Wednesday, April 6

Video tak layak dijadi bukti kerana boleh diubah suai- bekas mufti

 

SHAH ALAM: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya menyatakan rakaman video seks, tidak boleh dijadikan bukti atau saksi dalam dakwaan zina, apalagi sekiranya video tersebut tidak diketahui kesahihannya.
“Tak boleh diterima. Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini,” tegas beliau kepada Keadilandaily ketika ditemui kediamannya di sini semalam.
“Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga. Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu.

Tayangan Video Lucah Di KEMAS, BTN Tindakan Jijik Umno-BN

 



KUALA LUMPUR  Tindakan pihak tertentu menayangkan video lucah yang dihebahkan oleh tiga individu dikenali sebagai 'Datuk T' di pejabat Kemas, Penanti dan semasa kursus Biro Tata Negara di Pangkor baru-baru ini amat jijik dan tidak boleh diterima sama sekali.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang ditemui di luar Dewan Rakyat berkata kerajaan sepatutnya sudah lama mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' atas kesalahan memiliki video lucah seperti yang diperuntukkan dalam Akta Penapisan Filem 2002.
"Tindakan menayangkan video lucah adalah tindakan paling tidak bertanggungjawab kerana video seks yang dihasilkan oleh 'Datuk Trio' itu jelas berlawanan serta bertentangan dengan peruntukkan daripada Akta Penapisan Filem 2002, kalau kita merujuk kepada Seksyen 5(1), diingatkan 'tiada seorangpun boleh ada atau menyebabkan dirinya ada dalam jagaan atau kawalan atau pemunyaan, dan itu sudah jelas merupakan satu kesalahan," tegas beliau.

Video Fitnah : AMK Desak SKMM Jelas Bagaimana Video Tersebar

 



CYBERJAYA : Angkatan Muda keadilan (AMK) hari ni membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya berhubung klip video seks yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen mendesak SKMM mengambil tindakan segara keatas mereka yang terlibat menyebarkan video tersebut serta dikeluarkan daripada internet.
"AMK mendesak tindakan diambil segara agar penarikan semula video ini dari semua laman maya serta menyiasat niat mereka yang jelas membuat fitnah mengaibkan ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia juga cubaan merosakkan kreadibiliti dan maruah beliau" katanya.

Said Zahari : Utusan Aibkan Anwar Untuk Politik Umno

 


SHAH ALAM : Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari membidas laporan media arus perdana yang ghairah menyiarkan gambar dan menayangkan klip video seks semata-mata untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Beliau menyifatkan tindakan Utusan Malaysia dan TV3 serta media lain sebagai tidak beretika dan melanggar prinsip asas kewartawanan semata-mata untuk memenuhi agenda politik majikan mereka. 
"Cerita- cerita seperti itu, video dan gambar- gambar seperti itu langsung tidak usah dipakai. Sepatutnya pengarang tidak perlu menggunakannya,  tak perlu siarkan kerana apa faedahnya kepada  pembaca, apa yang dipelajari mereka,” kata beliau kepada TVSelangor/  

Muka macam Anwar, badan macam Najib? DAH MEMANG BADAN NAJIB PUN

 

Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan ke dalam laman video Youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut di sebuah hotel eksklusif.
Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas ke alam maya?
Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan di merata ceruk negara dan kini menyusup masuk ke setiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.
Biarpun video yang dimuatnaikkan ke dalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.

Media Arus Perdana Hilang Pedoman, Kata PR ..BAGI AKU MEDIA ARUS PERDANA NI BUKAN TAKAT HILANG PEDOMAN,,TAPI DAH GILA BABI

 


: Media arus perdana milik UMNO mengamalkan kewartawanan yang jijik dengan sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama Islam demi menfitnah Anwar Ibrahim untuk memenuhi agenda politik Umno.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menyelar tindakan Utusan Malaysia dan Kosmo kawalan Umno yang menyiarkan gambar-gambar video lucah demi menfitnahkan Anwar.
Tindakan media berkenaan turut mencemarkamn nama baik bangsa Melayu dan Negara Islam di peringkat antarabangsa, kata Ahli Parlimen Baling, Taib Azamauddin.   
“Kalau Kosmo surat khabar Melayu, kalau Utusan surat khabar Melayu, apakah hebat surat khabar Melayu untuk tanam saham  jual maruah Melayu dan Islam.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff turut  mengutuk keras  Utusan Malaysia dan Kosmo kerana membelakangkan etika kewatawaan dalam keghairahan mengaibkan Anwar. 
Saya mengutuk  media hari ini terutama media Utusan,  Kosmo yang letak gambar sebelah sebelah, ia ada agenda politik.  Kita hormati kebebasan media tetapi bukan media kotor seperti ini, ” tegas beliau.

Video seks Anwar kantoi kerana janggut (pencerahan)

 

Pada entry pertama tentang video seks yang pernah ReJaM© dedahkan sebelum ini, ReJaM© ada mempersoalkan tentang janggut pelakon lucah mirip Anwar Ibrahim di dalam video aksi seks yang sedang hangat di internet hari ini rujuk sini [mirip anwar] Video tersebut cacat kerana ada dua lelaki mirip Anwar dikesan.

Dalam entry sebelum ini juga ReJaM© ada mempersoalkan bagaimana janggut menjadi titik tolak bahawa video tersebut terbukti sebagai palsu rujuk link ini [Video tipu].

Oleh kerana ramai yang menghantar email meminta ReJam supaya membuat entry yang lebih jelas tentang isu janggut ini. Maka ReJaM buat sekali lagi sebagai pencerahan. Apa kaitan janggut dan penipuan video ini?

