Saturday, January 15

PERAMPAS HARTA RAKYAT KAT KELANTAN IALAH TENGKU ANIS,,
SEKARANG DAH HILANG KUASA DAH,,KERANA TENGKU FARIS DAH NAIK TAKTHA






Kejadian Bidadari Di Syurga

oleh Koleksi Tazkhirah Di FB pada pada 14hb Januari 2011 pukul 7.56 pagi
Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah SWT telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu putih, kuning, hijau dan merah. Allah juga menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar.





Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami- suami mereka”.


Bermula dari jari-jari kakinya hinggake lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran.


Dari payu dara hingga ke lehernya adalah dari anbar. Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur.
Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan misiklah dunia ini.
Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama- nama Allah. Pada sebelah tangan mereka tedapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.

Demikian juga pada kedua-dua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan. Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah besabda, ”

Otak 20 tahun dalam kubur masih elok

oleh Nur Iman pada pada 13hb Januari 2011 pukul 6.29 ptg
SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.

Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia.

Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah.

Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.

Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.

“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.

“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.

“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.

“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya.

Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya.

Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur.

“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.

“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda,” katanya.

Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna.

“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini.

“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hamban:ya yang melakukan kebaikan,” katanya.

Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran. -SH

Ulasan GB

Benar, ia kebesaran Ilahi. Apatah lagi apabila "otak" semasa di atas dunia ini digunakan untuk merenung tanda-tanda kebesaran Ilahi serta yang memahamkan sifat-sifat Allah, Rabbul Jalil. Tentulah Allah menyayangi "otak" sedemikian, bukan otak yang hanyir yang hanya memikirkan bab-bab duniawi dan "ghairulllah" (yang lain daripada Allah).

sumber:http://greenboc.blogspot.com/2011/01/penggali-kubur-jumpa-otak-20-tahun.html


UMNO/BN HINA DAN PECAT ULAMA'Sudah diketahui umum oleh sekalian rakyat jelata pendirian sebenar pemimpin UMNOterhadap para ulama' samada zaman silam mahu pun ulama' kini...1. "Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).2. Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).3. "Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).4. "Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).5. "Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik. Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).6. "Di Perlis, saya pecat tiga imam kerana baca khutbah hentam saya".(Shahidan Kassim, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).7. "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).8. "Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).9. "Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia boleh jampi on mass production punya system, letak air dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa, saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).Allah kata (berfirman):1. "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)Nabi kata (bersabda):1. "Ulama' itu waris sekalian para Nabi"2. "Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi"3. "Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas), maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, ramai para ulama' yang mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini, antaranya ialah:-1. Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)2. Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau Pinang)3. Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)4. Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa Perlis / bekas pensyarah UKM)5. Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam)6. Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)7. Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)8. Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)9. Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)10. Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang masyhur dari Kelantan)11. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)12. Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama', pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bahkan para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM bagi umat Islam berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan Mahathir dan UMNO/BN, dan menumbangkan kerajaan yang zalim ini merupakan suatu yang WAJIB.Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol dengan puak-puak yang menolak hadith, hina ulama dan menerima pendapat mereka yang menyesatkan masyarakat, atau pun memilih untuk bersama para alim ulama' besar tempatan dan luar negara dan menerima pendapat mereka demi kebahagiaan dunia dan akhirat?

Indonews: Tanda-tanda Manusia Menjelang Ajal !

Indonews: Tanda-tanda Ma
Tanda 100 hari sebelum meninggal
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja mereka sadar atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.
Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum meninggal
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari sebelum meninggal
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.
Tanda 3 hari sebelum meninggal
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan- lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari sebelum meninggal
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun- ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akan meninggal
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.nusia Menjelang Ajal !
info,,otai manjung
‎13.01.2011. Sg Tiram, Batu 10 Lekir.Santai Minum Petang Penduduk Bersama ADUN Pasir Panjang, DS NIZAR. Sekali lagi DS Nizar dan Team Pusat Khidmat Pasir Panjang berjaya mengadakan majlis santai di kubu kuat Umno yang mana hampir 80% kehadiran adalah dari golongan mereka, ini termasuklah 5 Puteri Umno berpakaian serba hitam duduk bers...ama Muslimat memperdengarkan ceramah ringkas DS Nizar. Walaupun tidak tahu motifnya, namun DS Nizar juga menyapa dan bertanya khabar kepada mereka.Dalam sessi ini, penduduk juga terbuka memberi sebarang pertanyaan atau aduan komplen dan dijawab serta penerangan dari DS Nizar sendiri. Dari kehadiran ternyata mereka gembira dapat bertemu dan meluahkan, mendengar dari mulut adun sendiri dan kini mereka mula berani mendekati orang yang Umno selalu melemparkan fitnah dan buruk sangka terhadap Adun mereka sendiri, ternyata mereka ingin tahu hal-hal yang sebenarnya berlaku. Moga puteri Umno yang hadir dan sahabat2 yg hadir dapat memberikan gambaran sebenarnya, mudah-mudahan.Nota: Perhatikan gambar dengan teliti sebab ada yang duk celah2 pokok, kereta, dsbgnya. Video akan susuli, ternyat ada yg 'takut-takut' bahkan ada yg bersuara,"dato sri, kita ni takde permit, silap gaye diangkutnya kita". huhuhu.Lihat seterusnya..

