Friday, March 18

Hamdan: PA akan menemui nasib yang sama seperti tumbangnya rejim-rejim Arab

 

 

Jumaat , 18/03/2011 - Ahli Politbiro Hamas Osama Hamdan mengatakan bahawa mereka yang menyokong pendudukan Israel akan menemui nasib yang sama seperti rejim yang runtuh dalam revolusi yang menyapu dunia Arab.
Ia merujuk kepada Pihak Berkuasa Palestin saat ini yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas. Baru-baru ini terdapat dokumen bocor mendedahkan PA telah memiliki koordinasi keselamatan yang ketat dengan Israel.
Perubahan yang terjadi di kawasan-kawasan Arab disebabkan oleh situasi perkumpulan juga daerah yang terlibat Hamdan berkata dalam sebuah wawancara dengan akhbar Qatar Al-Arab.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Warga Palestin kehilangan tanah dalam serangan pendatang Tebing Barat


Jumaat , 18/03/2011 – Belasan pohon tumbang dan pertelingkahan tercetus ketika para pendatang menyerang warga Palestin di Tebing Barat.
Sekumpulan pendatang Yahudi mencerobohi kawasan Litwana di timur bandar Yatta dan mencabut pokok-pokok yang dimiliki keluarga Rib’i, demikian laporan aktivis-aktivis anti pendatang. Pendatang-pendatang itu merampas tanah milik Salman Jibril Rib’I, Salman Salama Rib’i dan Ribhi Ahmed Rib’i, sumber tersebut menambah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Panggilan untuk mendedahkan nasib empat warga Palestin yang ditahan di Mesir

 


Jumaat , 18/03/2011 - Sekumpulan keluarga Palestin yang ditahan di penjara Mesir telah meminta dewan penguasa tertinggi angkatan bersenjata di Mesir untuk mendedahkan nasib empat warga Palestin yang ditahan tiga tahun lepas oleh pasukan keselamatan negara itu yang kini telah dibubar.
Sementara itu, dua hari yang lalu pihak berkuasa Mesir telah melepaskan empat rakyat Palestin yang ditahan di sana, menjadikan jumlah warga Palestin di penjara-penjara di sana menurun kepada 33, juru bicara koalisi Emad Al-Sayyid berkata kepada Quds Press.
Dua daripada mereka yang dikeluarkan telah tiba di Semenanjung Gaza sementara yang lain akan tetap di Mesir untuk hidup dengan keluarga mereka di sana, Sayyid menambah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Bila Tidak AMANAH...



Oleh : WAN JEMIZAN W. DERAMAN


UNTUNG atas angin adalah istilah yang sudah difahami dalam masyarakat di Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh individu dalam urusniaga yang menyebabkannya memperolehi keuntungan tanpa melalui usaha ataupun modal. Ia biasanya dilakukan oleh mereka yang menjadi perantaraan sesuatu urusan atau lebih dikenali sebagai 'orang tengah'.

Keuntungan yang diperolehi itu disebut dengan pelbagai istilah seperti imbuhan, insentif, komisen dan sebagainya. Sama ada ia dibolehkan dalam sudut syariah bukan sahaja bergantung kepada konotasi, tetapi juga metodologi yang digunakan bagi memperolehinya.

Kita semua perlu berhati-hati kerana pada kebiasaannya aktiviti mengambil untung atas angin mempunyai unsur syubhat bahkan ada yang mencapai tahap haram.

Namun, ada juga yang dibenarkan dan diharuskan jika ia mengikuti syarat dan etika yang ditetapkan oleh syariah.

Untung atas angin mungkin boleh berlaku dengan beberapa cara. Antaranya, dengan menjadi wakil atau orang tengah bagi membuat pembelian sesuatu barang yang terdapat di pasaran.

Oleh kerana kuantiti barang yang ingin dibeli itu banyak, maka penjual akan memberi diskaun terhadap setiap unit yang dibeli. Wakil akan mendapat habuannya melalui diskaun yang diberikan kerana dia tetap mencatatkan harga asal pada sebut harga barangan berkenaan.

Halal atau tidak keuntungan yang diperolehi itu bergantung kepada keizinan oleh pihak pembeli atau pihak pewakil.


Sekiranya wakil diberi hak oleh pewakil untuk mengambil keuntungan daripada diskaun yang diberikan, maka apa yang diambilnya itu adalah halal daripada segi syarak.

Namun, sekiranya dia tidak diberi kebenaran, maka tidak harus baginya untuk mengambil keuntungan dan sekiranya ada diskaun, ia perlu dipulangkan semula kepada pembeli.

Ia berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. (al-Baqarah: 188)

Fenomena ini kerap berlaku dalam sesebuah institusi kerajaan atau swasta. Pegawai yang ditugaskan membuat pembelian telah mengadakan rundingan lebih awal dengan pihak pembekal atau penjual untuk mencatatkan harga yang tinggi pada sebut harga barang yang ingin atau sudah dibeli.

Justeru, tidak hairanlah jika kita mendapati dalam laporan audit, harga sesuatu barang mencecah 10 kali ganda daripada harga asal.

Dalam kes ini, bukan sahaja pegawai yang berurusan yang mendapat untung atas angin, tetapi ia turut melibatkan pihak lain termasuk pegawai tinggi yang memberikan kelulusan.

Bahkan, ada yang sanggup berpakat untuk menipu dengan mencipta beberapa sebut harga sedangkan ia tidak wujud sama sekali. Ini bertujuan mengaburi mata pihak atasan dan juruaudit kerana setiap pembelian yang ingin dibuat memerlukan kepada beberapa sebut harga, sebagai contoh, ada syarikat yang menetapkan sekurang-kurangnya tiga sebut harga.

Untung atas angin juga mungkin berlaku apabila pegawai yang ditugaskan mencari dan memilih penjual alatan pejabat, kontraktor baikpulih bangunan, konsultan dan sebagainya telah mensyaratkan supaya diberi sejumlah imbuhan untuk membolehkan mereka dipilih mendapat tender projek tertentu. Aktiviti ini dianggap sebagai rasuah dan hukumnya adalah haram.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Rasulullah SAW telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan". (riwayat at-Tirmidzi).

p/s: Tahniah buat MB Selangor...

Sementara Budu Dituang

 

Mahathir Diktator Demokrasi III
"MACAM mana Mahathir boleh terlibat dengan pemecatan Pas dari BN Tengku?" Tanya saya kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh seorang yang kuat berpegang kepada amanah. Dia tidak akan mudah memecahkan apa-apa rahsia khususnya rahsia parti dan kerajaan yang dia tahu. Beliau juga seorang yang kuat berpegang kepada undang-undang.

Sebab itu kalau kita tengok kenyataan atau kritikan beliau kepada mana-mana pihak penuh berwaspada dan berlapik. Beliau seorang yang sangat menghormati undang-undang. Dalam masa sama seorang yang naif. Sudah tiga kali beliau ditipu hidup-hidup oleh Mahathir Mohamad.

Satu kelebihan Tengku Razaleigh dia tidak akan mencampur adukkan politik dengan persahabatan. Walaupun Mahathir mengkhiantinya, tetapi persahabatan dengan Mahathir diteruskan juga. Tengku Razaleigh seorang politician yang profesional.

"Amba bersain (berkawan) dengan dia Sayuti. Sebagai sain amba akan hormati dia. Walaupun dia buat jahat ke ambo, tidak ada masalah, sebab itu soal politik. Tetapi ambo tidak akan membalas kejahatannya," begitulah kata Tengku Razaleigh.

Sebab itu apabila Mahathir menuduh bukan-bukan kepada beliau termasuk menggunakan wang RM20 juta untuk menewasnya dalam perlawanan merebut jawatan presiden Umno tahun 1987, memoir Mahathir itu boleh diragui akan kejujurannya. Di manakah Mahathir mendapat maklumat itu. Apakah daripada Ibrahim Ali?

Mulanya Tengku Razaleigh keberatan untuk mendedahkan rahsia bagaimana Dr Mahathir khianat kepada Pas. Tetapi setelah diasak dan berjanji tidak akan menulisnya dimana-mana (ketika itu), akhirnya beliau menceritakan kronologinya.

Menurut Tengku Razaleigh punca kenapa Pas ditendang dari BN ianya bermula dengan satu peristiwa di Johor, di tanah rancangan Felda. Ketika itu Datuk Mohd Asri Muda menjadi Menteri Kemajuan Tanah Dan Wilayah. Jadi semua tanah rancangan dan juga hal pembangunan tanah berada di bawah portfolionya.

