Monday, October 24

Husam musa saman RBF RM setengah juta kerana memfitnah



Kota Bharu - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam berhubung kes saman malunya berjumlah RM500,000 terhadap blogger yang didakwa menyiarkan artikel memfitnahnya, dua tahun lalu.


Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan menuntut ganti rugi itu terhadap Mohd Faisal Rohban Ahmad, 37 berikutan penyiaran artikel bertajuk ‘Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta’, di ruangbicarafaisal.blogspot.com pada Sabtu 3 Oktober 2009.

Antara kenyataan fitnah itu termasuk menyatakan plaintif sengaja berkonspirasi dan berkomplot dengan satu pihak ketiga untuk memberi 4,000 hektar tanah kawasan balak kepada seorang pihak ketiga bernama Tamrin Ghaffar.

Balak itu cuba dijual kepada seorang tauke dengan harga RM25 juta. Pembahagiannya pula adalah plaintif sebanyak RM10 juta, pihak ketiga pula RM10 juta dan Pas Pusat RM5 juta.

Plaintif mendakwa keseluruhan artikel tersebut juga sengaja memfitnahnya dengan mengatakan kawasan balak berkenaan tidak dapat dijual dengan harga RM25 juta dan hanya dijual dengan harga RM15 juta dan wang tersebut dibahagikan; plaintif mendapat RM5 juta, pihak ketiga RM6 juta dan Pas Pusat RM3 juta.

Artikel itu ternyata mahupun tersirat menuduh secara melulu bahawa plaintif adalah seorang yang korup dan tidak boleh dipercayai serta menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan.

Ketika memberikan keterangan, Husam menegaskan artikel itu secara terang terangan memfitnahnya dan menafikan dakwaan itu kerana beliau bekerja keras untuk menjaga keharmonian rakyat Kelantan.

“Saya kecewa, malu, tertekan kerana artikel fitnah itu yang merosakkan nama baik saya. Kesannya saya malu kerana dipandang serong masyarakat. Saya juga tertekan kerana ramai pihak yang bertanyakan perkara itu sehingga saya sukar fokus kepada kerja.

“Kesan akibat penyiaran artikel itu masih wujud berikutan masyarakat masih memandang serong dan ada sesetengah pihak yang masih memetik artikel berkenaan dan menyiarkannya sehingga kini,” katanya ketika menjawab soalan peguam belanya, Hisham Fauzi.

Menurutnya, tuntutan saman itu dibuat bagi memberi pengajaran setimpal kepada defendan yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu dan teladan kepada masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya memfitnah seseorang.

Peguam bela defendan, Adzly Abdul Manas mempertikaikan kesahihan maklumat diberikan pihak ketiga yang membantu plaintif mendapatkan latar belakang Mohd Faisal Rohban termasuk nombor telefon, alamat dan pekerjaannya.

“Akibat artikel itu setujukah Datuk jika dikatakan kesan-kesan seperti tidak boleh fokus kerja, tertekan, dipandang serong yang dialami adalah rekaan. Tuntutan jumlah ganti rugi itu juga banyak,” katanya dalam soal balas terhadap plaintif.

Dalam jawapannya, Husam berkata, sepatutnya Adzly sebagai peguam bersimpati terhadap nasibnya.

Saksi pihak plaintif yang hadir memberi keterangan semalam, Mohammad Syahfahrin Ali Rajkumar Abdullah, 40 yang menyerahkan notis saman itu kepada defendan di kediamannya di Selangor, 31 Mei tahun lalu.

“Saya diarahkan plaintif untuk ke rumah defendan, ketika tiba di rumahnya, saya dapati defendan terkejut apabila diberitahu tujuan kedatangan saya lalu beliau hubungi polis dan rakannya. Beliau juga mengaku bernama Mohd Faisal Rohban dan membaca notis writ saman yang saya berikan. Saya juga sempat mengambil beberapa keping gambar defendan menggunakan telefon bimbit saya,” katanya yang mendakwa rakan plaintif dan tinggal di Dun Salor.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim kemudian menetapkan 12 dan 13 Disember ini sebagai tarikh sambung bicara kes itu.

Blogger berkenaan dijangka hadir memberi keterangan pada tarikh itu bersama dua saksi lain - Sinar Harian


*****************


Blogger sembunyi wajah ketika dirakam gambar
KOTA BHARU, 23 Okt: Saksi plaintif kes saman anggota EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa terhadap Blogger Mohd Faisal bin Rohban Ahmad memberitahu, defendan cuba menyembunyikan wajah ketika gambarnya dirakam semasa beliau menghantar writ saman.

Mohd Shah Karim, 30 berkata, semasa menghantar writ saman kepada Mohd Faisal pada 31 Mei 2010, dia (Faisal) membantah ketika cuba dirakam gambar dengan telefon bimbit di hadapan rumahnya di Shah Alam.

“Ketika saya sampai di rumahnya dia baru tiba dan terkejut ketika diberitahu ada notis saman daripada Dato' Husam.

“Selepas itu beliau menghubungi rakan, peguam dan anggota polis. Tidak lama kemudian datang seorang anggota polis lengkap beruniform dan dua lagi berpakaian biasa serta peguam.

“Anggota polis yang datang dengan kereta Kancil itu membaca writ saman yang saya bawa, kemudian meminta kad pengenalan saya dan Faisal. Ketika itu saya nampak namanya pada kad pengenalan,” katanya menjawab soalan peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Kes terebut dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Plaintif diwakili peguam Hisham Fauzi.

Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3hb. Oktober, 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah mengelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.

Ekoran itu plaintif melalui peguamnya mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti-rugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama & membayar ganti rugi RM500,000.

Selain itu juga Husam juga mebuat tuntutan ganti-rugi teladan, ganti-rugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.

Mohd Shah seorang peniaga yang berasal dari Salor, merupakan saksi kedua kes tersebut.

Sebelum itu Husam dalam keterangan secara bersumpah memberitahu Mahkamah, sebelum artikel tersebut disiarkan beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Faisal.

Katanya, selepas artikel tersebut disiarkan, beberapa blog lain turut memetik rencana tersebut sehingga nama baiknya sebagai seorang Ahli Politik dan Anggota Pentadbir Kerajaan terjejas teruk.

”Oleh itu saya berpendapat wajar dikenakan ganti rugi yang lebih tinggi kerana melemparkan fitnah sehingga menjatuhkan air muka seseorang,” katanya.

Husam berkata, berdasarkan kepada pencarian dibuat melalui nombor talifon yang digunakan Faisal didaftar bukan menggunakan namanya yang sebenar sebaliknya menggunakan nama adiknya.

Ketika disoal balas peguam defendan, Husam memberitahu Mohd Faisal menggunakan banyak alamat, namun rumah bapanya dikesan di Wakaf Bharu, Tumpat.

Menjawab soalan peguam lagi katanya, selepas menerima notis saman, defendan tiba-tiba berubah sikap di mana Faisal dalam SMSnya memberitahu mahu sertai PAS dan memohon balak.

Hakim kemudian menangguh kes tersebut dan menetapkan sambung bicara pada 12 dan 13 Disember hadapan. Adly sebelum itu memohon penangguhan kes tersebut memandangkan anak guamnya sedang menunaikan haji.

Beliau juga memberitahu akan mengemukakan tiga saksi iaitu Mohd Faisal, wakil daripada Umno Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)- Harakahdaily

isu harga tanah dijual terlalu randah,,DAP mahu kerajaan perak disiasat


 

DAP Perak mendesak agar siasatan dijalankan ke atas kerajaan Perak yang didakwa meluluskan lebih 60 ribu ekar tanah di negeri itu dengan bayaran premium yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata 60,561.75 ekar tanah telah diluluskan bagi skim industri dan pertanian dengan harga purata hanya RM375 se-ekar.

