Wednesday, February 16

TELADAN POLITIK ISLAM PADA RASULULLAH SAW


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.
"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.
"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.
Berikut perutusan penuh beliau.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.
Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.
Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.
Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.
Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.
Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.
Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN,,


dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan
dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan
dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan
dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan
dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan
dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama MAIK - Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Negeri Kelantan 1432 H di Masjid Muhammadi Kota Bharu pada 14 Februari 2011, dimulakan dengan solat Maghrib/Isyak berjemaah, cemarah khas Maulidur Rasul, Bacaan Selawat dan jamuan rakyat.
Turut berangkat ke Sambutan Maulidur Rasul tersebut adalah KDYMM Sultan Muhammad V, Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan, Dato Mohammad Yaakod (Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Husam Musa (Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan) serta exco-exco / saf kepimpinan kerajaan negeri Kelantan dan seluruh rakyat negeri Kelantan dari seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah.
Ceramah khas sempena Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Hassan Mahmud A-Hafiz. Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W turut diadakan. Majlis berakhir dengan jamuan rakyat.

dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan
dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan
dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan
dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

SALAH GUNA NAMA LJMAK


Setiap kali berlaku kebangkitan pemikiran Islam menghadapi cabaran baru sesuatu zaman kita akan dapati para penentang utama kebangkitan pemikiran Islam itu kadang-kala akan terdiri dari kelompok konservetif agama itu sendiri.

Mereka ini bimbang jika berlaku kebangkitan umat menghadapi cabaran baru mereka akan dianggap sudah ‘tidak laku’ atau menghadapi ‘tarikh luput’ di kerusi-kerusi empuk atas nama agama yang mereka duduk atau pengaruh agama yang mereka kuasai.

Mungkin juga yang menentang itu mereka yang bimbang apabila berlaku reformasi umat dalam mengembalikan ajaran Islam kepada sumbernya yang tulen iaitu al-Quran dan al-Sunnah akan menyebabkan aliran anutan mereka terjejas.



