Friday, April 15

Abu Marzouk: Visi Hamas untuk berdamai bertentangan dengan usaha Abbas


 Timbalan ketua biro politik Hamas, Moussa Abu Marzouk mengesahkan bahawa interaksi telah dijalankan dengan ketua Fatah, Mahmoud Abbas untuk mengakhiri perpecahan di Palestin, tetapi beliau berkata, diskriminasi terhadap Hamas di Tebing Barat mestilah dihentikan sebelum perdamaian dapat direalisasikan.
“Sehingga kini tiada persefahaman muktamad dicapai berkaitan tajuk yang dicadangkan ataupun tempat bagi mengadakan mesyuarat,” beliau memberitahu PIC. “Saya percaya, isu ini akan diselesaikan segera,” beliau menambah.
“Abu Mazen (Abbas) telah menghubungi banyak negara termasuk Syria, Turki, Mesir dan lain-lain untuk mempromosikan inisiatifnya yang mencetuskan banyak perbincangan di media,”Abu Marzouk berkata tentang pendirian Hamas terhadap inisiatif Abbas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Zoabu: Rakyat Palestin berhak mempertahankan diri sendiri

 


- Anggota Arab di dalam Parlimen Israel, Hanin Zoabi menyatakan bahawa Hamas dan rakyat Palestin yang lain berhak untuk melepaskan tembakan roket untuk mendapatkan kemerdekaan.
Harian Hebrew Maariv memetik kata-kata beliau bahawa mereka yang hidup dalam pengepungan dan dalam keadaan daif sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pembebasan dan pihak berkuasa Israel haruslah memahami keadaan ini.
Parlimen Israel telah menarik balik pasport diplomatik Zoabi dan hak keistimewaan yang lain selepas mendakwa beliau sebagai ‘membelot Israel’ kerana menyertai rombongan Freedom Flotilla tahun lalu yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Himpunan di pejabat Kesatuan Eropah tuntut ditamatkan kepungan di Gaza

 


 Pasukan tentera kebangsaan berkumpul pejabat Kesatuan Eropah di pinggir Jarrah Syeikh, Baitulmuqaddis Isnin lalu bagi menuntut untuk menamatkan kepungan tentera Israel di Semenanjung Gaza.
Mereka meminta Kesatuan Eropah agar campur tangan serta mengekang pencerobohan liar Israel dan meminta negara-negara anggotanya bertanggung jawab atas jenayah Israel terhadap wanita dan kanak-kanak.
Mereka menyerahkan memorandum kepada pengurus operasi di pejabat Kesatuan Eropah yang bertajuk “Hentikan pencerobohan tidak bertamadun di Gaza”, dan minta agar mendakwa Israel kerana melakukan jenayah perang dan melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Netanyahu: Provokasi pembebasan armada 2

 


 Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggambarkan armada Kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza hanyalah sebagai “provokasi”.
Dia berkata kepada para duta besar Kesatuan Eropah dalam sebuah pertemuan pada hari Isnin bahawa bahawa perjalanan yang dijadualkan pada pertengahan Mei ini boleh mencetuskan ketegangan di seluruh wilayah.
Netanyahu mengatakan bahawa armada itu bukanlah untuk tujuan keamanan tetapi lebih kepada satu provokasi, disamping menyangkal kewujudan pelbagai krisis di Gaza. Ia mendakwa bahawa Palestin di Gaza “tidak kekurangan apa-apa”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Hamdan beri amaran jika Zionis mahu mulakan serangan baru


 Usamah Hamdan, Pengerusi Hubungan Luar bagi Hamas, memberi amaran kepada Zionis sekiranya mereka merancang sebarang serangan baru terhadap Gaza, yang akan menyebabkan, “perkara paling buruk untuk Israel”, sebagai merujuk kepada kebangkitan besar-besaran Arab menentang Zionis.
Hamdan berkata dalam temu ramah yang dikeluarkan oleh Akhbar “Palestin” hari Ahad (10 April) : “kami dalam tempoh peperangan yang panjang dengan ZIonis, di mana ada bahagian naik dan turunnya, namun ini tidak mengubah hakikat yang kami masih terus berperang.”. Beliau menegaskan bahawa barisan pertahanan Palestin mempunyai hak untuk menentang apa sahaja kebangkitan Zionis.
Tambah beliau lagi : “antara salah satu sebab Zionis ingin meningkatkan lagi operasi serangan ke atas Gaza adalah kerana pihak Israel mula merasakan ketegangan dari segi keselamatan yang berlaku di petempatan mereka yang selama ini membolehkan mereka hidup aman selama 6 dekad lalu.”, di samping itu beliau menegaskan bahawa masaalah untuk Zionis ini datang pada waktu yang sama barisan pertahanan semakin kukuh kedudukannya.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nik hazman

49 warga Palestin telah terbunuh di Gaza sejak awal tahun

 


 Tentera rejim Zionis (IOF) telah membunuh 49 orang warga Palestin di Gaza sejak 1 Januari hingga 9 April 2011, termasuklah 7 orang kanak-kanak.
Sementara itu, berpuluh-puluh orang warga Palestin yang lain cedera dalam serangan udara dan peluru oleh rejim Zionis terutamanya pada Khamis lepas yang menyaksikan serangan udara bertubi-tubi ke atas kawasan penempatan awam di Gaza, kata Media Quds.
8 April merekodkan serangan maut paling dahsyat apabila 11 warga Palestin terbunuh dalam serangan udara yang ganas ke atas rumah-rumah mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : koman spana

Dweik menyokong penuh para pembantah di Dataran Manara

 


 - Jurucakap Jawatankuasa Perundangan Palestin (PLC), Dr. Aziz Dweik telah mengumumkan sokongan penuhnya terhadap para
peserta mogok lapar Dataran Manara yang menuntut agar sekatan ke atas penangkapan politik di Tebing Barat dihentikan.
Dweik yang ditemani ahli-ahli PLC Hamed Al-Beitawi dan Mohammed Abu Teir telah melawat para pemprotes pada Isnin serta menyifatkan fenomena penangkapan itu sebagai “jenayah kebangsaan ke atas rakyat Palestin yang menderita akibat penjajahan oleh Zionis.”
Beliau menyeru agar pembebasan terhadap tahanan politik di Tebing Barat dilaksanakan segera serta dalam masa yang sama mengadakan mesyuarat dengan Abbas untuk membincangkan kaedah mengatasi perpecahan politik Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syarul zaime

Mogok lapar di Ramallah benci Abbas mungkir janji

 


 Sekumpulan pemuda telah berhimpun di Manara Square, pusat bandar Ramallah bagi menyatakan kebencian setelah Presiden de facto Palestin, Mahmoud Abbas mengingkari perjanjian untuk membebaskan tahanan politik yang dimiliki oleh pasukan keselamatan Palestin.
Para penunjuk perasaan berkata mereka akan meneruskan aksi mogok lapar mereka sehingga tuntutan mereka dipenuhi atau mereka akan menemui ajal. Tuntutan utama mereka adalah Abbas perlu memberi jaminan kebebasan tahanan seperti perintah orang bebas oleh Mahkamah Agung Palestin dan pada masa yang sama menghentikan kempen hasutan media .
Salah seorang penunjuk perasaan berkata Abbas berjanji semasa pertemuan dengan pemuda untuk membebaskan para tahanan politik dalam tempoh 48 jam, tetapi lapan hari telah berlalu sejak perjanjian itu dibuat.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syarul zaime

Arabi: Perpaduan Palestin adalah keutamaan

 


 Menteri Luar Negara Mesir, Dr. Nabil Al-Arabi berkata bahawa menyelesaikan isu jurang dalaman Palestin adalah menjadi keutamaan bagi Negaranya kini.
Arabi yang sebelum itu bermesyuarat dengan delegasi dari Pusat Penyelesaian Perbalahan pada Isnin lalu, berkata bahawa Mesir bersungguh-sungguh untuk menghubungi semua pihak bagi mengakhiri perbalahan tersebut.
Minha Bakhum, jurucakap bagi Kementerian Luar Negara Mesir berkata bahawa delegasi tersebut mengucapkan terima kasih kepada Kaherah atas bantuan pihaknya dalam lawatan mereka ke Gaza baru-baru ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syarul zaime

Israel Melancarkan Serangan Percubaan di Gaza

 


Pesawat tempur dan pengebom Israel menjalankan siri latihan serangan di Gaza pada Isnin, mengikut Pusat Info Palestin.
Wartawan PIC berkata bahawa latihan serangan ini dilancarkan ketika keadaan di Gaza berjaga-jaga dan menyebabkan kanak-kanak dan wanit amenjadi panik. Dia mengesahkan bahawa serangan udara dilancarkan di bandar Gaza dan di utara dalam usaha untuk melakukan keganasan ke atas penduduk awam dan menghalang pejuang penentang dari bertindak balas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz