SHAH ALAM: Timbalan Ketua AMK , Khairul Anuar Khairudin hari ini membuat laporan polis berhubung kain rentang palsu yang ditemui di beberapa kawasan bandar Shah Alam dan menggunakan nama Biro Penerangan Parti Keadilan.
Antara lain kain rentang itu berbunyi “Say Yes To Ketuanan Rakyat Say No To Royal” yang didakwa sengaja diletakkan pihak tertentu bagi memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat.
Satu lagi kain rentang berbunyi “AMK Selangor menolak campurtangan istana dalam pemilihan SUK: Lawan tetap Lawan”
Laporan itu dibuat kira-kira pukul 2.30 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seksyen 11, Shah Alam.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang turut hadir ketika laporan polis itu dibuat berkata pimpinan Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menggantung kain rentang palsu itu.
“Kita mengesyaki ia dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan nama Pakatan Rakyat di Selangor,” kata Tian.
Mereka yang berbuat begitu, kata Tian Chua, adalah pengecut yang tidak berani berdepan dengan KEADILAN dan cuba melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dengan pihak istana.
Tian Chua menggesa pihak polis segera menyiasat dan bertindak secara adil menyelesaikan kes kain rentang palsu itu secepat mungkin.
Pakatan Rakyat Selangor awal hari ini menafikan sekeras-kerasnya tindakan menggantung kain rentang itu yang didakwa menolak campurtangan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri, terutama dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika bercakap dalam sidang media hari ini berkata terdapat sekurangnya tiga kain rentang yang ditemui di sekitar seksyen 13 Shah Alam.
Salah satunya berbunyi “Di mana keadilan Sultan, dalam isu pelantikan SUK siapa lebih berhak?”.
Kain rentang yang terdapat lambang bendera ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat turut tertera perkataan ‘Biro Penerangan Selangor.
Tuesday, January 11
DEWAN NEGERI SELANGOR SIAP SEDIA PINDA PERLEMBAGAAN
SHAH ALAM 11 JAN : Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata pihaknya sudah selesai memberikan pandangan dan nasihat serta kesan-kesan pindaan dalam draf yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor bagi meminda perlembagaan negeri itu.
Aziz Bari ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan negeri menyediakan draf pindaan dan Khalid sebagai Menteri Besar akan menjelaskan kepada Dewan mengenai kronologi dan isu sebenar dalam krisis pelantikan tersebut.
Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri melantik Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Ujar Khalid, ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada Sultan dan Menteri Besar, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang.
"Menteri Besar juga akan menerangkan bagaimana kerajaan negeri menangani isu ini setakat ini serta menjelaskan kekeliruan supaya ahli Dewan dapat faham kedudukan sebenar.
"Kita cuma diminta memberikan nasihat dan menyediakan draf pindaan sahaja, yang lain itu merupakan keputusan dan pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan negeri dan saya tidak campur tangan dan saya pun tidak tahu kerana perkara itu berada di dalam pengetahuan dan kebijaksanaan kerajaan negeri," jelasnya.
Cuma jelas Aziz selepas itu, mungkin ahli Dewan akan bertanyakan soalan dan mungkin usul tertentu yang akan dibawa oleh ahli Dewan dan terpulang kepada Dewan untuk menerima atau tidak.
Dalam kenyataan pejabat Speaker DUN Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.
Sidang 24 Januari ini nanti diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
Menurut kenyataan itu, Speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

ANWAR,,HADI DAN TOK GURU NIK AZIZ KAWAN KARIB SAYA
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa rakyat supaya tidak mempercayai dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, lapor TV Selangor.
Sambil menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rakan karibnya, Anwar ketika ceramah di Gombak malam semalam mempertahankan presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan berikutan pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.
Kata Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padu mereka kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

Rakan karib
“Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.
“Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya,” katanya.
Kelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam yang antara lain berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN.
Selain itu, 12 ribu hadirin berkenaan juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.
Malam semalam, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.
“Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka,” katanya.
Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.
Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis anjuran Yang di-Pertuan Agong.

Tiada tafsiran lain
“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.
“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.
