Thursday, January 13

SharpShooter: Adun Merlimau diserang sakit jantong

SharpShooter: Adun Merlimau di

Adun Merlimau diserang sakit jantong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di sini hari ini selepas mengalami serangan jantung. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.
“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.
Sementara itu menurut jurucakap Hospital Putra, keadaan Mohamad Hidhir dilaporkan stabil sejak dimasukkan ke ICU petang iniserang sakit jantong

Khamis, Januari 13, 2011

Negara Umat Islam Majoriti (Warna Hijau)
Pernahkah anda mendengar orang mengeluarkan perkataan yang menghina agama Islam di depan anda. Sebagai seorang Islam yang percaya dengan agama suci itu, walaupun seseorang itu tidak pernah lengkap solat 5 waktunya kejap buat kejap tinggal, tetapi jika ada orang terutamanya yang bukan Islam memaki hamun agama Islam di depan kita, sudah tentu akan tersirap naik darah kelakian kita (Peringatan ! : Anda lebih layak mampus atau semak semula keimanan anda jika anda lansung tak rasa apa-apa!!!).


Perasaan sebegitulah yang menyebabkan agama Islam telah tersebar ke seluruh dunia dan menjadi sebuah kuasa yang besar dan mat kuat suatu masa dahulu. Perasaan sebegitu juga telah diterjamahkan sehingga ke tahap pemerintahan di mana ketua-ketua pemimpin besar Islam sanggup menghantar bala tenteranya menyerang sesebuah negara hanya apabila mendapat tahu ada warga muslim di situ telah dihina.

Mungkin juga itu merupakan salah satu sifat mukmin iaitu amat berlemah lembut dengan sesama muslim tetapi amat keras dengan kaum kafir yang kurang ajar serta biadab kepada agama Islam.

Namun segalanya telah berubah sekarang ini di mana umat Islam amat berlemah lembut dengan orang kafir tetapi amat keras dengan sesama Islam. Terdapat sebanyak 57 negara di dunia yang majoriti rakyatnya beragama Islam (rujuk sini) dan daripada semua jumlah itu hanya 5 buah negara yang melaksanakan undang-undang yang keras kepada mereka yang didapati bersalah menghina agama Islam.

Salah satu daripada negara yang mempunyai undang-undang sebegitu adalah negara Pakistan yang telah mencetuskan kontroversi seluruh dunia kerana menjatuhkan hukuman mati kepada seorang kristian yang dituduh menghina Nabi Muhammad.

Dikalangan rakyat Pakistan sendiri berlaku perpecahan. Ada yang setuju dengan undang-undang tersebut dan ada juga yang bersekongkol dengan tekanan barat yang berpendapat hukuman dan undang-undang itu kejam dan tidak boleh diterima. Kes pembunuhan gabenor di Punjab baru-baru ini adalah rentetan dari isu yang sama.

Apa pendapat para cendikiawan agama pakistan yang mengamalkan undang-undang keras kepada penghina agama Islam apabila di tanya kenapa hanya 5 daripada 57 negara Islam sahaja yang mengamalkan undang-undang keras. Adakah negara umat islam yang lain tidak mengamalkan Islam. adakah Pakistan mengamalkan ajaran Islam yang salah.

Jawapan mereka ialah, semua negara yang majoriti Islam dan mengakui islam sebagai agama rasmi negara mereka menuduhkan atau membina negara masing-masing atas dasar "KEBANGSAAN", sebab itulah tidak ada roh memertabatkan Islam diserapkan dalam undang-undang mereka.

Menarik untuk difikirkan kenapa agaknya umat Islam lemah dan menjadi bahan buli di seluruh dunia sekarang ini. Mungkin jawapannya sebagaimana yang dijawab oleh para cendikiawan Pakistan di atas, dalam 57 negara Islam, ada 52 negara yang dibina atas dasar "kebangsaan" manakala hanya 5 sahaja atas dasar Islam, macam mana nak kuat?.

Bagaimana dengan negara Malaysia agaknya, atas dasar apa kita membina negara kita?, Nak tahu jawapannya tanyalah UMNO...anda tentu boleh agak apa jawapannya.

