Friday, April 8

Majlis Hak-hak Kemanusiaan PBB enggan tarik balik Laporan Goldstone

 


- Majlis Hak-hak Kemanusiaan PBB (UNHRC) berkata bahawa pihaknya tidak akan menarik balik Laporan Goldstone berhubung Perang Israel ke atas Gaza yang berlaku antara Disember 2008 sehingga awal tahun 2009. Seorang jurucakap UNHRC berkata dalam satu kenyataan media yang dibuat pada Isnin lalu, laporan PBB tidak boleh dibatalkan hanya kerana satu artikel yang disiarkan media.
Kenyataan itu dibuat berikutan satu artikel yang disiarkan oleh Washington Post yang ditulis oleh Richard Goldstone yang mengetuai jawatankuasa siasatan perang terbabit dan telah menyediakan satu laporan berkaitan. Dalam artikel terbaru itu, Goldstone mendakwa bahawa laporannya pasti berbeza sekiranya dia dibenarkan mengakses maklumat yang baru diketahuinya sekarang. Terdahulu, pegawai-pegawai Palestin mengutuk Goldstone dan menuduhnya tunduk di bawah tekanan rejim Zionis.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

Post a Comment