Pada sidang media yang diadakan malam Ahad lalu, Hadi juga dilaporkan berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada Pakatan Rakyat.
Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.
Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.
“Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.
“Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara,” katanya

Nazli IbrahimPETALING JAYA: Gembar-gembur pilihanraya umum ke-13 semakin hari semakin hangat diperkatakan dengan pelbagai versi dan spekulasi tarikh pembubaran parlimen sekaligus memberi laluan pilihanraya umum diadakan.
Antara spekulasi yang semakin kencang bertiup pada masa ini ialah jangkaan ia akan diadakan pada tahun ini khasnya setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu.
Dua parti utama ketika ini melahirkan keyakinan masing-masing untuk meraih kejayaan dalam pilihanraya nanti. Masing-masing BN dan Pakatan Rakyat (PR) ketika ini mula mencongak kekuatan dan kelemahan mereka dan juga pihak lawan.
Di pihak PR pada masa ini sedang menjulang harapan dan keyakinan yang cukup tinggi untuk menyingkirkan BN daripada Putrajaya sekaligus buat pertama kalinya menamatkan dominasi 53 tahun BN.
PRU-13 peluang terbaik PR
Bagaimanapun, benarkah pada masa ini PR sedang berada di atas landasan yang betul untuk menerjah ke Putrajaya? Apakah faktor yang menyumbang kepada keyakinan mereka itu?
Pada masa ini faktor utama kelebihan PR bukanlah kekuatan PR itu sendiri tetapi ianya lebih merupakan kelemahan BN dengan pelbagai isu rasuah, penyelewengan, skandal dan yang paling utama keputusan-keputusan BN yang memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat negara ini.
Walaupun kerajaan berusaha menerangkan kepada rakyat negara ini tentang pemulihan ekonomi negara dengan menghidangkan angka-angka keluaran dalam negara kasar (KDNK), indeks saham, unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebagainya gagal menarik minat rakyat .
Pada masa ini, perkara utama yang menjadi pertimbangan umum ialah tekanan terhadap kos sara hidup yang semakin memuncak sekaligus menjadikan ianya isu utama yang mempengaruhi undi dalam pilihanraya kelak.
Tatkala BN di bawah pimpinan Najib masih lagi terus membuat keputusan yang kurang disenangi rakyat terbanyak dengan siri-siri kenaikan harga barangan keperluan, PR pula dilihat bijak memainkan peranan maksima bagi mendapatkan sokongan rakyat.
Malahan bagi sesetengah pihak, imej dan tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sedikit sebanyak turut menambah memberatkan lagi langkah BN untuk terus berkuasa selepas pilihanraya umum kelak.
Bagaimanapun sedikit sebanyak konsep 1Malaysia Najib mampu memulihkan kembali sokongan pengundi bukan Islam yang beralih kepada pembangkang akibat penolakan konsep ‘Islam Hadhari’ ketika era Tun Abdullah Badawi sebagai PM.
Sekiranya arus utama tsunami politik dalam pilihanraya umum lalu adalah manifestasi penolakan terhadap konsep Islam Hadhari, Abdullah oleh golongan tersebut, maka sekurang-kurangnya Najib sedikit mampu menarik nafas lega dengan slogan 1Malaysianya.
Suka atau tidak, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah salah satu faktor kelebihan bagi PR. Dalam keadaan kredibiliti beliau yang mulai terhakis disebabkan isu pemilihan PKR mahupun keputusan dan tindakan kontroversinya, beliau masih lagi merupakan salah satu sumber kelebihan PR.
Imej Anwar pada masa ini, dilihat hampir menyamai imej lima tahun terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri. Walaupun ketika itu Dr Mahathir merupakan ketua yang mempunyai kekuatan tersendiri ketika mengepalai BN tetapi pada masa yang sama, sedikit demi sedikit beliau mula dianggap sebagai liabiliti kepada partinya itu.
Pengundi muda undi penentuAnggapan PR bahawa majoriti anak-anak muda menyebelahi mereka hanyalah satu tanggapan berdasarkan kepercayaan terhadap mood anak-anak muda yang mahukan perubahan.
Hakikatnya, tiada parti yang boleh mendakwa peratusan sokongan kelompok ini akan memihak kepada mereka. Tambahan pula, kebanyakkan anak-anak muda ini merupakan pengundi baru dalam pilihanraya yang masih tidak dapat dicula undian mereka nanti.
Meskipun ada kajian-kajian yang dijalankan oleh badan-badan tertentu terhadap pendirian politik kelompok anak muda ini, ia masih tidak boleh dijadikan gambaran sepenuhnya mood kelompok ini.
Menurut hasil kajian penganalisis politik terkenal, Profesor Abu Hassan Hasbullah, golongan pengundi berumur 21 hingga 40 tahun ini merupakan kelompok penentu dalam pilihanraya nanti nanti.
Salah satu faktor yang boleh dianggap sebagai kekuatan PR di peringkat pusat pada masa ini ialah dengan menjadikan contoh kerajaan PR Pulau Pinang yang dianggap berjaya menguruskan pentadbiran negeri yang dianggap cemerlang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara.
Pada masa ini kerajaan PR Pulau Pinang dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi mandat semula dalam pilihanraya umum berbanding Selangor walaupun kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng itu turut diserang dari segenap sudut.
Serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan negeri dianggap tidak mampu memberi kesan yang maksima terhadap pengundi majoriti berbangsa Cina di Pulau Pinang berbanding serangan yang sepatutnya datang dari parti Gerakan.
Umno, dengan berbekalkan isu yang banyak menyentuh kepentingan kaum Melayu sahaja, maka isu yang dibawakan oleh Umno telah gagal menarik perhatian masyarakat bukan Melayu di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, Gerakan yang sepatutnya memegang peranan sebagai penyerang utama bagi menarik kembali sokongan majoriti bukan Melayu Pulau Pinang bagi pihak BN berbanding Umno, ketika ini hanya mampu melancarkan serangan yang hambar.
Sebenarnya keadaan ini wujud apabila Lim sendiri agak bijak meminimakan kesilapan percaturan tatkala membuat keputusan-keputusan penting, mampu menutup titik-titik kelemahan yang ada dan akhirnya menyempitkan peluang serangan di pihak pembangkang negeri itu.
Secara umumnya, masyarakat Cina di Pulau Pinang dianggap tidak menghadapi sebarang masalah dengan kehadiran Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi masyarakat Melayu dan India pula, pertambahan sokongan terhadap kepimpinan Lim dari golongan ini juga dikatakan meningkat ekoran beberapa pendekatan kerajaan negeri yang dilihat menguntungkan penduduknya.
Faktor kerajaan negeri yang berbelanja dengan berhemah, menaikkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, sekolah agama dan madrasah, keupayaan memberi bonus tahunan, satu-satunya kerajaan negeri yang memberi bonus tahun baru hijrah dan lain-lain telah berjaya memikat hati pengundi golongan ini.
Kerajaan PR Selangor bermasaalah pertahankan kerajaannya?
Kerajaan PR Selangor pula, walaupun bermula baik pada dua tahun pertamanya namun pada masa ini mulai dihantui dengan pelbagai kontroversi berhubung politik dalaman PKR.
Menjadikan keadaan lebih malang lagi apabila kerajaan PR Selangor bukan sahaja terpaksa menghadapi serangan tanpa henti dari pihak lawan dari luar, malahan kewujudan ‘parasit-parasit’ di dalam kem lebih banyak menyumbang kepada kerosakkan dalam parti.
Sekiranya PR gagal mempertahankan kerajaan di negeri terkaya negara ini, ianya bukanlah sekadar disebabkan serangan bertali arus atau kebangkitan Umno dan BN Selangor tetapi juga disebabkan pertelagahan sesama mereka sendiri.
Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap oleh sesetengah pihak di Selangor gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan baik disebabkan terdapat gangguan daripada pihak dalaman PKR sendiri.
Antara teori yang menjelaskan keadaan tersebut ialah tindakan Khalid yang tidak bertanding dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR walaupun sebelumnya telah menawarkan diri untuk menyertai persaingan itu.
Khalid dikatakan menerima ‘wahyu’ supaya menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan tujuan memancing Datuk Zaid Ibrahim keluar dari pertandingan jawatan nombor dua itu sekaligus memberi laluan mudah kepada Azmin Ali.