Maklumat asal di sini

Thursday, January 13, 2011

LAGI GAMBAR BOKTI SAYFOOL BERSUMPAH DEPAN KAABAH!


iskiskisk sedeh nye aku tengok gambar sayfool nih... ishishish.. kirenya berjaya lah sayfool naak meraih simpati orang ramai terhadap dia... mesti korang semua terutama MELAYU yang bersimpati dengan sayfool nih bile nengok gambar dia kat MEKAH... 

bukan semua MELAYU yang mampu g sana... ada yang kerja 40 tahun pun masih tak mampu ke sana... Ini tak kerja, ada kes Makamah, bontot lobos, spendar tak reti basuh pun berjaya g sana... ishishish SIMPATI nya.... ishishish

Ingat senang ke nak bawak SLR sebijik, sambil bertawaf? bukan ringar beb.. Handset pun orang malas bawak bile g buat ibadat, ini nak bawak SLR.. ishishish tapi mungkin orang len bawakkan... Itu pun kene bersimpati gak... Aku nengok masa SULTAN KELANTAN g buat Haji kelmarin tak jumpa lagi gambar baginda di sana, berlatar belakangkan Kaabah, kalau dalam hotel tu standet la, tapi Sayfool nih orang simpati kat dia, SLR pun orang bawakan.. ishishish

anyway aku sedih dan bersimpati nih takleh nak nolis banyak2 korang ke blog IKUTSUKAAKU la membaca... ishishish

:: albanjari online V2 |: Mayat dan Iktibar (Siri 9) - Mulut mayat berbuih

al-brangi Online: Mungkinkah Bro. Anwar ter'gelincir' di'tepis' oleh wanita ini?......

Thursday, January 13, 2011

Mungkinkah Bro. Anwar ter'gelincir' di'tepis' oleh wanita ini?......

Bro. Anwar diburu dari tahun 1997.

Pernah di'lepuk' dalam tahan tapi hayatnya panjang......cuma setakat lebam saja sebelah mata.

Pernah di'simpan' di Sungai Buluh......tapi tak pulak 'lemas'.....cuma setakat sakit belakang.

Yang meng'hambat'nya bukan calang-calang orang.....seorang yang paling berkuasa.....siapa yang tak kenal Mahathir.....mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno yang paling berkuasa.....tapi tak jugak Bro. Anwar rebah atau semput.

Sekarang seorang wanita pulak memburunya......hingga kelubang cacing......untuk apa? Hanya dendam kesumat serta dengki khianat yang tidak mengenal saudara atau kawan rapat.

Adakah ini ujian terakhir menjelang PRU13?

Para Auliat diuji lebih hebat dari ini......ada yang dipenjara......malah ada yang digergajikan kepala.....namun Risalah Tauhid tetap disampaikan silih berganti. MengEsakkan Allah wajib diperjuangkan.....kebenaran.....keadilan perlu ditegakkan.

Bro. Anwar merupakan pemegang obor perjuangan yang sentiasa panas menyala......yang memerlukan pengganti yang segigihnya.....selayaknya.....setandingnya.....bersedialah Pakatan Rakyat mencari pengganti andaikata Bro. Anwar ter'gelincir' di'tepis' wanita ini.....kerana perjuangan ini sentiasa memerlukan penyambung kerana sesungguhnya manusia itu tidak kekal.....yang pentingnya semangat yang kental perlu ditonjolkan agar kita tidak tercicir dari perjuangan.

BRIGED MP SEGAMBUT: APA? BETULKAH TELOR UMNO KECUT DENGAN PEGUAM MCA?