Sesuai dengan kedudukan itu Asri cuba membuat reformasi ke atas tanah rancangan termasuk Felda. Salah satu refomasi itu ialah dengan mengaktifkan Pas di tanah-tanah rancangan yang selama ini merupakan kubu kuat Umno. Di sinilah kebijaksanaan politik Asri. Bagaiman pun usaha Asri itu mendapat tentangan dari Umno. Kononnya semasa bersetuju untuk bergabung dengan Umno dulu, syarat lisan dibuat, bahawa Pas tidak dibenarkan menubuhkan cawangan di mana-mana tanah rancangan.Check Spelling
Larang itu tidak dipatuhi. Maka wujudlah beberapa cawangan Pas. Keadaan ini tidak menyenangkan dan cukup membimbangkan sesetengah pemimpin Umno. Apa lagi cawangan Pas yang mulai ditubuh itu mendapat sambutan dari kalangan peneroka Felda. Mungkin ini kerana mereka dapat melihat perbezaan pendekatan dan juga pengisian aktiviti antara Pas dengan Umno.

Seperti mana cerita Tengku Razaleigh berlaku satu peristiwa di salah sebuah Felda di Johor. Ketika itu Pas mengadakan majlisnya di situ. Kebetulan pula Umno juga mengadakan majlis di tempat yang sama di mana jaraknya tidak berapa jauh.

Kerana jalanya tidak banyak, para pemimpin Umno yang hendak ke majlis mereka terpaksa melalui melewati majlis Pas. Sewaktu pemimpin Umno melintas majlis Pas inilah berlaku sorakan oleh orang Pas.

Menurut Tengku Razaleigh sorakan telah disalah sanggap oleh Umno sebagai memperli pemimpin mereka. Walhal apa yang berlaku penyokong Pas menyorak kerana bersemangat apabila majlis mereka lebih ramai dari majlis Umno. Dan sorakan itu juga bukan sesuatu yang serius pun, kata Tengku Razaleigh.

Bermula periswai itulah timbul salah anggap. Umno memandang serius. Kata Tengku Razaleig ia tidak berakhir disitu saja, tetapi kejadian itu dilaporkan kepada pihak atasan Umno di Johor. Kemudian ia terbawa pula ke peringkat pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur.

Cerita Tengku Razaleigh lagi, akhirnya peristiwa itu sampai kepda Mahathir. Di sinilah Mahathir megambil peluang untuk menyocokkan jarum jahatnya. Dalam satu mesyuarat dengan Pemuda Umno di Kuala Lumpru, kata Tengku Razalegh Mahathir, Mahathir telah mencadangkan agar Umno mengambil tindakan kepada Pas. Beliau cadangkan agar perkara itu disampaikan kepada Hussein Onn.

Bila mesyuarat MT diadakan dan Mahathir ketika itu sebagai salah seorang naib Presiden Umno telah mendesak Hussein Onn supaya mengambil tindakan ke atas Pas. Alasan Mahathir kalau Hussein tidak mengambil tindakan kedudukan Umno akan terancam. Di sinilah puncanya.

Jadi kata Tengku Razaeigh atas cadangan Mahathir itulah akhirnya Hussein mengambil tindakan tanpa terlebih dahulu memberi warning kepada Pas. Apabila mendapat mandat dari Hussein Onn itu maka Mahathir terus menjalankan jarumnya dengan mencipta berbagai isu untuk menimbulkan kebencian Umno kepada Pas. Kemucak kepada rancangan jahat Umno- Mahathir itu kata Tengku Razaleigh, ialah dengan menghuruharakan Kelantan kemudian melatkkan Kelantan dibawah pemerintahan darurat.

Manakala sejarah bagamana berlaku ke atas kerajaan Kelantan gara-gara projek tunjuk perasaan itu sudah terbungkus dalam sejarah. Kerana itu kerajaan Kelantan yang berusia 18 tahun jatuh terguling.

Kesimpulannya orang bertanggungjawab mencampak Pas keluar atau yang memutuskan silaturahim antara Umno dengan Pas ialah Mahathir bukannya Hussein Onn.

Melihat kepada ketegangan orang Melayu hari ini seperti mana dianggapkan Umno, yang menuduh Pas sebagai punca pecah belah, ianya adalah disebabkan orang Umno sendiri bukannya Pas. Lebih merujakan lagi orang itu ialah bekas presidennya, Mahathir Mohamad. Adalah adil mungkin kalau Nik Aziz tindak hingin untuk berkawan dengan Umno kecuali parti itu menukar dasarnya

Laporan audit Yayasan Selangor dedah perbelanjaan tak munasabah

 


SHAH ALAM: Laporan audit Yayasan Selangor mendedahkan banyak perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah yang membawa kepada defisit RM7.41 juta, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor hampir RM1 juta, malah bayaran dibuat kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.
“Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor sehingga November 2010, defisit RM7.41 juta,” kata Khalid.
Beliau mengulas laporan audit yang disemak Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 14 Disember 2010 yang diedar kepada media. Semakan itu memberi tumpuan kepada pengurusan perbelanjaan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang 15 November 2010 lalu.
Selain itu, Khalid berkata, sebanyak 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 tidak dimaklum atau diluluskan Pihak Berkuasa Negeri sekaligus bertentangan dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993.
“Pengurus Besar juga meluluskan elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat, selain semakan audit mendapati, Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan,” katanya.
Khalid berkata, antara yang menunjukkan tadbir urus korporat itu yang tidak baik ialah seramai 18 kakitangan berhenti dan 50 lagi ditukar dalam tempoh Mac hingga November 2010.
Ekoran itu, katanya, surat tunjuk sebab bertarikh 5 Januari 2011 dikeluarkan kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) bagi menjawab setiap masalah yang timbul mengikut pandangan dan saranan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.
“Pada 17 Februari 2011, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dengan alasan gagal menunaikan tanggungjawab dan urus tadbir kewangan yang baik serta tidak prihatin dengan prosedur yayasan.
“Keesokannya, surat yang saya tandatangani dikeluarkan mengarah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) ditamatkan kontrak dalam tempoh 24 jam berkuat kuasa serta merta,” katanya.
Khalid berkata, kerajaan Selangor sentiasa berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban melibatkan semua institusi termasuk syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Beliau berkata, kerajaan negeri bukan sahaja mengamal perbelanjaan berjimat cermat, malah menyediakan audit tahunan yang tertib, lengkap dan teratur untuk semakan umum.
“Kerajaan Selangor bersikap telus, tidak menyembunyikan salah laku mana-mana pegawai, kakitangan awam dan anak-anak syarikat. Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah rakyat.
“Kerajaan Selangor akan meneliti setiap syor dan mengguna pakai cadangan itu dari semasa ke semasa demi menjaga kredibiliti Yayasan Selangor milikan penuh Kerajaan Negeri,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9234

Jangan Kata Bersihkan Umno, Gua Mahu Hapuskan Umno Dari Muka Bumi Ini.


 

 
Wajah sebenar Umno dari alam ghaib 
PANAS BERAPI! SUDAH TIBA MASANYA UMNO DIBERSIHKAN DARI PARASIT!

Masanya sudah tiba untuk sebilangan besar orang dalam UMNO mendabik dada bahawa merekalah yang paling banyak berjasa kepada parti itu. Habis semua kerja mereka diungkit-ungkit agar dipandang oleh orang atasan. Ada juga yang tidak segan silu untuk mengaku atas kerja-kerja yang orang lain lakukan tetapi didakwa sebagai kerja mereka. Malah tidak kurang juga yang muka tebal bertepek kulit babi mengakui mereka sangat rapat dengan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, sekaligus memberi isyarat, mereka sebenarnya memegang kuasa yang sangat besar.

Isyarat daripada perbuatan tersebut sangat mudah dibaca. Mereka tidak mahu dikritik. Mereka juga enggan didedahkan sebagai si pincang dalam UMNO. Yang lebih penting, mereka tidak mahu para 'pelabur' lari apabila mengetahui mereka sebenarnya tidak berkeupayaan dengan tanggungjawab yang diminta-minta.

Cara paling mudah adalah dengan menyalak mencari salah orang lain. Alasan paling mudah ialah FITNAH dan KONSPIRASI... dua ungkapan yang seringkali dituturkan oleh Anwar Ibrahim. Dan mereka sangat bijak berbohong dengan memutar belitkan lidah. Dengan sedikit sokongan dan tukang angguk-angguk, maka mereka pun akan dilihat sebagai ULTRAMAN penyelamat bumi.

