Saturday, December 31

PENYERAGAMAN SILIBUS USRAH ORGANISASI


Print
Kiriman ini berupa petikan kertas kerja “Usrah dan Pelaksanaannya: Penyeragaman Pengisian dan Tindakan” yang ditulis oleh Ustaz Yahya Haji Othman. Menurut Ustaz Yahya, bahan rujukan usrah memainkan peranan yang utama untuk membentuk pemikiran ahli-ahli jemaah ke arah kesatuan pemikiran (wahdatul fikri) dan bersatu hati (wahdatul qalbi). Beliau menegaskan bahawa kesatuan pemikiran dan bersatu hati bermula daripada kesatuan bahan bacaan (wahdatul qiraah), yang seterusnya menatijahkan kesatuan cara (wahdatul uslub). Oleh sebab itu, bahan rujukan untuk usrah hendaklah diseragamkan.

Berikut ini disalinkan senarai bahan bacaan yang terdapat dalam kertas kerja tersebut. Dalam kertas kerja itu, Ustaz Yahya cuma memberikan nama sumber dan penulisnya sahaja. Mudah-mudahan senarai ini bermanfaat, khususnya untuk mereka yang bukan dalam bidang agama dan baharu berjinak-jinak dengan usrah.

Silibus : TAFSIR AL QUR’AN
  1. Tafsir Ibnu Katsir. Versi Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsir, terjemahan H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1994/1998, 8 jilid.
  2. Tafsir Safwatut Tafasir, kerangan Sheikh Mohamad Ali as Sabuni. Untuk memudahkah kumpulan usrah, gunakan versi terjemahan tafsir ini sebagai bahan rujukan ketika membicarakan ayat-ayat yang berkaitan.
  3. Tafsir Pimpinan Al Rahman kepada Pengertian Al Qur’an (Jawi), diterjemah serta diberikan penjelasan oleh Syeikh Abdullah bin Muhammad Basmih, Kuala Lumpur, Jabatan Perdana Menteri, 1988. Versi cetakan terbaharu yang lebih kecil dan kemas, termasuk versi huruf Rumi, di pasaran.
  4. Tafsir Fi Zilal Al Quran, Sayid Qutub. Versi bahasa Melayu (beberapa jilid mengikut juzuk tertentu) alih bahasa oleh Yusof Zaki Yaakob, Kota Baharu, Dian Darulnaim Sdn. Bhd, 1983—1988 (berlainan tahun).
Silibus : AL HADIS AN NABAWI
  1. Matan Arbain An Nawawiyyah, Imam an-Nawawi. Edisi bahasa Melayu (Rumi) ialah Hadith 40 (Terjemah dan Syarahnya) susunan Mustafa ‘Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Dewan Pustaka Fajar, 1989. Cetakan terbaharu mudah diperoleh di pasaran.
  2. Riadhus Shalihin. Versi Terjemahan Riadhus Shalihin oleh Salim Bahreisy, Bandung, Penerbit Pt Al Ma‘arif, 1977 (dua jilid). Cetakan terbaharu yang dijadikan satu jilid mudah diperoleh di pasaran.
  3. Misykatul Masobih, karangan Imam Al Khatib Tabrizi.
  4. Bulughul Muram min adillatil Al Ahkam, susunan Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani.
  5. Mastika Hadis. Diusahakan bersama oleh Sohibul Fadilah Datuk Haji Muhammad Nor bin Haji Ibrahim, Al Fadhil Tuan Haji Ismail bin Haji Yusof, dan Syeikh Abdullah bin Muhammad Basmih. Diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, cetakan ketiga (Jawi), 1991, mengandungi dua jilid. Sudah ada cetakan terbaharu dan Edisi Rumi.
  6. Sunan Sittah yang merangkumi enam (6) kitab ulama hadis muktabar iaitu, Sahih Bukhari (mengajar cara istinbat hukum dan menyatakan hadis paling sahih), Sahih Muslim(memperbanyakkan hadis sahih), Sunan At Tirmizi (menyebut ikhtilaf ulamak), Sunan Abi Daud(menyebut dalil sandaran ulamak), Sunan Nasaie (mengajar supaya meneliti hadis perawi), Sunan Ibnu Majah (menguji kefahaman dalam bidang hadis).
Silibus : SIRAH AN NABAWIYYAH
  1. Nurul Yaqin, karangan Sheikh Khudari Bik.
  2. As Sirah an Nabawiyyah Durusun wa ‘Ibar, Dr. Mustafa as-Siba’ie.
  3. Fiqh As Sirah An Nabawiyyah, Dr. Said Ramadhan Al Buti.
  4. Fiqhus Sirah, Sheikh Muhammad Al Ghazali.
  5. Al Manhaj Al Haraki Lis Sirah An Nabawiyyah, Dr.Munir Al Ghadban.
  6. Daulatur Rasul Min At Takwin Ila At Tamkin, Dr. Kamal Salamah Ad Daqs.
Silibus : Aqidah
  1. Al Aqidah Al Islamiyyah, Imam Hassan Al Banna.
  2. Muqadimah Aqidah Al Muslimin oleh Haji Abdul hadi Awang, G. G. Edar, Kuala Lumpur 1989 (edisi baru), 146 halaman. Huraian mukadimah ini termuat dalam beberapa buah buku lain seperti "Beriman kepada Allah" (G. G. Edar 1992) dan "Beriman kepada Hari Akhirat" (G. G. Edar 1994).
  3. Aqidah At Thohawiyyah.
Rujukan Tambahan

Bagi memantapkan “Tasawur Al Islam Al Haraki” dan bagi melengkapkan fikrah ahli dengan berbagai aspek hidup dicadangkan beberapa kitab rujukan tambahan antaranya :
  1. Usul Dua Puluh, Imam Hassan Al Banna.
  2. Usul Dakwah, Dr. Abdul Karim Zaidan.
  3. Fiqhud Da’wah oleh M. Natsir, Pustaka Al Ameen, Kuala Lumpur, 1984.
  4. Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam, Abu Hassan Ali An Nadwi (edisi terjemahan).
  5. Al Adalah Al Ijtima’iyyah, Sayyid Qutub.
  6. Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqah, Said Hawwa.
  7. Nahwu Islamin Siyasiyyin, Dr. Fahmi Asy Syaqawi.
  8. Bekalan Dakwah, Mustafa Masyhur.
  9. Minhaj Al Muslim, Abu Bakar Al Jazairi.
  10. As Syabab Al Muslim Fi Muwajahah At Tahaddiyyat, Abdullah Nasih ‘Ulwan.
  11. Hatta La Takuna Fitnah, Fahmi Huwairi.
  12. Kaifa Nata’amalu Ma’a Al Qur’an, Sheikh Muhammad Al Ghazali.
  13. Ma’alaim Al Manhaj Al Islami, Dr. Muhammad Imarah.
  14. Min Ajli Bina’ As Syakhsiyyah Al Islamiyyah, Muhammad Al Hadi Zayyan.
  15. Syakhsiyyatul Muslim Kama Yasughuha Al Islam Fi Al Kitab wa As Sunnah, Dr. Muhammad Ali Al Hasyimi.
  16. Mu’awwiqat Tahtbiq Asy Syari’ah Al Islamiyyah, Manna’ Qatthan.
  17. Auwaliyyat Al Harakah Al Islamiyyah, Dr. Yusuff al-Qaradhawi.
  18. Al Islam, Said Hawwa dan kitab-kitab lain yang sesuai.
Menurut Ustaz Yahya lagi, usrah diperkenalkan secara menyeluruh dalam jemaah mulai tahun 1982. Pada masa itu bahan rujukan tidak banyak. Kini rujukan usrah seperti buku dan kertas kerja semakin banyak. Kini mustahil usrah tidak dapat dilaksanakan semata-mata disebabkan oleh ketiadaan bahan rujukan, malah rujukan-rujukan yang telah disebutkan di atas ini boleh ditambah lagi kitab-kitabnya yang difikirkan sesuai. Oleh kerana terdapat pelbagai jenis usrah, bahan rujukan hendaklah disesuaikan dengan matlamat, peringkat dan pelbagai faktor lain yang melatari sesuatu usrah itu. Info ini hendaklah dijadikan perbandingan sahaja.

