Monday, February 7

1Dunia Sokong Demo Di Mesir, Di Malaysia Najib Resah Apa Pasal?


Usah kaitkan suasana negara lain

Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada pihak tertentu di negara ini supaya tidak cuba mengaitkan keadaan huru-hara yang berlaku di negara lain, sebagai sesuatu yang patut dilakukan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ini kerana masyarakat pelbagai kaum di negara ini adalah satu keluarga besar yang cintakan keamanan dan berpaut kepada gagasan 1Malaysia.

“Mengapa rakyat pilih kita dalam keadaan berlaku tunjuk perasaan serta usaha mengguling kerajaan di negara lain? Alhamdulillah dalam pilihan raya kecil (Tenang) baru-baru ini, majoriti Barisan Nasional (BN) terus bertambah.

“Apakah maksudnya ini? Ia bermaksud jangan ada percubaan oleh mana-mana pihak nak kaitkan apa yang berlaku di negara lain itu sebagai seolah-olah sesuatu yang patut dilakukan di bumi bertuah ini.

“Kita menolak sebarang usaha seolah-olah kita perlu lakukan perkara itu di Malaysia atau di Sarawak. Sebenarnya kita tak perlu membuat perkara seperti itu sebab kita berpegang kepada semangat satu keluarga, yang kita pupuk selama ini, ” katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 di Dataran Kipas di sini, malam tadi.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah, menjadi tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Najib berkata, sambutan perayaan Rumah Terbuka Malaysia seperti itu adalah bukti kebersamaan semua kaum di negara ini dalam menyambut perayaan mana-mana kaum.

Sehubungan itu, katanya, kepelbagaian kaum di negara ini harus dilihat sebagai satu kekuatan dan aset yang tidak terdapat di negara lain, dengan perayaan seperti itu disambut oleh semua kaum, apa lagi ia dianjurkan di Miri yang didiami 27 suku etnik.

“Saya pernah sebut, walaupun gagasan 1Malaysia belum menjadi falsafah dan gagasan peringkat nasional, sebenarnya Miri khususnya dan Sarawak pada keseluruhannya, sudah mencermin konsep 1Malaysia selama ini, ” katanya.

Beliau berkata, apa yang rakyat Malaysia kecapi pada hari ini adalah sesuatu yang besar nilainya, yang harus dipertahankan menerusi usaha kebersamaan dalam satu keluarga, 1Malaysia.

Sementara itu, sebelum ke Dataran Kipas, Perdana Menteri dan isteri sempat mengadakan tinjauan di Seaworld Seafood Restoran, kedai kasut Bata dan Restoran Muara, yang ketiga-tiganya terletak di Jalan Yu Seng Utara di sini.

Ulasan GB

Kerajaan Malaysia bi bawah pimpinan DS Najib pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.

Al- Qaradhawi menyatakan: Peserta Demonstrasi Yang Terbunuh Mati Syahid!

Mungkin DS Najib akan tarik balik gelaran Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepada tokoh ulamak itu?

Untuk makluman PM, rakyat seluruh dunia menyokong demonstrasi menjatuhkan Presiden Mubarak itu, bukan sekadar di Malaysia. Hanya UMNO yang menjadikan APCO perundingnya yang tidak menyokong. Buktinya rakyat seluruh dunia menyokong perjuangan rakyat Mesir:

Kanada:




Amerika Syarikat




Brazil




Venuezela




Indonesia

Kenapa Pilih PAS : Sejarah Parti Islam SeMalaysia

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.


Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.


Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.

1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28

Adakah Dosa Dan Pahala Dlm Mengundi Pilihanraya?

Jawapan: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kepada Dr Mohd Asri, apabila menjelang pilihanraya, pelbagai pandangan akan dikeluarkan oleh macam-macam pihak. Ada yang kaitkan isu-isu agama dengan proses membuang undi. Soalan saya, sejauh manakah soal dosa dan pahala dalam mengundi ini. Apakah seseorang itu boleh dikira berdosa atau dapat pahala kerana mengundi parti tertentu? Harap Dr Asri tolong huraikan.

