Tuesday, March 1

MALAYSIA TAK PERLUKAN FATWA PAS,,KATA MAT SEMBAB






Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh PAS seringkali mengeluarkan fatwa-fatwa songsang untuk mengelirukan akidah orang Islam selain mahu mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, orang Islam tidak memerlukan sebarang fatwa baru apatah lagi fatwa songsang dikeluarkan PAS terutamanya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Sudah pelbagai fatwa yang dikeluarkan (PAS), kita orang Islam fatwa yang ada sudah cukup kerana tidak pesongkan akidah.

“Apa guna tok guru PAS buat fatwa baru? Apabila ada pilihan raya kecil ada sahaja fatwa baru, kalau dulu cakap undi PAS masuk syurga dan undi BN masuk neraka,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Dang Anum di sini.

Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan didakwa mengeluarkan fatwa bahawa undi Umno akan jadi jahiliah.

Malah sebelum ini PAS turut didakwa mengeluarkan pelbagai fatwa termasuk undi PAS boleh masuk syurga; diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang Umno; sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam; menuduh kerajaan BN kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah s.w.t dan membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.

Bagaimanapun ia dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Kata Muhyiddin, fatwa songsang yang dikeluarkan PAS itu akan menyebabkan akidah orang Islam akan terpesong.

“Fatwa yang dikeluarkan ini boleh memberikan kesan dan akan pesongkan akidah orang Islam.

“Tapi saya tahu ini adalah politik semata-mata, saya harap pengundi di Merlimau tak terpedaya dengan dakyah dibawa pembangkang,” kata timbalan presiden Umno ini.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kempen BN bagi memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau, yang memasuki hari ketiga hari ini, mendapat sambutan yang amat baik daripada semua kaum.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan tersebut nampak jelas daripada gerak geri badan dan kenyataan secara terbuka oleh mereka.

“Maksudnya sentimen positif dapat kita rasakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar di Merlimau dekat sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Muhyiddin berkata kempen BN di DUN Merlimau dan Kerdau sedang rancak dijalankan dengan pertemuan dengan semua pengundi dan juga diadakan ceramah bagi memperjelaskan kepada pengundi penyelewengan yang dilakukan pemimpin PAS dan parti pakatan pembangkang lain, supaya mereka tahu keadaan sebenar.

“Tapi bagaimana biasa, saya sebutkan jangan kita ambil mudah sehinggalah selesai 6 haribulan, barulah kita boleh tahu, jadi selagi belum sampai 6 haribulan malam, saya sudah beritahu jentera jangan relaks, jangan goyang kaki, mesti kerja bersungguh-sungguh (berkempen),” katanya.

Muhyiddin berkata calon pun perlu bersungguh-sungguh untuk pergi ke seluruh kawasan DUN berkenaan bagi menemui semua pengundi.

“Saya sudah beritahu, calon pun tidak boleh tidur, dia kena pergi semua kawasan, bertemu dengan semua pengundi, bersalam salaman dengan mereka, dan kita bermesra dengan mereka kerana ramai yang nak mengenali calon, jadi itu kita akan bawa ke seluruh pelusuk kawasan baik di Kerdau mahu pun di Merlimau,” katanya.

Ditanya andaian PAS mengatakan ia boleh menang pada pilihan raya kecil itu dengan jumlah peratus tertentu, Muhyiddin berkata parti pembangkang boleh membuat perkiraan tetapi itu hanya taktik dan helah politik.

“Dia (PAS) boleh buat perkiraan begitu, macam lain-lain pilihan raya pun dia kata begitu, di (DUN) Galas (Kelantan) dia kata dia boleh menang, di (DUN) Tenang (Johor) dia kata dia boleh menang lebih 55 peratus tapi kita (BN) dalam politik ini, kita faham kita tahu, itu cuma taktik dan tipu helah nak tunjukkan kononnya mereka dapat sokongan, main psikologi pengundi,” katanya bahawa PAS kini menyedari sudah ramai tidak menyokong parti pembangkang itu.

