Tuesday, January 25

Panas Katak Fairus Akan Bagi Ceramah Kat UPSI Malam Ni? BOOO La..




Panas Katak Fairus Akan Bagi Ceramah Kat UPSI Malam Ni? BOOO La..
Bekas Tim. Ketua Menteri dituduh rasuah, beri ceramah di Upsi
Tanjong Malim, 25 Disember- Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang YB Mohammad Fairus Khairuddin dikatakan pada malam ini akan menyampaikan satu ceramah bertajuk "Agenda Memperkasakan Negara Bangsa" bertempat di Kolej Za'ba.Beliau yang merupakan ADUN Penanti yang memenangi kerusi atas tiket PKR dikatakan telah 'lompat' dari parti tersebut dan menurut sumber pernah dituduh dan disiasat oleh SPRM dalam kes rasuah (telah dibebaskan dari tuduhan).Dalam pada itu, rata-rata mahasiswa disini menyatakan kekecewaan berhubung bagaimana seorang ahli politik seperti beliau boleh lepas untuk memberi ceramah dikampus.Dalam hal berkaitan, minggu lepas ADUN 'lompat' Jamaluddin Razi (ADUN Behrang) dan ADUN Slim River turut hadir ke Upsi dalam satu majlis yang dianjurkan.http://upsikini.blogspot.com/2011/01/bekas-tim-ketua-menteri-dituduh-rasuah.html

Umno Perlu Jelaskan Sebab Tolak Pinda Perlembagaan Negeri




SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menolak cadangan meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 membuktikan parti itu menentang tindakan untuk mengembalikan hak raja-raja Melayu.
Justeru beliau berkata, Umno yang sebelum ini sering menjadi juara mengenai isu ketuanan Melayu perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tindakan mereka menolak usul berkenaan.
"Kita lihat Umno yang ghairah berbica tentang ketuanan Melayu dan hak raja menentang usul itu.
"Soal Umno tak setuju mereka kena jelaskan kepada rakyat kenapa mereka tolak," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Beliau mengulas mengenai kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga.
Usul pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar kerana cuba memperbetulkan dan mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu yang dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

PANAS!! Gaya Dan Citarasa "Imelda Marcos Malaysia" Yang Kedekut!!



Kah kah kah...

Perhatikan betul-betul angka di bawah.

Nilai tukaran wang asing hari ini - USD3.0951 = RM1

Sewa sebuah bilik hotel di Dubai - USD35,000 = RM108,328!

Persoalannya, siapa yang bayar sewa hotel ini??

Apakah keluar dari tas tangan Rosmah Mansor?? Tidak!

Apakah belanja ini datangnya dari "wang saku" yang diberi Najib Altantuya?? Sudah semestinya juga tidak!!

Jadi dari mana datangnya wang untuk membayar harga semahal ini??

Ingat lagi PERMATA yang diasaskan Rosmah diberi peruntukkan RM111 juta dalam Belanjawan 2011??

RM111 juta ini semuanya wang kita. WANG RAKYAT MARHAEN!!

Apakah ini sumber asal yang mungkin disalah guna wanita yang perasan dirinya "Wanita Pertama" ini??

Mana SPRM?? Kenapa tak siasat perbelanjaan Rosmah semasa melawat tiga negara baru-baru ini??

Kah kah kah...

Lagi cepat Umno-APCO bungkus dalam pilihanraya umum akan datang tidak kira bila Najib Altantuya nak umumkannya!!

Kah kah kah...

Rosmah Mansor Sewa Bilik USD35,000 semalam!!

Masih berputar dengan kisah Puan Imelda Malaysia @ Datin Sri ROSMAH MANSOR isteri kepada PM Malaysia Datuk Sri Najib Razak.

Sumber berita dari laman maya ROSMAH MANSOR telah tidur bilik hotel satu malam berharga RM106,000 (Ringgit Malaysia- SATU RATUS RIBU ENAM) DALAM USD35,000 SATU MALAM . Semasa lawatan negara Arab dan Bangladesh.

Siapa yang membayar sewa bilik (hotel) tersebut kepada Rosmah?. Jika peruntukan KERAJAAN BN/UMNO, memang jahat dan zalim Najib sebagai PM dan Menteri Kewangan meluluskan peruntukan yang begitu besar.

Najib sebagai PM dan Menteri Kewangan perlu jelas kepada rakyat berapa belanja ROSMAH MANSOR semasa lawatan tersebut. Rakyat ingin tahu berapa gaji Rosmah setiap bulan dan berapa alaun setiap bulan.

Jika sewa bilik tidor Rosmah tidak dibayar oleh kerajaan semasa lawatan tersebut, Rosmah dan Najib perlu jelaskan kepada rakyat siap yang membayar atau ditaja.

Untuk rekod Rosmah dapat peruntukan RM111 JUTA untuk PERMATA. Najib sebagai menteri kewangan perlu dedahkan belanja PERMATA TAHUN 2010 YANG BERJUMLAH RM100 JUTA.

Rosmah belanja besar, rakyat dihimpit dengan seribu kesusahan dan keperitan yang melampau. Harga barang naik, rakyat menangis ,

Rosmah dan semua menteri kabinet Najib/ Muhyiddin Yasin berindaklah dan cari pendekatan untuk mengurangkan dan menghalang harga barang runcit naik melambung.

Najib dan BN/UMNO rakyat akan bangkit mencemuh dan benci serta menghalau kamu dari bumi Pekan.