Sebelum itu, Zaid berkata dalam satu kenyataan medianya, beliau akan menarik diri sekirannya Khalid turut menyertai persaingan tersebut dan memberi sokongan kepada Khalid.
Bagaimanapun helah tersebut tidak berkesan apabila Zaid masih meneruskan hasratnya untuk bertanding dan memaksa Khalid menolak pencalonan di saat-saat akhir bagi mengelak perpecahan undi di cabang-cabang negeri Selangor dan menjejaskan peluang kemenangan Azmin.

Dari sudut kelebihan yang ada pada kerajaan PR Selangor pula, pada masa ini tertumpu kepada beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan negeri khususnya berkaitan isu kembalikan hak air Selangor yang masih belum dapat dimuktamadkan lagi.
Melalui isu air ini, masyarakat di Selangor lebih cenderung untuk memberikan sokongan kepada kerajaan negeri kecuali penyokong tegar dalam BN dan golongan kelas atasan.
Juga merupakan bonus bagi PR apabila bekas Menteri Besarnya, Dato Sri Dr Khir Toyo terjerumus dalam dakwaan kancah rasuah dan bakal didakwa pada bulan Jun nanti.
Harapan PR Selangor untuk kembali berkuasa selepas PRU-13 tetap masih ada walaupun mereka sendiri telah memilih jalan paling sukar dengan membiarkan permainan politik dalaman menguasai pentadbiran kerajaan negeri itu.

Usaha untuk menjatuhkan seseorang di dalam organisasi berlaku di mana-mana; di dalam parti, di luar parti, di dalam syarikat, di dalam jabatan - pada ketika mereka merebut kerusi dan jawatan.
Kali ini, usaha bagi menjatuhkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim (gambar kiri) berlaku dengan menyebarkan berita beliau memperkosa pembantu rumahnya, Robengah yang bekerja di rumah menteri itu sejak 23 Disember 1999 hingga 2007 selama lapan tahun.
Insiden dikatakan berlaku sekitar 2007 yang diketengahkan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Pada tahun 2007, sekiranya perkara ini dibangkitkan, sesungguhnya warga Indonesia serta kerajaan Indonesia sendiri sudah "mengamuk" kerana perhubungan Malaysia-Indonesia pada waktu itu tidak berapa baik, malah lebih teruk daripada kemarahan Indonesia terhadap Malaysia atas kekalahan semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Suzuki baru-baru ini.
Oleh kerana kejadian berlaku pada tahun 2007 dan dibangkitkan sekarang, maka menimbulkan persoalan sendiri. Adakah pihak yang membangkitkan isu ini benar-benar simpati terhadap mangsa dirogol si menteri atau tujuan menjatuhkan kerjaya menteri tersebut?

Sumber yang mendedahkan jenayah Menteri pada asalnya datangnya dari WikiLeaks dan kemudiannya diperbesarkan lagi oleh blog bigdogdotcom.wordpress.com dan rockybru.com.my.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didapati lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, sedangkan SKMM tangkas bertindak ke atas RockyBru melalui laman blognya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.
Media Indonesia sendiri tidak terbakar dengan liputan yang dibuat. Mereka berpendapat, sikap Robengah itu sendiri yang sudah membuat pengakuan bahawa beliau tidak dirogol menutup segala spekulasi. Pihak Migrant Care yang menerima laporan awal kes ini juga tidak berhasrat untuk memperbesarkan kes tersebut kerana menghormati permintaan Robengah dan Pejabat Luar Negara Indonesia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes tersebut ditutup.
Robengah tidak mengakui dirinya dirogol. Suaminya juga meminta supaya tidak memporak-perandakan keluarganya. Bagi Perdana Menteri pada waktu kejadian berlaku, Abdullah Badawi juga mengeluarkan kenyataan dengan menafikan tindakannya berdiam diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Rais Yatim bertujuan menutup kes dan melindunginya. Abdullah berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas, malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009.
Lagipun, perkara ini dibangkitkan oleh seorang penulis yang sememangnya dijangkakan beragenda tersendiri.