BRIGED MP SEGAMBUT: APA? BETULKPihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinci mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu."Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.NONE"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.Arahan pihak atasanBagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan"."Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu.Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur.Difahamkan peguam tersebut tinggal di pangsapuri berkenaan - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari situ.Mahadi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh JAWI bahawa beberapa hari sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat".Sehubungan itu, Mahadi meminta peguam berkenaan bertemu dengan pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut.Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".Ganggu tidurNONESelain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid)."Kira-kira 10 orang yang ditanya, kebanyakanya berkata laungan (pembesar suara) azan adalah biasa, tidak mengganggu tidur... tak ada apa-apa (masalah), tak ganggu," katanya.Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya."Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan perhimpunan memprotes aduan peguam tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut esok, yang akan diketuai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Ayahanda Malaysia.Ketika dihubungi Malaysiakini, penolong setiausaha majlis tersebut, Amin Rahim Harun berkata, kira-kira 500 orang akan menyertai perhimpunan itu."Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana ia menjadi isu sensitif kepada orang Melayu," katanya.Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/01/apa-betulkah-telor-umno-kecut-dengan.html#ixzz1AvBj7ornAH TELOR UMNO KECUT DENGAN PEGUAM MCA?

Khamis, 2011 Januari 13

Tengok nii....Jawapan "Kantoi" Ibu Fasha Sanda..!!

Mengapakah Artis Fasha Sanda sanggup berpakaian "BerBikini" seperti orang kafir adanya?Tidakkah terluka hati dan perasaan orang tuannya?Tidakkah dia takut kepada Allah?..Mungkin inilah persoalan dikalangan rakyat Malaysia terhadap artis yang sering menimbukan kontroversi ini.

Namun Khabar yang amat malang dan mendukacitakan masyarakat ialah jawapan "Jahil" ibu kepada artis ini.Apabila ditanya oleh salah seorang wartawan akhbar harian mengenai perasaan beliau sebagai seorang ibu apabila melihat anaknya "Berbikini" dan menjadi buah mulut masyarakat kini.Maka Jawapan yang di berikan ialah...

"Kalau di Bali,tak kisahlah..tetapi kalau di Malaysia memang tak bagi pakai.Kami pun selalu mandi manda di sini (Malaysia) tetapi Fasha pakai baju T dan seluar panjang,Kami sekaluarga selalu pergi ke luar negara melancong dan bercuti seperti di Phuket,Thailand sebelum ini,Fasha pakai pakaian yang sama (Berbikini) tetapi tak masuk surat khabar pun sebab kami tak memuat naik gambar tersebut."kata ibu mithali ini..Peningggggg....


Juragan : MasyaAllah...ada juga ibu sejahil ini..??

Lu tarak kelas la nazri botak

Lu tarak kelas laWednesday, January 13, 2011

Lu tarak kelas la

Dia ajak Najib... PM 1MalaysiaBukan lu...
Lu siapa??Setakat Mat 3B tak main la..
B for BotakB for BodekB for Bangang dan sewaktu dengannya
Setakat 3B, tarak kelas la...Boleh blah!!
Rentikan la menjilat tu..Rentikan la menyalak tu....Bikin malu saja.
Awat?? Najib takut ka??Atau...Mau terus kekal dalam kabinet dapurnya??
Kah... kah... kah....
Terpaksa menjilat dan menyalak,untuk satu jawatan kabinetKesiannya.....

A Mum Of Three Mohd: Dia buat hal lagi

A Mum Of Three Mohd: Dia buat hal lagiThursday, January 13, 2011

Dia buat hal lagi

Baik untuk berbaik sangka Dengan Hassan Ali..... sori!!Dia ni kita kena berjaga-jagaBerwaspada dan berhati-hati
Cukuplah sekali dikhianatiTidak kedua kaliKemelut UG sungguh menyakitkan hatiKini.... krisis SUK negeri, dia buat hal lagi
Nak buat baik dengan Kushrin Munawi??Duri dalam daging kerajaan negeriApa gilerr ke dia ni??Tebiat ke apa??
Boleh percaya ke lagi dengan dia ni??Weh.... pikirler bebanyak kali.Nyahkan saja dia pergiHe's a liability to the partiSusah kita nantiRugi simpan orang macam niPenyokong takkan undi dia lagiRugi... Rugi....
Kalau dia masih dalam parti
PRU13 nanti...Jangan calonkan Hassan AliPasti kita hilang satu kerusiRugi.... Rugi...
Misi kita...Pertahankan kerajaan negeriHilang kerusi jangan sekali-kaliBersatu hati tambahkan kerusiBiar UMNO gigit jari
Kalau tak boleh akur arahan partiKalau tak boleh sekata sehatiPergi... Pergi... Pergi...Jangan buang masa lagiPlease... go join the other parti
So... What say you Hassan Ali??

