Sunday, January 23

23 Januari 2011

Apabila Allah Tidak Mengampunkan Dosa Syirik, Patutkah Kita Manusia Memaafkan Kesalahan Orang Yang Mengamalkan Syirik?

Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالً بَعِيدًا

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” An-Nisa’:116



Hadith Nabi S.A.W:


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً [رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]

Dari Anas ra, Allah Ta'ala telah berfirman : "Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula". Hadits Hasan Shahih. (HR. at-Tirmidzi).


Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW


Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah. Kita hanya dapat menemuinya melalui do’a-do’a yang kita lantunkan, memohon syafa’at Nabi untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengubati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Nabi Tercinta, Kekasih Allah, peribadi mulia yang menjadi rahmat sekalian alam??

Ratusan orang menitiskan air matanya setelah menatap langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekat denganmu ya Rasulullah … Andai aku dapat melihat wajahmu, lemah segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad ….

(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Agung, kekasih Allah …)


Allahumma solli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassallam …


the-blessed-shirt-of-prophet-muhammad-saw

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW
(Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek.
Ya Allah … betapa sederhananya baju sang pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)


the-blessed-shirt1-of-prophet-muhammad-saw

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW
(Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek)


jubah-rasulullah1

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW


blessed-seal-of-rasool-allah-saw1

The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)


copy-of-the-blessed-bowl-of-prophet-muhammad-saw

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

picture1.jpg

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW



the-blessed-foot-print-of-rasool-allah-saw

jejak-kaki-nabi

Jejak Kaki Rasulullah SAW



blessed-hair-of-rasool-allahsaw


rambut-nabi

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW



gigi-dan-rambut1

Peninggalan gigi dan rambut Nabi. Itu giginya jelas ya?

a




Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW





picture4.jpg

pedang2-nabi-dengan-nama-namanya1

pedang2-nabi-dengan-nama-namanya2

pedang2-nabi-dengan-nama-namanya

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang.





Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelasa


busur-panah-nabi

aBusur Panah Nabi SAW





Bendera Rasululullah SAW



a

Ini lebih jelasnya.




Salah satu sorban/tutup kepala Rasulullah SAW




Topi Besi Rasulullah SAW




Baju dan barang-barang Rasulullah SAW


blessed-sandals2-of-rasool-allah-saw

blessed-sandal-of-rasool-allah-saw



Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …


letter-to-nijashi-king-of-habsha

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah


letter-to-omani-people

Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan


letter-to-qaiser_e_rome

Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7




Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius


prophets-letter-to-muqauqas-egypt

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir




Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW


box-belonging-to-hazrat-fatima-rz

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.



picture6.jpg

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW


the-blessed-dust-from-the-tomb-of-the-prophet

The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)

RM888 Billion Lesap. UMNO BN Menunggu Masa Dihalau Oleh Rakyat


Putrajaya perlu siasat aliran keluar wang haram RM888b, kata DAP

Lim kecewa “lanun darat” dibiarkan bergerak bebas di Malaysia. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 23 Jan — DAP menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tampil memberi penjelasan berhubung skandal aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.

Berdasarkan laporan badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sepanjang tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kecewa kerana “lanun darat” dibenarkan bergerak bebas di negara ini, sekali gus menyebabkan wang sejumlah dibawa keluar secara tidak sah.

“Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab, yang berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.

“Boleh ada banyak sebab, tetapi biarlah Bank Negara yang membuat komen khas tentang itu,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

GFI menyenaraikan China berada di tangga teratas di kalangan 125 negara membangun manakala Filipina pula di tangga ke-12.

Dalam kenyataannya, Lim berkata perkembangan itu memperlihatkan kurangnya penguatkuasaan dan usaha menegakkan lunas perundangan dan mengatasi budaya rasuah, yang sekali gus menghakis keyakinan dalam pasaran modal.

“Yang jelas, bukan sahaja Petronas malah BN juga mesti tampil bersih dalam skandal aliran keluar wang haram dalam jumlah yang besar,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan MP.

Malah laporan itu berkata, diskriminasi dalam pasaran pekerjaan juga faktor menyebabkan migrasi dan aliran keluar wang haram.

“Yang menyedihkan, kehilangan bakat modal insan Malaysia bukan sahaja memalapkan masa depan kita, tetapi juga menjadikan kita miskin,” kata Lim.

