Friday, April 8

Ahli Parlimen Hamas kutuk layanan rejim Zionis terhadap tahanan penjara

 


 - Ahli Parlimen Hamas bagi wilayah Qaiqilia, Emad Noufal mengutuk perkhidmatan yang disediakan oleh penjara rejim Zionis yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap salah seorang tahanan berketurunan Palestin, Othman Younis yang berasal dari wilayah Qaiqilia.
Beliau berkata dalam satu kenyataan yang dibuat pada Isnin lalu bahawa apa yang dilakukan terhadap Younis merupakan kekejaman terbaru dalam siri layanan yang amat kejam yang dikenakan terhadap tahanan-tahanan penjara berketurunan Palestin di penjara-penjara rejim Zionis.
Menurut Emad yang juga merupakan seorang penggubal undang-undang, siksaan yang dikenakan terhadap Younis seperti yang dimaklumkannya kepada peguammya, melangkaui semua batas kebiasaan, peraturan dan etika. Younis memberitahu peguam daripada Pertubuhan Tahanan Penjara Palestin bahawa 6 orang pegawai penjara telah memecah masuk ke dalam bilik kurungannya serta mengikat dan membelasahnya selepas membogelkannya. Dia tidak dapat bergerak daripada katilnya untuk beberapa hari walaupun untuk ke tandas kerana kesakitan teruk yang dialami.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

Post a Comment