Zamani, Johor.

JAWAPAN PROF MADYA DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Melalui demokrasi, rakyat dapat bersuara dan memilih orang yang mereka redha sebagai pemimpin. Pemimpin pula tidak begitu berani melakukan kezaliman dan penyelewengan disebabkan mereka tahu rakyat mempunyai hak dalam menentukan kedudukan mereka. Ini lebih baik dari sistem autocracy. Bahkan demokrasi yang adil akan lebih baik dari pentadbiran sesetengah para pemerintah dalam sejarah umat Islam pada zaman Umawiyyah, ‘Abbasiyyah dan selain mereka yang bersifat kuku besi dan bertindak tanpa menghormati hak rakyat. Untuk menjawab persoalan saudara tentang dosa dan pahala undian dalam pilihanraya, maka saya sebut perkara-perkara berikut;

1. Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara. Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa.
2. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).
Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin ‘Uyainah (meninggal 198H)
“Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).
Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa. Hal ini samalah seperti undian dalam pilihanraya.
3. Maka undi juga bagaikan satu kalimat, bahkan mungkin lebih, yang mana ia boleh memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang baik atau kuasa untuk pemimpin yang jahat atau zalim atau tidak bertanggungjawab. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:
“Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kalimat itu konteks demokrasi adalah undi dalam pilihanraya. Seseorang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat.
4. Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan samada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).
Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.
5. Untuk menentukan kelayakan seseorang itu, maka secara umumnya hendaklah dilihat kepada dua ciri yang penting yang disebut oleh al-Quran al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa). Firman Allah: (maksudnya)
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
Dua ciri ini hendaklah dilihat dalam kerangka jawatan yang hendak diberikan. Jika jawatan itu membabitkan kewangan umpamanya, maka kemampuan dalam pengurusan kewangan dan digabungkan dengan nilai amanah dalam diri calon yang dilantik. Begitulah juga jawatan dalam bidang-bidang yang lain. Maka dilihat kemampuan calon dalam tanggungjawab yang hendak diberikan dan nilai amanah dalam dirinya.
6. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:
“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah…Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. (m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)
7. Ertinya, sebelum seseorang itu mengundi, dia hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman: (maksudnya)
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)
8. Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:
“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).
9. Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat.

Saturday, February 5

 - Sejarah Pahit Maung Perjuangan Pas (siapa kata PAS tak pernah terlibat dengan kerajaan perpaduan)

 


PROFILE PENCACAI SHIT UMNO YANG BODOH WAR KAH KAH KAH KAH



MALAYSIA UNITED,,BLOGGER UMNO SHIT YANG TENGAH PANAS MEROYAN DI FACEBOOK,,,,KAH KAH KAH KAH TERDESAK SGT DAH KE OI

KERAJAAN PERPADUAN DI LAKSANAKAN??

Jika benar sekalipun akan berlakunya Kerajaan Perpaduan, kami bersedia ke depan untuk merealisasikan impian tersebut. Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu hendaklah bersatu untuk menegembalikan kekuasaan orang Melayu di tanah air kita sendiri  iaitu Malaysia. Antara tujuan Malaysian United ditubuhkan adalah bagi menyatupadukan orang Islam supaya memerangi kekuasaan orang kafir yang mulai menguasai Malaysia secara perlahan-lahan dan sekaligus ada yang mencuba menghapuskan orang Melayu bagi menguatkan kekuasaan  mereka di Tanah Air yang kita cintai ini. Secara tidak sedar mereka menyerang Orang Melayu samada dengan cara fizikal atau pun sebaliknya. Sedarlah wahai orang Melayu, janganlah suatu hari nanti kamu bagaikan menumpang di negara sendiri. Kita seharusnya bersiap sedia mempertahankan negara milik kita ini sebaik-baiknya. InsyaALLAH!! Dengan itu kami telah menubuhkan sebuah 'Group' melalui Facebook diberi nama 'MALAYSIAN UNITED' bagi menghimpunkan seramai mana orang Melayu bagi menyokong persatuan ini. Ini merupakan salah satu inisiatif kami sebagai persediaan menghadapi segala kesulitan yang bakal di hadapi oleh orang Melayu. Kami menjemput kesemua pembaca menyertai 'group' ini.  

KLIK DI SINI untuk terus ke facebook 'MALAYSIAN UNITED'.

terima kasih malaysia.

oleh Abrar Shafie pada pada 05hb Februari 2011 pukul 3.58 pagi
salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?

betul.

ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html


http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html


apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?

betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.

yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?

aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?

ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.
ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga, kan?

lagi sekali.
sampai bila?
nak tunggu kami yang di kawasan hijau  ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.


kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.


sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.



kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.

banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, February 4

Pak Lah Islam Hadhari, Mahathir Islam Nasionalis yang teruk


Islam Nasionalis Mahathir Teruk, Mengelirukan Dan Busuk Sampai Keusus

Artikel : Memang pegangan Islam nasionalis yang dipegang oleh Tun Dr Mahathir teruk dan mengelirukan. Acuan yang diikut bukan berdasarkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Islam yang difaham oleh Tun dan rakan-rakan dalam Umno hanyalah alat untuk berpolitik dan membeli undi sahaja. Bercakap Islam ikut musim dan suasana, menjauhkan Islam ketika luar musim perayaan Islam. Fahaman inilah yang mengelirukan orang bukan Islam di negara ini, dengan tindak tanduk pemimpin Umno.

PAS merasa geli hati apabila mendengar kenyataan Tun yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz akan bersetuju jika pendapat rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan.

PAS hendak mengingatkan kepada Tun bahawa Tuan Guru Nik Aziz bukanlah berpolitik sehingga menggadaikan prinsip agama dan memperalatkan agama seperti yang disangka oleh Tun. Banyak salah tanggapan terhadap Islam diperbetulkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sepanjang memerintah Kelantan melalui tindakan dan amalan.

Yang menggunakan agama dan orang agama ialah pemimpin Umno seperti Tun Mahathir sendiri. PAS daripada dulu lagi menentang tindak tanduk Lee Kuan Yew dalam politik dan pandangan agama yang tidak betul. PAS tidak dengar pula Tun Mahathir marah, ketika ayam sabung beliau, Datuk Seri Najib menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu kepada Singapura seluas 217 hektar. Kenapa beliau tidak berkokok, mungkin kerana kehendak dan nafsu serakah beliau ditunaikan oleh Datuk Seri Najib. Kenapa beliau marah dengan Tun Abdullah Badwi dalam setiap langkah yang dibuat oleh Tun Abdullah. Masyarakat nampak semua berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan di zaman beliau.

Dakwaan Tun Mahathir mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu juga tertolak. Bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris. Malah ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Malah ketika semua parti di tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno. Bukankah ini bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46. Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B. Begitu juga lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Tun memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadaap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam. Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin ini adalah anutan Islam nasionalis. Mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut , kerana tidak ada pisau cukur. Beliau juga melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan. Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?

Umno BN rangka garis panduan kawal internet tanpa perbincangan

Fadli

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) merangka garis panduan internet tanpa berbincang dengan pihak lain.
Katanya, garis panduan untuk mengawasi internet sepatutnya dirunding terlebih dahulu dengan semua pihak, bukannya dibentangkan begitu sahaja oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Ini kerana, beliau berkata, garis panduan itu dikhuatiri menutup ruang menyebarkan maklumat dan kebenaran kepada orang ramai, sebaliknya melindungi kepentingan pihak tertentu.
“Persoalan menyatakan kebenaran ini satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh kita semua, ” kata Dr Muhammad Nur keqada KeadilanDaily.com.
Beliau percaya garis panduan itu diperkenal hanya sebagai langkah alternatif kepada cadangan pindaan awal PPPA yang mendapat tentangan banyak pihak.
“Setelah cadangan pindaan mendapat tentangan, kini mereka berubah angin dengan memperkenal garis panduan pula,” katanya.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini menyatakan, satu garis panduan mentadbir penyebaran maklumat melalui media, termasuk internet akan dibentang pada mesyuarat Kabinet akan datang.
Garis panduan itu meliputi Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA

PAS cabar Najib kutuk Hosni Mubarak

PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.