Kini terdapat kira-kira 700,000 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di negara lain, dengan separuh daripada mereka di Singapura.

Malah GFI juga berkata, peningkatan tahap ketelusan dalam sistem kewangan global juga penting demi mengurangkan aliran keluar wang haram.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menekankan bahawa pentadbiran kerajaan negerinya yang berlandaskan slogan cekap, akauntabiliti dan telus telah membawa kepada pengiktirafan Ketua Audit Negara menerusi laporan 2009.

Oleh itu kata beliau, keengganan BN untuk menjelaskan skandal aliran keluar wang haram kemungkinan boleh menyebabkan Malaysia muflis menjelang 2019.

Katanya, jika RM888 bilion disalurkan kepada 27 juta penduduk negara ini, bermakna setiap rakyat dapat memperoleh RM33,000 sepanjang sembilan tahun 2000 dan 2008. -TMI

Ulasan GB

RM888 Ribu Juta hilang begitu sahaja tanpa ada sebarang siasatan.
Ketara kerajaan UMNO BN sudah tidak wajar dibiarkan memegang tampuk pemerintahan negara.

Anda mahu menjadi regim Ben Ali di Tunisia? Dihalau oleh rakyat sendiri nanti
Wanita lumpuh selepas kena 'love bite' di leher

AUCKLAND - Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen.

Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian lehernya sekali gus meleraikan misteri serangan strok itu.

Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata: "Disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat.

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat.

Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan. - Agensi
KURANG AJAR: Selepas MCA, giliran Gerakan pula menyerang Islam..parti rasis Umno terus membisu!


Oleh: Pria Malaya

Memang biadap dan kurang ajar!..dah 50 tahun lebih merdeka pun masih jahil tentang nilai dan syariat Islam, masih mahu persoalkan syariat2 Islam..sama juga isu sebelum ini..peguam MCA yg kononnya tak dapat bezakan antara bunyi azan dan ceramah/kuliah agama..baca di SINI..

Terus terang penulis katakan, penulis tak salahkan mereka..tak pelik mereka persoal itu dan ini krn mereka bukan Islam, sudah pastinya jahil tentang Islam..yang patut dipersalahkan adalah parti ketuanan Melayu rasis Umno!..parti perkauman Melayu inilah punca MCA dan Gerakan semakin jahil dan menentang Syariat Islam!


Umno barua MCA/Gerakan!

Penulis setuju dgn pandangan Cikgu Normala Sudirman, Umno GAGAL SEGAGALNYA menjelaskan apa itu Islam kpd sekutu mereka walaupun telah menjalin hubungan lebih 50 tahun..yang mereka tau, Melayu Melayu Melayu sampai agama sendiri dilacurkan..

Lihat shj contoh dlm isu bersalam/berjabat tangan antara wanita dan lelaki bukan mahram di dalam Islam, mana suara pemimpin Umno membela Normala? mana suara pencacai Umno, Zul Kulim mempertahankan Syariat Islam ini? mana PERKASAm dan sekutunya yang lain?..butakah? bisukah? pekakkah?..



Kalaulah DAP yg timbulkan isu ini, xcukup ruang Utusan malaysia dan RTM mainkan isu pengkhianat, biadap, anti Islam, dan lain2..dasar lidah bercabang punya Melayu..pengkhianat agama!!


PRK Tenang pamer wajah sebenar MCA-UMNO terhadap Islam

Itu belum lagi isu 'negara Islam'..kenyataan Muhyiddin Yassin yang bersetuju dengan langkah MCA menjaja isu Islam demi menakutkan masyarakat Cina dengan penubuhan negara Islam (hukum Islam) ternyata telah melampaui batas..



Begitu juga tindakan MB Johor, Ghani Othman yang memperlekeh undang2 islam (mencuri potong tangan) di hadapan kaum Cina di Tenang..sungguh biadap..sila baca pada tajuk, "BIADAP: MB Johor dan Muhyidin persenda hukum Allah, takutkan pengundi Cina dengan negara Islam!"...


Sila sebarkan!

Untuk yang terakhirnya, tahniah Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang segera tampil kehadapan mempertahankan syariat dan hukum Islam dari dilacurkan oleh MCA dan Umno..selagi sesuatu isu itu tidak mendatangkan manfaat kpd perjuangan mereka, jangan harap mereka nk bersuara dan menjuarai isu ini..

Akhir kalam, seperti biasa, isu kebiadapan parti MCA dan GERAKAN ini akan dikemaskini pada link di sebalah, "Koleksi sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!"..mohon kalian baca dan sebarkan..

p/s: Mohon rakan2 yang punyai 'link' dgn Zul Kulim, sampaikan artikel penulis ini kepada beliau..penulis masih menunggu respon beliau di facebook, masih tidak berani approve..dasar pengecut..


BERITA 1

Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala

Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.



Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.

"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.

"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."

Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.



"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama.

"Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."

Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.

Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."

Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat". - MK
ANTARA 'TAKDER TELo' DENGAN 'TIADA TARING'
Suhakam akui tiada ‘taring’

KOTA BHARU, 23 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengakui badan itu tidak ada ‘taring’ untuk bertindak terhadap aduan orang ramai, sebaliknya hanya sekadar memberi nasihat.

Pesuruhjayanya, Saani Abdullah berkata, badan itu tidak diberi kuasa untuk mengambil sebarang tindakan di atas aduan pencabulan hak asasi.

“Belum ada gigi taring lagi, sekarang hanya sekadar memberi nasihat sahaja,” katanya menjawab soalan moderator, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pada forum anjuran Bersih di Balai Islam, malam semalam.

Bagaimanapun katanya, Suhakam bersedia membela sesiapa sahaja termasuk ahli akademik yang diundangkan ke forum tersebut sekiranya diambil tindakan pihak majikan.

Ini kerana kata beliau politik adalah hak bagi setiap rakyat yang tidak boleh diganggu gugat sesiapa pun.

Beliau juga meluahkan rasa hairan mengapa Kelantan tidak ada lebuh raya seperti di negeri-negeri lain, sedangkan rakyat negeri ini juga membayar cukai kepada kerajaan.

“Adakah rakyat Kelantan tidak bayar cukai kepada kerajaan, sedangkan di tempat lain ada banyak lebuh raya bagi memberi keselesaan kepada rakyat.

“Di negeri ini sekarang kesesakan lalu lintas agak teruk, namun hairannya masih belum dibina lebuh raya seperti di tempat-tempat lain,” ujarnya ketika menghurai persoalan itu di ruangan tempat penonton di bawah pentas.

Ahli panel forum Bersih 2.0 dibarisi anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, pensyarah undang-undang UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan bekas anggota Exco kerajaan Pulau Pinang, Datuk Dr Toh Kin Woon.

Forum tersebut mengupas tajuk Penjelasan Isu Undang-Undang dan Perlembagaan Negara. Hadir sama Pengerusi Penganjur Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof.

Sebelum ini Suhakam menerima banyak aduan ketidakadilan yang dilakukan pemerintah termasuk tahanan tanpa bicara dan tindakan kasar anggota keselamatan menyuraikan perhimpunan awam.

Dr Abu Hassan ketika celoteh awalnya mengingatkan, banyak negara termasuk Belarus dan terbaru Tunisia tumbang kerana sistem yang diamalkan pemerintah.

Pada ucapan alu-aluannya Dr Abdul Halim berkata, sejak tumbang rejim Suharto di Indonesia, negara terbabit kini semakin bebas dan terbuka untuk membolehkan rakyat bersuara.

Katanya juga perjuangan Bersih menuntut pilihan raya lebih bebas, telus dan bersih diadakan di negara ini.

”Ini membolehkan rakyat lebih matang dan berani menyuarakan hak mereka,” katanya.

Resolusi yang dibaca pada akhir forum menuntut kerajaan mengadakan daftar pemilih secara automatik, membaiki sistem pilihan raya, undi pos lebih telus, menggunakan dakwah, menggalakkan orang muda mengundi dan ruang demokrasi lebih luas.

Rogol murid: Guru dipenjara 12 tahun, 2 sebatan

KOTA BHARU 23 Jan. - Seorang guru berusia 45 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan merogol anak muridnya lima tahun lalu.

Mohd. Saidi Che Tengah didapati bersalah merogol murid berkenaan yang ketika kejadian berumur 12 tahun dua bulan di rumah keluarganya di Tanah Merah dan di dalam bilik sebuah resort di Bachok.

Mengikut pertuduhan pertama, guru yang berasal dari Kampung Bukit Kuang, Tanah Merah dan mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di daerah itu merogol mangsa di rumah ibunya di Kampung Bukit Merah pada waktu tengah hari, 5 Ogos 2006. - Utusan

Mereka mahu bersama rakyat dalam 'Revolusi'

Sekurang-kurangnya 2,000 pegawai polis bersama-sama ribuan demonstran mengambil bahagian dalam demonstrasi hari Sabtu, menurut agensi berita Associated Press.

Mereka bergabung dengan ahli penjaga kebangsaan, jabatan kebakaran, peguam dan pelajar, telah turun ke jalan-jalan ibukota Tunisia, Tunis, di lain hari rusuhan di negara Afrika Utara. Mereka berhimpun di depan pejabat Mohamed Ghannouchi, perdana menteri sementara, dan pada Habib Bourguiba Avenue, jalan utama Tunis.

Demonstrasi ini adalah yang terbaru dalam bulan kekacauan yang menyaksikan menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali, penguasa lama Tunisia, digulingkan dan terpaksa duduk dalam buangan di Arab Saudi pada tanggal 14 Januari.

Sementara banyak demonstran terus menuntut pembubaran kerajaan sementara, pegawai polis yang telah bergabung dengan protes mencari keadaan kerja yang lebih baik dan peningkatan dalam apa yang mereka sebut tidak adil penggambaran media.

Al-Jazeera melaporkan, ribuan polis terbabit berbaris dengan penunjuk perasaan, mengenakan ban (ikatan) lengan merah dalam perpaduan dengan orang ramai berbaris.

"Mereka (polis) mengatakan mereka ingin bersama-sama orang-orang sekarang, mereka mahu menjadi sebahagian daripada revolusi," katanya.

"Mereka tidak lagi ingin dianiaya - dan mereka memohon maaf dan berkata, 'Mohon tidak menyalahkan kami atas kematian para penunjuk perasaan'."

Di pejabat perdana menteri, Al-Jazeera Hashem Ahelbarra melaporkan, penunjuk perasaan rasa telah menerobos halangan tetapi tidak ada kekerasan berlaku.

Pasukan anti rsuhan memohon kepada orang ramai, dengan berkata: 'Lakukan apa pun yang anda ingin lakukan tetapi jangan merosakkan pejabat perdana menteri

Masoud Romdhani, seorang aktivis kesatuan pekerja yang berada di demonstrasi itu, berkata kepada Al-Jazeera bahawa protes harus terus untuk mengusir seluruhnya parti bekas pemerintah Perlembagaan Demokratik Rally (RCD)

Rakyat Tunisia tidak bersetuju dan marah atas dimasukkannya beberapa ahli terkemuka daripada kabinet Ben Ali dalam kerajaan sementara yang baru.

Romdhani berkata aktivis pekerja merasa bahawa "tidak ada yang dilakukan" sampai RCD akan dihapuskan dari kabinet seluruhnya.

Melawan kritik tersebut, Sami Zaoui, setiausaha Tunisia bagi teknologi-teknologi komunikasi, berkata "masyarakat awam" dan parti pembangkang menganggotai lebih dari dua-pertiga dari kerajaan peralihan.

Dia juga menolak pandangan bahawa Ghannouchi adalah "dalam situasi yang sulit" dan memperkecilkan protes berlangsung sebagai "demonstrasi sangat tempatan".

"Kita tidak boleh mengatakan bahawa seluruh negara saat ini menunjukkan (bantahan)," kata Zaoui.

Sehari sebelumnya, sebagaimana ia kan terus berlangsung, ribuan demonstran turun ke jalan mendesak pembubaran kerajaan interim (sementara). - Al-Jazeera dan AGENSI Berita lainya

Siapa bodoh: Rakyat Johor bayar air 60sen berbanding P.Pinang 22sen

20m3 air pertama di Selangor adalah percuma. Semua orang tahu, termasuk cukong2 Syabas dan juga para pencacai terhormat. Pulau Pinang, 20m3 pertama rakyat cuma perlu bayar 22sen sahaja berbanding Johor negeri yang diperintah oleh BN rakyatnya perlu bayar 60sen. 

Kata Datuk Chua Jui Meng, isu hutang yang ditanggung kerajaan Johor melibatkan Johor Corporation sebanyak RM6 billion sehingga berlakunya defisit, bekalan air yang paling tinggi harganya di Malaysia. Johor cukup kaya dengan bekalan air sehingga mampu menjualkanya kepada Singapura dan Melaka, sebaliknya rakyat sendiri terpaksa membayar pada harga tingggi.

 

Jamil Khair belasah Soi lek, Ghani Othman dan Muhyiddin?

mStar melaporkan:
Semua parti yang terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu menghindarkan daripada "memperdagangkan agama Islam" dengan menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh memecahkan perpaduan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata agama Islam tidak boleh "dijual beli" atau dipergunakan semata-mata untuk meraih sokongan politik dengan mengelirukan masyarakat yang akhirnya berlaku pergaduhan dan perpecahan. - mStar
Menteri yang jaga agama ni nak belasah sapa sebenarnya. Takkan dia nak belasah PAS. Kalau hasrat dia nak belasah PAS aku yakin dia takkan nak berkias-kias. Tentu dia sebut terus terang. Tentu lengkap dengan bukti sekali. Bila dia ulas secara umum macam tu, aku yakin dia sebenarnya nak belasah pemimpin Umno BN.  

Mungkinkah dia belasah Chua Soi Lek? Mungkin jugak, pasai Soi Lek punya kenyataan memang mengelirukan walaupun aku rasa kenyataan tu tak la sampai boleh menyebabkan pergaduhan dan pepecahan.
"She will not come here (a Chinese temple), she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic values, go ahead and vote for PAS," said the former Health minister as quoted by online portal Malaysiakini. - Hrkh
Kenyataan macam ni takkan boleh sebabkan pergaduhan, kecuali la kalau pemimpin DAP yang cakap macam tu, dah tentu-tentu geng songkok hitam 3 inci dalam PERKASA riuh demo sana-sini. Tapi takat demo saja laa, nak bergaduh depa tak berani sebenarnya.

Atau, mungkinkah Jamil Khair nak belasah Ghani Othman. Mungkin jugak, pasai kenyataan Ghani memang mengelirukan tapi aku tak rasa kenyataan macam tu boleh menyebabkan pergaduhan dan perpecahan.
“So what will happen when PAS comes to power? PAS has already come to the Felda areas, saying it wants to establish an Islamic state.

“They say they want laws that will get your hands chopped off for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,” he said. - Mkini
Kalau kenyataan ni Ghani buat di negara lain macam Afghanistan mungkin la kut boleh menyebabkan pergaduhan tapi kalau dibuat di Malaysia takkan jadi apa-apa, pasainya lebih dari tu pun pemimpin Umno dah pernah sebut.

Atau, mungkinkah jugak Jamil Khair nak belasah Muhyiddin Yassin pasai Muhyiddin Yassin sokong kenyataan Ghani Othman. Tapi, kenyataan Muhyiddin yang sokong Ghani tu bunyi lain sikit. Dia bukan sokong Ghani yang dilihat mempersenda-sendakan hukum huddud, tapi dia cuma sokong kenyataan Ghani yang bagitau pasai hasrat PAS nak tegakkan negara Islam yang belum PAS padam.

Aku rasa, sebenarnya Jamil Khair memang berniat nak belasah depa semua tu. Pasainya dia rasa kalau Umno BN mainkan isu agama yang akan kena teruk dia sendiri. Sebagai menteri yang jaga agama, dia tentu akan ditanya pasai isu tu.

Kalau dia jawab macam yang sebenar dalam Islam tentu orang Umno akan marah pasai kehendak Islam yang sebenar bertentangan dengan yang Umno BN amalkan selama ni. Kalau dia jawab sesuai macam yang Umno BN amalkan, nampak sangat dia sendiri yang "memperdagangkan agama Islam."

Jadi sebelum dia kena teruk, eloklah dia nasihatkan pemimpin Umno BN supaya tak cakap pasai isu yang berkait dengan Islam.

Untuk rekod, Najib Razak pun pernah sebut kenyataan yang lebih teruk dari tu pada 20 April 1983. Najib kata, "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan
Benarkah Najib Bapa Anak Haram?
SUDAH saya ramal dan katakan Anwar akhirnya menjawab dan terus mencabar Najib untuk berdebat. Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sindiran dan penghinaan Najib kepada Anwar untuk menolak perdebatan agak keterlaluan. Najib semasa bercakap depan ribuan orang peneroka yang diangkut dengan bas, lori dan van dan dibayar di Tenang memperli Anwar dengan mengatakan ketua pembangkang itu akan demam kalau berdebat dengannya.

Kata Najib sebagai PM dia tahu segala maklumat mengenai Anwar. Katanya Anwar demam kerana dia mengetahui banyak rahsia peribadi Anwar.

Semalam semasa berkempen di Tenang Anwar menajawab sindiran dan penghinaan Najib ke atasnya dengan mengatakan beliau akan mampu berdepan kalau pun dalam keadaan demam. Kata Anwar dia akan telan penadol asalkan dapat berdebat dengan Najib. Anwar tidak mudah untuk merasa gerum dan kecut perut dengan Najib.

Kata Anwar kini dia tidak kisah topik mana yang Najib setuju berdebat dengannya. Kalau dhaif sangat untuk berdebat mengenai ekonomi Anwar setuju untuk berdebat fasal isu peribadi.

Anwar membuat cabaran itu bila Najib menyimpang dari topik asal untuk ikut sama mengheret isu periabdi. "Pilih mana yang Najib hendak, ekonomi atau peribadi," kata Anwar.

Kalau Najib mempunyai maklumat peribadi mengenainya, kata Anwar dia juga ada maklumat peribadi tentang Najib. Dia mahu tanya dan ceritakan siapa yang merampas isteri orang, siapa yang membunuh Altantuya dan siapa yang ambil rasuah RM500 juta untuk pembelian untuk peralatan perang negara.

Mungkin juga Anwar tahu mengenai tragedi seorang pemimpin yang tertangkap bahasa dengan seorang artis di Port Dickson Negeri Sembilan. Kalau tidak silap MB Negeri Sembilan ketika itu ada menelefon Anwar mengenai kejadian itu.

Cabaran dan kesanggupan Anwar itu menyebabkan Najib akan terkucil kali ini. Bagi rakyat tidak kira sama ada isu peribadi relevan atau tidak elok kalau mereka berdua duduk atas pentas dan berdebat dan mendedahkan segala yang ada dalam kain kalau itu yang mereka mahu. Tetapi ingat politik membawa kepada peribadi adalah politik kampungan.

Bila Anwar sebut siapa yang rampas isteri orang, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengtar cerita sebenar macam mana proses pernikahan Najib dengan Rosmah. Apakah ketika itu Rosmah sudah berstatus janda, sudah habis edah atau tidak. Kalaulah ketika itu Rosmah masih isteri orang, berkahwin sebelum bercerai dan belum lepas edah, macam mana status kedudukan anak Najib dengan Rosmah. Bukankah itu bermakna mereka melahirkan anak haram?

Elok Najib kena jawab dan kena jelas apa yang diutarakan oleh Anwar itu. Kalau Najib tidak menjawabnya menyebabkan persoalan itu bermain dalam kepala orang ramai. Sangatlah malang bagi Najib dan juga nasib rakyat negara ini kalau Perana Menterinya bapa haram! Kita dengar apa pula balas Najib selepas ini!

Seekolknya Najib menjawab dan menjelaskan perkara ini semasa proses kempen pilihan raya kecil ini. Kalau perlu Najib kena tunjukkan surat perkahwinan dengan Rosmah. Bila perkara itu sudah disebut maka hendak tak hendak suka atau tidak suka ia perlu dijelaskan.

Sebenarnya bila Najib menyetuh soal peribadi Anwar ia telah melakukan kesilapan. Tindakan itu seperti menjolok sarang tebuan. Mengenang ini saya teringat kepada kata-kata seorang tua di kampun saya, namanya Munah. Katanya kalau tubuh kita penuh dengan kurap kerapu, jangan sesesekali kita nak menjual ubat kurap dan kerapu! Nampaknya itulah terjadi kepada Najib... baik-baik generasi mudah tidak tahu status perkahwinan beliau dengan Rosmah kini ia sudah 'terkobek'. Meow

Bila pilihanraya, keluarlah berita ni ...


100 anggota PKR Tasek Gelugor keluar parti, sertai BN

TASEK GELUGOR, 23 Jan. - Seramai 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tasek Gelugor di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti berkenaan selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.[ lagi ]
---------------------------
Dari aku kecik ... sampai lah bercucu .. Tektik Umngok asyik sama ...
Geli geleman pun ada .. boring apa tah lagi ..
Wakakak !!!