Inilah yang berlaku pada Mac 2008... apabila kepimpinan di atas terlalu mempercayai juak-juak yang laparkan kuasa bercerita tentang kehebatan kerja serta strategi yang diatur. Tanpa usul periksa, maka yang tidak layak dilantik, menjawat jawatan. Yang benar-benar bekerja diketepikan kerana si bijak politik, pandai menyusun atur kerja bersama-sama orang-orangnya untuk mendapatkan kuasa. Yang lebih penting, apabila orang atasan turun, maka puak-puak ini pun kelam-kabut bermesyuarat... bukan untuk mencari resolusi atau penyelesaian, sebaliknya untuk menunjukkan yang mereka sedang bekerja keras.

Hasilnya, orang yang benar-benar bekerja untuk UMNO, kecil hati kerana bukan sahaja tidak dikenang, bahkan mereka pula disalah anggap sebagai pengkhianat hasil perbuatan dan tohmahan penggila jawatan dalam UMNO.

Dan akhirnya UMNO tertungging di beberapa buah negeri. Imej RASUAH yang terpalit kepada UMNO sehingga kini tidak mampu dicuci. Imej penyalahgunaan kuasa dan penggunaan duit untuk membeli kuasa selain promosi diri yang melampau, menjadi trademark UMNO yang sangat sukar dikikis.

Kewujudan golongan SILVER SPOON yang menggunakan kuasa duit yang mereka miliki selain pemikiran korporat mengatasi budaya kerja, mengambil tempat dalam UMNO. Dek kerana itulah, rata-rata para pemimpin UMNO, khususnya dari kalangan generasi baru, lebih gemar mempamerkan kekayaan mereka, kononnya itu adalah kejayaan mereka dalam berbisnes.

Tidak dapat ditolak, ramai kalangan ini yang berbisnes, namun hakikatnya, bisnes yang mereka lakukan, seringkali dipertikaikan kerana kaitannya dengan kerajaan sekalipun sekadar membekalkan sebatang pensel dan sebiji getah pemadam. Dengan jawatan yang disandang, dengan entiti di dalam tangan, kerja berbisnes dianggap menjadi lebih mudah...

Itu palitan imej pada UMNO. Siapa yang mahu mencuci daki-daki itu daripada UMNO sekalipun masih ramai yang bekerja untuk parti dan menganggapnya sebagai satu perjuangan. Hanya dek kerana segelintir puak yang idamkan kuasa dengan jalan singkat menerusi berpura-pura kerja, berpura-pura mempunyai kredibiliti, berpura-pura banyak duit dan berpura-pura berjaya, walhal kejayaan itu seringkali dipertikaikan, maka majoriti yang memang bekerja ikhlas untuk parti terhumban begitu sahaja.

Pemilihan jawatan yang baru lalu sudah pun menunjukkan buktinya. Jangan temberanglah tidak ada permainan duit di dalam perhimpunan tersebut. Terlalu ramai yang terlibat dan terlalu banyak hotel mewah yang mendapat keuntungan berganda kesan daripada pertandingan jawatan berkenaan. Bahkan syarikat-syarikat yang mengeluarkan bunting dan pemidang turut tumpang senang dengan pemilihan agung UMNO.

Dan kerana disebabkan kuasa itulah, segala palitan noda pada tubuh badan UMNO tidak pernah dikisahkan. Sekadar bertekak sama ada di warung kopi, atau di pejabat mahupun di dunia maya, tidak dapat menghilangkan imej buruk yang dilekatkan pada UMNO. Sekadar membuat penafian demi penafian, tidak dapat menghilangkan prasangka dan persepsi masyarakat terhadap UMNO kerana si pembuat penafian itu sendiri memang sah-sah terlibat dalam apa yang mereka nafikan!

Masih ada beberapa bulan lagi sebelum jawatan-jawatan utama dipertandingkan. Ahli-ahli UMNO kini mempunyai kuasa untuk menghapuskan terus virus-virus yang merosakkan UMNO dari dalam. Ahli-ahli UMNO perlu berfikir secara matang mulai saat ini untuk melihat siapa sebenarnya yang bekerja untuk UMNO dan siapa sebenarnya yang sedang mengerjakan UMNO.

Pedulikan kempen-kempen saraf oleh segelintir pemimpin dalam UMNO khususnya pemimpin dari kalangan Pemuda. Pastikan mereka membentangkan testimoni kejayaan masing-masing sebelum mereka terpilih atau dipilih. Jangan percaya cakap mereka bulat-bulat. Bahkan kalau ada yang mengaku mereka sudah lama membantu UMNO dengan kaedah-kaedah diragui kewujudannya terutama pada sekitar 1998, humbankan saja nama mereka ke dalam Sungai Batu yang mengalir di belakang PWTC itu.

Zaman percaya gitu-gitu dan kagum dengan cerita, sudah berlalu. Zaman sekarang, adalah zaman pembuktian, bukan zaman cakap-cakap dan menepuk-nepuk dada!

Yang penting, hapuskan anai-anai di dalam UMNO kerana hanya dengan cara itu sahaja palitan noda RASUAH dan BISNES BERTALIAN HAYAT UMNO, barulah parti yang bernama UMNO dapat kekal dan dipandang hormat oleh lawan dan lawan

Ketuanan Melayu Buat Songkok Dua Jengkal.

 

https://lh6.googleusercontent.com/_w-h5UvK7U5g/StC12Zoc91I/AAAAAAAAOhY/qR2eJvOHm-8/s720/IMG_2808.JPG

Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh puak-puak songkok dua jengkal (Perkasa atau Perkosa, lu sendiri pilih) mungkin terlepas pandang walau pun berada disebelah sahaja. Mungkin sibuk nak buat demostrasi, hinggakan tengah makan pun masih sempat bersms.

Gua pun tak tahu apa itu 'Ketuanan Melayu' yang songkok dua jengkal pertahankan hinggakan mereka menfatwakan sesiapa yang menentang mereka hatta raja-raja sendiri akan dituduh 'Murtad Melayu'.
Gua rasa itu geng songkok dua jengkal bukan main-main pasal mempertahankan Ketuanan Melayu daripada mana-mana pihak yang tidak bersama mereka. Pasal mereka adalah benteng kepada Ketuanan Melayu daripada disentuh. Tanpa mereka, Ketuanan Melayu akan hancur, hebat maa. Itu jika lu baca daripada dari kaca mata bulat geng songkok dua jengkal.

Mai sini dekat-dekat sikit, yang kat depan duk rapat lagi dan kat belakang tengok-tengoklah kut-kut ada lagi tempat kosong kat depan, Sekarang lu baca pada kaca bulat gua yang gua pinjam dari mamat kat bawah nih. Bagi gua pulak, itu geng songkok dua jengkal tak payah bersusah payahlah nak pertahankan 'Ketuanan Melayu' lagi.

Ketuanan Melayu dah lama dah jadi bangkai, cuma tak ada kubur ajer. Ketuanan Melayu dah lama dah kena rogol ramai-ramai, tak cukup lagi mereka pakat liwat lagi sehingga setiap lubang mereka yang mereka jumpa, tak kira lubang telinga ke, lubang hidung ke atau lubang pusat, semuanya di bantai ramai-ramai.

Dah habis  semua perbuatan mereka terhadap ketuanan Melayu, mereka campak Ketuanan Melayu kat pembuangan sampah. Kalu lu tak percaya, lu tanya umno celaka. Kalu mereka cakap 'no komen', lu datang jumpa gua, tapi jangan lupa bawak nasi kuning, ayam panggang madu, duit pengeras RM 600,000.03. 

Lu tahu la itu pengeras bukan gua minta ma tapi gua punya jin kasi harga, dia cakap semua barang manyak mahal sekarang ma. Gua jin dia punya kelemahan, bila suruh pi buat kerja kat oversea je, mesti duk hotel 7 bintang. Lu tahu dia punya harga satu malam 100k ma. 

Sekarang manyak susah pasal itu gua  jin sudah pandai shooping-shooping pulak sejak gua punya jin sudah ada persatuan lak, kalu gua tak lupa, dia punya nama Persatuan Ibu-Ibu Tunggal pasal gua punya jin betina. Bukan Jins Shamsuddin, apa lu melaluk ni apek, sorry pasal gua banyak syok berita.

So, kita sembang balik tentang Ketuanan Melayu, Lu tahu apsal geng songkok dua jengkal duk pertahankan kerana itu geng sudah angkat Ketuanan Melayu kat pembuangan sampah. Mereka bawa balik, mereka mandikan, shampookan, mereka cuci sampai bersih kemudian mereka wangikan itu 'Ketuanan Melayu'. 