Walhal Ngeh mendakwa, tanah tersebut mempunyai nilai pasaran sekurang-kurangnya RM20,000 seekar.

Ngeh, yang juga ADUN Sitiawan, menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memastikan kelulusan tanah tersebut tidak mempunyai unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Kalau kita kalikan 60 ribu ini, kalau kerajaan negeri buat public auction, sekurang-kurangnya kita boleh mendapat 1.2 billion,"katanya.

Beliau berkata jumlah RM1.2 bilion yang boleh dipunggut daripada jualan tanah tersebut melebihi belanjawan Kerajaan Negeri yang hanya berjumlah RM800 juta.

Ngeh juga tegas mempertahankan dakwaan itu dan tidak akan menarik balik kenyataannya.

"Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya kerana segala yang katakan ni adalah berlandaskan fakta yang kukuh dan saya akan memberikan bukti kepada SPRM yang sememangnya kerajaan negeri telah meluluskan 68,503 ekar untuk skim kuari, pertanian dan perumahan,"katanya.

hasan ali mahu berjuang akidah tapi apa perlu berdolak dalik


 
 

Dalam satu temuramah dengan TVS, Hasan Ali dilaporkan berkata:

Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.


Habis tu saya nak tanya Hasan Ali, bukankah tempahan stadium Shah Alam untuk program ini dibuat oleh Hasan Ali? Bukankah Hasan Ali sendiri yang menelefon pihak MBSA untuk menempah bagi pihak HIMPUN?

Malahan, Dato' Bandar MBSA sendiri pada mulanya ingat ia adalah program rasmi Kerajaan Negeri kerana yang menelefon itu adalah Hasan Ali.

Tulang Besi sanggup bertanggungjawab di atas maklumat ini kerana ia datang dari sumber yang tak mungkin salah.

Malahan, saya yakin Hasan Ali sendiri tidak akan berani menafikan maklumat ini.

Bagaimana nak berjuang Akidah kalau dari mula lagi sudah berbohong?

Tulang Besi

Ulasan GB

GB ada satu lagi bukti kukuh menunjukkan Dr.Hassan Ali berdusta.

Ini dia:

Himpunan Sejuta Umat dapat permit polis

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my




HASSAN (dua dari kiri) menerima buku terbaharu berkaitan akidah dari pendakwah bebas, Mohd. Farhan Abdullah Al-Hafiz pada seminar menangani cabaran kristianisasi di Malaysia di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam di sini pada 22 Oktober ini bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di negara ini telah mendapat permit polis dan disokong kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, segala urusan termasuk permohonan permit bagi perhimpunan itu telah selesai dan pihaknya sedia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit itu.

"Perbincangan awal telah dibuat dengan pihak berkuasa tertentu dan nasihat telah diberikan kepada kita berkaitan dengan perhimpunan aman itu.

"Kita akan pegang amanah itu dan setakat ini yang dimaklumkan kepada saya adalah tiada sebarang masalah dengan perhimpunan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar menangani cabaran kristianisasi di Malaysia di sini semalam. -kosmo 13/10/2011


Berita di atas MEMBUKTIKAN dengan jelas bahawa Dr. Hassan Ali menguruskan permit polis untuk Himpunan Sejuta Umat yang berlansung semalam. Bagaimana beliau boleh berkata beliau "tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak" seperti dilaporkan oleh TVSelangor?

InsyaAllah GB juga amat yakin dengan apa yang GB tulis selama ini adalah kebenaran. Kerana GB tidak menulis sebelum membaca doa ini:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

dan alhamdulillah, sungguh banyak kebenaran telah TERBUKTI hasil dari tulisan-tulisan GB sebelum ini. Gali di arkib jika tak percaya.

Pendedahan di atas BUKAN fitnah seperti yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar semalam.

Hujjah lawan hujjah! Kemukakan hujjah untuk membantah hujjah kami di atas.
Kita mahu dengar hujjah Hassan Ali sendiri atau dari pihak yang menyokong beliau,
berhujjah mengenai isu, bukan hujjah menyerang peribadi.

p/s Dan seperkara lagi yang menjadi persoalan, himpunan itu untuk memperjuangkan dan mempertahankan aqidah, tetapi mengapa tiada agenda solat Asar berjemaah dimasukkan? Majlis habis kira-kira jam 6.15 ptg. Apakah kesemua berkesempatan untuk sampai ke masjid atau rumah di dalam tempoh 45 minit sebelum masuknya waktu Maghrib? Daripada 5,000 itu berapa ramai agaknya yang tertinggal dan tak solat Asar sedangkan solat Asar itu menurut sesetengah ulamak adalah solat wustha (utama)? Tidak ada alasan darurat yang boleh digunakan untuk peristiwa semalam. Sedangkan waktu perang pun solat masih wajib didirikan (dengan kaedah tertentu), inikan pula di satu majlis demonstrasi yang hadirinnya kelihatan santai dan besahaja..

Apa ke jadahnya pertahankan aqidah jika Solat Asar pun tercicir? Jadikan teguran ini satu peringatan sekalipun mungkin nada GB keras demi mengelakkan kita terjerumus dan menjerumuskan umat ke lembah kebinasaan .

Sunday, October 23

Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) Di Sekat UMNO Untuk Dengar Ceramah Ust Azhar Idrus?

 


Pelajar Kecewa Pengurusan Kolej Batal Kebenaran Bas Untuk Ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus Malam Tadi

 - Para pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) dekat sini kecewa dengan kerenah birokrasi pihak pentadbiran hingga menyebabkan mereka gagal untuk mengikuti Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Taman Cenderawasih malam tadi.

Menurut seorang pelajar yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka tidak sangka pihak kolej menarik balik kebenaran untuk para pelajar ke majlis ilmu itu.

"Ustaz Azhar Idrus adalah tokoh pendakwah tersohor yang amat terkenal di seluruh negara. Maka sudah semestinya kehadiran beliau ke Kuantan tidak akan dilepaskan oleh kami semua.

Urusan bas telah diputuskan pada Jumaat dan semuanya berjalan lancar. Lantaran itu kami membuat iklan kepada mana-mana pelajar yang ingin turut serta supaya mendaftar nama. Tapi, kami sungguh kecewa bila bas yang ditunggu tidak kunjung tiba.

Kami telah ditipu oleh pihak kolej dengan alasan kuliah itu ceramah politik", kata beliau. Difahamkan, pada Jumaat permohonan untuk menggunakan bas kolej telah diluluskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan bas diuruskan oleh pegawai di Bahagian Kewangan. Anehnya tiba-tiba ia dibatalkan secara tiba-tiba.

"Bila kami jumpa bahagian HEP. mereka kata Naib Presiden kolej tak benarkan dan macam-macam lagi alasan yang diberikan", katanya lagi.

Sumber=>
N'N:Nampaknya UMNO dah takut dengan pengaruh dan aura Ustaz Azhar idrus yang Pro PAS dalam menegakkan Daulah islamiyah. Politik sempit UMNO memisahkan Agama & POlitik.......

Sumber=>http://pahangdaily.blogspot.com/2011/10/panas-pelajar-kipsas-kecewa-pengurusan.html

Kematian Gaddafi, Pengajaran Kepada Najib, Dr M dan BN


Satu lagi pemerintah zalim di Timur Tengah hilang ditelan debu. Satu lagi bab di dalam sejarah dunia telah berakhir dan adalah menjadi langkah yang bijak kepada regim zalim di Malaysia untuk memberi penuh perhatian yang wajar bahawa ia akan berlaku di seluruh dunia - perubahan, demokrasi dan kuasa rakyat.

Muammar Gaddafi, yang sebelum ini dengan penuh berani melaungkan untuk "turun berjuang", nampaknya telah turun merayu, jika dirujuk kepada laporan-laporan berita. Beliau telah menjerit "jangan tembak! jangan tembak!" ketika dia diseret keluar dari tempat persembunyian iaitu di Sirte, oleh pejuang NTC Libya.

Gaddafi mempunyai banyak peluang untuk keluar sejak beberapa bulan yang lalu tetapi memilih untuk melarikan diri, berdiri menentang tentera gabungan pemberontak Libya dan NATO. Ia seolah-olah menjadi sukar untuk melihat jika anda telah tinggal di khemah terlalu lama. Ada kecenderungan untuk menyiasat profil psikologi diktator Arab yang berterusan dalam memerangi peperangan ini. Saddam juga ditemui di dalam persembunyian. Semasa perang teluk pertama dia pernah melaungkan segala tentangan dan "ibu segala peperangan" terhadapnya akan menjadi satu kekalahan yang memalukan di Baghdad.

Gaddafi yang dikelilingi oleh penasihatnya, hanya akan mendengan nasihat yang dia mahu dengar, jika diberikan nasihat yang bertentangan kehendaknya pasti akan menaikkan kemarahannya. Sesiapa yang pernah memberikan nasihat secara jujur dan tidak berat sebelah telah dihapuskan sejak lama dahulu. Itu adalah ciri-ciri kuasa yang dipegang terlalu lama oleh satu parti, dan lebih buruk lagi apabila ia dikuasai oleh individu. Gaddafi telah berkuasa selama 42 tahun. Kehilangan kuasa tidak mungkin wujud di dalam kepalanya dan juga sekutunya.

Di Syria, persitiwa yang berlaku agak berbeza seperti di Libya. Rakyat membuat bantahan secara aman, tetapi kerajaan telah menanganinya dengan kasar termasuk penggunaan peluru hidup yang menyebabkan banyak kematian. Ia tidak menghentikan bantahan, malah menyebabkan bantahan semakin tersebar di Syria. Kerajaan kemudiannya menggunakan kereta kebal dan senjata berat terhadap rakyatnya sendiri semata-mata untuk menghantikan bantahan. Kini, laporan menunjukkan bahawa rakyat Syria mula melengkapkan diri mereka untuk bangkit menentang kerajaan. Ia akan menjadi seperti Libya. Namun, kerajaan Syria tidak menunjukkan tanda-tanda mereka telah mempelajari daripada kesilapan Gaddafi dan seolah-olah akan mengulangi sejarah.

Berbanding dengan Libya dan Syria, pemimpin-pemimpin Tunisia dan Mesir kelihatan kurang cenderung untuk menggunakan kekerasan maut besar-besaran terhadap rakyat mereka sendiri, walaupun sudah tentu keganasan berlaku.


Pilihanraya ke-13, Satu Permulaan Baru?

Malaysia, hampir separuh dunia jauhnya, walaupun mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara Arab melalui hubungan agama, budaya dan pendidikan, sentiasa membuat keputusan memilih kerajaan melalui peti undi. Masalahnya,pilihan raya-pilihan raya yang lalu itu sendiri tidak berjalan dengan adil apabila kerajaan BN menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan mereka menang dan sekaligus tidak mencerminkan kehendak rakyat. Ini telah menyebabkan kerajaan berterusan diperintah oleh regim pemerintahan diktator. Dan jika Malaysia mempunyai seorang diktator, ianya adalah Mahathir Mohammed, yang memerintah selama 22 tahun, menolak perbezaan pendapat dan melemahkan institusi negara. Projek-projek mega-mania termasuklah seperti bangunan tertinggi di dunia, dan pusat pentadbiran kerajaan yang baru, Putrajaya.

Ia telah menjadi lebih sukar bagi BN untuk memanipulasi pilihan raya di Malaysia Barat, walaupun keputusan pilihan raya di Sarawak baru-baru ini telah banyak yang dipersoalkan. Pemerhati pilihan raya telah diharamkan daripada memasuki negeri, tidak perlu kerana ia adalah pilihan raya yang adil, seperti yang didakwa oleh kerajaan negeri Sarawak. Kerajaan juga mengawal media akhbar dan penyiaran disebalik halangan capaian Internet. Saluran media rasmi, menjadi terlalu berat sebelah kepada BN, menjadikan diri mereka kelihatan seakan tidak berguna kerana mereka tidak lagi dipercayai. Trend ini jelas kelihatan dalam bilangan edaran akhbar mereka, apabila Berita Harian dan Utusan Malaysia akan meneruskan pemberian secara percuma.

Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi, adakah boleh dijadikan penamat kepada satu lagi pemerintahan diktator lain di dunia ini, yang telah berkuasa lebih lama daripada pemerintahan rejim gila dan kejam Gaddafi, iaitu regim Barisan Nasional yang telah berkuasa selama lebih daripada 50 tahun?.

Jenazah Gaddafi disimpan di pasar, keluarga tuntut

 


MISRATA, Libya, 22 Okt — Keluarga Muammar Gaddafi menuntut jenazah bekas pemimpin Libya yang digulingkan untuk dikebumikan mengikut tradisi orang Islam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi stesen televisyen pro-Muammar berpejabat di Syria, keluarga Muammar mahu jenazah pemimpin itu, anak Mo’tassim dan mereka yang terbunuh Khamis lalu di bandar kampung halamannya Sirte diserahkan kepada mereka.

“Kami meminta PBB, Pertubuhan Persidangan Islam dan Amnesty International agar memaksa Majlis Peralihan (Kebangsaan) menyerahkan jenazah mereka kepada suku kami di Sirte dan membenarkan mereka mengadakan upacara mengikut budaya dan prinsip Islam,” kata kenyataan itu.

Di Misrata, komander tempatan Addul-Salam Eleiwa menunjukkan jenazah Muammar yang diletakkan di atas satu tilam dalam lepuh sejuk di sebuah pasar dengan kesan peluru dapat disaksikan di bahagian kepalanya.

“Beliau (Muammar) akan mendapatkan haknya, seperti mana-mana Muslim. Jenazanya akan dimandikan dan akan dilayan dengan penuh maruah. Saya menjangkakan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam dalam 24 jam,” katanya lagi.

Berpuluh-puluh orang, ramai dengan telefon bimbit berkamera membanjiri kawasan pasar untuk melihat jenazah Muammar.

“Ada sesuatu dalam hati kami, kami hendak keluarkan,” kata Abdullah al-Suweisi, 30, ketika ia menunggu giliran. “Ini adalah ketidakadilan selama 40 tahun. Ada perasaan benci di dalam. Kami hendak lihat dia,” katanya. — Reuters

Rektor UIAM Pendusta, Surat UIA Amat Jelas Aziz Bari Dihalang Masuk Kampus


Peguam: Surat UIA amat jelas Aziz Bari digantung, dilarang masuk kampus

Prof Dr Abdul Aziz Bari menafikan kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Zaleha Kamaruddin (gambar) bahawa pensyarah itu tidak pernah ditegah memasuki pusat pengajian tinggi tersebut sehingga siasatan ke atasnya selesai, demikian menurut peguam beliau hari ini.

Sebaliknya Dr Zulqarnain Lukman berkata, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, bertarikh 19 Oktober lalu, dengan jelas menunjukkan Aziz digantung perkhidmatan beliau berkuasa “serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari” sebagaimana dikatakan oleh Rektor UIA itu semalam.

“Berhubung kenyataan yang diberikan oleh Rektor UIA Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama (semalam), saya mendapat arahan anak guam bahawa kenyataan Rektor UIA berkaitan penggantungan perkhidmatan selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIA adalah tidak tepat,” kata Zulqarnain sambil menambah, beliau diarah membuat penjelasan berhubung perkembangan terbaru ini.

Kenyataan Zaleha itu keluar semalam ketika banyak pihak menggesa UIA menarik balik penggantungan perkhidmatan ke atas Aziz sehingga siasatan dijalankan.