"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.


Read More...
Tengok Nii...Inilah Perangai "Buruk" Umno...
Kerajaan negeri Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang memutuskan untuk mengenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda dari PKR Shuhaimi Shafiei, Isnin ini. Tindakan tersebut, menurut kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu, menunjukkan sikap berat sebelah pihak berkuasa — yang terletak di bawah bidang kuasa Putrajaya — dalam mengambil tindakan perundangan ke atas wakil rakyat mereka.
“Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat,” kata Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian (bekas setiausaha sulit Exco Kerajaan Negeri Selangor) Teoh Beng Hock, (suspek polis mati di lokap) A. Kugan dan (remaja) Aminulrashid?” kata kenyataan itu.
Laporan semalam menyebut, Shuhaimi akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.
Beliau hadir ke balai polis semalam untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan dalam blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.
Kenyataan Pejabat Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh kepada Suhaimi dalam menghadapi kes tersebut.
“Dalam kes Shuhaimi, kerajaan negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini.

Juragan : Wa bukan boleh tengok puak-puak Umno Haprak niii..Yang wa pelik orang melayu "Bengong" tak nampak lagi kezaliman dan sikap Munafik pemimpin Umno ni??Wa doakan PRU13 puak-puak zalim ni "Jatuh dan Hancurr" dan ditempatkan di Muzium untuk tatapan generasi akan datang.Itupun kalau mereka nak tengok,takut nanti mereka kencing dan ludah aje..hancuss

SEKITAR DEMO ANTI MUBARAK SHIT





Seramai lapan orang awam ditahan polis kerana menyertai perarakan menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat disini hari ini.

Dua daripada mereka ditahan di Jalan Tun Razak selepas selesai daripada menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat kira-kira 2.50 petang tadi.

Manakala yang lain ditahan di bangunan Tabung Haji disini kerana dilihat melakukan provokasi selepas trak FRU melepaskan pancutan air kepada orang awam yang berehat di kaki lima gerai makanan.

Ketua Polis Daerah IPD Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, tujuh yang ditahan itu dibawa trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi disini.

“Mereka ditahan kerana enggan mengikut arahan polis supaya bersurai walaupun kami sudah beberapa kali memberi amaran,” katanya.

Sementara itu, peguam daripada Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fitri berkata pihaknya akan ke IPD Dang Wangi untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang ditangkap. -FMT


Malaysian Riot police fires water canon on protesters near U.S. Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Feb. 4, 2011. More than 1,000 people protested outside the embassy, calling for Egyptian President Hosni Mubarak to step down.

Protesters march during a rally demanding for an end to Egyptian President Hosni Mubarak's rule, at the U.S. embassy in Kuala Lumpur February 4, 2011. Mubarak is warning of chaos if he were to step down, but U.S. counter-terrorism efforts are expected to weather unrest aimed at ending his 30-year rule.

Padan muka Mubarak


Akibat selama ini yakin bahawa diri dilindungi oleh Amerika, hari ini Parti Demokratik Nasional yang dipimpin oleh Hosni Mubarak rasa kecewa dan berkata, "Barat mengkhianati Mesir". Itulah yang dikata oleh wakil parti tersebut apabila ditanya tentang tindakan Barat mengutuk Mubarak dan berhasrat untuk memaksa beliau meletakkan jawatan dengan segera.

Ini adalah bukti bahawa selama ini, Barat yang di sanjung dan kini ketika Mubarak dikutuk oleh rakyat Mesir, dia dibiarkan sendiri. Ini lah yang dilalui oleh sebilangan pemimpin negara yang tidak mementingkan soal rakyat kerana rasa dirinya dilindungi oleh barat dan boleh membuat apa saja, sehingga menyiksa rakyat.