Sekali wahai pengundi DUN TENANG UNDILAH PAS DENGAN MENGURANGKAN ANGKA 5000 YANG DIIMPIKAN MUHYIDDIN YASIN YANG PERNAH MENGADAI TANAH JOHOR KEPADA ORANG ASING SEMASA MENJADI MB JOHOR.

Rakyat tidak marah pada Najib dan Rosmah belanja besar, rakyat ingin tahu dari peruntukan kerjaan atau ditaja. Hanya rakyat benci dan meluat Rosmah bertindak bagaikan menteri.

Jangan diperkatakan NAJIB TAKUT BINI sudalah. Sebab Rosmah tahu Altantuya mati dan Najib tahu Altantuya mati. Kalau BERANI BICARA TERBUKA DI MAHKAMAH DAN MAHKAMAH KENA BERSIKAP ADIL."

PKR::MUSTAPA KAMIL TERIMA SURAT TUNJUK SEBAB


KUALA LUMPUR, 25 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan memulakan awal tahun 2011 dengan menggerakkan tindakan mendisiplinkan parti komponen Pakatan Rakyat itu — kali ini memberikan surat tunjuk sebab kepada bekas calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub.

Bekas pengerusi PRK Perak ini, yang pernah dilihat sebagai ‘orang kesayangan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan sudah menerima surat tunjuk sebab tengah hari semalam.

“Ia disampaikan ke peti surat rumah saya di Kota Damansara pada pukul 12 tengah hari tadi (semalam),” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Mustaffa enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kandngan surat itu.

“Saya hanya dua perkara untuk dikatakan, pertama, saya ada menerima surat tunjuk sebab daripada parti hari ini dan kedua, saya tidak mahu memberi komen,” kata beliau.

Beliau juga enggan berkata sama ada akan respons kepada surat itu.

The Malaysian Insider difahamkan ia kemungkinan ada kaitan dengan kritikan dan pendirian beliau berhubung proses pemilihan partinya tahun lalu.

Selain beberapa kenyataan mengkritik proses pemilihan beliau juga pernah memberikan kata dua 48 jam kepada pucuk kepimpinan agar membatal dan mengadakan semula proses pengundian.

Ketika dihubungi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail tidak dapat mengesahkan sama ada parti ada mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Mustaffa.

Bagaimanapun beliau ada membayangkan bahawa parti ada mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada lebih daripada seorang pemimpin.

“Saya menandatangani lebih seratus surat tunjuk sebab. Saya tidak boleh ingat sama ada Mustaffa Kamil salah seorang daripada mereka.

“Hubungi saya esok dan saya boleh berikan gambaran sebenar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Mustaffa tewas dalam pemilihan itu yang turut ditandingi Datuk Zaid Ibrahim tetapi menarik diri di peringkat awal atas alasan proses pengundian ada kepincangan.

Persaingan itu dimenangi oleh Azmin Ali.

Awal tahun ini PKR juga memberikan surat tunjuk sebab 45 muka surat kepada Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan, salah seorang calon naib presiden yang gagal - TMI

MIMPI SENJA

PAS bongkar siapa sebenar Azahar - calon BN

LABIS, Jan 25 — The PAS campaign in Tenang made its first attack against Barisan Nasional (BN) candidate Azahar Ibrahim, accusing the former land administrator of abuse of power while serving in the Segamat land office.Johor PAS deputy chief Dzulkefly Ahmad claimed today that Azahar had caused a private land to be auctioned illegally in 2003 resulting in a legal action against the Umno man.“It is unfortunate that Umno or the candidate has failed to share the facts with Tenang voters,” Dzulkefly told a press conference.“The Umno candidate as the Segamat assistant land administrator had carelessly issued an order to sell off the property owned by Mansor Mohamad without his knowledge,” he added.Dzulkefly said the land was auctioned in late 2003 for RM70,000.“Based on the above facts, the question is why a candidate which has been proven by court to be reckless and negligent in discharging his public duties was nominated by Umno to represent the Tenang constituency,” said Dzulkefly.Azahar was the Rengit assistant district officer when he resigned last week to enable him to contest in the January 30 by-election.MORE TO COME

