PENDEDAHAN kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud oleh beberapa laman web dan akhbar terutamanya Sarawak Report membuatkan, masyarakat di Sarawak mula membuka mata dan menyedari bertapa teruknya pemerintahan Ketua Menteri itu.
Pendedahan itu dan kesengsaraan rakyat akibat dasar jahat kerajaan Taib Mahmud dijangka akan menjadi 'timing bomb' pada pilihan raya negeri dalam masa terdekat ini yang boleh menjatuhkan kerajaan Taib.
Siapa Taib Mahmud sebenarnya dalam sejarah kekuasaan dan penglibatannya dalam menghimpun kekayaan di Bumi sarawak?
Beberapa pendedahahan telah menyatakan, penglibatan Taib dan keluarganya dalam industri pembalakan secara khusus telah disebut dalam laporan oleh Forests Monitor.
Menurut laporan tersebut, ketua menteri memperuntukan dirinya sebagai pihak yang berhak untuk mengeluarkan lesen balak dan tidak membolehkan undang-undang mencabar ketua menteri dalam hal ini.
Ini bertujuan untuk memastikan sesiapa yang mempunyai kepentingan dalam pembalakan akan sentiasa taat kepada ketua menteri.
Laporan tersebut juga menyebut, secara umumnya, hubungan saling bantu membantu antara golongan elit politik dan syarikat-syarikat balak telah berkesudahan dengan amalan pecah amanah, rasuah dan keuntungan atas angin.
Di mana rekod kewangan syarikat-syarikat pembalakan antarabangsa termasuk Malaysia sukar untuk dikesan. Berdasarkan buku yang ditulis oleh Michael Lewin Ross, penguasaan politik Taib Mahmud dari 1986 hingga 1991 telah membolehkan beliau melipatgandakan kegiatan pembalakan di Sarawak.
Taib dikatakan menggunakan konsesi balak untuk memperkaya diri dan kelurganya.Dalam tahun 2007, Japan Times melaporkan, sembilan buah syarikat perkapalan Jepun yang membawa balak dari Sarawak telah didakwa gagal untuk melapurkan pendapatan yang sebanyak 1.1 billion yen sepanjang tempoh masa tujuh tahun.
Laporan itu mendakwa, wang tersebut telah dibayar sebagai imbuhan kepada pegawai-pegawai Sarawak melalui sebuah agen di Hong Kong yang ada hubungan dengan keluarga Taib.
Begitupun Taib telah menafikan tuduhan tersebut dengan membentangkan 10 muka surat penjelasan dalam dewan negeri. Ketua Menteri itu menyatakan tidak tahu menahu dengan rasuah yang diberi kepada pegawai-pegawai Sarawak dan penyelewengan pendapatan dari pengeluaran balak.
Dalam tahun 2008, Surat khabar Indonesia, Tribun Pontianak mendedahkan lebih kurang 30 kapal membawa masuk balak haram dari Indonesia ke Sarawak dan kemudian diekspot ke negara-negara lain setiap bulan.
Taib Mahmud dan syarikat Hardwood Sdn Bhd, milik penuh unit agensi negeri Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), telah terlibat dengan kerja penipuan balak ini.
Dalam tahun 2009, laporan tahunan Ketua Audit Negara Malaysia untuk 2008 melapurkan tahap pengurusan hutan Sarawak oleh kerajaan negeri sebagai tidak memuaskan.
Namun Menteri Kedua Perancangan dan Pengurusan Sumber, Dato' Amar Awang Tengah Ali Hassan telah mempersoalkan kesahihan laporan itu dan mendakwa jabatan Ketua Audit Negara tersebut tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan hutan.
Kerajaan Taib Mahmud melahirkan sistem nepotisme dan kronisme yang sangat melam;pau.Anak lelaki Taib, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMSB) pada 23 Januari 1995.
Sekarang Mahmud Bekir memegang jawatan Timbalan Pengerusi Kumpulan CMSB. Adik beradik kepada Abu Bekir Taib, Dato' Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Jamilah Hamidah Taib, Hanifah Hajar Taib dan arwah ibu beliau, Laila Taib adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut.
