Saturday, April 9

Armada ke Gaza Minta Perlindungan Antarabangsa Selepas Israel Ancam untuk Menyerang

 


Ketua armada Kebebasan kedua Gaza oleh Kempen Eropah untuk menamatkan pengepungan di Gaza, telah menyeru campur tangan dunia selepas para pegawai Israel mengancam secara awam bahawa tentera akan menyerang konvoi jika ia meneruskan untuk menembus sekatan Israel dikuatkuasakan terhadap Jalur Gaza.
Permintaan ini muncul selepas dokumen rahsia Israel mendedahkan bahawa serangan terhadap armada pertama sebenarnya dirancang.
Angkatan laut Israel menyerang operasi armada kebebasan pertama ke Gaza akhir Mei lalu, membunuh sembilan aktivis dan menyebabkan ramai kecederaan.
“Apa yang diterbitkan dalam surat khabar Israel pada hari Isnin bahawa tentera bersedia untuk menyerang Armada Kebebasan 2 dan menguasai semua kapal dengan menggunakan kapal peluru berpandu dan pengakuan sebelumnya bahawa Israel merancang untuk menggunakan pencerobohan boleh menyebabkan akibat yang serius , “kata Mazen Kaheel ahli Eropah dalam kempen tersebut kepada akhbar.
Dalam perkembangan berasingan, wartawan Israel telah membocorkan dokumen “rahsia” mengandungi maklumat bahawa serangan terhadap armada pertama dirancang dan bahawa rampasan kapal-kapal adalah sebahagian daripada senario rasmi yang digunakan untuk melakukan operasi.
Menurut dokumen yang diterbitkan Isnin, Jeneral Yoav Galant, komander selatan Israel memberi amaran setahun sebelum serangan bahawa kapal-kapal akan disita dan bahawa operasi boleh mempunyai menyebabkan “akibat yang serius”.
Galant memberi amaran bahawa nyawa tentera akan terancam sekiranya operasi menurunkan mereka ke kapal sehingga mereka tidak punya pilihan tetapi melepaskan tembakan dan membunuh aktivis.

penterjemah : ameen

OIC akan terus menyokong laporan Goldstone

 


Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang berpusat di Jeddah mengatakan akan terus menyokong laporan Goldstone yang mengecam Israel kerana melakukan jenayah perang semasa perang terakhir di Gaza selepas Goldstone, yang memimpin pemeriksaan terkemuka laporan PBB, telah menarik balik tuduhan terhadap Israel.
OIC berkata bahawa laporan itu penuh dengan “fakta di lapangan” dan bahawa laporan Goldstone baru-baru ini tidak boleh menukar fakta bahawa para pemimpin Israel bersalah melakukan jenayah perang terhadap warga awam Gaza, seperti yang dinyatakan dalam laporan.
“[OIC] akan terus mematuhi kandungan laporan yang telah diterima pakai oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva,” kata OIC di website rasmi.

penterjemah : syuhada

Pendatang Yahudi Sabotaj Bekalan Air Kampung Palestin

 


- Pendatang haram Yahudi menyerang kampung Madma pada selasa dan mencemarkan dan merosakkanbekalan air di kampung itu, kata sumber tempatan. Mereka berkata bahawa pendatang daripada Yitzar menyerang satu-satunya bekalan air dan menghalang penduduk kampung dari menggunakannya. Kampund di selatan dan Utara Nablus menjadi sasaran serangan harian daripada pendatang haram Yahudi.

penterjemah : redz

Israel bersedia untuk menyerang Flotilla Kebebasan Kedua

 


 Akhbar Nazareth berkata bahawa kementerian luar Israel telah mula melakukan persediaan dari pelbagai aspek untuk berhadapan konvoi bantuan kedua Flotilla Kebebasan (Freedom Flotilla) yang sedang menuju ke Gaza yang dikepung pada pertengahan Mei.
Akhbar itu melaporkan pada Isnin bahawa kementerian luar melaksanakan mesyuarat dengan tentera dan pegawai keselamatan dalam usaha untuk mengkaji bagaimana untuk memintas dan mengawal konvoi itu secara ketenteran.
Tambahan pula, tentera Laut Israel sedang menambah kelengkapan dan latihan untuk melakukan penawanan ala-komando ke atas kapal konvoi itu dan penumpangnya.
Haaretz juga menyatakan bahawa kerajaan Israel menghubungi pemimpin negara yang menghantar rakyat mereka dalam konvoi itu untuk meyakinkan mereka supaya tidak membenarkan pelayaran kapal itu daripada pelabuhan mereka.

penterjemah : redz

UFree seru Mesir tutup fail tahanan Palestin selama-lamanya.

 


 Badan UFree (European Network to Support Rights of Palestinian Prisoners) yang bertapak di Oslo (Norway), menyokong pembebasan 13 tahanan Palestin dari penjara Mesir. Badan itu memuji tindakan Majlis Tertinggi Ketenteraan dan Kerajaan Mesir tersebut sambil menyatakan bahawa, “tindakan ini akan menghapuskan penderitaan yang dialami para tahanan dan keluarga mereka”, pada masa yang sama menggalakkan lagi pembebasan para tahanan yang lain dan menutup fail serta-merta.
Muhammad Hamdan, Pengerusi UFree, berkata dalam kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin sebagai, “kami ingin menyatakan tahniah atas tindakan positif ini, yang bakal menguatkan lagi hubungan antara rakyat Palestin dan Mesir menuju ke arah kestabilan dan keamanan.”
Hamdan menerangkan bahawa UFree, telah mengutarakan kes tahanan Palestin ini dengan Kerajaan Mesir dengan bantuan beberapa anggota Parlimen Eropah, yang menyokong pembebasan mereka. Dalam lawatan terbaru delegasi Eropah ke Mesir ini, perbincangan berkisar tentang tahanan Palestin telah dilakukan dengan Majlis Tertinggi Kerajaan Mesir, sebagai hasilnya, pembebasan siri kedua ini yang melibatkan 13 orang tahanan.

penterjemah : Azleen