Dalam pada itu, Ayatollah Khamenei, Pemimpin Revolusi Islam Iran, mengutuk Mubarak dengan berkata, "Selama 30 tahun Mesir berada di tangan seseorang yang tidak berjuang untuk kebebasan tetapi musuh kepada mereka yang memperjuangkan kebebasan," Khamenei juga berkata," Dia bukan sahaja tidak anti-Zionist, tetapi dia bersekongkol dan menjadi barua Zionis."

Ini adalah pengajaran buat pemimpin dunia yang bersekongkol dengan Amerika dan Israel lalu menekan rakyat sendiri. Kerana terlalu percaya pada kuasa besar itu, Mubarak sekarang keseorangan. Padan muka

Nik Aziz akan terus bersuara

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan ‘menutup mulut’, sebaliknya akan terus mengkritik biarpun mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau telah lali dengan kritikan sepanjang sepanjang karier politiknya dan tidak pernah berasa tergugat dengan tindakan yang dilakukan pihak tersebut.

“Satu cara UMNO nak tutup mulut saya ialah dengan menukar dasar Islam, selesai masalah... selagi tak tukar benda ini, mulut saya terus bercakap.

“Saya tidak kisah dihentam, tidak ada apa, kalau orang kampung saya maafkan, kalau menteri saya tidak maaf, akhirat kelak dia kena mintak maaf saya. Baik mereka ini minta maaf di dunia lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan bernilai RM120,000 kepada pelajar Malaysia di Mesir bagi membantu mengurangkan beban berikutan krisis pemerintahan yang melanda negara itu.

Sebelum ini, Nik Aziz mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Pas mengambil tindakan supaya menteri besar itu ‘menutup mulut’ daripada pelbagai kenyataan kontroversinya.

Mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya baru-baru ini pula, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah dan setiap orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.

“Biar Tun nak bercakap. Kalau kita tidak benarkan orang bercakap nanti jadi macam Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat sendiri,” katanya.

[ Dipetik…]



===================================================
Dr Mahathir seorang yang bijak - Nik Aziz
KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu./ [ lagi.......]

Tun 'Wawasan 2020', Tok Guru 'Wawasan Akhirat'.

Jawapan anak muda kepada Tun Dr M

Anak Muda

Tun Dr M yang dihormati,

Kami adalah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M. Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya. Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kita pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kita tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua.

Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Tok Guru Nik Aziz. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru. Usia kita jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun. Namun kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti.

Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca , luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman.

Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam. Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan? Ada angin, ada pokoknya. Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan kesemua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama.

Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ianya tidak lengkap. Kita sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya. Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada 'missing piece of jigsaw puzzle'.

Rupa-rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya. Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'. Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau.

Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini? Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini? Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara? Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja anak-anak Tun dan San Miguel, apa cerita? Katanya 'nilai-nilai Islam', 'negara Islam', 'Islam Hadhari', tapi kami musykil dan keliru kerana bunyinya serba tidak kena.

Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya, secara tiba-tiba dilantik dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional? Sewaktu berlakunya Tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu? Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita. Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara? Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun.

Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini. Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Dato' Najib dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan UMNO yang semakin rapuh. Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'. Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia. Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh.

Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara. Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru. Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau. Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.

Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua. Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.

Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.

Yang benar,

Anak Muda

Mahathir penyebab rakyat buta Islam

Mahathir penyebab rakyat buta Islam
Posted on Friday, February 04 @ 03:22:06 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh Mohd Hafez

IPOH, 3 Februari, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyebut bahawa kenyataan Dr Mahathir ( Bekas Presiden UMNO ) baru-baru ini bahawa Islam Tuan Guru Nik Abdul Aziz ( Mursyidul AM PAS ) lebih teruk daripada Islam nasionalis, merupakan bukti jelas perjalanan yang ditempuh PAS sama seperti perjalanan Rasulullah SAW.