A Mum Of Three Mohd: Justice For Beng Hock

A Mum Of Three Mohd: Justice For Beng HThursday, January 13, 2011

Justice For Beng Hock

Dia CinaAku MelayuTapi.. kami anak Adam a.sKami hamba Allah SWTJadi... aku sokongJustice For Beng Hock
Kematiannya menyayat hatiKematiannya menyentuh hati nuraniJatuh dari bangunan tinggidi Pejabat SPRM negeri
Dia dikatakan....Tidak mengambil nyawanya sendiriDia dikatakan.....tidak dibunuh
Aaaik... Pelik...Mati. Tetapi...Tidak bunuh diri mau pun dibunuh?Bagaimana Beng Hock mati??Kah... kah... kah... kahInilah dia negaraku.Malaysia Boleh!!
Tubuh Suruhanjaya Siasatan DirajaYang benar-benar berintegritiDedahkan bagaimana Beng Hock matiDemi justice for Beng Hock!!
Sumber dari
sini dan siniock

Detikdaily Forums-viewtopic-HOT: Peguam MCA panas telinga, desak kawal bunyi azan!!!!

Detikdaily Forums-viewtopic-HOT
Posted: Thu Jan 13, 2011 4:52 pm Post subject:

Ini pulak kenyataan dari pelakon porno Chua Soi Lek kepada pengundi Cina di Tenang..................memang ni sekoq lagi yg anti Islam..pun dari MCA Pengundi Cina di Tenang perlu fikir Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
/* */
KUANTAN 12 Jan. -Masyarakat Cina terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu memikirkan sedalam-dalamnya terhadap implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, agenda penubuhan negara Islam mungkin menjadi kenyataan sekiranya Pas berjaya memerintah negara ini. "Semestinya Pas tidak akan berundur daripada (matlamat) penubuhan negara Islam dan jelas ini merupakan amaran secara terus kepada DAP dan keseluruhan masyarakat bukan Islam. "Malah, jika kita lihat semua parti politik di negara ini, hanya Pas yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik. "Pastinya Pas akan memenuhi apa yang dilaungkan selama ini dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan negara Islam sekiranya mereka mempunyai kuasa memerintah," katanya. Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga emas di Dewan Jubli Perak di sini hari ini. Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Soi Lek mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penubuhan negara Islam dan penguatkuasaan undang-undang Islam dalam satu majlis parti itu di Felda Chemplak Barat dekat Labis, Isnin lalu. Menurut Soi Lek, MCA tidak akan menggunakan isu itu bagi menakut-nakutkan masyarakat Cina tetapi ia memerlukan pertimbangan yang mendalam. "Pas sering mengatakan MCA sengaja menjadikan perkara ini (negara Islam) sebagai isu untuk menakutkan masyarakat Cina. "MCA tidak bermaksud sedemikian tetapi mahu dan berharap kaum Cina dapat membuat pertimbangan mengenai implikasinya," jelas beliau: Peguam MCA panas telinga, desak kawal bunyi azan!!!!

- Surat terbuka untuk Najib


Surat terbuka untuk NajibPosted on Wednesday, January 13 @ 22:30:00 PST Dilulus untuk paparan oleh
mujahid Oleh: setisab"
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.DASARSaya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?PELAN TRANSFORMASI EKONOMIProgram Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?IFF dan AURAT Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?JUDIBukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?KEMISKINAN dan HARGA NAIKDato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.SUARA RAKYATWaktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi Dato' Seri bacalah seterusnya di sini, dan saya ucapkan terima kasih." ka untuk Najib haram jadah