MIMPI SENJA

Antara kegagalan calon BN

PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya.Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.Salahuddin (tanpa ketayap) berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong.Katanya, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya.Bagaimanapun, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.Salahuddin mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk.Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka.Manakala Azhar (bertopi) pula, ketika ditanya mengenai dakwaan PAS itu berkata: "Ini keputusan mahkamah, ia telah dimanipulasikan".Ditanya mengenai dakwaan PAS yang beliau merupakan calon yang tidak sesuai, Azhar menjawab: "Itu satu provokasi". - mkini
‘Apa akan berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu mengangkat lelaki tersebut?’
,
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata beliau hormat dan kagum dengan Normala Sudirman, calon PAS di Tenang yang teguh kepada kepercayaan dan pendiriannya dalam menghadapi serangan dan kritikan yang dilempar pihak tertentu kepadanya.Malahan, kata Teresa, kritikan tidak kena tempat yang dilempar terhadap kepercayaan agama Normala oleh pemimpin MCA dan Gerakan mendedahkan sifat melampau mereka serta kepura-puraan konsep 1Malaysia yang dibawa Barisan Nasional (BN).“Hakikatnya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan adalah golongan pelampau dan semua sokongan untuk 1Malaysia yang dinyatakan kepada Najib hanya merupakan kepura-puraan,” kata Teresa.Beliau merujuk kepada kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek; Naib Presiden MCA, Dr Ng Yen Yen; Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong; Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe; serta Ahli Parlimen Alor Gajah, Fong Chan Onn yang mengkritik calon PAS di Tenang, Normala Sudirman yang memilih untuk tidak bersalam dengan lelaki.“Dengan kenyataan-kenyataan mereka, pemimpin MCA dan Gerakan ini mendedahkan ketiadaan toleransi dan terhadap amalan agama yang berlainan daripada agama mereka. Mereka bersikap begitu tidak menghormati orang lain apabila berterusan mahu Normala mengabaikan kepercayaannya, membuka sarung tangan dan bersalam dengan semua orang,” kata Teresa.Menurut Teresa, jika pemimpin MCA dan Gerakan benar-benar percaya kepada konsep 1Malaysia, mereka pastinya menghargai amalan agama setiap orang yang merupakan perkara yang sangat peribadi dan tidak tergamak membuat kenyataan berikut:1. Chua Soi Lek- ‘(Normala) memakai sarung tangan untuk bersalam. Jika anda boleh terima ini sebagai satu nilai Islam, silalah undi PAS’2. Ng Yen Yen- ‘..kenapa (Normala) tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki?’3. Chua Tee Yong (cicipan Twitter)- ‘Normala memakai sarung tangan dan pembantunya bersalam bagi pihaknya. Pastinya dia akan mendakwa ia atasalasan kesihatan dan kebersihan.’4. Fong Chan Onn (cicipan Twitter)- ‘Apa akan berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu mengangkat lelaki tersebut?’5. Tan Lian Hoe (yang menuduh Normala bersikap angkuh)- ‘Bukan sahaja lelaki, apabila dia bersalam dengan perempuan, dia juga memakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor?’Jesteru, kata Teresa, cubaan pemimpin MCA dan Gerakan menakutkan orang ramai terutama bukan Islam merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan pengundi di Tenang serta semua rakyat Malaysia.Bagaimanapun, beliau percaya rakyat Malaysia tidak mengendahkan perkara luaran seperti isu bersalam sebagai kayu ukur memilih pemimpin sebaliknya pengundi mahukan pemimpin yang ikhlas, jujur, bersih dan tidak rasuah.“Saya ingin menyatakan penghormatan dan kekaguman saya kepada Normala Sudirman kerana mempertahankan kepercayaannya dan memelihara maruahnya dalam berhadapan dengan serangan berfikiran sempit sedemikian,” katanya lagi. - KeadilanDaily
Najib hanya buat Janji Kosong - Human Right Group

KUALA LUMPUR: The Human Rights Watch group has denounced, in its latest report, Prime Minister Najib Tun Razak’s pledge to uphold civil liberties as nothing more than empty promises.The 650-page World Report 2011 is an annual review of human rights practices in more than 90 countries and territories worldwide.It deemed that the continued repressive practices by the Najib administration was a “blatant disregard” to the pledges Malaysia made during its successful campaign for election to the United Nations Human Rights Council (UNHRC) last May.Malaysia’s inclusion in the UNHRC was met with widespread criticism from international bodies which claimed that it fell short of United Nations’ standards.“The Malaysian government is all talk and no action when it comes to human rights,” said HRW’s deputy Asia director, Phil Robertson.“Prime Minister Najib and his ministers are mistaken if they think that floating ‘trial balloons’ to make badly needed changes to laws and policies is enough to keep Malaysian civil society and the international community at bay,” he added.The report highlighted the three main issues which HRW had repeatedly admonished Malaysia for violating – freedom of expression, assembly and association.Included under these issues were the Internal Security act (ISA), the Police Act 1967, the Sedition Act 1948 and the Printing Presses and Publications Act 1984.“The Malaysian government does not hesitate to use draconian laws to harass or gag journalists critical of the authorities, human rights defenders, civil society activists, or members of the political opposition,” the report said.It cited the sedition charge on political cartoonist Zunar, the ban on his books and the refusal to grant online news portal Malaysiakini a print license as examples of such violations.HRW also took Malaysia to task for its recent amendments to the Anti-Trafficking in Persons Act which it said would likely reduce protection for trafficking victims and smuggled migrant workers.“Rather than a serious and sustained effort, Malaysian officials have opted for short-term and ill-considered measures. Malaysia has a long way to go to be the rights-respecting nation that its government leaders claim it to be.“The slogan of 1Malaysia should (also) apply to respect for international human rights standards, with renewed commitment followed by concrete actions,” Robertson said.
Permalink

: SPR buat lawak apa pulak dah nih


Menatang ni dah disahkan HARAM... kahkahkah...
Laporan Bernama memetik Pengarah SPR Johor, Othman Noh, berkata sapa sapa jugak boleh buat laporan kat SPR di Pejabat Daerah dan Tanah Labis di sini dan juga kepada pasukan pemantau kempen pilihan raya itu sekiranya mengesan sebarang taktik kotor semasa berkempen di Tenang.
Macamana pulak kalau kita dapati SPR yang bersikap pengotor. Dah tau tak boleh nak berkempen pun tapi kelaku macam ngan tolong Umno dalam berkempen. Kat sapa pulak kita nak mengadu? Kalau dah SPR pun pengotor sikapnya, bolehkah aduan taktik kotor berkempen diarahkan padanya?
Boleh jalan laa... boleh repot saja la tapi jangan dok harap tindakan berkesan dapat diambil... haha... kalau pilihanraya dapat mengubah kerajaan di Malaysia, dah lama pilihanraya di 'ISA'kan... wakaka... Mai kita sama sama berusaha untuk menang dah haramkan SPR sebelum pilihanraya diharamkan.... kahkahkah

N5 : Kami Bersama Cikgu Mala 26hb Januari

Anak Punai terbang rendah,
Gagak dirimba mencari arah.
Menang kalah tidak di indah,
Ayuh bersama Cikgu Mala terus berkerah...