Zulqarnain berkata, berdasarkan surat tunjuk sebab dikeluarkan, Aziz digantung perkhidmatan dengan gaji penuh, dengan serta-merta sehingga notis susulan.

Katanya, surat itu juga mengingatkan bahawa ketika tempoh penggantungan, Aziz tidak dibenarkan memasuki premis universiti tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang.

Selain itu kata beliau, surat tersebut juga menyebut bahawa Aziz tidak dibenar mengadakan sebarang transaksi bagi pihak universiti atau menghubungi staf universiti atau sekutu bisnes UIA tanpa kebenaran Dekan Kulliyah Undang-undang.

“Oleh itu, adalah jelas bahawa penggantungan perkhidmatannya adalah berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya tempoh tujuh hari.

“Tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIA,” kata beliau.

Aziz dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab sebelum 4 petang 25 Oktober ini.

Begitu juga bahawa adalah jelas, kata Zulqarnain, pelangganya tidak dibenarkan masuk ke premis universiti atau berhubung dengan mana-mana staf UIA melainkan terdapat kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang.

“Jika benar terdapat sebarang perubahan kepada notis yang diberikan kepada anak guam, seharusnya pihak universiti mengeluarkan notis baru membatalkan kandungan notis bertarikh 19/10/2011 ini,” kata beliau lagi.

Zulqarnain menambah, anak guamnya juga memohon pengurusan UIA tidak mengeluarkan kenyataan yang berkonflik dan bercanggah satu sama lain yang membingungkan masyarakat awam.

Dalam satu kenyataan semalam, UIA menjelaskan tindakan menggantung tugas Aziz bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.

Zaleha turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan.

Beliau berkata UIA tetap membayar gaji Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.

Zaleha berkata Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lalu dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu. -TMI

blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah



GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.


"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.


"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini.


Tambahnya lagi, sebagai seorang blogger perlu mempunyai sifat-sifat yang mulia, bukannya menulis perkara-perkara fitnah.


Beliau juga memberitahu ada penyakit yang perlu diubat dalam dunia blogger yang dilihat sentiasa melemparkan perkara-perkara yang tidak benar malah menjadikan ia satu usaha penyebaran unsur-unsur jahat dengan niat.


"Penyakit menyebar fitnah perlu diubat kerana ini akan menjadikan budaya ytang tidak sihat di negara ini malah ia akan menjadikan budaya penyebaran fitnah yang tidak berhemah.


"Saya tekankan di sini blogger kena belajar dan mempunyai pengetahuan agama yang kuat, cara ini sajalah yang dapat mengubat penyakit penyebar fitnah di dalam dunia media baru.


"Selain itu pembelajaran kesasteraan juga perlu untuk kita mantapkan penulis ayar ayat-ayat yang kita tulis mempunyai nilai tersendiri serta menarik minat pembaca," sambungnya lagi.


Nik Aziz juga meminta blogger serta pengamal media baru mempelajari bagaimanakah cara untuk menjawab setiap isu fitnah dengan menitik berat serta mengambarkan nilai-nilai keIslaman kerana ia juga dapat memberi kesan mendalam kepada penjelasan kepada fitnah.


"Kita perlu belajar untuk menjawab setiap persoalan dan ini akan memastikan untuk setiap soalan atau fitnah dapat kita perjelaskan kembali dengan cara yang baik, ini akan memberi kesan kepada setiap pembaca.

"Di sinilah yang akan dinilai oleh setiap pembaca dan mereka sendiri yang akan menilai siapa yang betul mahupun tidak dan saya pasti penjelasan yang baik Umno juga akan dapat berubah setelah tidak dapat menimbulkan isu baru kerana penjelasan kita berikan itu," tambah Nik Aziz lagi.


Menteri Besar Kelantan itu juga menjelaskan persaingan juga perlu kerana ia mendatangkan kesan kepada apa yang dilakukan dan dapat menimbulkan kebenaran kepada sesuatu perkara.


"Persaingan yang baik akan melahirkan kebenaran kerana isu yang timbul akan dibahas serta pendapat masing-masing dan akhirnya mendatangkan kebenaran yang diterima oleh semua," katanya.


Persidangan yang dianjurkan oleh Lajnah ICT dan Jabatan IT PAS Pusat bersama dengan Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat selama sehari ini meletakkan objektif menyeragamkan pemahaman garis panduan gerak kerja bersepadu facebook atau twitter kepada semua petugas penerangan dan maklumat di semua peringkat.


Ia juga bertujuan mengulangkaji mengemaskini dan mendapat maklum balas status kesediaan keperluan ICT di semua peringkat serta berkongsi pengetahuan berhubung dengan media sosial dan webtv sebagai sumber maklumat alternatif serta mendapat sokongan dan komitmen dari kepimpinan tertinggi PAS untuk melancarkan Jentera Bersepadu Petugas ICT dalam jentera pilihan raya dan penerangan lebih awal sebagai persediaan dalam menghadapi pilihanraya umum nanti.

kalau mahu selamatkan aqidah islam,,jom pakat sertai PAS



PAS konsisten selamatkan akidah umat Islam

PAS istiqamah untuk membersihkan dan mempertahankan akidah kerana ia adalah dasar perjuangannya sejak 1951.

Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, dasar Islam di dalam Perlembagaan PAS fasa 3 tidak pernah diubah walaupun kepimpinannya bertukar, sama ada dalam suasana menang atau kalah.

“Malahan penubuhan PAS, apabila sekelompok ulamak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno mengenai isu Natrah pada tahun 1950,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, sejarah perjuangan PAS untuk mempertahankan akidah di negara ini terpaksa membayar harga yang begitu mahal.

Katanya, sewaktu PAS mempertahankan akidah umat, Umno bukan sahaja tidak membantu malahan memfitnah PAS sehingga pemimpinnya ditangkap ISA.

Beliau berkata, antara jasa PAS kepada umat ialah memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai batas-batas iman dan kufur sehingga masyarakat tidak berani menghina hukum Islam.

Di samping itu, ujarnya tidak ada lagi masyarakat yang menghina Islam seperti hukum Islam hanya sesuai di zaman unta, jika laksanakan hukum Islam boleh membawa huru hara.

PAS juga, katanya telah menekankan pendidikan akidah kepada ummah di negara ini melalui kuliah-kuliah dan ceramah umum.

“PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad. Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis,” katanya.

Selain itu, ujarnya lagi, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy, Hartina Kamarudin, maka PAS ke depan melawan isu gejala murtad pada ketika itu.

“Di manakah Umno dan NGO Umno?” soalnya.

Beliau menambah, penyokong PAS mengadakan demo membantah seminar untuk membenarkan orang Islam murtad di Pulau Pinang dan Johor tetapi malangnya seorang menteri Umno mengatakan itu tindakan bodoh.

Ini semua, katanya membuktikan bahawa PAS konsisten untuk menyelamatkan akidah ia bukan agenda bermusim.

“Kita harap Umno berubah sikap selepas ini terhadap Islam dan hukum Islam. Perlu diingat bahawa murtad bukan sahaja menukar agama, tetapi juga boleh berlaku jika menghina hukum Allah,” jelasnya. -Hrkh

ATHURAH, NORLAILA & NORSHITA ANTARA 13 TAHANAN DEMO "MANSUHKAN ISA" DIBEBASKAN SEMALAM

Keputusan kes 29 tahanan yang disabitkan menyertai Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 menyaksikan 13 daripadanya dibebaskan.

Ianya dibacakan Hakim Ainul Shahrin Mohamad di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, 21 Oktober lalu, setelah hampir dua tahun kes tersebut dibicarakan.

Seramai 16 daripada tahanan diarahkan membela diri selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan prima facie kes bagi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 27 Akta Polis dan dipanggil membela diri pada 1 dan 2 Disember akan datang.

