A sendiri barangkali tidak tahu dengan pasti mengapa pemecatan ini dilakukan, tetapi yang jelas ialah Khalid tidak meragui keikhlasan Umar Al Khattab dan menghormati kewibawaan pimpinannya.
Khalid meyakini bahawa pemecatan tersebut adalah untuk kebaikan seluruh umat, bukan kerana motif jahat, bukan motif menjatuhkan Islam, bukan motif kroni dan sebagainya, tetapi adalah bermotifkan keyakinan kepada perjuangan Nabi S.A.W. Kerana itu, Khalid dengan spontan patuh kepada perintah Umar dan tidak terlintas langsung sebarang tindakan penentangan, cakap-cakap mulut yang berterusan dan kerana itu ia tidak menghebohkan kepada orang ramai, khuatir ia akan menimbulkan reaksi yang kurang menyenangkan.

Nabi S.A.W pernah bersabda memuji Abu Ubaidah bin Al Jarrah, "Setiap umat memiliki orang kepercayaan. Dan orang kepercayaan umat ini ialah Abu Ubaidah bin Al Jarrah". Namun, pujian melangit Baginda S.A.W kepada Abdullah bi Al Jarrah tidak membuatkan Khalid berkecil hati. Jika kita merenung akal manusia yang cetek ini pasti terdetik dalam fikiran kita, "Apa lebihnya Abdullah bin Jarrah? Apa kurangnya Khalid bin Al Walid?". Namun, bukan soal kehebatan personal kedua-dua tokoh ini, tetapi sebaliknya adalah soal disiplin dan akhlak yang disemat sebaik-baiknya oleh kedua-dua tokoh para pejuang agama Allah ini.

Setelah diserahkan jabatannya kepada Abu Ubaidah, Khalid terus berkhidmat dengan setia di bawah pimpinan yang baru dan semangat perjuangannya itu kekal utuh sama seperti beliau menjadi pemimpin tentera. Komen spontan yang terbit dari tindakan Khalid menampakkan ketulusan hatinya, "Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar". Inilah jiwa besar Khalid, bukannya menentang pimpinan setelah beliau dipecat, bukannya terbit perasaan tidak puas hati, bukannya membantah keputusan Umar.

Di pihak Abu Ubaidah pula, tidak pula beliau menampakkan kerakusannya terhadap jawatan, beliau akur agar perlantikannya dirahsiakan buat beberapa ketika. Sementara itu, pihak tentera dan umat Islam pula telah menerima perubahan tersebut dengan tenang, tidak ada yang membantah, yakin bahawa tindakan Umar adalah tindakan yang didasari tawakkal dan petunjuk Allah. Bukannya tindakan semberono, tindakan pengekor hawa nafsu dan peribadi, tindakan tanpa syura.

Seluruh tentera Islam merelakan pemecatan Khalid, sebagaimana Khalid merelakan dirinya dipecat dan mereka juga menerima perlantikan Abu Ubaidah sebagai Khalid menerimanya dengan ikhlas. Kewibawaan dan reputasi Abu Ubaidah tidak pernah dipertikaikan dan Khalid melihatnya sebagai alternatif yang berhak menggantikannya.

Demikianlah peristiwa besar, jiwa tarbiyah Khalid yang terus abadi dalam rakaman sejarah, menjadi lambang keunggulan umat yang ikhlas mengabdi dan berbakti hanya kepada Allah, hormat kepada pimpinan dan setia kepada pimpinan perjuangannya. Sesungguhnya bertuahlah umat yang sedia belajar dari sejarah ini, baik yang berkedudukan sebagai Umar, Khalid dan Abu Ubaidah radhiAllahu anhum ajma'ien. Betapa tingginya taqwa Para Sahabat, inilah hati-hati yang berada dalam satu saff yang dipuji oleh Allah Taala di dalam Al Quran :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh" - Surah As Saff:4, Al Quranul Karim

Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab R.A? Bagaimana jika mereka dipecat seperti Khalid bin Al Al Walid R.A? Dan Bagaimana pula jika mereka mengundang jawatan seperti Abu Ubaidah bin Al Jarrah R.A?