Tempat Ceramah
Dataran Air Panas

(1) 26-01-11 9:00 Malam
Bil Nama Penceramah Jawatan
1 YB Ust Nasrudin Mat Isa Tbln Presiden PAS Pusat
2 Dato' Mahfuz Omar Naib Presiden PAS Pusat
3 Sdr Hanipa Maidin AJK PAS Pusat
4 YB Dr Siti Mariah Mahmod AJK PAS Pusat
5 YB Chan Ming Kai MP Simpang Pulai
6 YB Ramakrishnan Suppiah Senator
7 Sdr Hassan Karim Peguam

Tempat Ceramah Dataran Cikgu Mala Tmn Labis Indah

1 Dato' Mahfuz Omar Naib Presiden PAS Pusat
2 YB Dr Hatta Ramli Bendahari PAS Pusat
3 Sdr Hanipa Maidin AJK PAS Pusat
4 Dr Zulkifli Ahmad AJK PAS Pusat
5 YB Dr Mohamad Taslim ADUN Maharani
6 YB Abdullah Sani MP Kuala Langat
7 YB Mumtaz Nawi Senator

Tempat Ceramah
Felda Chempelak

1 YB Ust Nasarudin Mat Isa Tbln Presiden PAS Pusat
2 Ust Idris Ahmad Ketua P'nerangan PAS
3 Dr Zulkifli Ahmad AJK PAS Pusat
4 YB Fauziah Salleh Naib Presiden PKR
5 YB Zuraida Kamarudin Ketua Wanita PKR
6 Dr Syeikh Ibrahim Salleh ADUN Sg Abong

Tempat Ceramah No 35,Jln Emas 1 Tmn Tenang Jaya, Tenang Station

1 YB DS Nizar Jamaludin Mantan MB Perak
2 YB Dr Hatta Ramli Bendahari PAS Pusat
3 YB Siti Mariah Mahmod AJK PAS Pusat
4 YB Dr Boo Cheng Hau ADUN Skudai
5 YB Chan Ming Kai MP Simpang Pulai
6 YB Sim Tze Zim ADUN Pantai Jelajak

Tempat Ceramah No 124 A, Jln Tenang,Labis

1 YB DS Nizar Jamaludin Mantan MB Perak
2 YB Khalid Samad MB Shah Alam
3 Tunku Aziz Senator
4 YB Jeff Ooi MP Jelutong
5 YB Ramakrishnan Suppiah Senator
6 YB Chan Ming Min Kai MP Simpang Pulai
7 YB Dr Boo Cheng Hau ADUN Skudai

Tempat Ceramah Rumah Awam

1 YB DS Nizar Jamaludin Mantan MB Perak
2 Ust Idris Ahmad Ketua P'nerangan PAS
3 YB Khalid Samad MP Shah Alam
4 Ust Abd Ghani Abd Rahman P.Jaya PAS Melaka
5 YB Fauziah Salleh Naib Presiden PKR
6 YB Zuraidah Kamarudin Ketua Wanita PKR
7 Cik Aiman Athira Al Jundi AJK Dwn m'limat PAS Pusat

TENANG RM 100 FOR WEARING 1 MALAYSIA T-SHIRT FOR 2 HOUR!!!!!

Written by Sebastian Loon


LETTER The MCA president Dr Chua Soi Lek has pressed the panic button, according to party insiders in Tenang.

The nepotism-practising Chua and his Labis MP son Tee Yong have thus come up with a plan to put up a good show to please the eyes of their Umno masters.

Unable to attract the attention and support of the Chinese electorate physically in Tenang, they are printing thousands of 1Malaysia tee-shirts to be distributed free to the Tenang folk.

The insiders say all the Tenang folk need to do is to wear the tee-shirt for two hours and they will be paid RM100 each.

If this is true, please be Tenang. Take the money and wear the tee-shirt for two hours. You need not feel bad about it because it is all taxpayers’ money, meaning your and our money.

But, come polling day on Saturday (Jan 30), do the right thing with your ballot for the future of the country and our generations.

The dirty illicit-sex hands of Dr Chua started the religious and racial bigotry ball rolling by complaining about Pakatan-PAS candidate Normala Sudirman wearing gloves to shake hands.

He likened her to PKR president Dr Wan Azizah who also wears gloves when shaking hands with the public.

Do you really want to shake his (Dr Chua) groping hands? He is so “gian” to feel Normala and Wan Azizah’s hands!

Dr Chua is actually insulting the Muslim community with this and I wonder if the Umno Malays have the intelligence to realise it.

Hopefully, rational-thinking Malaysians, especially those in Tenang, will realise that Barisan Nasional (BN) has nothing to offer to forward Malaysia after 53 years of Independence.

They continue with their religious and race agenda to instil fear, to divide and rule Malaysians.

To MCA and Umno, the by-election is about wearing gloves to shake hands, chopping hands of thieves under Hudud laws (I have no fear because I am not a thief and neither am I a Muslim).