DS NIZAR DI LUBUK 'HARDCORE' UMNO LEKIR

Friday, January 14, 2011

Pakatan Rakyat patut rampas balik kuasa BERSIH

[Bersih 1.0]
Harakahdaily melaporkan:
Menurut Anwar, mesyuarat juga meminta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dengan pengarah pilihan raya ketiga-tiga parti untuk mengatur pertemuan dengan Bersih bagi membincangkan isu-isu percanggahan peraturan pilihan raya.

"Kita juga minta YB Azmin Ali untuk menyegerakan mesyuarat bersama pengarah-pengarah pilihan raya untuk mengadakan pertemuan khas dengan Bersih supaya isu-isu yang menyentuh pilihan raya diteliti dengan bukti-bukti percanggahan peraturan dan semangat pilihan raya bebas," katanya. - Hrkh
Aku harap sangat dalam mesyuarat pengarah pilihan raya ketiga-tiga parti tu depa buat keputusan untuk mendesak BERSIH masukkkan balik pendekatan berdemonstrasi. Kalau dalam pertenuan dengan BERSIH tu nanti, depa masih berkeras nak gunakan pendekatan "pendidikan awam" aku harap Pakatan Rakyat rampas balik kuasa BERSIH dari tangan Ambiga.

Kalau harap bersih dengan pendekatan yang Ambiga nak bawa, takkan sampai kemana. Jenis bangsa anjing macam SPR "sianjing Umno" tu, takkan faham bahasa lembut. KAlau guna pendekatan keras pun aku tak berapa yakin boleh jalan.

Tapinya, kalau gunakan pendekatan berdemonstrasi, paling kurang pun akan dapat menarik perhatian rakyat dan akan dapat meningkatkan mood rakyat untuk lawan Umno BN pada PRU13 nanti.

Berita harakah tu jugak melaporkan yang mesyuarat Pakatan Rakyat bersetuju memilih Cikgu PA, Setiausaha Agung PAS untuk buat pertemuan dan berunding dengan SPR, satu penghormatan kepada PAS sebagai abang sulung dalam politik.
Pertemuan itu dicadangkan pada 19 Januari ini, tiga hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Tenang.

"Datuk Mustafa Ali mewakili ketiga-tiga parti telah menghubungi SPR untuk mengadakan pertemuan dengan kadar segera dalam isu menyentuh pilihan raya Tenang dan juga prosedur dan keprihatinan kita dalam isu SPR," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen. - Hrkh

Politik Pembangunan ialah Politik Jahiliyyah (2)

Politik Pembangunan ialah Politik Jahiliyyah (2)
Politik Pembangunan ialah Politik Jahiliyyah
oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pada 11hb Januari 2011 pukul 1.15 ptg
Tertarik saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian, 10 Januari 2010 di muka surat N2. Beliau dilaporkan menyuarakan keyakinan Barisan Nasional untuk menawan Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang. Saya menghormati keyakinan beliau walaupun di dalam pilihanraya yang lepas Barisan Nasional juga turut yakin menawan Kelantan sehingga sanggup menabalkan ‘bakal Menteri Besar’ di merata tempat. Alhamdulillah, keyakinan mereka tidak dimakbulkan Allah SWT dan ‘bakal Menteri Besar’ yang ditabalkan itu tidak berjaya mencapai hasrat tersebut. Di dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang, tidaklah pula saya dapat meneka siapakah pula yang akan dinobatkan sebagai ‘bakal Menteri Besar’.

Apapun, saya tertarik apabila beliau menyatakan faktor yang akan membantu kejayaan BN nanti ialah kegagalan PAS untuk mengatasi masalah rakyat terutama isu air, banjir dan juga kemudahan asas. Tabiat pimpinan UMNO dan Barisan Nasional rupaya masih belum berubah. Betullah kata pepatah Melayu, rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati. Sejak dari dulu lagi inilah tohmahan yang sering dilemparkan kepada kerajaan Kelantan. Bukan hari ini bahkan semenjak hari pertama saya mengangkat sumpah selaku Menteri Besar dua dekad yang lalu, sudah ada yang meramalkan kerajaan Kelantan hanya akan kekal selama tiga bulan!