Keputusan atas keyakinan PM
Keputusan atas keyakinan PM
Berlainan sungguh dengan dakwaan yang dikenakan sebelum ini terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim (gambar kiri) sewaktu waktu dahulu. Di saat Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah. Anwar berkali-kali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia meliwat pemandu kereta isterinya, tetapi dakwaan tetap dikenakan - kerana Perdana Menteri yakin perkara ini berlaku.
Sehingga rencana ini ditulis, tiada sebarang dakwaan oleh pihak Peguam Negara terhadap Rais Yatim. Barangkali keputusan Peguam Negara (untuk tidak bertindak) berdasarkan atas keyakinan Perdana Menteri bahawa perkara tersebut tidak berlaku.
Tolak-tarik Pengakuan Bersumpah
Di Malaysia, pengakuan bersumpah seperti suatu yang boleh dipermainkan. Terdapat beberapa kes di mana pengakuan bersumpah yang dibuat, boleh dibuat pengakuan bersumpah lain satu lagi bagi menutup pengakuan bersumpah yang awal. Antara faktor-faktor yang menjadikannya begitu ialah kerana dipaksa membuat pengakuan, ada juga tidak lari daripada diugut, dan diberi rasuah.
Berikut beberapa contoh insiden pengakuan bersumpah yang dibuat di negara ini:
1. Julai 2008: P.Balasubramaniam (gambar kanan), seorang peyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda memperincikan kisah yang mahu diceritakan berkenaan apa yang berlaku dan apa yang diberitahu kepadanya oleh tokoh-tokoh utama dalam kes tersebut termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya sendiri. Pengakuan berkanunnya juga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Pada 4 Julai 2008, P.Balasubramaniam didapati menarik kembali pengakuan tersebut. Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.
2. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah Munawar Ahmad Anees, penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memperjelaskan betapa keji dan hinanya perbuatan polis Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka banggakan sebagai "profesional". Munawar mendakwa dipaksa membuat pengakuan bersumpah untuk membebaskannya daripada pendakwaan diliwat oleh Anwar Ibrahim.

3. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja bahawa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim kemudiannya membuat pengakuan bersumpah yang lain yang menyatakan beliau dipaksa membuat pengakuan bersumpah awal dan kemudiannya menafikan segala dakwaan liwat antara beliau dengan Anwar Ibrahim.
4. September 2008: Pengakuan Doktor Mohamed Osman, doktor yang memeriksa Saiful Bukhari (pihak yang mengadu diliwat Anwar Ibrahim) bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful.

5. 19 Jun 2008: Pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin penglibatan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sekarang, dalam kes pembunuhan Altantuya. Raja Petra kini menjadi buruan polis dan dakwaan di dalam pengakuan bersumpah tersebut langsung tidak dipertikaikan.
Mungkin benar, bahawa daripada pendakwaan tersebut mempunyai kepentingan tertentu, tetapi mengapakah siasatan tidak dibuat ke atas laporan polis (gambar kiri) yang telah pun dibuat oleh Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM b/p Solidariti Anak Muda Malaysia?

*Faisal Mustaffa
RAKYAT MARHAEN: Panas! Blogger UMNO kata Solat Hajat bidaah!!
RAKYAT MARHAEN: Panas! Blogger UMNO kata Solat Hajat bidaah!!Sabda Rasulullah SAW. "Tidaklah seseorang dari kamu apabila berhajat, berwuduk dan solat dua rakaat dengan surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas melainkan di makbulkan hajatnya"Para Sahabat sering solat hajat dua rakaat walaupun ketika diluar rumah.Berita lanjut.. KLIK sini!!Wah.. Pondok mana blogger YB Hamidah di belajar? Pandai benar tafsir.. Mengalahkan Mufti Melayu Haruss Sani.. haha.. Si Zambry main tiang tu tak salah pulak. Dituntut ke?UMNO buat isu ni apabila mereka gerun dengan kehadiran rakyat di Majlis Solat Hajat Pakatan Rakyat di Malawati. Usah lah tunjuk ketengin mu wahai UMNO!!Blogger YB Hamidah ini menyarankan ulama yang mengamalkan dan membiarkan umat mengerjakan solat hajat ketika mereka ada keperluan, seperti amalan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi apabila hampirnya menghadapi peperiksaan akhir, persatuan-persatuan agama apabila ada perayaan-perayaan tertentu, masjid-masjid dan surau-surau serta orang-orang perseorangan apabila menyambut hari-hari yang dianggap sebagai kebesaran Islam. Begitu tenginnya UMNO
RAKYAT MARHAEN: KES LIWAT DS ANWAR - JAMIL KHIR PENGHALANG UNTUK BICARA DI MAHKAMAH SYARIAH?