Penyeragaman Tajuk

Tajuk yang disampaikan dalam usrah juga mesti diseragamkan. Nuqaba’ bertanggungjawab melaksanakannya. Antara tajuk yang sesuai adalah seperti yang berikut :
  • Peringkat Cawangan (Al Anshar): aqidah, ibadah, al wala’ (ketaatan), akhlak, aurad (wirid-wirid) dan menghadiri majlis-majlis ilmu.
  • Peringkat Kawasan (Al ‘Amilin): merendah diri terhadap orang-orang Mukmin, ukhuwah, mahabbah, jihad, perkara-perkara yang berhubung dengan soal kerohanian, Durus Fi al Amni, menyembunyikan rahsia, qiamullail, amar ma’ruf dan ziarah.
  • Peringkat Perhubungan (An Nuqaba’) : berhikmah, pengamatan, khidmat, pemurah, berani, ketaatan, syura, beramal, berbincang secara berhalaqah dan mengeluarkan para da‘ie.
  • Peringkat Pusat (An Nuwwab) : benar, amanah, komitmen, kebijaksanaan, tabligh, Al Mursyid, Al Mujtahid dan sebagainya.
Insya-Allah, dengan terlaksananya program yang diatur dan pengisian yang diseragamkan, serta tindakan yang jitu melalui mekanisme yang tersusun, usrah dan tarbiah akan berjalan lancar diharap menghasilkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang layak menerima “nasrun minallah” (pertolongan daripada Allah). As Syeikh Hassan Al Hudhaibi R.H pernah menegaskan, “Dirikanlah negara Islam dalam dirimu, nanti ia akan tertegak pula di atas tanah air kamu”.

Ucapan Tahun Baru Untuk lembUMNO


Aku mengucapkan selamat terus membodohkan diri pada tahun 2012 kepada lembUMNO sekelian yang masih bodoh tak sudah sudah...


Kepada Panglima Ludah berantai dan konco konconya... Selamat meludah demi KETUANAN MELAYU.. 


Tidak ketinggalan para beruk beruk upahan yang sentiasa melalak lalak terlompat lompat nakkan pisang...


dan HERO KETUANAN MELAYU TERAKHIR.... yang ekzosnya hebat hingga tiada melayu lain sehebat ekzos miliknya... 


OOoooohh yeeee.. Tidak lupa juga pada seekor.... bukan lembu, bukan beruk... tapi GORILLA yang dibela puak puak ni.. yang hobinya suka layan bende LUCAH... 


Rasenye cukup laaaaaaaa.. pada yang xde tu jangan kecik hati... ok? eeeeeekekekeeee..

Friday, December 30

AZIZ BARI calon PAS?




Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau “tidak ghairah” tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.
Beliau belum lagi memutuskan untuk bertanding mewakili mana-mana parti samada DAP, PAS atau PKR. Aziz boleh sahaja bertanding di mana-mana yang beliau suka jika ketiga-tiga memberikan laluan kepada beliau. 
Komitmen dan keberanian Aziz mengeluarkan pendapat dan cadangan memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau berani berkata benar di saat ahli akademik lain menjadi pengampu dan pengipas kerajaan Haji Najib.
Semoga sumbangan Aziz kepada politik tanahair dapat merubah negara kita menjadi negara yang maju dari semua segi.
Aziz berasal dari Sabak Bernam, jadi negeri Selangor merupakan negeri paling sesuai untuk beliau bertanding dan menyumbang buah fikiran dan pendapatnya kepada Selangor dan Malaysia. Sekarang ini terpulang kepada ketiga-tiga parti untuk memberikan laluan kepada Aziz.

Thursday, December 22

Mahasiswa boleh berpolitik kalau sokong Najib!


Kongsi99

SELAMA ini semua orang sedia maklum bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti, AUKU diwujudkan untuk melarang mahasiswa daripada menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik.

Pelajar dihalang berpolitik dengan alasan mereka harus menghabiskan pengajian terlebih dahulu supaya dapat menumpukan diri kepada pelajaran.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat mempunyai pandangan yang berbeza, mereka menyokong mahasiswa untuk berpolitik. Kita sedia maklum bahawa Tun Mahathir mula berpolitik sejak di zaman kampus lagi begitu juga dengan Anwar Ibrahim.

Tapi bila Tun Mahathir sudah menjadi pemimpin, beliau melarang pula mahasiswa untuk berpolitik. Kenapa? Sifirnya mudah, mahasiswa dilarang berpolitik jika menyokong pembangkang, tapi kalau sokong Najib tak mengapa.

Nak berpolitik boleh tapi kena sokong Najib, kalau sokong selain kerajaan maka berpolitik menjadi haram dikalangan pelajar. Kalau sokong Najib barulah halal kah kah kah.



Ini semua taktik nak mempertahankan kuasa. Bila mahasiswa berdemo memperjuangkan kebebasan akademik, mereka halang, siap ada panglima yang nak tampar nak ludah mahasiswa.