Kedua-dua pilihan kecil tersebut dimenangi oleh Barisan Nasional.

Muhyiddin turut mengingatkan calon dan jentera pilihan raya BN supaya mendampingi semua pengundi bagi mendengar masalah dan kehendak mereka kerana dalam situasi ini pengundi adalah “raja”.

Ditanya PAS akan menubuhkan skuad kamera untuk mengintip pergerakan calon BN bagi mengesan salah laku, Muhyiddin berkata, “terima kasih dia beritahu kepada kita, nanti bila depan kamera kita senyum lebih, kita beritahu dia terima kasih lah kerana nak berkempen membantu kita.”

“Kita (BN) dalam strategi kempen kita tumpu kepada pengundi, kita tidak tumpu kepada calon dan jentera. Kita lebih kepada pengundilah. Kalau dia nak menang dia pergi kepada pengundi, pasal apa dia pergi pada calon kita, calon kita sudah tentu tidak sokong dia,” katanya.

Mengenai sokongan badan bukan kerajaan (NGO) kepada BN, Muhyiddin mengalu-alukan sokongan tersebut dan berkata mereka mengetahui jasa yang dilakukan kerajaan BN

Monday, February 28, 2011PRK Merlimau : Risalah Dan gambar-gambar yang dipalsukan membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat

 


Gambar Lucah, Kempen UMNO BN Bakal Makan Diri

Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang mengghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".

'Barang bagus baru barang naik'

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.

"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.

"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.

DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini. -mk

Ali Rustam makin tertekan angkara MERLIMAU...

 


"[Image]
APABILA membaca kenyataan KM Melaka Ali Rustam di sini, saya tidak dapat menggambarkan betapa ruginya rakyat Melaka mempunyai KM yang sesombong ini. Biar pun nanti KM ini terus diangkat oleh rakyat Melaka sebagai pemimpin mereka hingga kiamat, maka selama itulah rakyat Melaka berada di dalam kerugian yang teramat sangat.

Sikap ego, sombong dan bongkak KM ini adalah kerana rakyat Melaka sendiri memberi peluang kepada beliau berkuasa. Beliau akui, sekiranya ada rakyat yang memohon kerja atau memohon jalan, beliau akan mengutamakan penyokong Bn dahulu. Kununnya, keutamaan dan kebajikan harus bermula di dalam rumah. Ertinya, selain dari penyokong Bn di Melaka mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam. Jika mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam, tidakkah malu Ali Rustam meminta cukai dari mereka yang tidak menyokong Bn ini?

Wang cukai diminta, tetapi mengaku bukan ahli keluarga. Di mana maruah Ali Rustam? Di mana maruah mereka yang masih menyokong Ali Rustam dan partinya itu? Jika ini lah yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, juga di Selangor, alangkah malang nasib mereka yang menyokong Umno/Bn. Tetapi, ini bukan amalan kita di dalam PR. Jika begini lah pengakuan Ali Rustam, anda sendiri boleh jatuhkan hukum kepada sesiapa yang mengundi parti Ali Rustam ini.

Di dalam kenyataannya itu juga, beliau turut meminta rakyat berterima kasih kepadanya. Memang benar, kita wajar berterima kasih kepada sesiapa yang membantu kita. Tetapi jika kita yang membantu seseorang, agama melarang kita untuk menuntut agar orang yang kita bantu itu mengucapkan terima kasih. Sekiranya kita menuntut, ini menimbulkan sifat riak atau bermegah dan menunjukkan tiadanya keikhlasan kita. Di dalam aspek mendidik anak-anak atau murid di sekolah, memang wajar kita mengajar mereka untuk berterima kasih.

Pembangunan atau sebarang peruntukan yang disalurkan kepada rakyat di Melaka, adakah datang dari duit poket Ali rustam? Tidak, ia datangnya dari Kerajaan yang mendapat hasil dari cukai semua rakyat di Melaka. Sudahlah duit tidak datang dari poket beliau, tidak malu pula menuntut rakyat agar berterima kasih. Inikah pemimpin yang diharapkan mentadbir Melaka?

Nampaknya Ali Rustam semakin tertekan dengan pilihanraya di Merlimau. Justeru itu, beliau seperti orang hilang akal dan pertimbangan dengan mengeluarkan kenyataan seperti orang yang tidak berugama. Malang sungguh orang Melaka

Kerdau :Diperakui Wajah PM Setaraf Dengan Milo, Biskut Dan Sardin

 

 



"Bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka, berita terbaru Kerdau.

"Haiya, satu kotak maa, mana cukup". Rumah beratus ribu, pertukaran pelekat BN di pintu rumah, begitu mudah untuk memperbodohkan orang.

Adakah beras, Milo, biskut, susu tepung dan sardin hendak ditukarkan dengan hati seseorang. Satu lagi wajah Perdana Menteri Malaysia setaraf dengan Milo dan biskut kerana disertakan pelekat wajah PM bersama barang-barang tersebut. Wakaka!

Kotak itu juga tertulis "Akhirkan Zaman Miskin", hebat kaki tipu-menipu BN dengan jerat milo dan biskut boleh mengakhiri zaman miskin.

Kalau ditanya Muhyiddin, dia akan berkata mungkin Pas sendiri yang membuat gimik menghantar kotak begitu. Alah sama seperti gambar bogel pemimpin PR, Muhyiddin berkata itu bukan kerja BN, Pas sendiri yang buat

Dulu pemain gitar terkenal, kini pendakwah Islam bercakap tentang muzik

Dulu pemain gitar terkenal, kini pendakwah Islam bercakap tentang muzik

Dulu pemain gitar terkenal, kini pendakwah Islam bercakap tentang muzik [Image]
Dulu, Bilal Philips pernah dikenali "Dewa Gitar" di negerinya, Kanada. Kini, ia telah menyerukan agar umat Islam sesedikit mungkin mendengar petikan gitar, kerana "terlalu banyak muzik akan menutup hati dari seruan Allah."

Philips menyatakan, larangan itu bukan hanya untuk gitar, tapi semua aliran muzik.

"Hati yang diisi dengan muzik tidak akan memiliki ruang untuk kata-kata Tuhan," tulisnya dalam bukunya, Contemporary Issues.

Buku ini membahas persoalan-persoalan aktual umat Islam, mulai dari perkahwinan anak di bawah umur, penderaan isteri, poligami, dan membunuh kaum murtad, hingga homoseksual.

Philips berpendapat, Islam tidak melarang semua muzik. Namun, muzik yang dianjurkan adalah yang dinyanyikan kaum lelaki dan anak perempuan belum dewasa.
Lagu-lagunya pun mengandungi lirik yang dapat diterima umum. "Instrumen lalai sebaiknya dihindari,"katanya.
Philips adalah imigran berasal dari Jamaika. Masuk ke Kanada di usia 11 tahun, ia mengambil pendidikan gitar. Ia bermain di kelab malam semasa belajar di Universiti Simon Fraser di British Columbia. Namanya makin terkenal selepas itu.

Di kemuncak kepopularannya, jiwanya gelisah. Ia memutuskan mengasingkan diri dari hiruk-pikuk muszik negerinya dan mengikut ayahnya yang juga tenaga ahli di Canadian Colombo Plan berpindah ke Malaysia, menjadi penasihat menteri pendidikan. Di Malaysia, ia dikenali sebagai "Jimi Hendrix dari Sabah".

Tapi setelah memeluk Islam pada tahun 1972, ia meletakkan gitarnya untuk selamanya. Dalam biografi di laman web ia mengatakan,

"ketika saya menjadi seorang Muslim, saya merasa tidak senang melakukan hal ini dan menyerah baik secara profesional maupun peribadi. Bagi banyak orang, muzik menjadi sumber hiburan dan harapan dari Allah. Muzik membawa mereka untuk sementara, seperti ubat. Quran, kata-kata Allah yang penuh dengan bimbingan, juga boleh memainkan peranan itu."
***Dalam bukunya, ia juga mengatakan wanita dewasa dilarang untuk bernyanyi. "Lelaki lebih mudah terangsang daripada perempuan seperti yang terdapat dalam kajian klinik Masters dan Johnson. "

Tetapi Institut Islam Toronto mengatakan pada laman webnya yang banyak sarjana tidak setuju dengan penafsiran itu, dan mempertimbangkan muzik diperbolehkan asalkan tidak mengandungi "sensual, menduakan Tuhan, atau tema tidak etis dan pesan subliminal.

"Jadi untuk mengatakan bahawa semua muzik dilarang dalam Islam adalah tidak tepat. Islam menempatkan kehidupan dunia dan akhirat secara seimbang," tulis laman web ini.

Sohail Raza, juru cakap Kongres Muslim Kanada, mengatakan pendapat bahawa Islam tidak mengizinkan muzik adalah "benar-benar tak berdasar" dan benar-benar merupakan tindakan untuk mencegah imigran Muslim dari berintegrasi ke dalam masyarakat Kanada.

"Ini adalah orang-orang yang memiliki keengganan untuk gembira," kata Raza.

"Kami memiliki situasi yang sangat menyedihkan dimana orang-orang seperti Philips yang membawa hal-hal dalam Islam yang benar-benar tidak benar, dan hanya menumbuhsuburkan Islamphobia."

Philips, yang memiliki pendidikan dari Universiti Islam Madinah dan Universiti Riyadh, dan mendirikan Universiti Islam Online, tinggal di Qatar tapi tetap menjadi pembicara konferens yang popular di Kanada. Dia memberikan kuliah tentang "muzik dan kencan" di sebuah masjid Toronto April lalu.

Dalam video online-nya, bekas pemain muzik mengatakan muzik sebagai kecanduan jahat.

"Intinya adalah bahawa jika muzik itu bermanfaat, maka pemuzik akan menunjukkan manfaat yang dalam hidup mereka," katanya dalam sebuah video YouTube.

"Apa yang anda lihat adalah bahawa beberapa elemen yang paling korup masyarakat yang ditemui di antara para pemuzik. Ubat-ubatan, penyimpangan dan homoseksual, hal ini jenis dan semua korupsi yang ada di sana, orang bunuh diri, "katanya.

"Kenyataannya adalah bahawa hal itu sebenarnya tidak membawa sisi, jahat gelap yang memproduksi jenis korupsi antara mereka sendiri dan, pada akhirnya, berakhir sampai merosak elemen masyarakat."katanya. Republica Online

TG NIK AZIZ SERU PENGUNDI BERI KEPERCAYAAN KEPADA PAS -PAKATAN RAKYAT TADBIR NEGARA


Pengundi perlu ubah kepercayaan hanya Umno-BN boleh tadbir, kata TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat negara ini khususnya para pengundi perlu “mengubah daripada kepercayaan” bahawa hanya Umno-BN boleh memerintah dengan turut memberikan peluang kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan membuat seruan ini ketika pengundi Merlimau dan Kerdau bersiap sedia untuk menuju peti undi sempena pilihan raya kecil serentak Ahad ini.

Malah wujud spekulasi negara akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini manakala rakyat Sarawak pula akan menyaksikan pilihan raya negeri bila-bila masa dari sekarang, kemungkinan awal April.

Pakatan Rakyat mencatatkan prestasi terbaik dan membentuk gabungan formal selepas pilihan raya umum 2008.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, menghadapi pilihan raya kecil ini, “saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi “untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.”

“Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air,” kata beliau dalam tulisan di blognya hari ini.

Dalam memberikan justifikasinya, Nik Aziz menambah, ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan.

“Dan, kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor,” kata beliau lagi dalam perutusan sempena hari pengundian Ahad ini.

Nik Aziz yang memimpin kerajaan negeri PAS Kelantan sejak 1990 menulis, PAS di Kelantan mencapai kejayaan kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah, masuliah dan itqan yang selari dengan kehendak syariat.

“Justeru itu, kerajaan negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan.


“Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata bermakna kerajaan negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama - bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati.

“Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni,” katanya lagi.

Justeru kata beliau, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum bahawa apa yang dilaksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini.

“Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah dinar emas dan dirham dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It’aam,” katanya lagi.

Malah Nik Aziz juga menulis bahawa Islam mengajar rakyat supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya.

Oleh itu katanya, setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

“Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS,” katanya lagi.

“Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam,” katanya.

Oleh sebab amalan itu tegas beliau, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.

“Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya,” kata Nik Aziz lagi.

Bertolak daripada itu kata Nik Aziz, beliau penuh yakin calon PAS-Pakatan Rakyat Yuhaizad Abdullah dan Hassanuddin Salim yang masing-masing membawa cabaran di Merlimau dan Kerdau adalah calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi.

Katanya, mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat

KALAU UPAHAN YANG SAYA HARAPKAN,,LEBIH BAIK SAYA TERUS DALAM DUNIA SENI




DESA MURNI-Bob Lukman petang tadi sempat merayu para pengundi DUN Kerdau agar menerima perjuangan PAS kerana menurut beliau yang pernah bergiat cergas dalam kempen pilihanraya kecil dan pilihanraya Umum sebelum ini menjelaskan bahawa beliau pernah berkempen di Baling bagi memenangkan calon Barisan Nasional yang sudah tentunya mendapat habuan kewangan dan tidak sebagaimana ketika beliau berada di pentas PAS.

Menurut Lukman lagi, beliau kini bermatlamat bahawa semua yang beliau lalui dahulunya dan kini setelah menerima hidayah beliau tahu erti sebenar perjuangan.Menurut beliau"Saya yang dahulunya melihat bahawa semuanya itu adalah semata-mata untuk keseronokan duniawi, kini saya kembali bagi membantu perjuangan bagi memartabatkan islam itu sendiri.Bila kita melakukan kesalahan , maka lebih mudah memohon kepada Tuhan dari memohon kepada manusia,maka saya memohon maaf kerana saya dipertemukan dengan Ir Nizar Jamaluddin dan juga anak Taib Azamuddin" katanya

Saya kagum dengan anak-anak muda yang tahu bahawa perjuangan bermatalamatkan menuju kepada sebuah negara Islamic ini menyedarkan saya"Saya lihat anak-anak muda ini macam budak rock, namun sembahyang tidak tinggal dan sempat pula mendakwah kita.Inilah yang tidak ada pada Umno dan apa yang saya lihat ialah pendokong dan penyokong PAS ini iklas hadir sebagai pejuang tulin" jelas beliau lagi.


Apa yang saya lalui dahulunya dalam keadaan "Laqo" atau lalai dalam banyak hal , namun semua ustaz yang saya jumpa semuanya adalah pendokong kepada PAS . Maka saya terfikir bahawa adakah saya sendiri yang mendapat ilmu ini tidak mahu menyokong perjuangan PAS ini.

Beliau sempat menjelaskan bahawa jika calon Bn yang mahu membuktikan bahawa beliau adalah seorang lulusan alazhar, maka luas lagilah seorang yang berkelulusan sebagai seorang jurukur tanah untuk menyedari bahawa ilmu Islam itu lebih luas dari yang punya sijil akademik dan tahu tentang hal islam.

"Kalau kita ada seribu orang disini, maka tugas itu dianggap selesai.Setiap seorang mencari seorang pengundi yang lainnnya , maka kerana itu usaha ini harus dilakukan".

Menurut Lukman lagi, perlunya penjelasan bahawa bukan semua yang kita ada ini kita mahukan yang baru, akan tetapi ialah perjuangan dan kemenangan bagi menidakkan kemenangan calon Umno dan seterusnya menegakkan sebuah negara yang lebih baik untuk semua rakyatnya.