PAS Selangor gesa Malaysiakini betulkan laporan

PAS Selangor gesa Malaysiakini betulkan lapo
PAS Selangor gesa Malaysiakini betulkan laporanPosted on Thursday, January 13 @ 03:00:00 PST Dilulus untuk paparan oleh
teori Sumber HarakahdailyKUALA LUMPUR 13 Jan: PAS Selangor menggesa portal berita Malaysiakini membuat pembetulan berkaitan laporan mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang disiarkan semalam. Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, laporan Malaysiakini itu sangat berbeza dengan kenyataan serta maksud sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor ketika mengadakan sidang media berhubung isu perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.Kata beliau, tajuk laporan Malaysiakini 'PAS Selangor makin mesra dengan Kusrin' sangat mengelirukan malah telah menimbulkan salah faham dikalangan ahli-ahli PAS.
Selain itu kata beliau, laporan Malaysiakini yang menyebut: 'Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada' - merupakan satu pembohongan kerana Pesuruhjaya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu sepanjang sidang media.
Malahan katanya, Malaysiakini juga menambah cerita dengan memetik Hassan Ali kononnya berkata "Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah,".
"Saya tidak tahu bagaimana laporan berita seperti ini boleh dibuat, sama ada wartawan tersalah lapor atau editor yang keliru.
"Justeru saya mengesa Malaysiakini membuat pembetulan semula secara terbuka dan meminta maaf kepada Pesuruhjaya. Laporan berita ini telah menimbulkan masalah kepada PAS Selangor dengan ahli-ahli dan menjejaskan hubungan kami dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.
Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut mengingatkan pimpinan PAS Selangor supaya tidak bercanggah dengan keputusan PAS Pusat dalam isu di Selangor ekoran laporan tersebut.
Ditanya sama ada PAS Selangor mahu mengambil tindakan tegas seperti menyaman Malaysiakini, Khairuddin berkata pihaknya tidak terfikir untuk sampai ketahap itu.
"Ini mungkin hanya kekeliruan atau kesilapan yang tidak disengajakan, tak perlulah pergi hingga ke mahkamah. Lagipun saya percaya Malaysiakini akan bersikap profesional dengan mengambil kira etika kewartawanan mereka dalam perkara ini," kata beliau.
Menurut Khairuddin, pihaknya akan menghantar notis rasmi kepada Malaysiakini berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Menjelaskan perkara sebenar, Khairuddin berkata semalam PAS Selangor telah mengeluarkan pendirian rasmi yang pertama berhubung kemelut perlantikan SUK di Selangor melalui sidangmedia oleh Pesuruhjaya sendiri.
Dalam kenyataan bertulis yang dibacakan oleh Pesuruhjaya kata beliau, PAS mahu isu di Selangor diselesaikan secara bijak dengan mengambil kira empat unsur penting iaitu istana, kerajaan negeri, kakitangan kerajaan dan rakyat.
Katanya, PAS juga menekankan dua unsur berkaitan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dalam isu perlantikan SUK iaitu peruntukan undang-undang dan amalan konvensyen.
"Saya disebelah Pesuruhjaya sepanjang sidang media itu, tidak timbul isu PAS Selangor tidak menyokong kerajaan negeri seperti yang cuba digambarkan oleh Malaysiakini, malah dalam kenyataan yang sama turut ditegaskan PAS akan bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam isu ini," jelas beliau.
Bahkan tambah beliau lagi, Pesuruhjaya sendiri menegaskan pihak PAS bersama dalam usaha mengadakan sidang DUN yang akan mencadangkan meminda Perlembagaan Negeri bagi mengambalikan semula kuasa kerajaan negeri dan fungsi Raja berpelembagaan dalam kontek melantik Setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.
Bagaimanapun kata Khairuddin, beliau percaya kekeliruan Malaysiakini itu berpunca daripada soalan wartawan kepada Pesuruhjaya iaitu bagaimana hubungan beliau sebagai Exco Agama Selangor dengan Kusrin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.
"Dalam perkara ini Hasaan Ali menjawab secara peribadi iaitu hubungannya dengan Kusrin sebagai pengubal dasar dan pelaksana dasar dan tidak ada percanggahan diperingkat itu.
Perbezaan antara mereka timbul diperingkat perlaksanaan kerana Kusrin seorang pegawai kerajaan melihat sesuatu isu dalam perspektif seorang pentadbir sedangkan beliau mengambil kira pelbagai aspek termasuk amalan dalam Pakatan Rakyat, komposisi penduduk dan realiti politik di negeri Selangor.
"Bagaiamanapun Hassan Ali menyebut dalam banyak keadaan beliau ada makanisma menghadapi perbezaan itu kerana berpengalaman dalam pengurusan kerajaan dan memahami cara bekerja kakitangan kerajaan," katanya.
Selain itu kata beliau, Hassan Ali turut ditanya keperluan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan peranan istana dalam melantik SUK kerana Kusrin telah mendapat perkenan Sultan.
Kata Khairuddin, Hassan Ali menjawab perkara ini bukan berkaitan individu tetapi proses perlantikan itu yang samar dan membelakangkan peranan kerajaan negeri.
Semalam Harakahdaily melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada Barisan Nasional khususnya Umno diminta oleh Hassan Ali hadir ke sidang DUN khas membabitkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Negeri Selangor.
Hassan berkata, pindaan yang hendak dilakukan ini untuk memertabatkan kembali kedaulatan Sultan sebagaimana pre - 1993 iaitu berkaitan lantikan-lantikan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) melalui cadangan Menteri Besar (MB) dan kemudiannya perkenan daripada Istana.
Kata beliau, hadir atau tidak Adun Umno dalam sidang itu akan mencerminkan diri sebenar mereka.
"Apakah yang mereka laungkan selama ini (mempertahankan kedaulatan Raja-raja) lahir daripada hati nurani yang ikhlas atau hanya untuk memancing sokongan rakyat kepada mereka sahaja.
"Sekiranya wakil Umno tidak hadir ternyatalah mentaliti mereka seperti tahun 1992 dan 1993 (bersetuju kuasa Raja-raja dikurangkan), dengan ini rakyat akan kenal wajah sebenar pemimpin Umno yang hanya bersendiwara," kata pesuruhjaya PAS itu.
Menurut Hassan sidang tersebut bertujuan untuk membincangkan isu berkaitan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri - yang telah menimbulkan kemelut dalam pentadbiran Selangor - dalam perspektif yang betul.
Katanya, tujuan pindaan Perlembagaan Negeri itu juga merupakan satu langkah menjadikan undang-undang tersebut lebih jelas dan boleh dirujuk berkaitan kuasa kerajaan negeri kerana peruntukan yang ada sekarang agak samar.
PAS Selangor gesa Malaysiakini betulkan laporanran