Now, was it Umno (remember how Home Minister Hishammuddin Hussein defended the slaughtered cow head protesters in Shah Alam) or PAS that resorted to this “violence”?

Was it Umno or PAS that defended the non-Muslims?

Johor Mentri Besar Ghani Othman had warned voters in Tenang not to vote for PAS, otherwise the Islamist party may “chop off your hands for stealing”. That is the classic IQ level of a BN MB.

Instead of resorting to propagating the virtues of a truly 1Malaysia through unity-themed campaigns, we hear the same old subtle threats to instil fear among the various ethnic communities.

Now, we hear the MCA’s nepotism duo of Chua wanting to print 1Malaysia tee-shirts for show.

Please remember this, Tenang folk.

By supporting MCA and Umno, you are endorsing that:

Ø Money can buy support;

Ø Money can buy sex; and

Ø Money can buy anything.

Chua and his son are fighting for their political survival because Labis is supposedly their stronghold. You are fighting for our future.

So, come Saturday, the future is in your hands or should I say, the ballot that you cast

ENTAH YE,,ENTAH TIDAK,,TAPI RASANYA MACAM YE,,



Foto Yob Tualang Sekah ,,dah sewel gamak nya ni

 Sejarah Pembinaan Kaabah


Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.

Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.

- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)


Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah Pada 1880

Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah - secara dekat

Banjir Melanda Kaabah - 1941

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Pandangan Atas Kaabah

Maqam Nabi Ibrahim a.s.

Kaabah Waktu Malam

Kaabah Waktu Malam

Kaabah Waktu Malam

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Menukar Kelambu Kaabah

Struktur Dalaman Kaabah

Pelan Dalaman Kaabah
25,Jan

Cemas: Pelajar Tkn 3 Ingin Terjun Dari Tingkat 2 Bangunan Sekolah (updated)



Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini cuba dipujuk anggota penyelamat apabila mengugut untuk terjun dari tingkat dua bangunan sekolah itu hari ini.

Detik cemas yang berlarutan lebih sejam itu dipercayai bermula apabila pelajar terbabit diserang histeria dengan menjerit lalu melompat keluar dari kelas ke koridor melalui tingkap.

Bagimanapun tindakan pantas pasukan penyelamat terdiri daripada Bomba, Polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berjaya menyelamatkan nyawa pelajar terbabit. -- fotoBERNAMA

Berita terbaru

TEMERLOH - Pelajar dan guru sebuah sekolah di sini, cemas seketika apabila seorang pelajar perempuan yang mengalami histeria cuba terjun dari tingkat dua bangunan sekolah itu hari ini.

Detik cemas itu berlarutan lebih sejam sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam berjaya menyelamatkan pelajar tingkatan tiga berkenaan.

Suasana kecoh dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu turut menarik perhatian petugas Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.

Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh, Mohd Nadzri Ab Wahab berkata, beliau difahamkan pelajar terbabit tiba-tiba menjerit ketika berada dalam kelas, sebelum bertindak keluar ke koridor menerusi tingkap.

Pelajar itu juga bertindak membaling tingkap kaca ke bawah sebelum membuka tudungnya dan berlari-lari di sepanjang koridor yang mempunyai kelebaran satu meter dan tidak berpenghadang, katanya.

Keluarga pelajar tersebut yang datang selepas dihubungi pihak sekolah juga gagal memujuk pelajar itu, katanya.

Mohd Nazri berkata, kejadian histeria telah beberapa kali berlaku di sekolah terbabit namun kejadian pagi tadi disifatkan paling mencemaskan.

Pelajar itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut. - Bernama
25,Jan

Steady PERKASA. Tapi Apasal Segan Nak Berdemo Lagi?


Isu salam: PERKASA sokong mufti, pendekatan Nik Aziz

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang.

Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (kanan) berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam.

"Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya.

"(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham."

Dalam pengalaman Pakatan Rakyat, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang kerap berbeza pandangan dengan pemimpin lain daripada DAP dalam isu agama, khususnya negara Islam.

Beliau juga sering dilapor menyimpulkan apa yang berlaku akibat pemimpin berkenaan tidak memahami Islam dan perlu dimaklumkan tentang ajaran agama yang sebenar.

Di Tenang, kenyataan Chua kelmarin mengundang reaksi keras pelbagai NGO dan tokoh Islam, antaranya Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Harussani dan PAS sendiri.

Senada dengan peguam Muslim

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman Azha berkata menjadi tanggungjawab parti-parti komponen lain dalam BN menjelaskan "apa yang salah, apa yang tidak" kepada Chua secara matang.

tenang by election day 1 230111 chua soi lek campaigning 3"Kalau kita marah pun, mereka semakin jauh. Kalau perkara itu salah, Rasulullah suruh panggil dan nasihati cara yang betul daripada kita bertindak tidak tentu arah," katanya.

Bagaimanapun, Arman Azha tetap beranggapan bahawa tindakan Chua itu salah dan menghina Islam.

Justeru, menurutnya, ahli politik veteran itu patut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

"Bukan hanya minta maaf, tetapi dia juga kena memahami konteks Islam yang sebenar," katanya, senada dengan tuntutan PPMM semalam.

Ditanya sama ada pihaknya akan menganjurkan demonstrasi - tindakan yang dilihat sinonim dengan NGO Melayu itu kebelakangan ini - Arman Azha menjawab:

"Bukan semuanya kita berdemo." -mk

Ulasan GB

Apaakah isu yang menentang aspirasi UMNO saja yang akan didemokan PERKASA?

PRK Tenang : Pengundi Cina Bukan Lagi Penyelamat Umno-BN


LABIS 25 JAN: Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang ditemui Tv Selangor di sini malam tadi berpendapat masyarakat Cina Tiong Hua di Labis akan bangkit menolak kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) pada Pilihanraya Kecil kali ini seraya menghantar mesej perubahan demi masa depan.

Beliau turut menggesa agar masyarakat selain Cina di DUN Tenang bersama-sama memilih calon Pakatan Rakyat  pada pilihanraya yang akan datang. 

"Hendak ingatkan, orang Cina bantu menyelamatkan Umno pada PRU 12. Pada tahun 1999 di mana undi Umno jatuh begitu ketara apabila Anwar dipenjarakan, orang Cina juga yang menyelamatkan Umno.

"Tapi kali ini kalau orang Cina undi kepada Pakatan Rakyat, ini menunjukkan satu budaya yang jelas orang Cina akan bangkit mudah-mudahan rakyat Melayu dan India akan bangkit dan menaikkan martabat Pakatan Rakyat supaya kita dapat memerintah di negeri ini supaya membawa banyak manfaat kepada rakyat secara demokrasi dan kewangan yang dikembalikan kepada rakyat," jelas beliau.

Ketika ditemubual selepas menghadiri ceramah kempen Pakatan Rakyat di Jalan Tenang malam tadi, Chua memberitahu respon yang baik diterima daripada masyarakat Tiong Hua selain menjangkakan peratus undi Cina di kawasan DUN Tenang meningkat.

"Respon sangat menggalakkan sehingga kini. Bayangkan pada PRU 12 kita mendapat 55 peratus sokongan daripada masyarakat Tiong Hua untuk calon PAS di Tenang.

"Kalau kita dapat kekalkan dengan kadar 55 peratus bermakna kita sudah menang.  Wang disalurkan kepada mereka tetapi masih bilangan yang sama menyokong PAS, ini satu kemenangan. Kalau kita dapat tambahan lagi pengundi Cina, lebih elok bagi Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan orang berbangsa Tiong Hua di sini sudah tolak Umno, MCA, MIC dan lain-lain," ujar beliau lagi.

Pengundi Cina di DUN Tenang merangkumi 38 peratus daripada jumlah keseluruhan 14,753 pengundi berdaftar di sini.

Dalam pada itu, Chua juga turut membidas keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar tiga pusat undi dengan alasan ianya terletak di kawasan DUN Bekuk.

Perkara itu diumumkan Pengarah SPR, Tan Sri Azri Yusoff sehari sebelum penamaan calon.

Seterusnya tindakan tersebut mendapatkan reaksi negatif pelbagai pihak.

Justeru Chua tidak menolak perkara tersebut adalah arahan daripada parti Umno-Barisan Nasional yang bimbang akan kehilangan undi kaum Cina.

"Umno khuatir orang Cina akan mengundi Pakatan Rakyat walaupun kawasan ini dianggap sebagai kubu kepada MCA. Lim Liong Sik dan Chua Soi Lek dari sini dan anak kepada Chua Soi Lek masih menjadi ahli parlimen. Tapi mereka sudah takut. Ini satu tindakan biasa yang dilakukan SPR," ujarnya.

Cara Bersalam Ustaz PORNO MIC Kulop vs Laki Najib

Ini dia cara bersalam dan hujah ustaz kote kulop “ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.”
Orang kafir seperti ustaz kulop tak mau Islam sebab dia kafir. Orang melayu tolak Islam sebab dia umno. Orang umno tak suka hukum islam sebab susah mau cari makan. Semua tak boleh.. main amoi tak boleh, duit kopi tak boleh. Apa yang boleh?
Masuk umno semua boleh…. ingat umno, ingat bangsat, parti perosak umat islam.
(Kenyataan si kitol Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan) “Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan”
…dan ini dia cara yang betul bagi seorang islam bersalam versi laki Najib…

RETRO : PEMIMPIN UMNO PERNAH MENGHINA KAUM CINA

Saya harap kaum Cina di Tenang ingat kembali pada satu ceramah di Permatang Pauh 25 Ogos 2008. Kaum Cina dihina oleh seorang pemimpin UMNO bernama Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bukit Bendera Pulau Pinang pernah meghina kaum Cina di Malaysia. Ahmad menyebutkan bahawa bangsa Cina di Malaysia adalah bangsa yang ‘menumpang’.Kenyataan balas-membalas antara para pemimpin Cina dan Ahmad Ismail telah diperbesar-perbesarkan oleh media terutama Utusan Malaysia yang marahkan kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan (DAP).


Wahai kaum Cina di Tenang, insaflah perbuatan Ahmad itu pastinya mengguris hati perasaan anda semua kerana kita (Melayu, India dan lain-lain bangsa) yang sama-sama bergelar insan ciptaan tuhan. Semua kita juga punya hak untuk hidup sejahtera dan terhormat di bumi Malaysia ini, bukan hanya UMNO sahaja.UMNO tidak berhak menjadikan bumi Malaysia ini sebagai harta pusaka makbapak mereka.
Memetik laporan Malaysiakini:


“Ahmad juga mendakwa bahawa beberapa pemimpin Gerakan sengaja mengambil kesempatan dan telah mengembar-gemburkan fakta menjadi isu-isu tersebut lebih nampak perkauman.


