Friday, April 8

IOA cadang rampas 662 dunum tanah milik Palestin di Baitulmaqdis

 


Pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) sedang merancang untuk merampas sejumlah 662 dunum ataupun 163.58 ekar tanah milik rakyat Palestin yang terletak antara Kampung Tur dan Kampung Aissawayia di Bailtulmaqdis.
Pada Rabu lepas, Organisasi Kejuruteraan Amim Israel yang mempunyai kepakaran memantau situasi di Timur Baitulmaqdis, berkata bahawa Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan di bawah Dewan Bandaraya Bailtulmaqdis telah memutuskan untuk membina taman-taman dan bangunan-bangunan pelancongan di kawasan terbabit.
Menurut organisasi itu lagi, projek tersebut dijangka akan diluluskan pada Isnin depan. Sebuah “Taman Negara” akan dibina bagi menyertai taman-taman lain yang sudah pun dibina di sekitar pintu-pintu masuk ke Kota Lama.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

Post a Comment