Friday, January 28

PKR & Kak Wan : MOHON SIASAT
AGENDA SIAPA...???
AGENDA SIAPA...?


Sewaktu sedang minum teh tarek, tetiba soalan ini berligar difikiran Yob.

1. Kenapa PKR sering membuat isu apabila PRK menjelma? Kali ini, lebih 100 'surat tunjuk sebab' dikeluarkan.

2. Dan sudah pastinya, mereka yang menerima surat akan bangkit dan protes.

3. Ini sedikit sebanyak akan mejejaskan peluang PR didalam menghadapi PRK Dun Tenang. Apa tah lagi, ia melibatkan calon PAS.

4. Senario yang sama juga berlaku semasa PRK Galas.

5. Apakah ini agenda halus puak umNO dari dalam parti PKR?

6. Siapa yang jadi mastermind?


p/s Komen dan pandangan kekawan yob amat dialu alukan...

SURAT TERBUKA DARI YOB TUALANG SEKAH

Hassan Ali dan Mustaffa Kamil Ayub

                                   HASAN ALI DAN MUSTAPA KAMIL AYUB,,
           HASAN ALI NI ADA ORG KATA PENYOKONG KUAT KERAJAANG PERPADUANG,,BETUL ATAU TIDAK,,ITU SAYA TAK TAHU KEBENARAN NYA,,TAPI SAYA SETUJU,,SEPATUTNYA ORG MCM NI DAH TAK BOLEH JADI PESURUHJAYA PAS SELANGOR DAH,,KENA TUKAR LAH,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,???????????????

'Proses Pemutihan' sudah bermula.

Peringatan : Buat bakal penerima SURAT TUNJUK SEBAB dari PKR...

1. Jangan panik jika tarikh untuk menjawab sudah tamat tempuh.

2. Ini adalah usaha jahat untuk mereka melemahkan semangat saudarai/saudari.

3. Sila jawab dengan berhemah, dan terus kekal bersama PKR.

4. Akhbar Nanyang Siang Pau melapurkan - "Vive Presiden Dr Mansor berkata, untuk menunjukan PKR serius mengnyahkan ahli yang mempunyai pandangan berbeza sebelum PRU13. Dan 'proses pemutihan' sudah bermula.

Surat terbuka buat Setiausaha Agung PKR

Surat terbuka buat Setiausaha Agung PKR : Sdr Saifuddin Nasution....

Wan Azizah dan Anwar menafikan yang mereka mengetahui isu 'surat tunjuk sebab' yand dikeluarkan oleh Saudara.

1. Kenapa saudara memilih untuk mengeluarkan surat tersebut disaat PR menghadapi PRK..?

2. Saudara menerima arahan daripada siapa sebenarnya..?

3. Apakah ini suatu kaedah untok melemahkan PR dan memenangkan BN..?

4. Strategi yang sama digunakan semasa PRK Galas. Pemilihan 2010 diteruskan walaupon banyak bantahan, dan akhirnya PAS tewas di Galas. Pemimpin PKR sebuk berkempen sesama sendiri dan meninggalkan sahabat mereka, PAS.

5. Siapa dalang sebenar didalam PKR..?

Malaysian Insider Digesa Perbetulkan Laporan Mengelirukan

Laman berita the Malaysian Insider telah menyiarkan laporan berita bertajuk ‘Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN’.
Berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu ‘Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda’ (laporan disertakan sebagai rujukan).
Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dakwaan Dato’ Sri Najib adalah tidak benar dan tidak berasas.
‘Laporan sulit yang didapati oleh CNN menyimpulkan: “Tidak wujud bukti mana-mana pegawai Saudi menyokong Anwar Ibrahim” dan “dakwaan sokongan daripada keluarga diraja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal [nama diubah] didapati tidak berasas.”‘
Sebaliknya, dana Saudi didapati disalurkan kepada ahli politik dan aktivis Islam, di samping Taliban dan al-Qaeda berupaya mendapatkan dana dari Arab Saudi.
Tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut.
Ini jelas membuktikan bahawa laporan TMI mengelirukan. KEADILAN menuntut TMI agar membuat pembetulan yang sewajarnya serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut.
NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Najib Fobia Menghadapi Pakatan Rakyat!

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Dato’ Sri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.
Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Sri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.
Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Dato’ Sri Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.
Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.
Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar Rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat.
ANWAR IBRAHIM

Lawan PAS, serang PKR ... wakakak !!!


Besides the typical flags and posters being put up all over the town, the Tenang by-election has also seen various creative posters being produced, especially demeaning the Pakatan Rakyat coalition. Raj Kumar/ theSun
---------------------
Lawan PAS, serang PKR
Bendera parti tak bertanding tak benar digantung.
Apa la cerita ni ... wakakak !!!

Isu FLOM : Seluruh Ahli Parlimen ditipu Najib di Dewan Rakyat.


Kewujudan Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) di Pejabat Perdana Menteri membuktikan bahawa Najib Tun Razak telah berbohong kepada Dewan Rakyat bila beliau dikatakan pernah berkata isterinya Rosmah Mansor tidak mempunyai kakitangan sendiri menurut Teresa Kok.

"Perdana Menteri berbohong kepada Dewan Rakyat pada November 2010 ketika dalam meberi jawapan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera (Liew Chin Ton), dia mengatakan bahawa tidak ada kakitangan sepenuh masa atau kakitangan kontrak khusus ditugaskan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Laporan CNN bukti Najib sudah takut.


KUALA LUMPUR: Ketakutan Datuk Seri Najib Razak semakin menjadi-jadi apabila Perdana Menteri itu dalam laporan Cable News Network (CNN), menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap kerajaan Arab Saudi yang kerabatnya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, laporan CNN yang disiarkan beberapa jam lalu menjelaskan sikap Najib lantaran dua putera pimpinan kerajaan Arab Saudi menyokong dan membiayai Anwar untuk pilihan raya umum yang akan datang.

Kesian.. tak dapat Calon, suami Calonpun jadilah..

Kesiannn... nak serang Calon, tak ada isu nak dibawa cuma fitnah saja yang ada jadi tak boleh nak serang Calon suami Calon pula yang menjadi mangsa..

Tapi.. takkan pasal sakit pun nak cuba dijadikan isu kot??


Suami Normala sakit kritikal?



KUALA LUMPUR 27 Jan. - Status kesihatan Maarof Abd. Mutalib, suami kepada Normala Sudirman calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menjadi persoalan kerana beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.