Lihat gambar di bawah baik-baik. Gambar ini diambil dari video seks lelaki mirip Anwar yang tersebar di internet sejak kelmarin. Video ini adalah video yang sama ditayangkan di Hotel Carcosa sebelum ini.

Video ini dikatakan dirakam pada 21 Febuari 2011. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada sela masa 00:04, namun pada babak terakhir sela masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut.


Tidak timbul sebarang persoalan yang besar tentang gambar di atas, boleh jadi lelaki mirip Anwar Ibrahim di atas baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada. Maka secara logiknya, pada 21 Febuari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Febuari 2011 dia sudah tiada janggut.

Apa yang menjadi persoalan ialah, Anwar Ibrahim pada 22 Febuari 2011 ada muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan liwatnya. Kalau kita lihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat. Lihat gambar di bawah ini.


Kesimpulan daripada analysis ringkas ini membuktikan bahawa, jika Anwar adalah lelaki di dalam video seks, sepatutnya dia tidak memiliki janggut lagi kerana dia sudah mencukurnya pada malam 21 Febuari 2011.

Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut, anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam.

Mungkin juga anda harus buktikan bahawa pada 22 Febuari 2011, Anwar sebenarnya memakai janggut palsu di mahkamah. Buktikan perkara ini untuk menuduh Anwar Ibrahim di dalam video seks.

Ini zaman teknologi, kalau kita lihat cerita Hitler di bawah ini, kelihatan seolah-olah memang hitler yang berlakon video ini, kerana wajahnya saling tak tumpah seperti Hitler. Namun fakta yang harus anda tahu ialah, Hitler dah lama mati sebelum video ini dilakonkan.



ReJaM© "Ini zaman yang penuh kekeliruan, macam-macam jenis fitnah boleh dibuat dan direka, maka kembalilah kepada cara Islam dan Al-Quran, sediakan 4 saksi yang layak, lebih baik orang yang salah dilepaskan daripada orang yang tak bersalah dihukum..."

Mufti: Akidah lebih penting antara sembilan asas Perak haram poco-poco

 

 
KUALA LUMPUR, Jawatankuasa Fatwa Perak telah mengambil kira sembilan asas, antaranya soal akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan apabila memutuskan tarian poco-poco sebagai haram, kata muftinya Tan Sri Harussani Zakaria hari ini.
Tengah hari tadi, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa beliau agar memberi penjelasan terperinci secara terbuka ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco berkuat kuasa Januari lalu.
Presiden Abim Muhd Razak Idris berkata, walaupun Jawatankuasa Negeri Perak telah membuat keputusan mengharamkan poco-poco, namun ia perlu dijelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Justeru dalam kenyataan sembilan halaman petang ini, Harussani menegaskan, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.

Jam Omega Ada Pada Saya, Kata Azizah

 


KUALA LUMPUR  : Sidang akhbar Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Dr Ismail hari ini digunakan oleh wartawan tertentu untuk sengaja memberi tekanan kepada beliau namun isteri Ketua Pembangkang tenang menangani keadaan itu.
Seorang wartawan sebuah portal berita bertanya sama ada beliau menyimpan jam tangan Omega seperti didakwa Sharzyl Eskay ditinggalkan oleh Anwar namun kini berada dalam simpanan ahli perniagaan itu.

Mufti Perlis: Rakyat wajar tolak budaya politik lucah di Parlimen

 

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyambut baik ketegasan Speaker Dewan Rakyat menolak tayangan video seks tetapi mahu rakyat menentang pihak yang cuba “membawa budaya politik lucah” ke Parlimen.
Kata beliau, politik akhlak dan adab mesti dijadikan sebagai kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua ahli politik di Malaysia.
Sementara Malaysia sedang menuju kematangan dalam demokrasi berparlimen, kata tokoh agama ini, sikap pihak yang tidak bertamadun mesti ditolak.
“Sikap pihak-pihak yang tidak bertamadun, sukakan kontroversi tanpa memikirkan norma akhlak dan adab kemanusiaan mesti ditolak,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru kata Juanda, beliau menyambut baik ketegasan Parlimen menolak idea agar rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil rakyat untuk menentukan ketulenan.
“Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas penolakan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia), Speaker Dewan Rakyat terhadap usaha pihak yang kotor akal dan fikirannya untuk menayangkan video seks di Parlimen.
“Tan Sri Speaker wajar dipuji kerana terus berusaha keras mempertahankan kemuliaan Islam dan Parlimen negara kita,” katanya.

Video Fitnah AMK Desak SKMM Jelas Bagaimana Video Tersebar

KETUA POLIS YANG BACUL

Polis bertanggungjawab bocor video fitnah- bekas Ketua Polis Daerah Baram

 

KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.
Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.
“Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai,” katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.

Sibuk dengan video, BN naik harga minyak

 

KUALA LUMPUR, 5 April: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar.
Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.
Tambahnya, kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara.
Begitu juga, ujarnya dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya oleh pemimpin Umno BN.
“Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda Buku Jingga,” katanya kepada Harakahdaily.
Pakatan Rakyat, katanya jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat.
Menurutnya, semua maklum isu Buku Jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif.
“Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai Buku Jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk stesen sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang Buku Jingga dan terlupa bincang titah Diraja,” katanya.
Tegasnya, PAS yakin isu video akan menjadi senjata makan tuan kerana rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan.
“Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak?
“Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?” soalnya.