-Sumber Rujukan
Mereka ini biasanya terdiri dari kelompok tarekat, juga kelompok agama yang selalu mengenakan caj atau bayaran yang berbagai-bagai atas nama agama. Mereka ini menjadikan agama sebagai sumber pendapatan.
Berbagai petua agama dari kesihatan sehingga kematian dikeluar serentak dengan berbagai bayaran pun dikenakan. Sehingga masyarakat merasa soal dunia atau harta itu kerja kita, soal akhirat atau agama itu kerja golongan agama.
Lalu mereka rasa mereka cari harta untuk hidup di dunia, sementara akhirat mereka serahkan kepada kelompok agama ini untuk uruskan dengan bayaran yang diberikan. Maka agama dijadikan alat untuk kuasa dan harta. Sebab itu kelompok ini akan menggunakan senjata agama dalam mempertahankan domain mereka ini.
Apabila ada yang menegur, bagi menjaga kedudukan mereka tuduh berbagai tuduhan. Antaranya, pengkritik menyanggahi ‘ijmak ulamak’. Maka golongan agama ini mendapat lesen besar untuk bercakap apa sahaja mengenai agama atas alasan mereka adalah ulama, jika menentang pendapat mereka bererti menentang pendapat ulama.
Jika menentang pendapat ulama bererti tidak berpegang kepada ijmak ulama. Sesiapa yang tidak berpegang dengan ijmak ulama bererti menolak sumber rujukan Islam yang ketika iaitu selepas al-Quran dan Hadis, al-Ijma’. Kesan, membawa kepada kekufuran.
Sehingga kita berjumpa orang awam yang disalahfahamkan menyebut ‘kita tidak boleh berpandukan al-Quran dan hadis sahaja, kita kena ikut apa kata ustaz kerana ustaz itu ulamak dan kita kenalah ikut ijmak ulama’. Bila ditanya dia apakah itu ijmak ulama? Jawabnya “Pendapat ulama-ulama kita la..”. Demikianlah atas kejahilan orang awam, atau sengaja mereka dijahilkan maka sebahagian pihak menikmati lesen besar untuk menggunakan agama atas tiket ijmak ulama.
Justeru, wajib kita fahamkan masyarakat apakah itu al-Ijma’ atau Ijmak Ulama Mujtahidin yang dijadikan sumber ketiga dalam pengambilan hukum-hukum Islam. Ijmak sebenar itu dijunjung dan dipegang. Cumanya, apakah itu al-Ijma’ yang sebenar?
Takrif bagi perkataan al-Ijma’ ini di sisi majoriti ulama ialah
“Kesepakatan seluruh para mujtahidin (ahli ijtihad) dalam kalangan umat Muhammad s.a.w, selepas kewafatan baginda, pada sesuatu zaman, mengenai sesuatu hukum syarak”. (lihat: Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 1/490, Beirut: Dar al-Fikr).
Inilah takrif ijmak. Kita akan temuinya atau takrif yang hampir menyamainya dalam hampir semua buku usul fekah klasik dan semasa.
Dari takrif ini beberapa perkara mesti kita faham sebelum kita menamakan sesuatu perkara itu sebagai ijmak ulama, antaranya; ijmak itu adalah kesepakatan tanpa kecuali seluruh para ahli ijtihad pada sesuatu zaman.
Maksudnya, para mujtahidin tanpa pengira perbezaan mazhab fekah, tidak terbatas kepada empat mazhab sahaja, tidak kira di mana berada bersetuju dengan hukum berkenaan. Jika ada yang berbeza pendapat walaupun seorang, maka itu tidak boleh dianggap ijmak.
Bayangkan para mujtahid dalam berbagai aliran fikir dan mazhab yang sering berbeza boleh bersepakat dalam perkara tersebut. Maka betapa sukarnya untuk berlakunya ijmak sebenar melainkan dalam perkara-perkara yang jelas nasnya.
Maka sekadar kesepakatan ulama mujtahidin sesuatu mazhab, atau negara tertentu seperti Madinah, atau Mekah, atau Arab Saudi seluruhnya, atau Jordan, atau Indonesia atau Malaysia tidak dianggap ijmak kerana ia bukan kesepakatan seluruh para mujtahid (lihat: Dr ‘Abd al-Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, 180, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Maka dakwaan sesetengah kelompok agama di Malaysia bahawa ‘arus perdana’ atau main stream atau kebiasaan ulama Nusantara itu sebagai ijmak ulama adalah tidak tepat. Juga keputusan majlis fatwa mana-mana negara dalam perkara-perkara ijtihadiyyah (terdedah kepada pandangan yang pelbagai) tidak boleh dianggap ijmak ulama.