Mereka kasi pakai baju kuning, mereka letak diatas singgahsana, kawalan 24 jam sehari 7 hari satu minggu itu dan geng songkok dua jengkal manyak ketat kasi kawal. Itu pasal geng songkok dua jengkal cakap tiada siapa yang boleh menyentuh 'Ketuanan Melayu', gua manyak takut ma. Gua cerita gambar bawah pulak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtWw00PbqSYYWNwMPO92RteMvFwi9GeubrR8G7hhaW6BSKcArzmWlOWvcfqhsm66e0QpQkUMHwrU5W__9ohjHzvkC5QUpyeucJNWtXjRzlhb4_BOCeylme6ynU8aUsIxJ4-4nHlfLbPdTD/s1600/kekasih+gelap.jpg

Ini cerita lu mesti dengar betoi-betoi pasal gua cakap satu kali saja ma, gua tak mahu ulang-ulang lagi. Ini hari itu blogger-blogger celaka, fasik, pencacai sudah mula malu pasal dulu dia orang fitnah sama dia punya musuh tetapi itu fitnah sudah makan diri.

Itu blogger celaka, fasik, pencacai sudah bagi kata dua sama ini ketua bahagian supaya tampil buat pengakuan pasal diorang malas mahu kasi selidik itu, ada betul ke tidak. Lu pun sendiri tau macam mana blogger celaka buat kerja, mereka suka ambil orang punya artikel kemudian kasi taruk dia punya nama.

Ini hari gua tak mahu cakap ada ke itu perempuan kekasih gelapnya (lu jangan kasi sama orang lain, ini gambar bukan dia punya kekasih gelap tertapi dia punya manyak gelap) atau di punya bini nombor 2 kerana itu dia punya pasal la.

Gua mahu cakap, siapa pun mereka bukan cerita yang memalukan tetapi itu gambar amat memalukan. Kita jangan bercerita tentang skandal tetapi kita bercerita tentang bagaimana bodohnya seorang yang bertaraf ketua bahagian bergambar dalam keadaan yang memalukan.

Jika itu perempuan dia punya bini sekali pun, tak kan lu tanpa rasa segan atau malu dengan mengambil gambar dalam keadaan mengaibkan. Lu tatak malu sama lu punya bini, lu punya anak atau lu punya mak bapak. Gua lupa la, itu umno mana ada malu sama sape-sape hatta pada Allah sekali pun.

Jadi inilah 'Ketuanan Melayu' yang geng songkok dua jengkal pertahankan dengan darah mereka, betoi ke ni. Lu beranila setiap kali bikin demo, polis kasi jalan dam kasi jaga lu punya geng. Gua ingat kalu lu jadi macam PR yang buat demo, jangan kata dengar siren polis, lu tengok kelibat polis pun lu sudah tanggal itu songkok dua jengkal. Lu ada percaya tak

Bagi gua pulak, pergi mampos dengan ketuanan melayu yang menjijikkan.
Hidup 'Ketuanan Islam' maka semua ketuanan yang ada di muka bumi ini akan selamat.

JANGAN TIPU ORANG RAMAI

 




HIDUPKAH MEREKA INI ?



nota:
kami ditinggalkan untuk mati
ini adalah kata kata dari katsonobu sakarai
kepada bbc - beliau ialah datuk bandar minamisoma
hanya 12 bati dari loji nuklear
mereka ditinggalkan tanpa siapa peduli





WARGA DITINGGAL UNTUK MATI - mail online

‘They're leaving us to die': Mayor of town near stricken Japanese nuclear plant claims his people have been ‘abandoned

Residents of a town lying within the exclusion zone around the Fukushima Daiichi nuclear plant claim they have been neglected by the Japanese government.

Minamisoma lies just 12 miles from the nuclear plant in crisis and villagers have been ordered to remain in their homes as their community lies on the edge of the state-ordered evacuation zone.

But as tonnes of water were dumped on the plant as the government attempted to prevent overheating, the mayor of Minamisoma has accused the authorities of ignoring his ‘isolated’ people’s plight.

‘They are leaving us to die,’ Katsunobu Sakarai told the BBC in a video interview.

‘We weren’t told when the first reactor exploded – we only heard about it on the TV. The government doesn’t tell us anything.’

Staff at the small town’s hospital have remained with their patients although Minamisoma would be at a high risk of contamination should the plant at Fukushima enter meltdown.

‘We're not really supposed to be here but this is our job,’ said Dr Yukio Kanazawa.

‘I really resent the nuclear plant

Rakyat sudah tahu siapa pengarah dan penulis skrip untuk lakonan Umi Hafilda

 

Kenapa dulu tak dedah di mahkamah : Dasar Penipu


Selepas Zulkifli Nordin kini seorang lagi selebriti terkenal dilihat "gila meroyan" dengan isu liwatAnwar Ibrahim. Tapi kali ini ialah pelakon lama yang sudah hampir 13 tahun menyepi tiba-tiba muncul semula.

Entah apa mimpi dan rasukan yang menimpa dirinya, itulah dia Ummi Hafilda Ali (foto) iaitu adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Kelibatnya kini seolah-olah tepat pada masanya iaitu disaat perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim masuk ke pusingan yang terakhir sekarang ini.

Maka, Ummi kini umpama satu "anugerah khas" yang tiba-tiba dibawa masuk untuk menyakinkan rakyat kononnya apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim selama ini bukanlah satu "teori konspirasi".

Berkokoklah Ummi Hafilda mengikut skrip yang telah diberikan kepadanya. Kali ini agak menarik kerana ia dimulakan dengan isu saman menyaman.

Ummi tiba-tiba membuat satu sidang media khas bagi menyaman pihak-pihak tertentu yang kononnya telah mencemar dan menjatuhkan maruahnya sejak 13 tahun yang lalu.


Malah, dalam beberapa siri ceramahnya termasuk ketika di PRK Kerdau dan Merlimau baru-baru ini Ummi begitu bersemangat waja mendedahkan satu persatu rahsia besar yang dikatakan berlaku antara Anwar dan abangnya Azmin Ali.

Termasuklah isu kononnya Anwar mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya sendiri iaitu isteri Azmin yang bernama Shamsidar. Satu persatu dibongkarkan dengan penuh keyakinan supaya rakyat mempercayai penjelasannya kali ini.

Kehadiran Ummi ke dua PRK baru-baru ini cukup menggemparkan orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana dimana sahaja ada ceramah Anwar maka Ummi Hafilda akan berada di situ bagi mendedahkan sikap sebenar mantan TPM itu.

Terkadang di sesetengah tempat, ceramahnya sengaja diadakan bagi tujuan untuk menganggu ceramah umum yang melibatkan Anwar Ibrahim.

Siapa Yang Bayar Ummi Jelajah Seluruh Malaysia
Soalnya benarkah kehadiran Ummi itu tidak diundang seperti kata TPM Muhyiddin Yassin. Katanya Ummi datang dengan rela hati dan UMNO tidak melarang beliau berkempen mendedahkan rahsia peribadi Anwar.
Masalahnya, jika bukan UMNO BN yang mengatur jadual ceramah Ummi maka siapa lagi yang bertanggungjawab.

Bukankah JASA itu terletak dibawah UMNO?. Dan difahamkan juga pihak JASA yang mengundang dan membawa Ummi turun ke dua lokasi berkenaan.

Maknanya, UMNO yang mengatur jadual ceramah Ummi ketika itu. Anehnya, Muhyiddin boleh berdolak dalih kononnya Ummi tidak dibayar dan sebagainya.

Namun umum lebih mengetahui siapakah yang membayar Ummi Hafilda untuk menjelajah ke serata negara bagi membongkarkan apa yang dikatakan rahsia peribadi Anwar Ibrahim ini.


Anehnya, setiap pendedahan yang dibuat beserta dengan bukti-bukti kukuh itu langsung tidak dijawab Anwar. Malah, Ketua Umum PKR itu menganggap Ummi hanyalah seperti seekor nyamuk yang tidak perlu dilayan.

Masalahnya, kini ramai yang takut pendedahan yang dibuat oleh Ummi itu bakal memberi kesan yang mendalam kepada rakyat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Jika sesuatu gagal dilaksanakan, maka sudah pasti akhirnya rakyat terutamanya pengundi atas pagar akan percaya segala kenyataan yang telah pun dibuat secara eksklusif oleh Ummi Hafilda itu sebenarnya.

Kenapa Dulu Dia Tidak Dedah Bukti Di Mahkamah
Soalnya sekarang, ramai yang terkejut kerana Ummi kini menjadi juara saman menyaman. Jika sebelum ini beliau dengan bangganya menyaman Anwar, Wan Azizah, Karpal Singh dan parti PAS sebanyak RM700 Juta atas berbagai pertuduhan.

