Wednesday, January 5

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: Lagi BN=BARANG NAIK: Harga petrol RON97 dan minyak tanah naik 10 sen seliter!

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: Lagi BN=BARANG NAIK: Harga petrol RON97 dan minyak t

Oleh: soutulmujahid.blogspot.com

RAKYAT DIDAHULUKAN: Harga Minyak Naik Lagi

Tidak cukup dengan rompakan kerajaan 1Malaysia lewat tahun lepas, tarikh 4 Januari mencatitkan rakyat Malaysia dirompak lagi oleh kerajaan 1Malaysia yang kononnya mendahulukan rakyat.

Malah, kerajaan 1Malaysia pimpinan Pak Najib bukan sahaja merompak rakyat, malah menipu rakyat mentah-mentah dengan kenyataan 'Harga RON95 Kekal Tahun Ini'. Tetapi, sayangnya, masih ada lagi segolongan makhluk yang menyokong gagasan perompak ini. Sakit otak gamaknya.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama mengucapkan sekalung 'tahniah' kepada kerajaan 1Malaysia pimpinan Pak Najib kerana menjadi perompak halal yang sangat berjaya menggula-gulakan rakyat dengan slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN'.





Inilah belang sebenar 1Malaysia. Hanya slogan yang manis ditaburkan kepada rakyat. Walhal, rakyatlah yang menanggung beban. Tidak cukup dengan beban yang ditanggung, beban yang tersedia ditambah lagi dengan bebanan yang lain. Kerajaan sekular pimpinan Pak Najib pula mengurangkan peranan mereka sebagai penguasa.

Bukan harga minyak sahaja yang naik. Kenaikan harga minyak sudah tentu mempunyai kesinambungan yang lain, kerana kebanyakan perkhidmatan pengangkutan memerlukan minyak untuk menggerakkan kenderaan masing-masing.

Kita mungkin tidak kisah dengan kenaikan harga minyak ini sekiranya pengangkutan kita memerlukan air liur, angin, tahi hidung, tahi telinga, najis lembu, atau rumput untuk menggerakkan kenderaan kita. Jadi, tidak hairanlah sekiranya harga roti canai pun akan turut sama naik walaupun minyak petrol tidak digunakan dalam ramuan roti canai.

Wahai ummat! Bangkitlah daripada tidurmu! Tidak marahkah kalian apabila hak-hak kalian dirompak untuk mengenyangkan perut-perut menteri dan kroni-kroni mereka? Masih ramai lagi yang miskin di luar sana! Adakah mereka mampu untuk menyara kos kehidupan yang semakin hari semakin membelit ini??? - soutulmujahid.blogspot.com

Berita portal MALAYSIAKINI melaporkan..

RON97, minyak tanah naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.



Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini, lapor Bernama.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.



anah naik 10 sen seliter!

No comments:

Post a Comment