- Gambar Hiasan
Kedua, kesepakatan itu hendaklah kesepakatan para mujtahid iaitu ahli ijtihad bukan tokoh agama, atau ustaz atau tok guru atau penceramah agama semata. Mujtahid bermaksud mereka yang sampai ke peringkat mampu beristinbat (merumuskan) hukum-hukum syarak dari dalil-dalilnya.
Mereka ini bukan sekadar muqallid atau hanya sekadar mengikut pendapat atau fatwa orang lain, sebaliknya mereka sendiri berkemampuan merumuskan fatwa dengan ijtihad sendiri, maka kesepakatan mereka ini yang diambil kira.
Adapun kesepakatan mereka yang sekadar memakai gelaran ulama sedangkan bukan ahli ijtihad dan masih bergantung kepada fatwa mazhabnya, atau orang lain maka kesepakatan mereka tiada nilaian dalam ijmak kerana mereka bukan mujtahid.
Sebab itu Dr Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut:
“Tiada dalil wajib mengikut mana-mana imam mazhab sama dari nas al-Quran atau sunnah atau ijmak. Pendapat golongan muqallidin (pengikut mazhab) bahawa wajib mengikut mazhab tidak diambil kira. Ini kerana al-Ijma’ yang muktabar ialah kesepakatan para mujtahidin pada sesuatu zaman bukan kesepakatan para muqallidin” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim Mu’asir, 38, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Apabila kita tahu hal ini maka jelaslah bukan senang untuk mendakwa sesuatu perkara sebagai ijmak ulama. Banyak perkara yang didakwa ijmak sebenarnya tidak ijmak. Sesetengah pihak mudah benar menyebut ijmak ulama sedangkan tidak demikian.
Umpamanya, dakwaan yang menyatakan ijma ulama wajib hukuman hudud ke atas peminum arak. Padahal ada dalam kalangan ulama mujtahidin yang berpendapat tiada hukuman hudud ke atas peminum arak.
Juga dakwaan Ibn Munzir bahawa telah berlaku ijmak menyatakan bahawa zakat harta tidak boleh diberikan kepada bukan muslim juga bercanggah dengan riwayat daripada al-Zuhri, Ibn Sirin dan Ikrimah yang membolehkannya. Inilah apa yang zahir dari mazhab Saidina ‘Umar bin al-Khattab. Banyak sentuhan penting lain yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai ijmak ini dalam bukunya Taisir al-Fiqh li al-Muslim Mu’asir .
Banyak perkara yang disebut sebagai ijmak ulama itu padahal hanya pendapat beberapa orang ulama atau ulama mazhab tertentu, atau negara tertentu, atau aliran tertentu, atau majlis fatwa tertentu bukan ijmak sebenar yang wajib kita mematuhinya. Tuduhan sesetengah pihak bahawa si fulan menyanggahi ijmak ulama itu belum tentu benar. Bahkan mungkin tuduhan palsu jika sekadar menyanggahi pendapat ulama kelompok atau aliran atau negara tertentu sahaja.
Pandangan ilmuwan atau ulama itu dihormati, tetapi bukanlah sampai ke darjat ijmak yang diwajibkan kita patuh tanpa bantah. Selagi ia bukan ijmak, padangan selainnya bukan diberikan. Kata Dr Wahbah al-Zuhaily:
“Kerapkali kita terjumpa dalam buku-buku mazhab fekah seseorang ahli fekah berdalil dengan perkataan al-ijma’ (ijmak). Kadangkala kita dapati dalam perkara yang mazhab-mazhab berbeza pendapat, tetapi setiap mazhab mendakwa ijmak menyokong pendapat imam mereka. Ini menjadikan ijmak berlaku dengan banyak. Kata al-Ustaz Abu Ishak al-Isfaraiini: “Kita tahu bahawa masalah-masalah ijmak lebih dari dua puluh ribu. Adakah dakwaan ini benar?! Adakah ini ijmak yang diiktiraf sebagai sumber ketiga syariat islam?! Inikah ijmak yang istimewa berbanding dengan ijmak dalam ilmu lain?! bagaimanakah mungkin untuk diserasikan perkataan para ahli fekah ini dengan apa yang disebut oleh majoriti ulama Usul fekah bahawa ijmak adalah hujah yang putus menjadi kafir sesiapa yang membantahnya?! Sebenarnya, tidak boleh dipegang ijmak-ijmak fekah ini melainkan setelah dipastikan dan diselidiki. Barangkali yang dikatakan ijmak itu hanya sekadar pendapat kebanyakan, bukan semua mujtahid. Boleh jadi hanya pendapat imam-imam yang empat sahaja, bukan selain mereka. Atau boleh jadi pendapat ulama mazhab tertentu, bukan selain mereka. Atau mungkin mereka tidak tahu ada yang berbeza dengan mereka. Biasanya mereka maksudkan dengan ijmak itu kesepakatan mazhab tertentu” (Dr. Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 1/488-489).
Maka jika anda memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama, atau ustaz atau majlis agama atau tokoh ilmuwan tertentu, bukanlah bererti anda menyanggahi ijmak ulama. Dalam banyak perkara ulama berbeza pendapat, anda berhak memilihnya dengan adil dan faham.
Berbeza dengan sesetengah ulama tiada salahnya jika ada alasan yang betul. Apatahlagi jika yang dikatakan ulama itu bukan ulama. Atau ulama, tetapi sekadar muqallidin sahaja. Jangan salahfaham maksud ijmak ulama dan jangan salah guna nama ijmak ulama

PENGARUH WANITA DALAM KEHIDUPAN LELAKI

 


Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:
“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. (Surah al-Baqarah: 35-36).
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 116-121).
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”.(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.
Muslihat Wanita
suami-soleh-isteri-solehah.jpg

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28).
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda baginda juga:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.
Elena Ceausescu
Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.
Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
.
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

Tuesday, February 15

CARA LGE SAMBUT MAULUD NABI

Jangan puak puak Umno pengsan sudah bila tengok cara penghayatan Guan Eng berkenaan Maulidur Rasul nih.... kerjaan Gerakan mesra Umno dedulu nih ada ingat nak buat camni kat Penang? Haram...

Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR) meneruskan bayaran insentif kepada umat Islam khususnya bagi guru Kafa dengan kali ini mereka dibayar RM100 sempena sambutan Maulidur Rasul. RM100 seorang beb... haha... jadi la ada jugak terasanya penat lelah didik anak bangsa dibayar... walaupun bayaran secara “one-off". Kali pertama tahun lalu, semua guru Kafa telah diberikan RM250 sebagai “duit raya” menyambut Aidilfitri dan keduanya RM100 sorang pada Awal Muharram.

Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, bayaran RM100 ini akan menelan kos RM150,000 bagi kerajaan negeri

KERING MODAL DAH SI LOKMAN TAMBI NI

 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu menjadi sasaran kritikan oleh bekas orang kuatnya yang menyertai Umno, tetapi malam tadi, isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut menerima nasib sama.


NONEDalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Mengejutkan, ada yang sampai mencecah harga RM8,000 dan dia biasanya menempah 20 pasang setahun, dakwa Lokman.

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailBagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.

Dakwa Lokman, hanya NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berusaha menolong anggota keluarga sehinggalah mereka kehabisan dana.

Sehubungan itu, beliau menyoal, apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian - daripada 20 kepada 18 - supaya wang itu dapat disumbangkan kepada anggota keluarga tahanan ISA.

Katanya, Wan Azizah juga tidak memberikan sumbangan duit raya RM500 kepada setiap keluarga seperti diarahkan Anwar ketika masih ramai ditahan ISA.

--MK

Minda KS: Jangan buka pekung di dada bila bercakap soal pembaziran. Siapapun bila jadi isteri pemimpin besar akan berbelanja lebih dari orang lain. Isteri orang besarlah katakan. Lokman kena teluslah dalam mengeluarkan kenyataan. Adakah isteri-isteri menteri hari ini tidak membazir wang rakyat dengan pelbagai cara dan alasan yang dihalalkan? Kenapa Lokman tak kata Azizah membazir semasa Anwar jadi Ketua Pembangkang sekarang ni ?

ALI KETAM BAWA ARTIS KEMPEN DI MERLIMAU,,JELAS PEMIMPIN UMNO DAH TAK LAKU ,,

MELAKA: "Sebelum ini saya telah berjanji untuk kembali ke sini dan jalani penggambaran filem dan sekarang saya di sini," kata artis sensasi Bollywood Shah Rukh Khan.

Dianugerahi gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Melaka selepas kunjungan terakhir pada Disember 2008, Datuk Shah kini berada di Melaka untuk menjalani penggambaran filem barunya Don 2, susulan filem Don: The Chase Begins yang dihasilkan pada 2006.

"Kami memulakan penggambaran beberapa hari yang lepas dan akan berada di sini antara dua dan tiga hari untuk penggambaran bahagian awal filem ini," katanya kepada pemberita di Sungai Udang di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan dua orang produser filem itu, Ritesh Sidhwani dan Farhan Akhtar.

Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi dipilih sebagai lokasi untuk penggambaran filem ini yang turut disertai 140 kru filem dan akan berakhir di Berlin, Jerman.

Filem arahan Farhan Aktar itu dijangka dipasarkan di 32 negara pada Disember depan. - BERNAMA

Sunday, February 13

AGAMA CARA HIDUP/kisah doa seorang ibu terhadap anak yang derhaka.....

 

Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendakNya, hingga ke hari Qiamat, kecuali balasan menderhakai kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati - Diriwayatkan oleh Al-Hakim

Suatu hari seorang alim berniat untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata ibunya yang sudah tua itu sangat keberatan.

Menurut ibunya, “Tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan”. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram.

Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi kerana redho Allah bergantung kepada redho orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu.

Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Ku mohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”

Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini.

Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Dekat sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah.

Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan.

Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya.

Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”

Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”

Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar.

Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai. Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu.

Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan.

Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.

Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut.

Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.” 

Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.

Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah.

Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya.

Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.” 

Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Assalamualaikum.”

Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu: “Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.

“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.

“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”

“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”

“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”

Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri.

Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan. 

Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.”



angin dalam lalang,,api dalam sekam

Hazlan Zakaria
Kongsi 41
Ops Lalang yang lena sejak lebih dua dekad lalu, baru-baru ini dikejutkan dengan hembusan badai supaya kisah itu digamit semula bagi mencari dalang atau alasan bagi pihak berkuasa kembali sibuk memburu 'anasir-anasir' yang kononnya membahayakan keselamatan negara.

Suka ataupun tidak, ada yang berpendapat 'cantasan lalang' akan berulang. Namun, sebelum kita tatapi signifikan cerita dinihari, molek kita amati dulu peristiwa tempoh hari.

mahathir and operasi lalang14 Mac 1988, - empat bulan selepas operasi tersebut, kementerian dalam negeri (KDN) mempersembahkan kertas puttih berjudul 'Ke Arah Memelihara Keselamatan Dalam Negeri' kepada parlimen.

Kertas putih itu memaparkan justifikasi kerajaan untuk penangkapan beramai-ramai dalam operasi yang diadakan tahun sebelumnya.

Operasi yang melihat lebih seratus individu ditahan tanpa bicara, hak berkumpul secara aman disekat dan lesen penerbitan empat akhbar ditarik balik.

Urutan cengkaman totalitarian yang Bapa Kemerdekaan kita sendiri Tunku Abdul Rahman labelkan sebagai anjungan kepada sebuah negara kuku besi!

azlanSiapa saja yang mengeluarkan arahan, sama ada pihak polis atau perdana menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad, kertas putih berkenaan tidak menyatakannya.

Yang dicatatkan hanyalah "kerajaan mengambil keputusan untuk bertindak."

Tidak salah kalau ditafsirkan 'kerajaan' ini adalah pihak berkuasa ketika itu, yang dipimpin oleh Dr Mahathir. Lebih-lebih lagi, laporan berkenaan disediakan oleh KDN, porfolio yang dipegang Mahathir dari 1986 hinggalah 1999.

'Berakhirnya di pejabat PM'


Walaupun betapa bebalnya bantahan Mahathir yang menafikan beliau bertanggungjawab mengeluarkan arahan itu, telunjuk masih membidik ke dahi bekas perdana menteri yang juga menteri dalam negeri ketika itu.

mahathir and crowdNamun penulis sajak 'Melayu Mudah Lupa' ini mempunya ingatan yang agak berlainan.

Jarinya dituding kepada polis sebagai pihak yang bertanggungjawab memulakan Ops Lalang.

"Saya berjumpa dengan pemimpin pembangkang (terlebih dahulu) dan memberi jaminan yang mereka akan kekak bebas. Tapi apa yang polis buat? Ditangkapnya mereka. Kewibawaan saya musnah," kata Mahathir kepada wartawan dan penulis Tom Plate.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, seorang daripada tahanan itu menyangkal dakwaan berkenaan.

Katanya, Mahathir tidak pernah berjumpa beliau dan mencabar bekas perdana menteri menamakan ketua-ketua pembangkang yang ditemuinya dan diberi jaminan kebeabasan mereka itu.

NONEBekas ketua polis negara Tun Hanif Omar pula mempertahankan Dr Mahathir. Katanya pihak polis yang bertanggungjawab.

Tetapi beliau sempat menuding jari kepada Dr Mahathir untuk arahan tahanan selanjutnya selepas tahanan tempoh 60 hari dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri luput.

"Dari masa itu, semuanya adalah keputusan beliau," kata Hanif.

Walhal pun jika polis benar bertindak sendirian, tanggungjawad mutakhir masih berada di tangan perdana menteri yang memerintah, ulas pakar perlembagaan Professor Abdul Aziz Bari.

Katanya, "segalanya berakhir di pintu pejabat perdana menteri".

Aturan sejarah juga menjadi saksi yang perdana menteri yang disifatkan bagaikan Machiavelli ini, tidak mungkin memberi kebebasan kepada polis untuk bertindak sesuka hati.

Keselamatan negara atau kesinambungan politik?