Tindakbalas yang diterima Tuan Guru Nik Abdul Aziz oleh seorang yang membenci dakwah beliau merupakan suatu perkara biasa dalam perjalanan dakwah Rasulullah SAW.




Beliau menegaskan ayat :
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin" (Surah Al-An'am: 112)

Sebelum ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata bahawa "Orang Melayu di sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

Lee Kuan Yew cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan". Kata-kata Tuan Guru ini kemudian membuatkan Dr Mahathir terasa bagaikan cacing kepanasan, jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Memetik kata-kata Pesuruhjaya PAS Perak itu, " Dr Mahathir mempersoalkan kenapa Tuan Guru menyerang orang di dalam Malaysia dan bukannya Lee Kuan Yew. Padahal benarlah kata Tuan Guru itu kerana ancaman dari dalam negara sendiri adalah jauh lebih merbahaya daripada ancaman luaran".

" Adakah Dr Mahathir lupa bahawa sirah Rasulullah SAW membuktikan ancaman daripada puak munafiq lebih berbahaya berbanding ancaman daripada puak kafir? Hinggalah Allah SWT menyebut bahawa orang yang berpura-pura islam lebih teruk azabnya berbanding orang yang terus terang islam" soal beliau.

Ustaz Abu Bakar juga menasihatkan agar pemimpin UMNO dan Dr Mahathir khususnya melihat kembali ayat Al Quran berkenaan orang munafik dalam surah an-nisa' ayat 145

"sesungguhnya orang munafiq itu, di tempat yang paling bawah sekali di dalam neraka" (surah an-nisa': 145)

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyanggah kata-katanya, Dr Mahathir apabila mantan presiden umno itu mengatakan bahawa islam telah banyak berkembang di bawah pemerintahan nasionalis.Kononnya kemajuan islam dikaitkan dengan kehebatan semangat kebangsaan Barisan Nasional.

" Mahathir lupa yang bukan jasa UMNO islam semakin berkembang di Malaysia tetapi jasa orang yang menentang UMNO seperti Dr Burhanuddin Helmi, Prof Zulkifli Muhammad dan Ustaz Fadzil Noor. Mereka inilah yang menjadi pengimbang, "check and balance" kepada kerajaan sehingga kerajaan BN terpaksa mengamalkan islam" Tegas beliau

Menurut beliau, Inilah kewajipan yang mereka lakukan walaupun nyawa mereka diancam. Kalau hendak diikutkan nafsu BN, sudah lama islam dianggap kuno, tidak sesuai dan merugikan Negara.

Menurut Ustaz Abu Bakar Hussain lagi, Allah SWT telah menetapkan bahawa sejak dahulu lagi dunia ini menjadi medan pertempuran di antara yang hak dan yang batil. Pertempuran antara iman dan kufur. Rasulullah SAW. dahulu dituduh oleh puak Quraisy sebagai pemisah suami dan isteri, saudara mara dan bangsa qurasiy sendiri, hanya kerana baginda mengajak orang kaumnya untuk beriman kepada Allah SWT dan menyelamatkan mereka daripada azab api neraka. Hari ini orang menganggap PAS sebegitu pula. Padahal kita menyeru supaya bumi ini diperintah dengan adil utk kesalamatan dunia dan akhirat. Menjadi keyakinan kami bahawa jika rakyat Malaysia beriman dan bertaqwa, Allah SWT akan membantu kita

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menegaskan bahawa kini terbukti kebenaran perjuangan PAS adalah perjuangan Islam yang sebenar bukannya seperti umno yang bertopengkan Islam. Sebelum ini ada pemimpin PAS yang telah dipenjara, ada yang dihalau, ada yang dipanggil gila, ada yang dipanggil pemecah-belah masyarakat. Padalah semua ini adalah ujian sama yang dilalui Rasulullah SAW. Dari sini wujudlah rasa perjalanan yang gerakan islam PAS tempuhi, sama dengan perjalanan Rasulullah SAW.

u   

r…]