Bagi 13 tahanan yang dibebaskan terdiri anggota Unit Amal, pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti bahawa ianya pertubuhan haram dan tidak boleh disabitkan dengan menyertai perhimpunan haram.

Tiga daripada 16 tahanan tersebut ialah aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sendiri, Nashita Md Nor dan Norlaila Othman dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Peguambela Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, berdasarkan keputusan awal, pihaknya yakin mempunyai pembelaan kukuh terhadap 16 tahanan tersebut pada 1 dan 2 Disember nanti.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa gembira dengan pembebasan 13 tahanan itu.

Turut hadir memberi sokongan ialah Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Muslimat dan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Salleh dan Kamaruzaman Mohamad.

PENYANYI AISHAH MAHU PEMINAT BERSANGKA BAIK KEPADA PERUBAHAN ARTIS DEKATI ISLAM

 

PENYANYI yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu', Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 46, berharap agar para peminat dan orang ramai dapat memberikan sokongan dan galakan kepada perubahan positif yang dilakukan oleh seseorang artis di negara ini.

Ujarnya, walaupun perubahan tersebut perlahan dan tidak bersifat menyeluruh, ia adalah lebih baik daripada tiada langsung.

"Malangnya ada sesetengah pihak yang cepat menghukum dan memberi kritikan tidak membina. Kita kena open-minded dan tolong sokong serta bersangka baik dengan perubahan tersebut kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana kesudahannya nanti," tegas Aishah kepada Harakah.

Beliau mengakui, perubahan positif melanda artis tanahair mutakhir ini memberikan kesan besar kepada masyarakat kerana mereka merupakan figur berpengaruh dan sentiasa jadi perhatian.

Aishah, 46, melahirkan perkara ini ketika diminta mengulas mengenai 'hijrah' beberapa artis ke arah jalan dakwah sejak kebelakangan ini.

"Alhamdulillah ia merupakan suatu perkembangan baik dan kita lihat artis adalah public figure yang menjadi ikutan kerana mereka mempunyai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan," katanya.

Tambahnya, jika baik pengaruh yang dibawa oleh seseorang artis itu maka dia akan beroleh pahala, begitu juga sebaliknya.

DEWAN ULAMA PAS JAWAB ZULKIFLI NORDIN ISU LIWAT ISTERI: SEBARKAN KENYATAAN INI KEPADA SEMUA RAKAN2 FACEBOOK

LIWAT isteri menurut Mazhab Syafie adalah perlakuan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hukuman Hudud tetapi Hukuman Takzir. Menurut al-Imam al-Syarbini, seorang tokoh Mazhab Syafie: "Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita'zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan takzir". - Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.

Malah, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai hukuman hudud tetapi hukuman takzir meskipun ianya haram berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai hukuman hudud.

Al-San’ani, salah seorang tokoh ulama Mazhab Hanafi menyebut dalam Bada'I al-Sana'i: "dan demikianlah persetubuhan pada dubur lelaki atau perempuan tidak mewajibkan hudud di sisi Abu Hanifah meskipun ianya adalah haram kerana persetubuhan tidak berlaku pada kemaluan depan, maka ia bukannya zina. Manakala di sisi kedua-duanya - Imam Muhammad dan Imam Hasan (dua tokoh besar Mazhab Hanafi) dan juga di sisi Imam Syafie perbuatan itu mewajibkan hukuman hudud". - Bada'I al-Sana'i, Juz 15, halaman 24.

Ini kerana pada pendapat Imam Abu Hanifah, zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada "persetubuhan pada kemaluan depan".

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 telah mengambil pendapat Imam Syafie dan Mazhab Syafie dalam mengkategorikan jenayah liwat sebagai hukuman hudud dan tidak mengkategorikan liwat isteri sebagai hukuman hudud.

Hukuman jenayah dalam Islam terbahagi kepada tiga, iaitu hukuman hudud, hukuman qisas dan hukuman takzir. Kesalahan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori hudud dan qisas dimasukkan dalam kategori takzir.

Kadar hukuman hudud telah ditetapkan oleh Allah antaranya zina yang mesti disebat atau dibuang negeri atau direjam kadar hukuman takzir pula boleh diijtihad oleh para ulama dan pemerintah berdasarkan beberapa peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 adalah Enakmen untuk memperuntukkan dua jenis jenayah dalam Islam, iaitu hukuman hudud dan hukuman qisas sahaja.

Adapun hukuman takzir tidak dihuraikan terperinci oleh Enakmen ini. Apa-apa kesalahan jenayah Islam yang tidak disebut dalam Enakmen ini secara automatik termasuk dalam kategori jenayah takzir yang hukumannya diserahkan kepada budi bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah.

Kesalahan-kesalahan itu dinamakan kesalahan-kesalahan takzir dan hukumannya dinamakan hukuman takzir.

Hal ini disebut dalam Seksyen 3 - Jenis-Jenis Kesalahan, ceraian (c) "kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan-kesalahan hudud dan kesalahan-kesalahan Qisas, tetapi hukumannya diserahkan kepada budi bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah.

Kesalahan-kesalahan itu dinamakan kesalahan-kesalahan takzir dan hukumannya dinamakan hukuman takzir." (Rujuk Tr. P.U. 4/2002 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, Bahagian 1, Seksyen 3. Jenis-Jenis kesalahan. www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/)

Begitu juga Bahagian XI Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran menetapkan: (1) semua kesalahan-kesalahan dalam Enakmen ini dan peruntukan-peruntukan mengenainya hendaklah ditafsirkan mengikut hukum Syara'; dan rujukan kepada hukum itu, hendaklah dibuat mengenai apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dalam Enakmen ini." - (Rujuk Tr. P.U. 4/2002 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, Bahagian XI, Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/enakmen/)

Seksyen 14 Enakmen tersebut yang dirujuk oleh salah seorang ahli parlimen hari ini menetapkan "Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur." - Rujuk Seksyen 14. Liwat, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/enakmen/

Seksyen 14 dengan tajuk 'Liwat' ini menjelaskan takrifan jenayah liwat yang dikenakan hukuman hudud. Menurut seksyen ini, jenayah liwat yang akan dikenakan hukuman hudud tidak merangkumi keadaan di mana isteri diliwat oleh suami.

Persoalannya, bagaimana pula dengan isteri yang diliwat oleh suami? Apa hukumnya? Adakah ianya halal? Jawapannya ialah meliwat isteri adalah haram dengan sepakat ulama. Ia adalah perlakuan jenayah yang termasuk kategori hukuman takzir bukannya hukuman hudud.

Apabila hukuman bagi jenayah Liwat Isteri nya tidak disebut dalam Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, maka ia termasuk dalam kategori ta’zir sebagaimana penjelasan dalam Seksyen 3. Jenis-Jenis kesalahan dan juga dirujuk kepada Bahagian XI Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran.

Amat malang sekali apabila ada ahli parlimen yang berstatus peguam telah gagal memahami dengan tepat peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M sehingga membuat kesimpulan tafsiran yang boleh memberikan kefahaman negatif kepada masyarakat seolah-olah jenayah Liwat Isteri adalah dibenar dan dibolehkan.

Kesimpulannya, tidak mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai hukuman hudud tidak bererti ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia dikategorikan sebagai hukuman takzir.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Hukuman Jenayah Islam, ulama sepakat bahawa zina termasuk kategori hukuman hudud yang telah ditetapkan hukumannya. Namun, mereka berbeza pendapat adakah liwat termasuk kategori hukuman hudud atau takzir?

Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai hukuman hudud meskipun haram kerana pada pendapat beliau, zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada "persetubuhan pada kemaluan depan". Hal ini berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai hukuman hudud.

Perbezaan pendapat di kalangan ulama besar ini dalam beberapa perkara cabang melibatkan hukum hudud, qisas dan takzir menggambarkan keluasan fiqh Islam. Ia memberi ruang untuk setiap pemerintah mengambil pendapat dan pandangan yang lebih bermaslahat pada zamannya untuk dijadikan sebagai perundangan negara atau negeri yang akan dilaksanakan.