Soalan cepumas dalam percaturan ini bukanlah siapa yang mengeluarkan arahan. Tetapi yang lebih menggusarkan adalah alasan kerajaan untuk melaksanakan Ops Lalang. Ura-ura serupa seperti sudah kunjung tiba, seperti yang didakwa pihak berwajib.

ops lalang chan tse yuen arrest 271005Terdapat enam bahagian di dalam laporan yang ditulis pada tahun 1988 itu. Setiap bahagian menyentuh perkara yang pihak berkuasa dakwa sebagai pemangkin "aktiviti yang membahayakan keamanan rakyat dan keselamatan negara".

Antara isu yang disentuh ialah penggamatan isu-isu sensitif, bahaya 'Kristianisasi', Islam yang radikal, kebangkitan golongan sosialis dan pelajar, pengganas komunis dan akhbar yang enggan tunduk dek telunjuk kerajaan.

Tidak terlalu liar untuk kita bayangkan yang isu-isu terbabit juga sedang digembar-gemburkan, isu sensitif umpamanya menjadi permainan NGO-NGO belaan sebuah parti Melayu dan pihak berwajib seakan pilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap demonstrasi.

azlanKerajaan pula seperti sedang cuba untuk menghalang kebangkitan aktivis pelajar dan gelombang rakyat sejagat yang makin celik dengan kesedaran sosial.

Begitu juga dengan isu-isu yang dicanagkan PAS, petubuhan Kristian dan juga isu agama yang seperti diapi-apikan menjurus kepada perlanggaran. Timbul juga isu kewujudan sel-sel pengganasdi Malaysia kononnya berleluasa walaupun tanpa bukti mantap.

Pihak berkuasa juga dewasa ini asyik menegur suratkhabar dan penerbitan supaya lebih 'berkerjasama' dengan agenda pemerintah atau menjadi sasaran amaran dan kawalan. Jika dilihat keadaan sejagat mungkin agak keruh sekali.

azlanTetapi adakah kelodak ini masalah nyata ataupun propaganda? Adakah ia isu keselamatan dalam negara ataupun alasan kesinambungan politik sebuah rejim yang mencecah 53 tahun ini.

Tanpa bayangan rusuhan kaum dan juga pertembungan agama, mungkin sudah tiada ruang untuk institiusi politik rapuh dan lapuk seperti BN. Binaan politik usang seperti ini mungkin patut dimandulkan saja untuk kebaikan rakyat.

Amaran dan peringatan

Tetapi lebih gawat lagi, adalah ketakutan yang menyakat BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila memerhati kan kejatuhan rejim-rejim kuku besi di Asia Barat.

NONEIni memungkingkan beliau berpatah balik ke taktik usang untuk kekal berkuasa. Lihat saja amaran jelasnya yang "kita tak akan benarkan ia berlaku di sini," dan juga peringatan berlapik kepada ahli perniagaan untuk terus berkerjasama dengan kerajaan atau menerima akibat yang kurang menyenangkan.

"Ini bukan masa buat uji kaji atau memperjudikan masa depan. Saya rasa anda tahu apa yang saya sedang katakan... Biasalah, orang berniaga senntiasa peka dan pragmatik," kata Najib di rumah terbuka anjuran SMI Malaysia di Petaling Jaya semalam.

Amaran Najib kepada ahli-ahli perniagaan mungkin ingin menutup kemungkinan ada yang akan menaja kebangkitan rakayt ataupun mencarum kepada dana politik pihak Pakatan Rakyat.

egypt revolution mubarak steps down crowd 1Seperti kita tahu, kebangkitan di Medan Tahrir dan tempat-tempat lain di Mesir tidaklah seampuh itu sekiranya tiada bantuan daripada pihak korporat.

Menjana kebangkitan rakyat, seperti juga menjalan kempen politik pembangkang di sistem politik berat sebelah negara ini, kedua-duanya adalah pertaruhan yang tinggi harganya.

Dengan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang telah cabut dari Kaherah dan pertukaran kuasa awal pagi tadi, mesej ini mungkin ingin dicanangkan dengan lebih keras oleh Najib dan BN, agar rakyat tidak teruja untuk mencubanya di Malaysia.

ops lalang 261005 star front page'Mesir and Medan Tahrir!'