RAKYAT MARHAEN: KES LIWAT DS ANWAR - JAMIL KHIR PENGHALAOleh: WFAUZDIN NSDS ANWAR dituduh melakukan perbuatan liwat dengan Saiful Bukhari Azlan dan jika difahami dari seksyen pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau, perbuatan itu dilakukan secara `suka sama suka'. Berlawanan dengan apa yang disebut oleh Saiful Bukhari di dalam mahkamah bahawa beliau `dipaksa' melakukannya walaupun pemuda ini telah `bersedia' dengan memakai tuala dan berwangian.DS Anwar selaku yang dituduh ingin menuntut keadilan bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga keadilan buat Saiful. Mencari keadilan, tempat yang sesuai buatnya selaku umat Islam dan kebetulan juga Saiful yang dikatakan menjadi pasangannya juga berugama Islam sudah pastilah beliau memilih Mahkamah Syariah. Bukankah zina dan liwat `suka sama suka' itu tarafnya sama di sisi Islam dan Mahkamah Syariah sahaja tempat paling layak untuk mencari keadilan dan kebenaran. DS Anwar dari awal lagi menyangkal keras tuduhan terhadapnya, namun tetap mahu merujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendakwa Saiful yang telah melakukan fitnah terhadapnya. Maka, DS Anwar mohon agar kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah pertuduhan `Qazaf'. Saiful pula memilih jalan mudah iaitu dengan melakukan `sumpah laknat' yang tidak pernah diakui oleh Syarak di dalam menghadapi kes seperti ini.Mengikut berita yang dilaporkan oleh akhbar Buletin Rakyat edisi 119, DS Anwar memberitahu beliau mempunyai maklumat bahawa kertas pertuduhan kes liwatnya sudah disiapkan untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah namun ianya telah ditahan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej (Jen) Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau mempersoalkan mengapa Menteri yang tahu tentang hukum Islam ini dan juga sebagai bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera boleh menggunakan kuasa menyekat pendakwaan.Di dalam berita yang dilaporkan oleh akhbar itu juga menyebut DS Anwar memohon agar DYMM YDP Agong yang bertindak sebagai Ketua Agama agar melihat kedudukan Mahkamah Syariah supaya terpelihara dari dipergunakan demi kepentingan politik. Begitulah komitmen DS Anwar yang mahukan agar kes beliau dibicarakan secara adil mengikut lunas-lunas Islam dan sewajarnya Menteri yang berada di dalam Umno yang kununnya mengaku sebagai pejuang Islam menyokongnya. Tetapi, ini tidak berlaku dan DS Anwar masih dibawa ke mahkamah sivil yang dilihat semakin cerca merba perjalanannya.Jelas kepada kita, siapakah yang tidak mahu melihat kepada keadilan di dalam kes ini. Adakah Mahkamah Syariah di negara ini tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Adakah perundangan Islam tidak membantu Umno untuk melaksanakan kehendaknya? Adakah Umno tidak percaya kepada keadilan Islam apabila melibatkan Ketua Pembangkang ini?Sekiranya Umno menolak Islam, Umno menghakis kuasa raja-raja dan Umno juga gagal membela Melayu, maka apa lagi boleh kita harapkan dengan parti ini? Jika Islam dan Melayu pun Umno gagal martabatkan, usah kita bicara lagi tentang keadilan Umno terhadap ugama dan bangsa dan suku yang lain. Maka, wajarlah Umno segera ditalkinkan. NG UNTUK BICARA DI MAHKAMAH SYARIAH?
Subscribe to:
Posts (Atom)