Antara contoh perbezaan pendapat ulama lagi dalam kes hudud dan takzir ini ialah melibatkan hukuman zina. Hukuman Hudud Zina tidak dikenakan kepada Kafir Harbi yang diberi keamanan di negeri Islam apabila berzina dengan wanita Islam menurut Mazhab Hanafi berbeza dengan pendapat Abu Yusof, salah seorang tokoh Mazhab Hanafi.

Begitu juga menurut Abu Hanifah menyetubuhi wanita mati walaupun pada kemaluan depan, dan menyetubuhi binatang tidak dikategorikan zina meskipun ianya adalah haram. Maka ia tidak termasuk dalam hukuman hudud tetapi termasuk dalam takzir.

Begitu juga Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan persetubuhan dengan mahram yang dinikahi sebagai hukuman hudud tetapi dikategorikan takzir, berbeza dengan Imam Syafie yang menjadikannya sebagai hukuman hudud.

Kesimpulannya, tidak mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai hukuman hudud tidak bererti ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia dikategorikan sebagai hukuman takzir.

DR KHAIRUDDIN RAZALI
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat

TOK GURU NIK AZIZ TANYA BOLEHKAH ORANG YANG TOLAK HUDUD SOKONG AKTA MURTAD?

oleh..syarul zaime
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini, tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak-pihak yang menentang hukum hudud tapi boleh terima undang-undang sedemikian.

“Saya diminta untuk memberikan respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong. Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?” kata beliau (gambar) dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, liputan berkaitan dengan undang-undang itu “hanyalah mainan media, sampai masanya Umno dan seluruh media massa akan senyap.”

“Lihat sahajalah nanti,” kata Mursyidul Am PAS ini dalam kenyataan terbaru mengenai debat agar diadakan satu undang-undang khusus bagi mencegah murtad.

Dalam satu pandangan dikeluarkan semalam, Nik Aziz yakin negara sudah lama telah menggubal undang-undang khusus mencegah murtad jika tidak terhalang hanya disebabkan oleh sikap ego Umno yang melampau.

Menurutnya, jika ‘tiada halangan’ dalam bentuk itu daripada Umno, undang-undang seumpama sudah pasti telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu.

Pendirian itu diketengahkan ketika pelbagai pihak mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang diutarakan minggu lalu, agar negara menggubal Akta Murtad bagi mengawal isu berkaitan.

“Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad. Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad,” kata beliau.

Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud.

Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri. Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

PAPAGOMO: BLOGGER TERNAKAN UMNO YANG MENJADIKAN FITNAH SEBAGAI LAUK SETIAP HARI

Tindakan blogger pro Umno bernama Papagomo yang memfitnah orang yang telah mati, dianggap melampau tanpa menghiraukan dosa pahala dan kerukunan keluarga mangsa.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, Umno-BN terpaksa memperalatkan 'blogger ternakan' untuk membuat fitnah terhadap sasaran, asalkan cita-cita dan matlamat mereka tercapai.

Pada 20 Oktober lalu, keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad menimbang untuk membuat laporan polis berkenaan dakwaan Papagomo dalam blog kononnya allahyarham mempunyai seorang perempuan simpanan.

Blog berkenaan juga mendakwa allahyarham bukanlah seorang yang bersih, kata seorang anggota keluarga allahyarham, Makhtar Mansor yang menafikan dakwaan tersebut ketika mengadakan sidang media di lobi Parlimen.

Mengulas lanjut, Mahfuz menyifatkan fitnah Papagomo itu menggambarkan betapa daifnya Umno-BN dalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat.

"Perkembangan politik baharu menunjukan orang Melayu sudah keluar daripada khurafat politik lama yang selama ini menganggap Umno sahaja yang betul dan mampu menerajui pemerintahan negara," katanya kepada Harakah.

Jelasnya, blogger pro-Umno seperti Papagomo tidak ubah seperti haiwan ternakan yang akhirnya akan jadi mangsa penternak itu sendiri sama ada penternak menyembelih ternakan itu kemudian menjual sebagai barang dagangan.

Tambahnya, haiwan ternakan akan sentiasa kenyang kerana penternak akan sering memberi makan yang cukup dengan pelbagai makanan.

Papagomo yang terkenal dengan paparan fitnah dan lucah dalam blognya, bukan sahaja sanggup memfitnah orang hidup bahkan orang mati turut difitnahkannya tanpa rasa bersalah dan takut kepada Allah SWT.

Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen itu, Makhtar mendakwa, tulisan dalam blog tersebut turut menyertakan foto yang didakwa sebagai perempuan simpanan berkenaan.

Beliau mendakwa, apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana gambar berkenaan dapat terlepas ke blog berkenaan.

Keluarga allahyarham pergi ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum menggesa Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya diraja untuk membolehkan siasatan kes kematian bekas pegawai kanan jabatan kastam itu dibuka semula.

"Macam mana gambar dalam telefon bimbit arwah dapat kepada (blog) Papagomo?," soalnya yang mendakwa, foto berkenaan tersimpan di dalam telefon bimbit allahyarham.

Menurutnya, telefon bimbit itu telah dirampas SPRM ketika siasatan dijalankan ke atas pegawai kastam itu. Papagomo juga dipercayai menjadi dalang Umno dalam melancarkan fitnah terancang terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, agar paparan pada blognya menjadi bahan perbincangan nagetif terhadap pembangkang.

Beliau dipercayai mendapat imbuhan besar dalam menjalankan kerja-kerja jijik dan terkutuk ini. Mahfuz berkata, tindakan Papagomo langsung tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa seolah-olah blogger ternakan Umno ini mendapat perlindungan undang-undang dan kepimpinan politik Umno-BN.

"Mengapa SKMM tidak langsung mengambil tindakan terhadap blogger itu, begitu juga pihak polis turut berdiam diri," soal beliau.

Beliau kesal, kerana pihak berkuasa dan polis mendiam diri terhadap blogger pro-Umno ini, tetapi sebaliknya dengan pantas mengambil tindakan jika ada blogger pro-Pakatan Rakyat yang 'membelasah' Umno-BN. Mahfuz percaya blogger-blogger ternakan Umno ini dibiayai oleh parti itu kerana tanpa apa-apa bayaran mereka tidak mampu menyara hidup sebagai seorang blogger.

PENYANYI AISHAH SIFATKAN SIAPA KITA NAK TOLAK HUKUM HUDUD YANG DATANG DARI ALLAH SWT

"Kita ikut hukum. Kalau dalam Islam menyatakan hukumnya begitu, siapa kita untuk berkata wajar ataupun tidak. Kita perlu ikut apa yang dinyatakan oleh syariat. Kita tidak boleh menukarkan hukum. Saya rasa ia boleh dilaksanakan kalau semua berpakat. Kalau semua orang ikut hukum, memang boleh jadilah. Masyarakat akan jadi lebih baik selagi mana mereka berpegang kepada hukum." - AISHAH WAN ARIFFIN, Penyanyi

ادخل هنا لتعرف اخر ثلاث كلمات قالها القذافي قبل وفاته

 




القذافي أصيب بصدمة عنيفة جراء تعرض موكبه للقصف بالصواريخ والقنابل الموجهة، وأنه كان يتمتم بعبارات غير مفهومة تعبر عن ارتباكه وصدمته، قبل أن يصل إليه مقاتلو المجلس الانتقالي.