Tapi bila sokong najib, maka tiba-tiba mahasiswa boleh pulak berpolitik. Ini kerja apa ni? Ini kerja pemimpin gila kuasa nak pertahankan kedudukan, orang lain tak boleh tapi mereka boleh!

ReJaM© "Kalau sokong Najib, kambeng pun boleh berpolitik kah kah kah

Kami mahu memartabatkan rakyat tetapi mereka... ada kesah??


 


GEORGETOWN, 21 DIS: Usaha kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan pemilikan tanah kepada rakyat Pulau Pinang dengan menukar status pajakan kepada pemilikan terus dihalang oleh wakil Barisan Nasional dan Majlis Tanah Negara.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, usaha tersebut tertakluk kepada keinginan Majlis Tanah Negara untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan dasar tersebut.

"Saya sebut kerajaan negeri dari segi dasar tanah negeri mahu berikan pemilikan terus kepada rumah kos rendah dengan premium minima atau percuma untuk memartabatkan rakyat supaya orang miskin dapat miliki rumah mereka selama-lamanya. Sungguhpun ini bukan janji dalam menifesto dalam pilihanraya umum yang lalu, tapi kita mahu berbuat demikian kerana ingin memertabatkan rakyat Pulau Pinang khususnya rakyat yang miskin.

"Tapi masalahnya cadangan ini mesti dibincangkan terlebih dahulu di Majlis Tanah Negara mengikut Perkara 91 Perlembangaan Persekutuan," katanya.

Jelas beliau, sungguhpun perkara ini diminta untuk dibincangkan, ianya tidak dapat dilakukan sehingga tahun depan dan pada masa yang sama wakil Barisan Nasional dalam Majlis Tanah Negara membantah dan menentang cadangan Pulau Pinang.

"Lewat bukan masalah kita. Lewat adalah masalah majlis tanah negara, tidak mahu berbincang sehingga tahun hadapan dan wakil-wakil BN mementang cadangan Pulau Pinang," katanya.

Beliau turut membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan beliau memberikan alasan kesukaran membuat pertukaran pemilikan terus menjadi punca kerajaan negeri tidak mahu membina rumah kos rendah.

"Tapi hari ini saya terkejut saya melihat dia (ahli Barisan Nasional) pula cakap lain. Saya tak sebut langsung rumah kos rendah. Tak sebut langsung rumah kos rendah dalam jawapan saya. Dia pula tambah, dia pula tipu dengan menyatakan saya beri alasan kerana tidak boleh tukar kepada pemilikan terus maka tidak mahu buat rumah kos rendah. Ini menunjukkan Chua Soi Lek memang suka tipu.

"Saya nak berikan nasihat, Chua Soi Lek, anda boleh menipu dengan awak punya anak, isteri, ahli keluarga, ahli MCA, ahli Barisan Nasional tetapi anda tidak boleh menipu dengan rakyat. Kerana apa yang saya cakap adalah jelas. Saya hanya cakap usaha kita untuk menukar kepada free hold rumah-rumah yang sedia ada, rumah kos rendah yang sedia ada daripada listhold kepada freehold tidak dapat diaksanakan kerana Majlis Tanah Negara masih tidak mahu membincangkan perkara ini," katanya.-TVS News

Apa sebenarnya yang Dr. Hasan Ali kata buat Mahfuz marah sangat?

ehsan dari blog,,CDK


Malaysiakini melaporkan:
Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.

katanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti exco kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar. - Mkini.
Kat bawah ni aku salin tampal ringkasan dari ucapan Dr. Hasan yang Papagomol buat
  • Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan parti PAS kian tergelincir daripada perjuangan asal dan berdepan kemungkinan hilang sokongan sekiranya terus meminggirkan perjuangan memartabatkan Islam.Pas perlu kembali ke pangkal jalan dan kepimpinan sedia ada perlu memikirkan jalan terbaik mengembalikan parti itu kepada perjuangan asal iaitu menegakkan sebuah negara Islam.
  • Pas sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.
  • Hasan Ali katanya berjuang untuk memastikan matlamat Pas diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu menjadi teras dalam perjuangan Pas
  • konsep Negara Berkebajikan sepatutnya tidak perlu menjadi pegangan Pas ketika ini kerana banyak negara lain dalam dunia mempraktikkan konsep sama.
  • untuk meletakkan asas negara Islam, Pas memerlukan ulama yang dapat menggarap Islam dalam konteks kehidupan moden dan saya melihat ulama Pas terdahulu berjaya membawa Pas ke arah ini.
  • Hasan secara peribadinya mahu mempertahankan Pas (berjuang membentuk negara Islam) dan saya yakin hampir ke semua ahli di dalam parti ini menyokong usaha yang saya lakukan selama ini
  • Hasan Ali katanya mempunyai bukti sokongan terhadap Pas semakin berkurangan sejak kebelakangan ini rentetan situasi semasa parti. “Penyokong (Pas) bukan seperti lembu yang dicucuk hidung, mereka adalah insan yang berbudaya, bertatasusila dan beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir yang matang dan mesti dihormati.
  • Perjuangan Hasan Ali turut mendapat respons positif Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi, mereka menyokong usaha saya meletakkan semula Pas di landasan awal,” katanya. - Papagomol (komen Papagomel pun menarik jugak.)
Komen Papagomol pun menarik jugak, boleh baca kat blog dia.
 


source: http://cenangau.blogspot.com/2011/12/apa-sebenarnya-yang-dr-hasan-ali-kata.html#ixzz1hBqBCbth

Selepas Malam Ini Pas Patut Bertindak Terhadap Pengkhianatan Hasan Ali

 Kecaman Terbuka Hasan Ali, Tunggu Apa Lagi Baru Nak Bertindak?


MALAM ini, hari ini, waktu ini PAS terpaksa ‘membayar’ harga yang mahal kerana lambat mengambil tindakan ke atas Datuk Dr. Hasan Ali berhubung pelbagai tindakannya yang berlawanan dengan dasar parti tersebut dan Pakatan Rakyat secara amnya.

Tidak cukup dengan beberapa kenyataan terbuka kepada media sebelum ini yang mengkritik dasar dan kepimpinan PAS, Hasan Ali petang tadi mengadakan satu lagi sidang media di kediamannya dan membacakan kenyataan 3 mukasuratnya yang penuh dengan kecaman terhadap dasar PAS dan beberapa orang pemimpin kanannya.

Peluang terhidang ini terbukti tidak mungkin dilepaskan media-media pro UMNO seperti TV3 dan Utusan Malaysia. Malah, penulis dimaklumkan Utusan Malaysia telah menyediakan ruang penuh muka depan semata-mata bercakap tentang sidang media Hasan Ali petang tadi.


Penulis kurang peduli kalau Hasan Ali menggunakan kesempatan dalam sidang media tersebut untuk mempertahankan diri dari pelbagai tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebelum ini, antaranya menjadi talam dua muka kepada parti UMNO. Tapi penulis tidak boleh menerima bila Hasan Ali secara bersendirian mengisytiharkan PAS sudah tergelincir dari perjuangan asalnya kerana memperjuangkan Negara Berkebajikan daripada Negara Islam.

Setakat mana yang penulis difahamkan, Negara Kebajikan adalah tahap perjuangan baru PAS yang telah diputus dan dipersetujui di peringkat Muktamar parti Jun lepas. Justeru kenapa pula sekarang Hasan Ali berkata itu (Negara Kebajikan) adalah satu kesilapan dan kerananya PAS sudah tergelincir dari perjuangan asas?

Siapa Hasan Ali untuk mengatasi ketetapan muktamar dan jauh lebih penting, siapa Hasan Ali dibanding Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am untuk mengatakan PAS tergelincir dari perjuangan? Hasan Ali tidak layak untuk berkata demikian kerana dia bukan sebahagian daripada Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi PAS selepas Mursyidul Am dan Muktamar parti.

Hanya Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama pimpinannya yang mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada perjuangan PAS sudah tergelincir atau tidak dan mengambil tindakan yang sewajarnya, bukan Hasan Ali. Ini dijelaskan dalam fasal 7 dan 9 Perlembagaan PAS

Memperjuangkan negara Kebajikan, tidak langsung bermaksud menolak Islam. Melainkan hudud dan perkataan negara Islam itu sendiri, PAS bebas untuk memperjuangkan apa jua amalan Islam yang difikirkanya tidak wujud dalam sistem sekarang, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan nanti.

PKR dan DAP sebagai sebahagian dari komponen Pakatan Rakyat tidak akan menghalang dan kalau tidak salah penulis, perkara ini sudah berulang kali dijelaskan.