Tranungkite Online v11 - Ada Pensyarah Jahil Konsep Islamiyah.

Tranungkite Online v11 - Ada Pensyarah Jahil Konsep Islamiyah.
Ada Pensyarah Jahil Konsep Islamiyah.Posted on Thursday, January 13 @ 04:00:00 PST Dilulus untuk paparan oleh Juragan Oleh: mahmod"Pensyarah yang tak faham Konsep Islamiyah.Menurut Dr. Azmi dalam UM hari ini: Sukar dilaksana, hanya mahu pancing undi KUALA LUMPUR 12 Jan. - Program 100 Hari pakatan pembangkang yang antaranya mahu menghapuskan tol dan merombak struktur subsidi sukar dilakukan kerana akan membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, program itu juga tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana tiada pembangunan dapat dilakukan sejurus program itu dibuat." Dari sudut ekonomi, ia sukar dilakukan dan lebih menjurus kepada agenda politik pembangkang yang tidak diteliti sewajarnya dan tidak selari dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju," katanya. Azmi berkata, langkah mengarahkan Khazanah dan KWSP mengambil alih aset lebuh raya dengan tujuan menghapuskan tol adalah tidak praktikal kerana perjanjian sudah termaktub dan sebarang pembatalan memaksa kerajaan menanggung kos pampasan yang tinggi.Beliau juga berkata, Felda Plantations seharusnya dimantapkan bukan melupuskan organisasi itu dan kemudian diurus generasi kedua dan ketiga Felda yang masih belum diketahui kemampuan menguruskannya."Saya bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa apa yang dilakukan pakatan pembangkang itu adalah cara populis untuk meraih sokongan daripada rakyat pada pilihan raya akan datang."Saya juga percaya pakatan pembangkang tahu mereka tidak boleh melaksanakan program itu tetapi apa yang mereka fikir adalah keuntungan hari ini iaitu untuk mendapatkan undi," katanyaUlasan Pengirim:Jika kita rujuk ayat ke-4 surah fatihan dan ayat ke-2 surah al-Ikhlas, jelas Allah surah kita meminta dan Allah adalah tempat meminta bertepatan dengan memadai beberapa contoh nama Asmaul Husna iaitu "Al-Bari' - Maha Perancang yang tidak pernah gagal dengan perancangannya. "Al-Hakim"- Maha bijaksana dalam semua urusan dunia mahupun akhirat, "Al-Hadi" - maha pemberi pertujuk, "Al-Mujib" - yang maha pengabul, "Al-Muqtadir" - yang maha penentu segala kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku" Jika kita yakin dengan Allah, Insya-Allah maha suci Allah akan membantu kita selalu dan setiap masa. Wahai Dr. Azmi, cuba fahami dan belajar semula pula tentang Rukun Iman kalau tak faham-faham."