Justeru, jangan terkejut jika tiba-tiba atas arahan perdana menteri ataupun polis yang 'bebas', tiupan angin yang berwajib mungkin kembali mencantas 'lalang' lagi.

Namun kini, taktik sedemikian jauh sekali akan meredakan tentangan terhadap Najib dan BN, sebaliknya ia mungkin menyemarakkan api dalam sekam, membakar kebangkitan ala Mesir yang cuba dihindari pihak kerajaan.

Di zaman komunikasi segera dan alam maya internet, propaganda dan kawalan berita tidak lagi berkesan. Agak susah untuk pihak berkuasa menakutkan rakyat hanya dengan propaganda.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1Wujudnya rangkaian sosial juga memungkinkan rakyat untuk menjana kebangkitan di peringkat akar umbi, walaupun tanpa arahan pimpinan. Apatah lagi jika pimpinan mereka dipenjarakan, akan marak lagilah semangat kebangkitan.

Lebih-lebih lagi dengan rakyat yang dipaksa mengikat perut masa ekonomi gawat, dibayangi kroni korporat dan golongan elit BN yang masih hidup dalam kemewahan atas duit rakyat, situasi terkini memang agak rapuh sekali.

Jika ada lagi 'cantasan' lalang, ia mungkin menjadi percikan api yang menyalakan sekam amarah rakyat.

"Mesir dan medan Tahrir!" patut menjadi amaran kepada BN, dan juga laungan perjuangan rakyat. Ubah haluan sekarang, jika tidak mahu diubah landaan badai melintang

KAHERAH MELETUS DALAM SUKACITA SETELAH MUBARAK MENGUNDURKAN DIRI

 
<p>Jubilant mood sweeps Egypt after announcement Egypt&#39;s president Hosni Mubrak stepping down, Tahrir Square, Cairo, February 11, 2011.&nbsp;</p>
Difoto oleh Abdalla Amr
 