Itulah penulis katakan, bila laman ini mengambil ketetapan untuk mencadangkan penyingkiran Hasan Ali, ramai yang menganggap kami sebagai mengapi-apikan kedua pihak yang terlibat. Ini bukan masalah mengapikan sesiapa tapi penulis melihat sudut pandang yang lebih besar dan terbukti apa yang berlaku hari ini adalah kebimbangan yang penulis cuba elakkan sejak mula bercakap tentang hal ini.

Penulis pasti satu perkara, para pendukung UMNO sedang bersorak gembira melihat Hasan Ali sebagai seorang tokoh dalam PAS diberi ruang yang seluas-luasnya oleh media pro UMNO untuk memburukkan parti tersebut. Jasa PAS meletakkan Hasan Ali ke kedudukkannya sekarang sejak 11 tahun lepas, ibarat debu hama yang tidak memberi apa-apa makna.

Malam esok jam 11, sorakan mereka akan tambah bergema kerana Hasan Ali diperuntukkan slot khas oleh TV3 untuk ‘membongkarkan’ segala keburukan PAS kepada dunia dalam satu rancangan bual bicara. Dengan ’menjaja’ keburukan PAS kepada media pro UMNO ini, penulis tidak melihat maksud lain, selain Hasan Ali bersedia malah sudah pun mula membakar jambatan dengan PAS.

Menurut sumber penulis di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut, kepimpinan PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini untuk membincangkan masalah Hasan Ali. Walaupun kelihatan agak terlewat tapi itu lebih baik dari tidak ada langsung, bak kata pepatah “Better Than Never”.

Walaupun menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS untuk menentukan kedudukkan Hasan Ali tapi demi kelangsungan PAS dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya, penulis mengharapkan satu keputusan dan satu keputusan sahaja – Hasan Ali disingkirkan terus dari PAS.

Nasharuddin Dan Hasan Ali, Kedua-duanya Talam Dua Muka

ehsan dari blog LBB




Seorang di antara mereka mahu mencipta sejarah menjadi insan yang menyatukan orang Melayu dan umat Islam dengan menggabungkan PAS dan UMNO. Nasharudin Mat Isa juga cukup bodoh dengan mempercayai pembohongan mereka yang memberitahunya bahawa dia akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Seorang lagi mempunyai cita-cita yang tidak begitu tinggi, dia hanya mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Dan apabila dia gagal untuk mendapatkan apa yang dia mahu, Hasan Ali bersikap tidak ubah seperti seorang yang ingin mensabotaj Pakatan Rakyat dan partinya.

Pada masa ini Ahli Parlimen PAS Bachok, Nasharudin berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS 2005-2011, dan merapatkan dirinya dengan Hadi Awang, Presiden PAS. Jelas sekali, ini adalah untuk memastikan kenaikan mendadak beliau dan untuk sementara waktu, mereka yang curigakannya agak berputus asa memikirkan keinginan beliau untuk bergabung dengan UMNO sehinggalah Nik Aziz Nik Mat menolak idea itu. Pada kongres tahunan PAS 2011, Nasharudin ditewaskan oleh Mat Sabu yang rendah diri -tanda yang jelas bahawa perwakilan PAS tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan UMNO.

Hasan Ali, seorang lagi tali barut UMNO, menyertai PAS selepas meninggalkan perkhidmatan awam dan seterusnya menjadi naib presiden pada tahun 2001. Beliau sangat kritikal terhadap UMNO sebelum ini dan telah dibenci oleh ahli-ahli politik UMNO yang menuduhnya 'tidak bersyukur' kerana pada zaman MB UMNO Muhammad Muhammad Taib, Hasan telah berpeluang untuk naik dan menjadi seseorang penting. Namun, Hasan yang sangat kufur hanya boleh menikam UMNO dari belakang. Ironinya, PAS juga berkongsi sentimen yang sama hari ini memberi gambaran bahawa wujud kualiti ular dalam diri Hasan Ali.

Bagaimana mereka menimbulkan begitu banyak kemurkaan ?

Sebagai No 2, Nasharudin menikmati kepercayaan dari Hadi, bosnya. Beliau juga merasakan bahawa beliau mempunyai mandat untuk memimpin PAS ke mana sahaja dia kehendaki. Dia menyangka bahawa dia boleh menjadi hero untuk orang Melayu dan umat Islam dengan membentuk satu pakatan di antara UMNO dan PAS.