Thursday, January 13, 2011

MEMALUKAN: Istana arah tarik balik gelaran "Dato' Seri", bukan atas pertimbangan Khir Toyo! muka macam ni nak serah balik ke,,pooorah



Oleh: Pria Malaya

Semalam bukan main segala hulu balang dan blogger rasis parti perkauman Umno memuji, memuja, men'jilat' dan membodek Khir Toyo kononnya seorang yang berprinsip, berani dan pahlawan sebenar..

Dakwa mereka, tidak ada satu tokoh pemimpin politik pun termasuk Anwar yang seberani Khir Toyo memulangkan gelaran Dato' atas kerelaan sendiri, demi menghadapi proses mahkamah (bagi mengelakkan merosakkan gelaran Dato')..

Korang baca artikel Khir Toyo 12 Januari lalu:

"Penyerahan Semula Darjah Kebesaran Selangor

1, Pada pertengahan Disember 2010 yang lalu saya telah menghantar sepucuk surat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuaku Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri.

2. Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya di dakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa. Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

3. Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut.

4. Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Dato Seri dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr. Mohamad Khir bin Toyo sahaja."
Jika kalian baca sekali imbas entry Khir Toyo di atas, sudah tentu anda merasakan bahawa Khir Toyo memulangkan gelaran ini atas pertimnbangannya sendiri, seolah2 bukan atas arahan pihak istana..betul tak?

Dan hari ini istana menjelaskan bahawa penarikan gelaran "Dato' Seri" adalah atas ARAHAN pihak istana, bukan berdasarkan pertimbangan Khor Toyo sendiri, apatah lagi kononnya ia hanyalah bersifat "penyerahan sementara"..

Sungguh memalukan penggerak gerakan 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan' (SSDE) ini..nak tunjuk hero konon, tapi setakat hero kampung..mungkin ini petanda beliau sememangnya bakal dikenakan tindakan atas laporan2 rasuah dan penyelewengan sebelum ini..

Apa kata penyokong fanatik ketuanan Melayu Umno?..berani ke Khir Toyo desak istana mintak maaf andai laporan ini tidak benar?..fikir2kan..wallahua'lam..


Khusrin: Sultan arah 'Dato Seri' Khir Toyo digantung

Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.



Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.

Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Khusrin.

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini. - Mk

Foto Topeng Perak Unmasked - Kunjungan Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz ke JKR 10, Kelantan

 



Foto Topeng Perak Unmasked - Kunjungan Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz ke JKR 10, Kelantan

Foto Topeng Perak Unmasked - Kunjungan Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz ke JKR 10, Kelantan


Foto Topeng Perak Unmasked - Kunjungan Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz ke JKR 10, Kelantan

 


Foto Topeng Perak Unmasked - Kunjungan Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz ke JKR 10, Kelanta    Foto Topeng Perak Unmasked · Profil Topeng Perak Unmasked