وقال مقاتلون شاركوا في عملية قتل القذافي إنه كان يقول «شنو صاير (ماذا حدث)، شنو فيه (ماذا يحدث)»، قبل أن يعتقله الثوار جريحا وينقل على متن سيارة إسعاف وسط حراسة مشددة إلى مستشفى مصراتة العام. وروى مقاتلون آخرون أن القذافي خاطب الثوار قائلا: «يا أولادي هل تقتلونني؟ يا أبنائي أنا القذافي.. أنا القائد.. ماذا تفعلون؟

Himpun draws only 5,000, signalling Umno's scare-mongering days are over

 

Himpun draws only 5,000, signalling Umno's scare-mongering days are overThe Umno-backed Himpun anti-apostasy rally fell flat with a mere 5,000 people attending the gathering held at the Shah Alam Stadium in Selangor. Dubbed a Gathering of One Million Muslims.
Several Selangor Umno leaders including Ezam Mohd Noor had tried to ride an anti-apostasy wave they believed would result from the Sultan's recent controversial decision over the Jais-DUMC raid.
But they failed badly and this signals their lack of personal appeal to voters, especially Ezam for whom Najib has plans to make the Selangor Mentri Besar should he succeed in toppling the Pakatan Rakyst state government.
"This is a telling sign for Umno. Their scare monegring doesn't work just like the MCA's and the Gerakan's against the Chinese. Now, Umno too has lost its hold on the Malays and yet they are still in denial," Bukit Gantang MP Nizar Jamaluddin told Malaysia Chronicle.

Apostasy on the rise, says Himpun

Indeed, Pakatan Rakyat's PAS, PKR and DAP had decided to give the rally a miss. As Opposition Leader Anwar Ibrahim explained, Himpun was unnecessary because there was no threat of Christianisation in Malaysia.
Nonetheless, the Himpun organisers claimed that apostasy was on the rise and have called for specific anti-apostasy laws to deal with cases of proselytisation of Muslims.
“We feel that the existing laws are not enough to curb apostasy. There have been proven cases of proselytisation, but we find it strange that no action has been taken,” Himpun chairman Mohd Azmi Abdul Hamid told reporters after the rally.
At the rally, Himpun initiated a 10-point declaration to address the issue and plans to submit the document to the King by next week.
Asked about the dismal turnout, Mohd Azmi insisted the gathering was a “landmark for the unity of Islam”.
Malaysia Chronicle

Saturday, October 22

Pemuda Inilah Yang Telah Membunuh Diktator Libya Muammar ghadaffi


Shebani dilaporkan menembak Gaddafi dengan pistol emasnya

Bekas pemimpin Libya Kolonel Muammar Ghadafy bertanya kepada para penangkapnya, setelah dia ditangkap kelmarin "Apa yang kamu semua mahu dari saya?", ketika mereka mengerumuninya, Khamis (20/10/2011). itulah yang dipaparkan dalam video seorang wartawan Libya setelah Ghaddafi ditembak di kaki

Selepas itu Ghadafy disahkan meninggal dunia. Namun bagaimana dia meninggal masih meninggalkan tandatanya. Seorang seorang doktor mendampingi jenazah ghadafy di ambulans mengatakan kepada AP, Bekas diktator itu mati akibat dua tembakan, masing-masing di dada dan di kepala.

Satu lagi berita mengatakan, Ghadafy ditembak tak lama setelah dia ditangkap. Video Ghadaffi ditangkap boleh dilihat Disini.Penembaknya adalah seorang pejuang remaja berusia 18 tahun yang bernama Ahmed Shebani.

Dalam sekeping gambar, Shebani dijulang oleh pejuang lain setelah menembak Ghadaffi. Tangan kiri Shebani mengangkat sepucuk pistol emas yang disebut-sebut milik Ghadafy. Remaja itu mengaku dialah yang merampas pistol kaliber 9 mm itu dari tangan Ghadafy lalu menembaknya

PELAKON JELITA CATRIONA ROSS ANGGAP PERUBAHAN ARTIS KEMBALI KEPADA ISLAM SEBAGAI FENOMENA AL-QURAN

PERUBAHAN positif yang dilihat kepada sebilangan artis mutakhir ini mendekati Islam, jelas menggambarkan kebangkitan Islam yang kembali kepada fitrahnya.

Menurut pelakon jelita, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 31, apa yang berlaku merupakan satu fenomena yang terkandung di dalam al-Quran.

"Ia sangat positif. Saya tumpang gembira dan bersyukur pada sahabat-sahabat artis yang telah 'kembali' kerana saya fikir kita semua diciptakan untuk akhirat," ujarnya kepada Harakah.

Beliau yakin apa yang berlaku bukanlah suatu trend melainkan ia adalah fenomena yang sangat menarik dan sangat baik.

Catriona yang terkenal dengan drama tv "Sephia" juga menegaskan, untuk melakukan perubahan adalah mudah, namun untuk mengekalkan perubahan tersebut sangat payah.

"Untuk itu, saya rasa sambil-sambil kita berubah kita perlu mencari ilmu supaya faham. Pilih sahabat yang baik, menghadiri majlis-majlis ilmu seperti usrah dan banyakkan berdoa agar Allah tidak memesongkan hati kita," katanya. Tambahnya, tanpa itu semua adalah agak sukar bagi mengekalkan perubahan

Friday, October 21

Laporan SPRM terhadap MB Perak

 

 

Laporan dibuat berikutan dakwaan ketua DAP Perak Ngeh Koo Ham bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah meluluskan penjualan tanah di bawah harga pasaran kepada kroninya.
PETALING JAYA: Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang mempunyai bukti kukuh telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh, Perak hari ini.
Laporan ini dibuat susulan daripada dakwaan beliau terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Sri Dr Zambry Abdul Kadir.
“Saya mempunyai bukti kukuh bahawa tanah tersebut diluluskan oleh kerajaan BN sejak rampasan kuasa kerajaan Perak”, kata Ngeh yang juga adalah ADUN Sitiawan.
“Saya mengesyaki ada penyalahgunaan terutamanya dalam kelulusan tanah pertanian dan industri yang dijual pada harga RM375 seekar,” kata beliau lagi.
Ngeh menambah bahawa harga pasaran tanah di Perak adalah sekitar RM500,000 seekar.
Menurut Ngeh, terdapat empat jenis tanah yang diluluskan oleh Zambry iaitu tanah kuari seluas 528.56 ekar pada harga premium RM 7.1 juta. Tanah lombong seluas 4502.97 ekar pada harga premium RM297,357. Tanah skim perumahan seluas 2,910.61 ekar pula pada harga premium RM123.5 juta manakala 60,561.73 ekar tanah perindustrian dan pertanian dikenakan premium RM22.7 juta.
24, 500 hektar
Lelong secara terbuka akan membawa hasil sekurang-kurangnya RM1.2 billion untuk kerajaan negeri yang membabitkan 24,500 hektar tanah pertanian dan perindustrian.
Pada hari Sabtu yang lepas Ngeh mendakwa bahawa Zambry menjual tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni beliau pada harga RM375 seekar.
Ngeh membuat dakwaan tersebut berdasarkan maklumat dari sumber dalaman Umno yang tidak mahu Zambry kembali menerajui negeri Perak sekiranya BN berjaya dalam pilihanraya umum ke 13.
Zambry telah menolak dakwaan tersebut pada hari Isnin. Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa tanah tersebut telah diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat dan agensi kerajaan negeri lain di bawah harga pasaran.
Lihat juga:
Komplot pastikan Zambry bukan MB

PAS: MP Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah

 

— Dakwaan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat semalam berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum yang berkaitan syarak, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.
Harun berkata, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Zulkifli di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.
Dipetik Harakahdaily, Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.
Jelas beliau, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.
“Mengapa ia dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.
“Untuk makluman beliau, dalam pelaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam pelaksanaan ialah pelaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.
“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah lagi.
Harun menambah, Zulkifli sebagai Ahli Parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.
Dalam pada itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Zulkifli sekali telah merancang untuk mengulangi ‘antik’ atau gelagat kesukaannya.
“Apa yang nyata Zulkifli sememang mempunyai niat jahat (mala fide) dalam membawa isu ini dalam perbahasan ‘belanjawaan’ beliau, guna untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) dan sekali gus maruah PAS sebagai sebuah parti dan jamaah Islam yang mendukungi cita-cita untuk melakasankan Syariah Allah seperti yang dituntut Allah SWT,” katanya.
Kata beliau, menurut Zulkifli, dengan hanya akan melaksanakan enakmen tersebut terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ia bermaksud PAS telah mengubah hukum Islam yang mengatakan seseorang lelaki akhil baligh setelah bermimpi manakala perempuan pula setelah datang haid.
Kata Dzulkifly, dari segi umur, “setelah “Dengan ini, terpaparlah kejahilan seorang yang selama kini memberi tanggapan dan perspesi kepada umum khususnya umat Islam bahawa dia arif agama khususnya perundangan Islam dan akan terus memperjuangkannya dan mendedahkan ‘hudud PAS’ dan pembohongan PAS.
“Pertamanya, ternyata bahawa Zulkifli tidak punya pengetahuan hatta tentang persoalan mumayyiz dan jahil bahawa penetapan persoalan ‘mukallaf’ dalam enakmen adalah satu yang tertakluk kepada ‘Ijtihad’, bukan satu ‘Tetap-Thabit’ yang punya nas yang Qat’iy,” katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
Kata beliau, Zulkifli melemparkan tuduhan bahawa ‘enakmen’ itu ‘hudud PAS’ bukan hudud Islam sebenar” kerana dakwaan kononnya bahawa ‘telah mengubah hukum Islam’.
“Tegas beliau, ‘ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud setelah seseorang itu ‘mumayyiz’ iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun”. Zul Nordin juga menyanggah ‘enakmen’ ini kerana menetapkan umur ‘mukallaf’ sebagai 18 tahun.
“Jelasnya Zulkifli tidak ada pengetahuan tentang pandangan Imam-iman Mazaahib. Jumhur ulama termasuk menetapkan 18 tahun sebagai umur matang atau mukallaf (sin al-rashd). Pokoknya urusan menetapkan umur itu adalah satu perkara Ijtihadi. Ia bukan satu yang tetap (thabit) bahkan tertakluk kepada ijtihad,” kata beliau

skrip bersumpah PATI,,polis soal MP ampang

 
Polis hari ini menyoal ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaannya bahawa pendatang asing tanpa izin dijadikan pengundi selepas mereka menyatakan sokongan kepada Umno dan BN .

Pemimpin PKR itu disoal oleh dua pegawai polis selama sejam di Hotel Premier di Klang.

Zuraida disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun penjara, denda dan kedua-duanya sekali.

NONEKetika dihubungi, Zuraida berkata siasatan masih berterusan dan beliau akan mengulas lanjut kemudian.

"Mereka soal di mana saya dapat maklumat itu dan sekiranya jika saya mempunyai saksi, saya tidak fikir saya boleh berkongsi lebih dari itu.

"Jika ada maklumat lanjut, kita akan bawa ke mahkamah,” katanya.

Pada 16 Ogos lalu, Zuraida pada sidang akhbarnya berkata "Wanita PKR berjaya menyelinap masuk ke dalam program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.”

Beliau turut menunjukkan satu helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Helaian berkenaan turut diedarkan kepada wartawan.
NONESemalam, ASP Effandi Main, pegawai penyiasat kanan IPPD Shah Alam mengambil keterangan wartawan Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri, berhubung dakwaan tersebut di pejabat portal berita itu di Bangsar semalam.

Abdul Rahim disoal siasat hampir dua jam bermula 10.35 pagi berhubung dua laporan yang berkaitan dakwaan itu bertajuk 'Zuraida sahut cabaran KDN' dan 'Zuraida: Kerajaan tak boleh saman saya'

peguam dan ahli akedemi,,teguh dibelakang aziz bari

 
Rakan-rakan seperjuangan pakar undang-undang perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari dalam bidang perundangan dan akademik, berdiri teguh di belakang beliau yang digantung tugasnya oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

bloggers universe malaysia 010508 azmi sharomDalam satu kenyataan media semalam, Persatuan Kakitangan
Akademik Universiti Malaya (PKAUM) membantah tindakan tersebut yang dianggapnya telah melanggar kebebasan akademik Aziz Bari dan hak umumnya untuk bersuara.

Dalam mempertahankan Abdul Aziz, presiden PKAUM dan Prof Madya undang-undang, Azmi Sharom (kiri) berkata, Akta Hasutan membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah.

Dalam kes Abdul Aziz, katanya, apa yang telah beliau lakukan adalah semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan.

Menurutnya, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan - secara langsung atau tersirat - yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja.

Pensyarah Universiti Malaya itu turut menggesa supaya dihentikan siasatan polis terhadap Abdul Aziz.

Menurutnya, sebagai seorang ahli akademik, Abdul Aziz diminta memberi komen mengenai perkara yang berkaitan dengan bidangnya, dan "tugas beliau adalah untuk menggunakan kepakarannya untuk memberi penjelasan kepada umum dalam isu-isu semasa yang berkaitan dengan bidangnya".

azlanAzmi berkata, mana-mana ahli akademik mestilah dibenarkan untuk berbuat demikian, dan tindakan yang diambil terhadap Aziz Bari akan menanam rasa takut di kalangan masyarakat akademik.

Beliau menyifatkannya sebagai satu petunjuk bahawa tiada kebebasan akademik di Malaysia dan tanpanya, adalah mustahil untuk sebarang pembangunan dalam kapasiti intelek negara.
Sementara itu, Lawyers for Liberty, pula berkata tindakan terhadap Abdul Aziz itu jelas merupakan satu penafian terhadap hak asasinya dalam kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perkara 10 perlembagaan persekutuan.

NONEKumpulan peguam hak asasi manusia itu, yang juga terdiri daripada alumni UIA, melahirkan rasa kecewa atas sekatan kebebasan akademik, yang menurutnya, menjadi pra-syarat kepada transformasi Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota Lawyers for Liberty, Afiq M Noor menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tidak "melangkaui sempadannya" dalam siasatan terhadap Abdul Aziz dan portal berita Malaysiakini, yang menyiarkan komennya.

Timbalan menteri padang berat...


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut menyuarakan rasa "terganggu dan sedih mendengar kes tersebut".

NONE"Saya tidak semestiny setuju dengan semua pendapat Aziz Bari.
Kalau benar dia bersalah, wajar dihukum.

"Kini ia masih dalam siasatan. Justeru, tindakan UIA menggantungnya saya dapati menimbulkan persoalan," tulisnya dalam SMS kepada Malaysiakini.

Saifuddin (kanan) menambah, beliau telah meminta laporan bertulis daripada pihak universiti berhubung perkara itu.

Katanya, beliau juga mendapat maklumat bahawa mahasiswa merancang berdemonstrasi membela Aziz Bari, sambil menambah: "Itu hak mereka.".

ARIEL SHARON DALAM NERAKA DUNIA,,SUDAH 5 TAHUN KOMA,,satu iktibar buat pemimpin kat malaysia,,

 

Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yang mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dalam keaiban.

Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 5 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja.

Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain.

Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah... ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kepada Allah... Amin... Tulisan: Norman Liverpool





Ulasan GB

Ia juga peringatan kepada manusia-manusia yang dengan beraninya menentang dan mempersendakan hukum Allah s.w.t

BULAN LAMBANG HATIKU,,WARGA INTERNET CINA BELASAH MCA,,BELA PAS


 

Berambuslah MCA: Warga internet Cina tampil bela PAS |

Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13.

Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet.

Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam.

Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim.

Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.

Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"

Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!

Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!

XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!

Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!

Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!

XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!"

Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?"

MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!

Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!

XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!

Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?

PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?

Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.

Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?

Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!

Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia