Friday, April 8

Abu Zuhri: Abbas hanya mahu membuat lawatan rasmi ke Gaza

 


- Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, presiden Mahmoud Abbas hanya mahu mengadakan lawatan rasmi ke Gaza tanpa niat untuk berdamai dengan Hamas.
Abbas telah menggariskan syarat-syarat sebelum berlepas ke Gaza untuk rundingan menyatukan kerajaan dengan Hamas setelah perdana menteri Palestin Ismail Haneyya mengundangnya menghadiri dialog berikutan protes seluruh Palestin yang menuntut agar perpecahan politik kini ditamatkan.
Abu Zuhri memberitahu Quds Press bahawa Hamas sangat berminat untuk menyediakan jaminan-jaminan yang perlu sebelum lawatan, tetapi setakat ini Abbas menolak untuk berbincang dengan parti itu di semenanjung Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

No comments:

Post a Comment