Telah dilaporkan secara meluas dalam media Malaysia bahawa Nasharudin adalah salah seorang daripada orang penting yang merundingkan perjanjian dengan UMNO pada tahun 2008. Banyak juga persoalan mengenai peranan Hadi dalam rundingan dengan UMNO, walaupun Hadi menghargai kelebihan mengikat PAS dengan 3-juta ahli UMNO lantas bakal memberikan asas yang kukuh, dia tidak dapat mengatasi kebencian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti Nik Aziz, Hadi tidak akan dapat melupakan cara UMNO mengkhianati PAS semasa penggabungan singkat mereka di tahun 70-an. UMNO telah mencuri ahli parti PAS yang berbakat dan kemudian membuang yang lemah seperti 'mayat' yang telah dikerjakan serigala politik.

Inilah sebabnya, Hadi tidak pernah memarahi Nasharudin di khalayak ramai, dia tidak membela Nasharudin juga dan ini telah membawa kepada kekalahan Nasharudin di kongres tahunan,dengan ahli yang 'sederhana' mengalahkan ahli konservatif dalam PAS. Nasharudin, yang juga merupakan bekas ahli akademik tewas kepada Mat Sabu, manakala Hasan Ali telah digugurkan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagi pemerhati politik, apa yang berlaku adalah lebih daripada hanya satu puak mengalahkan puak yang lain, ia adalah sebagai tanda PAS telah menjadi sebuah parti politik kebangsaan. Dan Hadi sedar hakikat ini. PAS telah berkembang menjadi sebuah parti Islam yang lebih pragmatik dengan ramai profesional, di samping ulama yang membentuk batu asas parti.

Kebanyakkan ulama sebenarnya berpendirian sederhana. Nasharudin sendiri juga tidaklah begitu kontroversi dalam tuntutan beliau. Beliau hanya mahu menggabungkan PAS dan UMNO. Sama ada beliau kurang yakin terhadap PAS untuk berkembang dengan sendiri atau beliau memang sangat menginginkan jawatan TPM sedang menjadi pendebatan utama dalam PAS.

Hipokrit besar

Hassan Ali merupakan hipokrit besar. Dengan bersumpah bahawa hati beliau tetap dengan PAS, beliau nampak gayanya telahpun beralih arah. Hassan Ali sebenarnya seorang yang merbahaya seperti Ibrahim Ali, Perkasa. Beliau menggunakan isu agama untuk membakar api ketidakpuashati dalam ahli PAS dan juga orang Melayu. Nasharudin juga telah memulakan taktik ini dengan mendakwa PAS sebagai pelik dalam idealogi Islamnya.

Apabila runding dengan UMNO berlaku pada 2008, Hasan dikatakan sangat sedih kerana jawatan MB Selangor telah terlepas daripada beliau dan beliau membuat keputusan bahawa tiada siapa dari Pakatan layak mendapatkannya juga. Sama ada telah menjadi tidak keruan disebabkan terlepas peluang jawatan itu, beliau telah dituduh sebagai cuba untuk mensabotaj dan melemahkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diterajui oleh MB PKR, Khalid Ibrahim.

Hasan Ali telah beberapa kali mengkritik kerajaan Pakatan secara terbuka dan juga mencetuskan pelbagai isu yang membabitkan JAIS yang dikuasai UMNO seperti serbuan terhadap gereja DUMC. Memegang portfolio sebagai ketua hal ehawal agama Islam di Selangor, Hassan sepatutnya menjalankan ‘serbuan’ itu dengan lebih professional dan beradab tetapi, ia lebih kepada memalukan dan mencalar kehormatan penganut Kristian. Beliau telah memilih untuk memperbesarkan isu itu dan dalam pada itu telah merosakkan imej Pakatan tetapi cuba menonjolkan diri beliau sebagai penyelamat orang Islam justeru menggembirakan UMNO.

Hassan pernah menjadi moderator untuk rancangan popular Ceramah Perdana di RTM1 dan juga mempunyai syarikat konsultansi yang menguruskan latihan motivasi, ‘summer camp’, penerbitan buku dan kaset. Beliau dipilih sebagai ahli komiti PAS pada tahun 2009 dan juga merupakan pemimpin parti itu di Selangor pada pertengahan tahun ini.