Beliau mendakwa, mereka berbuat demikian “untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri dan cuba menjadikan isu ini sebagai “kambing hitam” dan telah “cuba lari dari hakikat bahawa orang Cina sudah tidak lagi menyokong mereka”.


Dakwanya lagi, keadan menjadi gawat lagi bila pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin Gerakan serta pemimpin Cina sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang melambangkan perkauman.


Sidang akhbar tersebut, yang berlangsung di ibupejabat Umno Pulau Pinang petang tadi berakhir dengan laungan ‘Hidup Melayu’ oleh kira-kira 50 pemimpin Umno.


Sebaik sahaja sidang akhbar itu tamat, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.


Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai
gambar dan mengoyaknya.


Jumaat lalu, Ahmad telah mengadakan sidang akhbar di mana beliau menegaskan tidak akan memohon atas atas kenyataannya itu.


Pendirian beliau itu disokong oleh kesemua 13 ketua bahagian Umno Pulau Pinang.”


Tindakan mengoyak-ngoyakkan poster pemangku Presiden Gerakan atas dasar apa? Sekadar mahu kepuasan atau apa? Tiada apa yang diperolehi melainkan perasaan tidak puas hati terus menyala-nyala.


Mereka (pemimpin politik) harus faham bahawa politik teras perkauman sudah semakin tidak relevan pada masa kini.Semua pemimpin politik termasuk pemimpin Cina dan pemimpin lain-lain bangsa tidak boleh menjadikan keharmonian kaum di negara ini sebagai pertaruhan fahaman politik sempit yang mereka agung-agungkan selama ini.


Apapun, ternyata bahawa semua ini menunjukkan bahawa bangkai politik perkauman semakin membusuk yang dimainkan oleh UMNO.


Malaysiakini turut melaporkan (
http://www.malaysiakini.com/news/88892) :


Gerakan mahukan Ahmad dikenakan tindakan


Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mahu tindakan diambil ke atas Ketua Umno bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.


Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.


Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye berkata ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila mengulas mengenai kenyataan Ahmad Ismail.


“Mereka menjangka satu kecaman yang kuat, terutama pada 31 Ogos, hari di mana semua rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.


“Selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan, sebarang kesangsian mengenai kesetiaan mana-mana penduduk etnik Malaysia dan tindakan mempersoal kewarganegaraan adalah melampaui usaha menyemai persefahaman di kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, demikian menurut laporan Bernama.


Menjelang hari pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh minggu lalu, Ahmad didakwa membuat kenyataan itu dan semalam, ketika mengulas mengenai perkara itu Abdullah berkata beliau akan “memberitahu Ahmad jangan mengulangi lagi perkara itu.”


“Anda tahu semasa berkempen pelbagai perkara boleh timbul. Saya tidak fikir beliau bermaksud sedemikian. Saya akan pastikan untuk memberitahu dia jangan gunakan perkataan itu lagi,” kata Abdullah semalam.


Chia berkata kenyataan Ahmad sudah lapuk dan menimbulkan provokasi perkauman sambil menambah sebarang petanda bahawa BN bertolak ansur dengan mereka yang jelas bersikap perkauman dan mengeluarkan pendapat yang bersifat provokasi akan memberi isyarat yang salah kepada rakyat.


“Ahmad Ismail bukan sahaja patut menarik balik apa yang diucapkannya tetapi perlu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga dikenakan tindakan disiplin bagi mengelak perkara itu daripada berulang,” katanya.


Akhirnya Ahmad hanya dikenakan hukuman amat ringan, beliau digantung selama 3 tahun sebagai ketua bahagian. Beliau tidak didakwa di mahkamah. Ahmad menerima hukuman politik sahaja dan kini kembali bergiat aktif dalam parti.

Rayuan saya : Jangan percayakan UMNO.UMNO parti pembohong dan membawa amalan perkauman yang tebal.

Demi rakyat dan negara


"TOLAKLAH UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

UMNO PARTI PEMBOHONG

Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat
Apr 14, 08 12:35pm


kemaskini 2:19pm Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno “di belakangnya”, kata seorang pemimpin MCA.



Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.



Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.


Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.


Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.


Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.


Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut “seperti tapak tangannya sendiri” kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.


Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch’ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang.


Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.


Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik.


Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut.


Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, risalah-risalah penerangan tentang isu tersebut - termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini - akan diedarkan kepada penduduk Selangor.


PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - yang membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas
PRK Tenang - Beza Umno berkawan dengan MCA dan PAS berkawan dengan DAP
Berbeza jauh antara Umno berkawan dengan MCA dan PAS berkawan dengan DAP. MCA walaupun dah berkawan lebih setengah abad dengan Umno yang dakwa depa juga Islam macam PAS tapi pemimpin MCA masih tak faham perkara asas dalam Islam macam hukum berkaitan mahram dalam Islam.Berbanding dengan PAS baru saja berkawan dengan DAP, untuk PRK N05 Tenang ni, DAP yang akan tolong jawab isu-isu berkaitan isu Negara Islam.MalaysianInsider melaporkan:   “Kita tidak bimbang tentang itu (negara Islam) kerana kita dah ada satu pendekatan bahawa majoriti...
Artikel lengkap >>

Isu Bersalam: Terima Kasih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Suhaizan Kaiat
Isu bersalam antara lelaki dan wanita dalam ajaran agama Islam menjadi isu dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Isu ini telah dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu ini adalah terlalu kecil dibandingkan dengan isu rasuah, salahguna kuasa dan pembaziran duit rakyat. Justru isu ini tidak menarik perhatian ramai sebelum ini. Kesannya adalah sangat sukar untuk menjelaskan isu ini kepada masyarakat bukan Islam kerana keterbasan ruang dan masa. Dalam ajaran Islam lelaki tidak boleh bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim walaupun bersalam kecuali menggunakan alas seperti kain.