Sukalah saya tegaskan, UMNO/BN tidak perlu menawan Kelantan jika benar ingin membawa pembangunan. Kita membuka pintu 25 jam sehari untuk kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN untuk melaksanakan pembangunan di Kelantan. Hari ini, jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu sedang dilebarkan dan prosesnya sedang rancak berjalan. Ini projek kerajaan Pusat dan proses tender pn diuruskan oleh kerajaan Pusat. Sekalipun khabar angin kuat bertiup menyatakan kontraktor asalnya telah lari, Alhamdulillah jambatan tersebut tidak dibawa lari. Hari ini saksikanlah projeknya sedang berjalan lancar tanpa sedikitpun gangguan dari kerajaan negeri.

Kami membuka tangan seluas-luasnya, bawalah pembangunan yang dijanjikan itu ke negeri Kelantan. Saya lihat apa yang menjadi masalahnya ialah sikap tidak serius sebahagian dari pimpinan UMNO/Barisan Nasional atau mungkin juga ada sabotaj dari pimpinan UMNO/BN dari negeri Kelantan sendiri. Contohnya, projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, sudah banyak kali taklimat disampaikan, tetapi hanya tinggal setakat taklimat. Atau mungkinkah juga masih ada pemimpin UMNO Kelantan yang tergamak menyekat pembangunan dari sampai ke Kelantan? Datuk Seri Mustapha Mohamed tentu faham maksud kenyataan saya ini.

Sukalah saya ingatkan bahawa politik menjanjikan pembangunan semata-mata ini ialah warisan politik jahiliyyah. Islam tidak pernah menolak pembangunan, buktinya kami di Kelantan alhamdulillah terus membangun. Sedikit demi sedikit kami langsaikan hutang yang ditinggalkan oleh UMNO yang ‘terlalu pandai’ membangunkan negeri. Adapun UMNO yang terus cuba mengaburi pandangan rakyat Kelantan dengan janji pembangunan perlu ingat bahawa inilah politik yang dibawa oleh kaum musyrikin Quraisy sewaktu menentang Nabi Muhammad SAW. Saya mengajak pimpinan UMNO Kelantan khususnya, marilah kita membaca ayat ini :

( وقالوا لن نؤمن لك حتى تفجر لنا من الأرض ينبوعا ( 90 ) أو تكون لك جنة من نخيل وعنب فتفجر الأنهار خلالها تفجيرا ( 91 ) أو تسقط السماء كما زعمت علينا كسفا أو تأتي بالله والملائكة قبيلا ( 92 ) أو يكون لك بيت من زخرف أو ترقى في السماء ولن نؤمن لرقيك حتى تنزل علينا كتابا نقرؤه قل سبحان ربي هل كنت إلا بشرا رسولا ( 93 )
90. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,
91. Atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya,
92. Atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.
93. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah Kitab yang kami baca". Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah Aku Ini Hanya seorang manusia yang menjadi rasul?" (Surah al-Israk, ayat 90-93)

Ayat ini saya yakin turut dibaca oleh pimpinan UMNO/BN. Bahkan tidak mustahil ayat ini turut dipertandingkan di dalam musabaqah tilawah al-Quran. Ia menceritakan dialog yang diucapkan oleh kaum musyrikin Quraisy sewaktu menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Mereka mencabar Nabi Muhammad SAW supaya mendatangkan mata air dari bumi atau kebun kurma dan anggur yang mengalir sungai-sungai dicelahnya atau kepingan emas dari langit atau rumah yang dibuat daripada emas. Inilah politik jahiliyyah, Politik mereka ialah politik pembangunan material semata-mata.

Ukuran mereka untuk menerima atau menolak dakwah ialah pembangunan yang dapat dilihat dengan mata kasar mereka. Saya bimbang, politik sama cuba dibawa oleh UMNO/Barisan Nasional ketika menentang perjuangan PAS. Jika hari ini UMNO/Barisan Nasional hanya berbekal dengan janji pembangunan, apakah bezanya dengan corak pemikiran kaum musyrikin Quraisy?