Terbaru, semalam beliaumemfailkan pula saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda (foto) dan juga portal Malaysiakini.
Sebelum ini Baginda pernah mendedahkan hubungan sulitnya dengan Ummi Hafilda dan wanita itu pernah menceritakan kepadanya tentang konspirasi yang dilakukan secara terancang untuk mensabitkan Anwar dengan pertuduhan liwat pertama dulu.

Pengakuan yang dibuat oleh Baginda telah menyebabkan Ummi menjadi marah dan terpaksa mengambil tindakan saman terhadap beliau.


Soalnya sekarang, kenapa Ummi Hafilda tiba-tiba begitu berselera menyaman pihak-pihak tertentu. Jika dicampur jumlahnya kini Ummi mempunyai RM800 juta kiranya beliau menang dan mendapat jumlah saman yang dinyatakan.

Cuma apa yang memusykilkan ialah jika benar segala dakwaan Ummi seperti yang diwar-warkan kepada media sekarang, kenapakah semua itu tidak didedahkan olehnya ketika menjadi saksi utama perbicaraan kes liwat I dulu. Kenapa segala bukti dan dokumen berkenaan tidak dibawa ke mahkamah?.

Bukankah jika ketika itu dia berani seperti sekarang, maka tidak mungkin Anwar boleh dibebaskan sebenarnya. Dokumen-dokumen itu sudah cukup untuk memastikan Anwar terus merengkok dalam sel penjara Sg.Buloh buat beberapa ketika lagi.

Tetapi, kenapa ini tidak berlaku dan baru sekarang mahu dikatakan "dia ada bukti"?. Bukankah ini sesuatu yang amat kontroversi.

[Ramai yang tertanya-tanya kini, apa motifnya hinggakan Ummi mengambil masa yang terlalu lama untuk mendedahkan segala bukti-bukti berkenaan. Jika ini keadaannya, beliau jelas sekali telah menghina keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar dulu.

Peguamnya juga boleh meminta mahkamah mengkaji semula keputusan membebaskan Anwar dulu. Itu pun jika beliau benar-benar mempunyai bukti kukuh penglibatan Anwar dan Azmin atas apa yang dinyatakan dalam ceramahnya itu.

Jika tidak pasti rakyat tidak akan percaya segala pendedahan yang dilakukan oleh Ummi Hafilda, kerana bagi mereka wanita tersebut kini sudah dibeli untuk tujuan memastkikan Anwar kembali ke penjara sebelum PRU13 nanti agaknya?.

Justeru itu, Ummi tidak boleh terlalu mendabik dada kononnya dia berada di pihak yang benar sekarang. Kerana jika dia benar, sepatutnya segala bukti dan dokumen berkenaan sudah pun dijadikan bahan bukti kukuh untuk mensabitkan Anwar dengan segala tuduhan yang dikemukakan itu. Inilah yang memusykilkan rakyat sekarang.

Jika tidak, Ummi boleh didakwa kerana menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dulu]./
PDO

habis modal punca isu DNA anwar diperbesarkan

 

SHAH ALAM 18 MAC : Dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat di negeri ini, Umno-Barisan Nasional dilihat semakin terdesak sehingga menggunakan pelbagai taktik tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anggerik, Yaakob sapari.

Buntu untuk mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menebal kepada Pakatan Rakyat, isu penyerahan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimp pula dijadikan modal politik murahan Umno.

"Mana ada prosedur mahkamah, dah habis perbicaraan baru cari bukti, bila cukup bukti baru prosiding mahkamah diteruskan, dah habis mahkamah baru nak cari
bukti, ini mahkamah mana? Mahkamah serba boleh Barisan Nasional.


"Pakar yang mengatakan, doktor mengesahkan, dalam dubur Saiful itu ada DNA sendiri, perkara ini dah jadi lawak dalam mahkamah, Umno kehilangan idea,"katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah Mega "Ubah Sekarang, Tolak BN" di Dewan Beringin Seksyen 24, di sini, malam tadi.

Bukan itu sahaja katanya, Umno-BN sekali lagi menggunakan strategi jahat mereka dengan memberikan kad pengenalan (IC) kepada golongan bukan warganegara
Malaysia untuk memenangkan mereka pada pilihanraya.

Jelas Yaakob, taktik sama pernah digunapakai oleh Umno-BN di Sabah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah disebabkan projek IC ini apabila sebanyak 1.5 juta
IC palsu dilepaskan.

"Hari ini dia (BN) nak tawan Selangor, maka projek IC berlaku sekali lagi, Indonesia, Pakistan dapat IC.

"Jadi mereka (BN) dah hilang punca, negara sanggup digadai yang penting pertahankan nak tawan Selangor,"katanya lagi.

Turut hadir ceramah berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad, Bob Lokman, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad

Rupa-rupanya Artis Ini Anak Muhyiddin Yassin

 

 


mStar Online menyebut nama Najwa Mahiaddin, mengikut carian di internet memang betul anak Muhyiddin Yassin. mStar menulis namanya Najwa Mahiaddin.

Kesibukan dengan pengajian di Berklee College of Music, Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat, tidak menghalang penyanyi muzik soul, Najwa Mahiaddin, 25, untuk merealisasikan impiannya dengan melahirkan sebuah album sulungnya berjudul Innocent Soul.

Najwa berkata, keinginannya untuk memiliki sebuah album ditanam sejak berusia tujuh tahun lagi dan ia diibaratkan seperti bayi pertama dalam hidupnya sebagai seorang penyanyi.

Album ini mengandungi sebanyak 10 buah lagu dan kesemua lagu yang dihasilkan merupakan koleksi lagu yang ditulis sejak saya berusia 16 tahun. Bagi saya, setiap lagu yang dihasilkan ibarat sebuah diari.

Bolehlah Muhyiddin rapat-rapat dengan Ismail Sabri, yang anaknya juga seorang artis.

Nak tunggu juga, bila anak menteri menjadi pendakwah bebas macam Cat Stevan. Oooo... mereka kena menyanyi biar tersohor dulu baru boleh berdakwah!!

TSUNAMI:TELADAN AL QURAN DARI KISAH NABI NUH a.s


 


Tsunami melanda negara Jepun. Sepastinya bencana Tsunami tersebut mengingatkan kita kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam. Pada tsunami 2004, kematian mencecah lebih 120,000 dan tsunami di Jepun, setakat ini disahkan hampir 15,000 mangsa terkorban.

Banjir di zaman Nabi Nuh a.s. diketahui adalah banjir yang meliputi keseluruhan muka bumi dan pengetahuan tentang pernahnya berlaku banjir besar itu, diiktiraf oleh semua tamadun manusia.

Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh Alaihi as-Salaam itu dijadikan iktibar. Ini adalah kerana, Allah SWT mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus menjadi peringatan, amaran dan pengajaran bagi sekalian umat manusia, mukmin dan kafir. Firman Allah SWT di dalam surah al-Haaqqah ayat 11-12:

“Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya, Kami telah damparkan kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh) itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa tersebut sebagai teladan bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-orang yang mahu menerima pengajaran”

Apabila kita meneliti beberapa potongan ayat al-Quran tentang bencana di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam, saya mendapat kefahaman bahawa ia tidak jauh berbeza dengan bencana Tsunami 2004 dan 2011. Cuma mungkin berbeza dari segi skala kerana Tsunami yang Allah SWT datangkan kepada kita hanya menelan manusia yang menghuni daratan perairan tertentu, tidak segenap pelusuk bumi.

Renungilah ayat-ayat di dalam surah Hud ayat 40 – 41 berikut:

“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ”


Kemunculan banjir besar di zaman Nuh itu bermula dengan limpahan air dari apa yang diistilahkan oleh al-Quran sebagai at-Tannur. At-Tannur ini pada makna asalnya adalah ketuhar atau oven yang digunakan untuk membakar roti. Ia dinamakan sedemikian rupa kerana di dalam ketuhar tersebut api marak membakar menyala-nyala di dalamnya.

Alangkah ganjilnya apabila kita cuba berfikir, bagaimana air keluar melimpah dari ketuhar yang di dalamnya api menyala-nyala!

Liqa’ Mutahaab FiLlaah

Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi di dalam kitabnya Al-Qasas Al-Qurani: ‘Ard Waqaa’ie’ wa Tahlil Ahdaath [Darul Qalam 1419H / 1998M] menyatakan bahawa hikmah Allah SWT di dalam hal ini amatlah besar. Sesuatu yang diketahui umum, air berfungsi memadamkan api. Akan tetapi jika api itu menyala-nyala di tengah air, bagaimanakah ia boleh dipadamkan? Bagaimanakah api dan air boleh ‘mesra’ di dalam ketuhar yang membakar itu?

