Friday, March 11

AMNESTY INTERNATIONAL:LEBIH 29 RIBU MIGRAN DISEBAT


 

Amnesty International menggesa kerajaan Malaysia menghentikan amalan merotan pelarian dan pekerja asing yang disifatkan kumpulan itu sebagai 'amalan kejam' dan 'penyiksaan'.

Merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen pada 9 Mac lalu, seramai 29,759 rakyat asing disebat antara tahun 2005 dan 2010 kerana kesalahan imigresyen, Amnesty International berkata amalan itu dilarang oleh undang-undang antarabangsa.

“Perangkaan kerajaan mengesahkan Malaysia menyiksa dan memberi layanan buruk kepada ribuan orang setiap tahun.

“Amalan ini jelas dilarang mengikut undang-undang antarabangsa, tidak kira apa alasannya sekalipun.

“Sebagai langkah pertama, kerajaan Malaysia mesti dengan segera mengisytihar moratorium terhadap amalam kejam ini, “ kata pengarah Asia Pasifik, Amnesty International.

Merujuk kajian oleh Amnesty International yang diterbitkan pada Disember tahun lalu, kumpulan itu berkata daripada 57 kes yang dikaji, kesimpulan mereka adalah merotan satu bentuk penyiksaan.

“Pihak berkuasa dengan sengaja memberi kesakitan yang amat perit melalui hukuman merotan itu.

“Ketika banyak negara mengahpuskan hukuman rotan, malaysia sebaliknya memperluaskan amalan itu. Parlimen telah meluluskan 60 kesalahan yang boleh disebat.”

No comments:

Post a Comment