Bukan muhrim adalah mereka yang bukan saudara mara terdekat. Mereka yang boleh berkahwin di anggap bukan muhrim. Contoh muhrim adalah anak perempuan dengan bapa, abang dengan kakak, atuk dengan cucu perempuan dan lain-lain lagi. Mereka boleh bersentuhan secara yang munasabah. Sementara bukan mukrim adalah mereka yang tidak ada hubungan keluarga terdekat. Contohnya Cikgu Mala dengan Tok Ai di Tenang, Cikgu Mala dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Dato’ Sri Mohd Najib dengan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil atau Tan Sri Mahyuddin Yassin dengan Datin Sri Romah Mansur.

Islam membatasi perhubungan ini adalah bertujuan untuk menghormati mereka dan untuk mengelakkan fitnah. Tidak benar pandangan yang mengatakan bahawa Islam melarang bersalam kerana tangan orang bukan Islam kotor. Walaupun tidak dibenarkan bersentuhan antara lelaki dan wanita bukan muhrim tetapi mereka tidak dilarang mengadakan perbincangan dan dialog secara berkumpulan. Bagi perhubungan antara sesama wanita tiada larangan bersentuhan langsung. Bagi masyarakat bukan Islam yang memahami ajaran Islam sebenar, perkara ini tiada masalah. Tetapi bagi mereka yang belum lagi berkesempatan memahaminya menyebabkan kami rasa bersalah. Takut mereka berkecil hati. Bayangkan bagaimana perasaan seseorang rakan bukan Islam jika mereka menghulurkan tangan ditengah khayak ramai tiba-tiba kami menolak pelawaan mereka. Itulah delima yang kami hadapi selama ini.

Dalam pilihanraya kecil Tenang Presiden MCA telah membangkitkan isu kecil ini menjadi besar. Jawapan balas daripada PAS dan PR telah menyebabkan masyarakat bukan islam dapat memahaminya dengan baik. Kesannya adalah masyarakat bukan Islam semakin memahami ajaran agama Islam sebenar. Ini terbukti apabila Cikgu Mala dalam kempennya tidak menghadapi masalah dengan masyarakat lelaki bukan Islam semasa beliau berkempen di pasar Labis. Jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak membangkitkan isu ini saya yakin ramai masyarakat bukan islam tidak berpeluang memahami isu ini terutamanya di Labis. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana membangkitkan isu ini.

Walaubagaimana pun terdapat satu persoalan yang perlu dijawab oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Mengapakah beliau membangkitkan isu ini? Apakah kerana keuntungan politik atau kerana ketidak fahamannya terhadap ajaran Islam. Jika kerana keuntungan politik maka Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah seorang pemimpin yang sanggup merendahkan agama Islam untuk kepentingan politik. Pemimpin seumpama ini boleh membawa malapetaka kepada kepada negara. Pemimpin seumpama ini wajib di tolak oleh semua masyarakat dalam negara. Sebaliknya jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melakukannya kerana ketidakfahamannya maka perlu di persalahkan kepada Dato Abdul Ghani Othman dan Tan Sri Mahyuddin Yassin. Mereka sudah lama berkawan di Johor tetapi tidak menyampaikan larangan-larangan dalam ajaran agama Islam ini. Mungkin mereka sukar memberi kefahaman kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mereka berdua juga bersalam dengan bukan muhrim. Saya perhatikan YB Lim Kit Siang dan YB Boo Cheng How sudah memahami isu ini dengan baik, mungkin sejak DAP bersama dalam PR. 

Jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih kurang memahami isu ini, Pemuda PAS Pusat sanggup memberi khidmat nasihat kepada beliau berkenaan ajaran agama Islam sebenar. Ini bagi membantu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menjadi pemimpin yang hebat, boleh diterima oleh semua kelompok masyarakat dalam negara ini.

Pelajar histeria jilat darah sendiri


ANGGOTA bomba cuba menyelamatkan pelajar yang diserang histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di Temerloh semalam.
TEMERLOH: Para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini semalam melalui detik seram dan cemas apabila bukan saja terkejut dengan serangan histeria terhadap seorang pelajar perempuan malah menyaksikan cubaan membunuh diri oleh pelajar itu.

Selain gempar dengan tindakan pelajar tingkatan tiga pada pukul 8.30 pagi itu, lebih 1,000 pelajar termasuk kakitangan sekolah itu juga merasa seram menyaksikan bagaimana pelajar itu menjilat darah di tapak tangannya yang luka dipercayai terkena cermin tingkap.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di dalam kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan itu tiba-tiba menjerit-jerit mengatakan dia hendak terjun dari kelasnya yang mempunyai ketinggian lapan meter itu.

Lebih cemas apabila mangsa kemudian dapat melompat ke balkoni melalui tingkap kelasnya selepas setengah jam menjerit-jerit.

Keadaan bertambah kecoh apabila mangsa berlari-lari di sepanjang balkoni itu sebelum berdiri di hujung balkoni sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.
-kosmo-