Sesungguhnya fenomena seperti ini menggambarkan betapa miskinnya qudrat manusia untuk memadamkan api yang menyala-nyala itu sebagaimana mereka juga tidak mampu mengekang air yang melimpah-limpah dari punca api tersebut. [mukasurat 191]

Kita melihat fenomena banjir dan ombak besar di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam dan hubungkaitnya dengan ‘ketuhar’ itu dari satu sudut lain yang mungkin boleh difikirkan bersama. Pada tsunami 2004 dulu, kita sama-sama difahamkan bahawa ombak Tsunami iti dicetuskan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar Lautan Hindi berhampiran Sumatera. Gempa bumi ini berkait rapat dengan Lingkaran Api Pasifik. Batu batan dan api yang membara di perut bumi ini menjadikan kawasan terbabit tidak stabil sehingga mencetuskan gelinciran benua dan jenis-jenis gempa bumi yang lain. Dalam erti kata yang lain, seolah-oleh ombak besar Tsunami ini datang dari ketuhar Lingkaran Api Pasifik yang disebutkan sebentar tadi.

Bahkan ombak besar yang melanda bencana di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam itu juga lebih hebat dari Tsunami itu. Ia digambarkan seperti gunung oleh Surah Hud ayat 42 – 43:

“Dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir.

Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. ”


Namun bagi kita hari ini, bagaimanakah sepatutnya kita mengambil pengiktibaran daripada bencana Tsunami tersebut? Apakah hanya dengan berfikir tentang usaha mengadakan sistem amaran awal semata-mata?

Kita bernasib baik kerana Tsunami itu tidak menelan semua sekali bahkan Malaysia mengalami keajaiban apabila angka kematiannya begitu kecil berbanding dengan negara jiran Acheh. Allah masih mengizinkan kita untuk bermuhasabah dan tidak membinasakan kita semua dengan suatu bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata. Firman Allah SWT:

“Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus” (Al-Anfaal: 25)

Tsunami tidak menelan Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong. Tsunami tidak mengundang rebah Flat Pekeliling di Kuala Lumpur walaupun gegarannya cukup kuat untuk mendesak penghuninya lari bertempiaran. Tsunami ini belum seperti ‘Tsunami di zaman Nuh Alayhi as-Salaam’.

Pertamanya, terimalah hakikat bahawa bencana ini bukan ‘kejadian alam tanpa sebab’. Ia adalah amaran Allah. Ia adalah peringatan yang maha menakutkan. Tsunami di Acheh misalnya, yang menyaksikan penindasan pemerintah yang membunuh jutaan penduduk yang mahukan Acheh berdiri bebas merdeka. Bukit bukau di Acheh menjadi gunung kubur manusia yang dibunuh kejam. Tsunami menelan Selatan Thailand yang baru sahaja bermandi darah Muslim Tak Bai, Masjid Kerisik dan sebagainya. Thailand itu juga menyajikan industri seks sebagai tarikan pelancong ke Phuket dan lain-lain.

Tsunami juga menelan Sri Langka dan India yang menjadi pentas tradisi menyembelih umat Islam. Tsunami juga menelan Maldives yang menjadi destinasi pelancongan pengunjung warga Barat sehinggakan nilai Islamnya langsung tenggelam tidak kelihatan. Sesungguhnya Tsunami menelan tanah air dan anak watan yang begitu peri lakunya. Amat pedih untuk menyebut hakikat ini, namun kita perlu akur.

Janganlah terlalu saintifik sehingga tidak sudi memikirkan hakikat ini. Tiada kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kecuali dengan asbab. Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

Seterusnya, ingatlah kembali kepada apa yang telah disebutkan di awal tadi, bahawa Allah SWT mengekalkan kisah ini di dalam ingatan sekalian manusia, agar kita semua mengambil peringatan.

Qatadah telah menyebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari [Sahih al-Bukhari nombor 4869], “Allah SWT telah mengekalkan kapal Nuh supaya ia sampai kepada pengetahuan generasi awal umat ini”.

Sebagai penutup, renungilah wasiat Nabi Nuh Alaihi as-Salaam kepada anak-anaknya yang beriman sebelum baginda wafat pulang kepada Allah.

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:

“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”


[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alaihi as-Salaam kepada anaknya sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya baginda. Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.

Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi. Sesungguhnya Syirik dan takabbur itu telah menjadi syiar dan cara hidup ramai manusia pada hari ini.

Manusia angkuh dengan Allah, orang ramai bongkak dengan hukum hakamNya, malah masih berani berpesta di Sungai Nibong walaupun bencana Tsunami hanya beberapa kilometer jaraknya. Selepas teguran dibuat oleh Mufti satu ketika dahulu dan orang ramai, TV3 masih tidak segan silu meneruskan silsilah Konsert Sure Heboh yang hanya mengukuhkan lagi hedonisma sebagai rukun kehidupan masyarakat sekarang. Di dalam beberapa pilihanraya kecil, parti kerajaan merancakkan program hiburan dengan lori 1Malaysia bersama penari separa bogel. Tidakkah sikap begini bermaksud memperlekehkan kebenaran? Bukankah sikap ini yang terpilih menjadi amaran Nabi Allah Nuh yang menyaksikan umatnya ditenggelamkan ‘Tsunami’?

Ada juga suara-suara yang membela kononnya, tsunami takkan berlaku di Malaysia. Kita selamat. Malah kita boleh bina logi nuklear kerana tsunami takkan berlaku di Malaysia, katanya. Kononnya kita mempunyai sistem kalis-gagal selaras dengan kemajuan yang telah dicapai oleh sains dan teknologi, dan orang ramai tidak perlu takut mengenai keselamatannya. (UKM Portal)

Keangkuhan suara itu samalah seperti keangkuhan suara anak Nabi Nuh seperti yang dikisahkan di dalam Surah Hud tadi. Ia benar-benar mencabar Allah s.w.t. Kita ulangkan petikan Surah Hud ayat 42 – 43 tadi:

“Dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir.

Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. ”


Apabila masyarakat kita diperingatkan dengan kebenaran, ramai yang gembira mempersendakan kebenaran tersebut. Ramai yang memperlekehkan ayat-ayat Allah tanpa segan silu. Bahkan dengan sifat jelek seperti itu, tidak hairan jika ramai pula yang zalim, menindas sesama manusia sama ada dengan kuasa, akta, mahu pun sikap dan tanduk di peringkat individu.

Apakah kita mahu menunggu sehingga bumi Malaysia tersenak hidung dengan gelimpangan mayat seperti di Jepun, di Acheh, baru mahu tersentak dari kelekaan semua dan selama ini? Setiap kali menonton siaran berita di televisyen, kita tidak dapat menahan sebak di dada. Tetapi apabila mengenangkan kebiadapan manusia hari ini, mungkin Tsunami sahaja yang mampu memecahkan tempurung kepala kita hari untuk untuk faham dan menginsafi kuasa Allah SWT. Ceramah tak makan, motivasi tak jalan, nasihat tak dilayan, teguran dipinggirkan, yang menang akhirnya tetap hiburan dan keseronokan. Tidakkah kita sebenarnya sudah terlalu jauh pergi meninggalkan sifat diri sebagai hamba Tuhan? Tepuk dada tanyalah iman…

Salam takziah untuk tamadun manusia.

”Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99

KERAJAAN PERLU HENTIKAN SEGERA CADANGAN BINA LOJI NUKLEAR

 


Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta kerajaan supaya menghentikan segera cadangan untuk membina loji nuklear dan empangan besar bagi menangani isu krisis tenaga kerana bimbang berlaku kebocoran reaktor seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini.

Presidennya S.M Mohamed Idris (gambar) berkata trajedi yang berlaku di Jepun menunjukkan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak mustahil Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada pengalaman lepas yang telah menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami akibat tenaga nuklear.

“Mana-mana negara termasuk Malaysia dengan aspirasi nuklear perlu pertimbangkan risiko bencana kemalangan sumbangan negatif utama teknologi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau berkata pada masa ini, jumlah penggunaan elektrik negara dianggarkan hanya 14,000 megawatt (MW) sedangkan kapasiti bekalan yang ada pula sebanyak 23,000 MW yang memberikan negara margin yang amat selesa.

Mohamed Idris berkata dengan rangka kerja yang berkesan, sempurna serta fiskal yang betul untuk tenaga diperbaharui, ia mampu menyumbang secara berkesan kepada rizab tenaga negara.

Katanya masyarakat dunia juga telah menyedari bahawa terdapat sumber tenaga. altenatif yang lebih selamat, murah dan boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin.

“Satu lagi cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah dengan memperbaiki kecekapan tenaga dalam semua sektor. Usaha ini perlu ditingkatkan kerana ia bergerak terlalu perlahan.

“Dengan menggabungkan langkah kecekapan tenaga dan tenaga diperbaharui, permintaan tenaga di negara ini akan berjaya dipenuhi. Kita tidak perlukan tenaga nuklear dan empangan besar,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw juga menggesa kerajaan persekutuan mempertimbangkan semula cadangan membina loji tenaga nuklear ekoran krisis di Jepun.

Beliau berkata kerajaan persekutuan perlu menjadikan kejadian di Jepun sebagai pengajaran dan tidak cuba untuk mengulangi perkara sama di Malaysia.

Tambah Dr Tan, laporan lengkap mengenai perkara itu harus dibentangkan agar rakyat mendapat penjelasan.

“Laporan lengkap mengenai cadangan projek dua loji kuasa nuklear di Malaysia mestilah dibentangkan, agar orang awam dapat memahaminya kerana projek ini dikehendaki melalui penelitian yang rapi sebelum keputusan diambil ekoran malapetaka nuklear Jepun yang sangat membimbangkan.

“Laporan yang lengkap wajib diadakan mengenai projek ini termasuk implikasi ekoran bencana loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi.

“Kementerian Tenaga dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia, ERMS, Lembaga Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia haruslah telus dan akauntabel mengenai data radiasi dan cadangan dua loji kuasa nuklear tersebut,” katanya. -TMI


NGO: Demi untung, jangan korbankan nyawa rakyat!

Dua pertubuhan bukan kerajaan secara terbuka meluahkan bantahan mereka berhubung tindakan kerajaan meluluskan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Gebeng, Kuantan.

Sehubungan itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan supaya segera membatalkan projek berkenaan.

“... amat khuatir dengan keputusan kerajaan negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang ini hanya menanti bencana untuk berlaku.

“Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan?” soal presiden dua pertubuhan itu, SM Mohamed Idris.

Menurutnya, SAM pada 2007 telah dijemput oleh kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi berdasarkan pengalamannya menangani pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.

“Berikutan itu, projek berkenaan telah ditolak oleh kerajaan Terengganu.

“Dalam tempoh tiga tahun lalu, CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya,” katanya.

Mohamed Idris juga mempertikaikan tindakan kerajaan BN yang membisu berhubung projek bernilai RM700 juta itu. Katanya, lebih membimbangkan projek pemprosesan tanah jarang itu tidak memerlukan penilaian kesan alam sekitar lengkap.

“Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita. Oleh itu tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.

“Syarikat itu menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi. Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan.

“Jangka panjang, pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan,” katanya.

Menurut Mohamed Idris, pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.

“Kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.

“Terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga,” katanya.

Menurutnya, isu lain yang dikhuatirkan ialah tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.

Justeru, kerajaan kata Mohamed Idris perlu menjawab sama ada mereka bersedia mengorbankan nyawa rakyat demi mendapatkan keuntungan. -mk

Wanita Islam Amerika Tidak Diizin Naiki Pesawat Kerana Pakai Tudung


San Diego (Amerika Syarikat): Seorang wanita Islam kelmarin berkata beliau mahu kakitangan penerbangan Southwest Airlines dikenakan tindakan disiplin kerana mengeluarkannya dari pesawat hanya kerana beliau memakai tudung.

Cik Irum Abbasi, 31 tahun, memberitahu wartawan dalam satu sidang akhbar di luar lapangan terbang San Diego bahawa beliau dipaksa keluar dari pesawat menuju San Jose itu Ahad lalu kerana seorang pembantu penerbangan mencurigainya.

Menurut Cik Abbasi, beliau diberitahu bahawa seorang anak kapal terdengar beliau berkata 'It's a go' (boleh diteruskan) ketika beliau berbual menggunakan telefon bimbitnya.

Ibu tiga anak asal Pakistan itu berkata beliau berkata 'I've got to go' (Saya perlu pergi) sebelum meletakkan telefon kerana pesawat itu akan berlepas.

Beliau percaya kakitangan itu membuat andaian tersebut kerana beliau memakai tudung.

Selepas menepuk tudung Cik Abbasi untuk memeriksanya dan bercakap kepada beliau, ejen-ejen Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan menyedari kesilapan itu.

Namun, mereka tidak membenarkannya menaiki pesawat itu dan memberitahu Cik Abbasi kakitangan pesawat tidak selesa dengannya. Beliau diizin menaiki penerbangan lain.

'Saya menangis,' kata Cik Abbasi. 'Saya sudah 10 tahun tinggal di Amerika. Saya warga Amerika.'

Jurucakap Southwest, Encik Chris Mainz, berkata syarikat itu telah dua kali meminta maaf kepada Cik Abbasi dan memberinya baucar penerbangan lain.

Cik Abbasi berkata perkara itu berkait dengan sentimen anti-Muslim di Amerika dan berkata ia angkara satu perbicaraan kongres berkenaan Muslim Amerika yang radikal. -- AP

Malapetake atau Bala atau Memang telah di TAKDIRKAN ?

 

Bala Tuhan atau bencana alam? Konflik perbahasan yang panjang dan lama. Sekian lama menjadi perbincangan diseluruh dunia bahkan dalam dunia Islam sendiri.

Naluri beragama akan menyedari adanya kuasa besar disebalik kejadian malapetaka atau kenikmatan yang berlaku didunia ini. Tinggal lagi sejauh-mana penerimaan seseorang dikala panik atau keributan menghadapi suasana kesukaran sedemikian.

Gabernor Tokyo, Shintaro Ishihara telah menjadi serangan kemarahan di Jepun apabila didakwa mengatakan bahwa bencana yang menimpa Jepun ketika ini adalah "hukuman Tuhan". Beliau kemudiannya memohon maaf daripada orang-ramai. "(Pernyataan) itu sangat melukai orang-ramai dan mangsa korban dari Tokyo," katanya dalam siding media. "Saya minta maaf banyak-banyak."

Ishihara, 78, mengatakan kelmarin bahawa orang Jepun sekarang ini telah menjadi "serakah" dan menceritakan beberapa kes orang-orang yang terus mengambil duit pencen orang tua mereka tanpa memberitahu kematian orang tuanya.

"Hal ini (bencana tsunami ini) diperlukan untuk membersihkan pemikiran serakah tersebut." katanya kepada wartawan. "Saya pikir itu adalah hukuman ilahi."

Ishihara kemudian menarik balik kenyataan tersebut. Gabernor yang juga bertugas di parlimen negara itu mengumumkan pencalonannya untuk jawatannya bagi penggal keempat pada hari Jumat ketika Tsunami terjadi.

Ishihara sendiri dikenali kerana pandangan nasionalisme Jepunnya dan membantah kekejaman Jepun sebelum dan selama Perang Dunia II seperti Rape of Nanking.

Bagi sebuah negara maju dan canggih seperti Jepun, ianya sepatutnya menjadi peringatan besar tentang adanya hari kiamat yang lebih hebat dan menggerunkan. Kalau Tsunami di Aceh, dianggap negara miskin dan ketinggalan kemodenan. Kini Negara hebat seperti Jepun, yang pernah diambil polisi ‘pandang ke timur’ oleh negara kita, juga tak tertanggung menghadapai fenomena musibah seperti ini. Meskipun adalah peralatan hebat, peringatan awal bencana alam… kini hamper 13 ribu dikatakan menjadi korban tsunami dan kini hidup ketakutan dengan tenaga nuklear yang mereka amat bergantung harap sebagai sumber tenaga kehidupan mereka selama ini. Seolah bakal menjadi musuh kepada manusia.

Bagi umat Islam, kita telah dididik dengan peringatan ilahi ini.
فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah al-Ankabut : 40
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).Surah Ar-Rum : 41

Bagi yang beriman dengan qadha’ dan qadar ia menerimanya sebagai ketentuan ilahi. Menyedari hikmah sebaliknya serta beriman akan adanya Hari Kiamat yang lebih dahsyat.

"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya dan manusia bertanya: "Apakah yang terjadi pada bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang demikian itu padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok untuk diperlihatkan kepada mereka balasan semua perbuatannya” Surah al-Zilzal: 1

@B.. insaf gua kejap beb.. terase betape keciknye kite berbanding dgn alam nie beb, ase cem nak mati jew beb, ase cem bile2 jew mesia pun bley kene beb.. akibat dari pemerintah mesia yg haramjadah selame ini beb, mari lew berubah beb, ubah gomen umno apco mesia pade PR yg berkebajikan beb.. he3

Gara-Gara Kebajikan Tidak Di Jaga, Maka Blogger Pembela Negara (BPN) Dan Puak Unit Media Baru (UMB) UMNO Akhirnya Bertempur Di Alam Siber !

 

Terkadang kami rasa simpati dengan nasib yang menimpa puak Blogger Pembela Negara (BPN), iaitu satu kumpulan blogger "hardcore" yang kerjanya menyokong apa saja kerja buat Kerajaan UMNO BN tanpa menggunakan otak dan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Mereka menyokong secara membuta tuli segala yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN hatta merasuah, menipu rakyat, menyeleweng wang rakyat dan menindas rakyat. Malah, kalau ditanya kepada blogger-blogger ini, bagi mereka hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini sehingga ke hari kiamat. Iman dalam dada mereka terlalu nipis untuk melihat kebenaran. Mereka lebih rela menerima hakikat bahawa "pakatan karat" itulah yang patut memimpin negara ini biarpun tahu bahawa sejak akhir-akhir ini mereka sendiri tertipu dengan segala janji-janji manis oleh pemimpin UMNO BN itu sendiri. Terbaru, krisis diantara bloggers dengan Unit Media Baru UMNO (UMB) yang berlarutan sehingga menyebabkan berlakunya cabar mencabar dan tuduh menuduh antara satu sama lain. Bagi BPN mereka kecewa kerana tidak mendapat layanan istimewa seperti UMB setiap kali berlakunya pilihanraya. Terbaru, di Kerdau dan Merlimau yang menyaksikan BN menang "tak bermaruah" di kedua-dua kawasan itu. Puak-puak BPN kecewa kebajikan mereka tidak dijaga sedangkan sebelah pihak lagi "ditatang bagai minyak yang penuh". Sedangkan, bagi mereka BPN telah menjalankan tugas lebih baik dari UMB itu sendiri. Kekecewaan itu tambah berpanjangan hingga ada sikap tidak puas hati dan kecewa atas perjuangan "mata pena" mereka selama ini.


Logo Blogger Pembela Negara VS Unit Media Baru UMNO

Malah, paling menarik mereka bukan sahaja bergaduh sesama sendiri tetapi juga sanggup menyerang pemimpin UMNO sedia ada sekarang. Antara pemimpin yang terus diserang oleh BPN ialah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan terbaru Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdulah (Ahli Parlimen Temerloh). Berbagai tuduhan dibuat kepada pemimpin terbabit kononnya mereka adalah "Kuda Trojan PKR" dalam UMNO dan mendesak PM memecat Saifuddin daripada kabinetnya. Maknanya, kumpulan ini akan menentang mana-mana pemimpin UMNO yang cuba untuk menyatakan kebenaran seperti apa yang berlaku kepada Saifuddin yang banyak mempertahankan hak-hak dan kebebesan Mahasiswa dan mahu Akta Universiti Kolej & Universiti (AUKU) dikaji semula selasa dengan perkembangan semasa. Maka, Saifuddin dituduh pengkhianat hanya kerana hadir dalam satu majlis forum bersama Nurul Izzah Anwar di Universiti Malaya baru-baru ini.

Blogger BPN Pahang, Braveheart Makin Meracau
Di Pahang, blogger BPN yang paling "hardcore" ialah Braveheart (foto). Beliau antara blogger terawal dan terunggul menyokong kerajaan UMNO BN di Pahang dengan membuta tuli. Baginya hanya UMNO yang layak memerintah negeri Pahang walau pun tahu isu rasuah, penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Braveheart dilihat semakin "kemaruk" selepas "Bossnya" yang mahu diangkat semula sebagai pemimpin UMNO Pahang tiba-tiba menghembuskan nafas yang terakhir pada 28 Februari lalu. Beliau yang dimaksudkan ialah Dato' Azizan Yaakob, blogger Melayu Raya Daily yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar. Braveheart antara orang yang kecewa apabila Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob membuang nama Dato' Azizan sebagai calon Pilihanraya Umum ke-10 ketika itu. Baginya pemimpin terbabit masih muda dan mempunyai tenaga untuk menyumbangkan jasa. Malah Dato' Azizan dipercayai pernah mendapat anugerah daripada PM Mahathir Mohamad satu ketika dulu. Bagi Bravehearts, tindakan MB tidak mencalonkan Datuk Azizan sesuatu yang amat malang. Justeru itu, beliau dan proksi-proksinya di Jerantut berusaha untuk menganggat semula pemimpin terbabit. Malah, terdapat juga satu "master plan" yang dibuat untuk memastikan Dato' Azizan bangkit semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Mereka mahu beliau menjadi calon Parlimen Jerantut bagi menggantikan wakil rakyat sedia ada. Malah, banyak blog-blog yang pro kepada UMNO dibina oleh Bravehearts untuk menjatuhkan UMNO Jerantut sendiri. Sebab itu kita tidak hairan,blog terbabit banyak menyerang pemimpin UMNO bahagian itu, sedangkan mereka pro UMNO.


Blogger Dato' Azizan (melayurayadaily) dan juga Aku yang Gambi
yang kembali ke rahmatullah harus dijadikan ikhtibar oleh Braveheart
Semua itu bagi memastikan pemimpin yang ada sekarang dijatuhkan dan ditolak rakyat dan pemimpin yang mereka kehendaki diangkat. Inilah perancangan licik yang tidak diketahui oleh pemimpin UMNO Jerantut sebenarnya. Namun, Allah lebih sayang kepada Datuk Azizan dan beliau telah kembali ke rahmatullah hujung bulan lalu. Ini menyebabkan, Braveheart dan team bloggernya di Jerantut bagai "cacing kepanasan" dan mula "meracau tidak tentu hala". Mereka menyerang Pahang Daily Online yang terus membongkarkan kepincangan UMNO BN itu. Sebaliknya mereka terus menyokong parti yang telah banyak merosakkan masa depan orang Melayu itu sendiri. Inilah kesilapan besar Braveheart sebenarnya. Dia langsung tidak boleh menilai kedaifan hidup Arwah Yang Gambi hingga langsung tidak diberi perhatian oleh pemimpin UMNO Pahang apatah lagi MB. Blogger yang banyak berjasa kepada UMNO tidak dilayan dengan baik hingga ke akhir hayatnya. Itupun Bravehearts masih mahu menaruh harapan agar UMNO BN diberi kedudukan yang sewajarnya. Kononnya mereka berada di landasan yang betul dan dipihak yang benar. Inilah khayalan puak-puak BPN sejak dulu, kini dan selamanya.

[Kesimpulannya, inilah yang berlaku apabila puak-puak blogger yang pada mulanya konon ikhlas berjuang tetapi akhirnya tertewas dengan wang ringgit dan janji-janji manis pemimpin UMNO sejak sekian lama. Malah ada dikalangan blogger terbabit yang dijanjikan laptop, broadband dan elaun, namun hingga kini semuanya nampak tidak kunjung tiba. Lantaran itulah puak Blogger Pembela Negara (BPN) kecewa apabila puak Unit Media Baru (UMB) yang kerjanya tak seberapa tapi dilayan sedemikian rupa. Malah mereka turut mendapat berbagai kemudahan daripada pihak kerajaan UMNO BN termasuk di mana-mana pilihanraya kecil. Sedangkan dalam masa yang sama team BPN terpaksa menggunakan modal sendiri untuk turun ke lokasi yang berkenaan. Malah mereka juga tidak diberikan elaun atau lain-lain kemudahan hatta pas media untuk masuk dalam mana-mana sidang media yang dibuat oleh pihak UMNO BN itu sendiri. Inilah yang menyebabkan mereka tawar hati dan ada sesetengahnya bercita-cita mahu meletakkan jawatan selepas PRU-13 nanti, termasuklah si Blogger Braveheart itu. Natijahnya, bila perjuangan membela puak-puak yang khianat maka akhirnya mereka akan dikhianati. Semoga mereka semua akan insaf sebelum dijemput ke alam barzakh seperti apa yang berlaku kepada dua blogger BPN dari Pahang iaitu Yang Gambi dan Datuk Azizan baru-baru ini. Penghinaan dan cacian yang dibuat kepada golongan ulamak amat keterlaluan dan menjijikkan. Semoga Allah ampunkan dosa mereka