CMSB syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib, telah dianugerahkan berbagai-bagai kontrak kerajaan, termasuklah penyelengaraan jalanraya Sarawak selama 15 tahun, pembinaan jalanraya, membekal bahan atap untuk unit rumah kos rendah, membina hospital, dan menaik taraf lapangan terbang.
Syarikat ini juga dikatakan hampir memonopoli pembekalan simen dalam negeri Sarawak dan dalam tahun 2001, kerajaan Persekutuan Malaysia membenarkan unit pebankan kumpulan CMS, Bank Utama untuk menguasai bank RHB untuk menjadi salah satu dari 10 bank induk Malaysia.
Sementara dalam tahun 2009, syarikat PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, yang 51 peratus dimiliki oleh CMSB telah menyiapkan pembinaan Bangunan Baru Dewan Perundangan Negeri Sarawak.
CMSB juga didakwa bekerjasama dengan pengeluar utama aluminium, Rio Tinto Alcan (RTA) untuk membangunkan kilang aluminium di Similajau sebagai sebahagian dari pembangunan wilayah SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy).
Seorang doktor falsafah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Neilson Mersat, dalam theasisnya mendakwa harta kekayaan keluraga Taib kebanyakannya hasil dari kontrak kerajaan negeri tanpa melalui tender, dan keuntungannya telah dihantar dan disorok ke luar negara.
Seorang lagi pensyarah dari universiti yang sama menulis dalam tesisnya mendakwa, pengambil alihan Bank Utama oleh CMSB dan syarikat-syarikat lain, adalah satu contoh di mana perniagaan yang menghasilkan untung besar hanya dikuasai antara individu-individu yang yang mempunyai hubungan rapat.
Penswastaan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri telah mengurangkan punca pendapatan kerajaan negeri, kesannya telah menambah beban yang ditanggung oleh pembayar cukai.
Sementara dalam tahun 2000, kabinet Taib Mahmud telah meluluskan kontrak bernilai RM 551.02 juta untuk dianugerahkan terus kepada Titanium Management Sdn. Bhd.
Anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut dan kontrak membolehkan Titanium membaiki dan menggantikan 384 buah jambatan lama dalam negeri Sarawak selama tujuh tahun.
Laporan Ketua Audit Negara Malaysia tahun 2006 menyatakan, perjanjian dalam kontrak tersebut memberi kelebihan atau menyebelahi kepada pihak kontrakor.
Kos kontrak tersebut telah bertambah 72 peratus dari kos asal. Kajian yang dibuat terhadap 12 jambatan telah didapati rekabentuk jambatan tidak mengikut keperluan sebenar dan dibina secara tidak ekonomik.
Sementara itu, dalam satu pendedahan yang terkini oleh Sarawak Reports, Taib dituduh mempunyai empayar hartanah, Sakto Corporation di Kanada yang bernilai beberapa ratus juta ringgit atas nama menantunya, Sean Murray. Syarikat ini diasaskan oleh abangnya Onn Mahmud, anak perempuannya Jamilah, dan Sean Murray. Sean Murray dan anak perempuan Taib telah berjaya mendapat kepercayaan dari jabatan-jabatan kerajaan Kanada untuk berpindah ke ruang pejabat mereka selepas melalui proses persaingan terbuka.
Taklimat ORC menyatakan, kemudahan yang dimiliki oleh Sakto Corporation adalah "dibina mengikut piawaian tenaga dan alam sekitar yang tinggi" dan "bangunan dalam beberapa segi adalah hijau".
Sarawak Reports juga mendakwa Sakti International Corporation di United States adalah juga diurus oleh pasangan yang sama.
Mereka memiliki bangunan Abraham Lincoln yang menempatkan kemudahan Federal Bureau of InvestigationFBI Keluarga Taib juga didakwa memiliki beberapa harta di London.
Taib Mahmud dan keluarganya tidak pernah menunjukkan sebarang maklum balas terhadap tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Laporan Sarawak itu.
Sebaliknya kini menelanjangkan terus hasil bumi Sarawak dan tanah=tanah adat rakyat negeri ini untuk mengisi ,lagi kantung dan perut beliau dan anak-anaknya, sedang rakyat merintih sengsara