Pada pilihanraya 2008, Hasan telah menang di Gombak Setia, kerusi DUN Selangor. PAS kemudiannya membentuk kerajaan pakatan dengan PKR dan DAP dan Hasan telah dilantik sebagai Kaunselor eksekutif yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam, kebudayaan Melayu, infrastruktur dan juga portfolio kemudahan awam

Beliau telah diganti dengan Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Negeri PAS sementara itu, musuh beliau Khalid Samad telah dilantik sebagai timbalan Pesuruhjaya dan sudah tentunya ia perit untuk ditelan Hasan. Tetapi, keputusan ini telah dibuat oleh delegasi dan komiti PAS yang tidak bersetuju langsung dengan apa-apa usaha penggabungan PAS –UMNO.

Malangnya untuk Nasharudin, Hasan enggan menerima hakikat ini. Kedua-dua lelaki ini sekarang cuba untuk terjun kepada UMNO. Sudah semestinya mereka berharap untuk membawa sebanyak mungkin ahli PAS bersama mereka.

Pukulan terakhir dan perkara yang betul untuk dilakukan

Selepas cuba menutup perkara ini dan berdiam diri, Hadi dan pasukan beliau tidak ada pilihan lain selain daripada berhadapan dengan realiti. Jelas bahawa Nasharudin yang telah ditemuramah Berita Harian, akhbar yan dikawal UMNO dan Hasan juga melakukan perkara yang sama tetapi dengan Utusan tidak akan meninggalkan parti tanpa melakukan kekacauan yang besar. Seperti juga Zul Noordin dan Zahrain Hashim.

Pemimpin PAS sekarang sudah mengumumkan pengeluaran Nasharudin dan Hasan secara terbuka dan ini mungkin sepatutnya dilakukan lebih awal. Seperti yang dikatakan oleh ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, “tiada seorangpun yang tidak dapat diganti”. Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali juga telahpun membidas mereka walaupun tidaklah sampai meminta mereka berundur.

Kelihatan seperti PAS akhirnya telah melakukan perkara yang betul dengan menyingkirkan tali barut UMNO seperti Hasan dan Nasharudin. Sekiranya mereka kekal, mereka akan menjadi seperti bomb masa dan PAS akan dikhianati dari dalam.

Kini, PAS sudahpun mencipta nama dan mendapat sokongan diperingkat nasional, sesuatu yang mereka tidak ada sebelum pilihanraya 2008. PAS pada ketika itu hanya dikenali oleh orang Melayu tetapi sekarang, ia mempunyai pengikut tersendiri dalam politik Melayu dan Islam. Ia dilihat sebagai sebuah parti yang kolot tetapi bukan ekstrimis. UMNO pula dilabel sebagai parti yang bersifat perkauman disebabkan orang-orang seperti Mahathir Mohamad dan Perkasa. Kenyataan berunsur perkauman dari pemimpin tertingginya iaitu Najib juga telah merosakkan imej UMNO.

Perjalanan ke arah kealpaan

Kedua-dua Hasan dan Nasharudin telah dilihat oleh orang bukan Melayu dengan penuh syak wasangka begitu juga dengan ahli-ahli Pakatan. Mereka tetap akan meninggalkan parti kerana digoda oleh UMNO dan juga mereka akan menyesali tindakan drastic mereka. Bukan hanya mereka akan dibenci oleh mereka yang berada di luar UMNO tetapi juga dalaman UMNO yang cemburu akan mereka.

Kebanyakkan pemerhati politik membuat perkiraan bahawa kedua-dua lelaki ini harus dibiarkan seperti bekas timbalan Presiden PAS Nakhaie Ahmad yang telah masuk UMNO selepas dijanjikan jawatan tinggi tetapi malangnya telah dilantik sebagai ketua beberap organisasi keagamaan dan dibiarkan jauh daripada politik.

Hasan dan Nasharudin sepatutnya menilai kekurangan mereka dan tidak berfikir bahawa mereka adalah lebih daripada yang mereka fikirkan. Kedua-duanya hanyalah ahli politik sederhana dengan pelbagai kesilapan. Mereka tidak berpandangan jauh dan bodoh.

Untuk PAS, mereka haruslah berdiri teguh. Tiada gabungan dengan UMNO maksudnya tiada gabungan dengan UMNO. Ia lebih baik dengan ketiadaan penikam dari belakang seperi Hasan dan Nasharudin. Juga, mereka tidak harus dimaafkan lagi. PAS harus menerima hakikat bahawa kedua-duanya telah sampai ke kemuncak peperangan mereka dan tiada ruang dalam PAS untuk pengkhianat. /MC