"Dia mengundurkan diri!" Seorang pemuda gembira dipanggil keluar di jalan beberapa blok dari tempat beberapa ribu orang berkumpul untuk melakukan protes di depan Presiden Hosni Mubarak Istana Presiden di Heliopolis. lengan kanannya dibesarkan sementara kirinya mencengkam telefon ke telinga. Seseorang pada akhir baris telah memberitahu kepadanya bahawa Mubarak mengundurkan diri.
Jalanan, dari pandangan dari protes yang berlaku di dekatnya, meletus di cheers sebagai orang yang lewat saling berpelukan di tengah teriakan jubiliation dan berkibar bendera Mesir genggam. Mobil membunyikan klakson mereka, dan sebagai orang membuka tetingkap kenderaan mereka untuk mengambil bahagian dalam perayaan spontan.
Sepanjang hari, pengunjuk rasa beransur-ansur menitis ke Istana Presiden dari Tahrir Square, terletak satu jam berjalan kaki. Mereka telah menunjukkan di depan kawat berduri dan tank tentera yang menyekat jalan-jalan di sekitar istana.
Setelah pengumuman itu, beberapa kumpulan penunjuk perasaan bergegas kembali ke Tahrir Square, bermaksud bergabung dengan orang ramai yang lebih besar yang dirayakan di sana. Slogan yang umum terdengar selama protes yang bermula pada tarikh 25 Januari, "Orang-orang ingin rejim jatuh," tiba-tiba berubah menjadi "Orang-orang, akhirnya, jatuh rejim," di antara kumpulan pemuda yang lewat.
Tidak semua orang senang. Satu orang bekerja dengan tenang di kedai pizza di sisinya, wajahnya cemberut dengan kemarahan ditekan. "Apa yang harus senang?" Tanya Dia. "Mubarak memberi kami pekerjaan," katanya, hampir berlinang air mata, saat ia dibunyikan Facebook di cash register-nya sebotol air mineral.
Di metro menuju Tahrir, lelaki lain, seorang salesman 55 tahun, membela rejim di depan sekelompok pemuda. "Lebih dari tiga puluh-tahun pemerintahan, ada beberapa yang bagus!" Katanya. keriangan Suasana tiba-tiba berubah menjadi marah marah.
"Bagus, maka anda boleh pergi menyertai dia!" Seru seorang pemuda keluar, antara bunyi bersaing yang berusaha untuk didengar dalam gelombang hujah, diarahkan oleh para pemuda terhadap orang itu, yang diikuti. Dia menunjuk ke luar kereta. Memang, lelaki yang lebih tua meninggalkan kereta di stesen seterusnya, dan para pemuda meletup ke dalam sorak-sorai ketika pintu ditutup di belakangnya.
"Allah Maha Besar!" Mereka meneriakkan di pecah gembira sekali kereta telah berangkat stesen.
Seorang wanita tua, yang telah duduk di samping lelaki yang lebih tua, meninggalkan tempat duduknya dan pindah ke hujung kereta kereta. "Malu!" Serunya kepada para pemuda saat ia berlalu, mendedahkan ketidaksetujuan-nya tentang bagaimana mereka telah memperlakukan orang yang lebih tua.
Seorang pemuda menyarankan bahawa Mubarak stesen metro, sebuah berhenti transit penting dalam perjalanan ke Tahrir, diperlukan perubahan nama. Satu mencadangkan "Martir 'Stesen." Lain membalas dengan "untuk Station." Agar sebahagian besar dikreditkan dengan membantu untuk membawa tentang berlepas Mubarak kerana membenarkan pemuda di Mesir untuk menyelaraskan kegiatan protes walaupun usaha oleh rejim untuk menyekat akses kepada laman.
Sementara itu, Tahrir Square menyaksikan beberapa momen yang paling animasi sejak protes pertama bermula pada tarikh 25 Januari. Mendorong orang untuk membuat jalan mereka ke pusat alun-alun sebagai beberapa cuba untuk keluar dan yang lain lagi cuba untuk berdoa. Menciptakan ruang di sekitar muncul medan jamaah, beberapa orang cuba untuk mengelakkan orang ramai dari beringsut di depan jamaah - kerana penghujatan dalam Islam bagi orang untuk berdiri langsung di depan umat Islam apabila mereka berdoa.
"Orang-orang akan jatuh!" Seorang wanita mengingatkan dengan nada menuduh, kerana orang-orang berusaha untuk melakukan manuver dalam massa.
Di tengah alun-alun, kembang api berangkat sebagai orang ramai menyanyikan lagu kebangsaan. "Angkat kepala anda, anda Mesir!" Orang teriak. Slogan menunjukkan rasa kebanggaan updated di antara bangsa yang telah selama beberapa dekad menyaksikan merosot keadaan hidup di tengah penindasan autoritarian.
Sesuai dengan tradisi Mesir mencatat sering menggunakan humor dalam dua kali yang baik dan buruk, seorang anak muda mengisytiharkan slogan sendiri pilihan. "Angkat kepala anda, anda akan berkahwin!" Katanya, menyatakan optimisme yang sekarang dengan Mubarak pergi, situasi ekonomi negara akan membaik. Kerana pengangguran tinggi dan peningkatan kemiskinan di Mesir, laki-laki muda Mesir sering mengeluh bahawa mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk berkahwin.
Seorang lelaki lain memprotes bahawa dia sudah punya isteri. "Baik! Kemudian anda boleh berkahwin dengan kedua-dua, "balas manusia pertama, bermain dengan fakta bahawa di bawah Islam dan undang-undang Mesir, laki-laki dibenarkan untuk mempunyai hingga empat isteri secara bersamaan.
Walaupun suasana meriah, beberapa orang Mesir secara peribadi mengakui bahawa walaupun kegembiraan mereka setelah berlepas Mubarak, mereka takut lebih untuk masa depan negara sekarang bahawa ia pergi.
"Lihat semua orang-orang ini," kata Ahmed, 24, yang bekerja di kedai berhampiran alun-alun. "Hari ini, mereka bersatu dalam euforia telah mencapai misi tunggal berfikiran mereka." Misi ini yang ia maksudkan adalah berlepas Mubarak.
"Besok, mereka akan berada di leher masing-masing kerana setiap cuba untuk memaksakan idea sendiri apa yang negara harus lakukan sekarang."
107