Perlu ditegaskan, Islam tidak pernah menolak pembangunan. Kelantan Alhamdulillah terus membangun. Tetapi Islam mengajar bahawa pemikiran seorang muslim haruslah digerakkan untuk mengingati akhirat. Manusia pastinya akan berdiri di hadapan Allah SWT pada saat yang tidak lagi berguna padanya bangunan yang tinggi, lebuhraya yang lebar dan juga darah Melayu yang mengalir di tubuhnya. Jika perjuangan Rasulullah SAW hanyalah untuk membawa kekayaan semata-mata, apa gunanya baginda dibangkitkan dari keluarga yang miskin sehingga ditohmah seperti yang disebut oleh Allah SWT :

وقالوا لولا نزل هذا القرآن على رجل من القريتين عظيم
Yang bermaksud : Dan mereka berkata: "Mengapa Al Quran Ini tidak diturunkan kepada seorang besar dari salah satu dua negeri (Mekah dan Thaif) ini?" – Surah al-Zukhruf, ayat 31.

Para ulama menyatakan bahawa orang besar dari dua negeri itu ialah al-Walid bin al-Mughirah dan Urwah bin Mas’ud al-Thaqafi. Mereka berdua orang yang kaya dan berpengaruh dan tentutnya lebih layak untuk menjadi nabi pada pandangan cetek jahiliyyah. Tetapi nyata sekali, Islam tidak melihat kelebihan pada harta yang banyak lalu diutuskan Rasulullah SAW dari keluarga yang miskin. Ini tidak bermakna seorang muslim perlu hanya duduk di masjid semata-mata, tetapi dia perlu terjun ke tengah masyarakat melakukan amar makruf nahi munkar dan melaksanakan seluruh tuntutan Allah SWT.

Jika boleh, saya ingin sangat UMNO menjawab soalan yang telah lama saya lontarkan ; apakah sebab UMNO ingin merampas Kelantan? Hanya ada dua kemungkinan saja jawapannya, pertamanya kerana dasar yang kami perkenalkan di Kelantan ini tidak baik. Jika demikian ertinya UMNO akan merubah dasar ini. Wang kerajaan akan dicampurkan semula ke dalam perbankan ribawi. Persembahan hiburan yang melanggar syariat akan dibenarkan semula. Premis-premis judi akan tumbuh semula sebagaimana apa yang dilakukan oleh UMNO di negeri-negeri yang lain di bawah pemerintahan mereka. Adakah itu yang UMNO akan lakukan? Jika demikian, nyata sekali lagi bahawa perjuangan UMNO wajib ditolak oleh rakyat.

Jawapan kedua, apa yang telah kami lakukan di Kelantan ini betul dan baik untuk rakyat demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Jika begitu, tidak ada keperluan untuk UMNO merubah sesuatu yang telah sedia baik. Atau barangkali UMNO berhajat untuk melaksanakan projek pembangunan sebanyak-banyaknya di Kelantan, itupun tidak pernah kami halang. Cuma saya sekadar ingin bertanya tentang perkara-perkara berikut :

Apa jadi dengan projek sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas yang dijanjikan ketika pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada tahun 2005 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pada waktu itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri? Janji ini masing diingati oleh pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Pasir.
Apa jadi dengan janji projek jambatan yang menuju ke Manek Urai Lama yang dijanjikan pada tahun 2009 sewaktu pilihanraya kecil Manek Urai. Khabarnya papan tandanya hanya didirikan sewatku pilihanraya kecil Galas yang lepas. Jangan pula papan tandanya rebah ke bumi sebelum sebutir batupun tiba!
Dan apa pula perkembangan projek perumahan rakyat bernilai RM300 juta ditabur di Galas, Gua Musang baru-baru ini yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri? Jika BN tewas di Manek Urai menjadi alasan janji tidak dilaksanakan,apa pula alasan BN di Galas?

Tiga soalan ini sudah cukup untuk pimpinan UMNO/Barisan Nasional khususnya di Kelantan mentelaah jawapannya sebelum saya bertanya-tanya soalan-soalan yang lain. Apapun, saya yakin inilah janji yang akan terus ditabur oleh UMNO di dalam menarik sokongan rakyat. Apa lagi yang ada pada UMNO jika tidak janji seperti ini? Mereka akan terus berjanji, manakala rakyat pula terus dibebani dengan kenaikan harga barang ekoran ketiadaan amanah di dalam mengurus harta rakyat.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih atas ucapan tahniah dari pelbagai pihak sempena ulang tahun kelahiran ke-80 saya pada 10 Januari 2011. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada saya untuk terus berjuang ke arah memastikan Islam diterima oleh semua pihak di Malaysia Insya-Allah. Saya sering mengingatkan diri saya dengan sabda Rasulullah SAW :
خير الناس من طال عمره وحسن عمله وشر الناس من طال عمره وسيء عمله

Yang bermaksud : “Sebaik-baik manusia ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya, manakala seburuk-buruk manusia ialah yang panjang umurnya dan buruk pula amalannya..”

Sekian.

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar,
Kelantan Darul Naim.

Bertarikh : 6 Safar 1432 H bersamaan 11 Januari 2011M