Friday, April 8

Hayya: Jemputan Hamas kepada Abbas masih terbuka

 


- Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya berkata, jemputan daripada Hamas kepada Abbas untuk melawat Gaza masih terbuka. Walau bagaimanapun beliau menegaskan lawatan itu sewajarnya bertujuan untuk persefahaman bukan semata-mata lawatan biasa.
Beliau mengeluarkan kenyataan pada sidang akhbar berikutan mesyuarat dianjurkan oleh Hamas yang mengumpulkan pelbagai kumpulan rakyat Palestin termasuk parti saingannya Fatah serta pakar hak asasi dan professor-profesor universiti untuk memaklumkan tentang perancangan perjanjian damai Palestin dan hasil daripada lawatan Hamas ke Mesir.
Beliau menekankan Hamas serius untuk berdamai dengan semua kumpulan di Palestin seterusnya ingin mengakhiri perpecahan serta yakin bahawa dialog-dialog yang diadakan berupaya mencapai kesepakatan dalam meleraikan isu-isu konflik di Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

No comments:

Post a Comment