Thursday, January 12

Fitnah Seks Terhadap Ustaz Azhar,Adalah Kerja Abdullah Bin Ubai Zaman Ini


Ustaz azhar dan kekasihhatinya yang sah(jangan buat fitnah pula..)
Cuba baca sedikit sedutan dari tuduhan blogger UMNO terhadap Ustaz Azhar dibawah,dan kemudian bandingkan dengan peristiwa fitnah terhadap siti Aisyah(Ummu mukminin) yang pernah dilakukan oleh Abdullah Bin Ubai,bapak munafik di Zaman Rasulullah s.a.w 

Fitnah Terhadap Ustaz Azhar:

Tajuk artikel "Benarkah Penceramah Agama Azhar Idrus Pernah Main Dengan Seorang Wanita Dalam Tandas Masjid Jambu Bongkok...? Sila Jawab..." yang PBO tinjau dari blogger pro UMNO.
http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/01/benarkah-penceramah-agama-azhar-idrus.html
Dan cerita asal datang dari blog Sanggah Tok Janggut:
http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2012/01/ustaz-azhar-apa-buat-dalam-tandas.html
antara pertanyaan blog tersebut;
cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok, Marang, Terengganu ....( di Jambu Bongkok hanya ada satu sahaja masjid)
Apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut...?
Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wudhu.... Wudhu untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi....? Kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?
Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung, kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu...!
Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah yang sebenarnya berlaku pada malam tersebut...?
-----------------------------

PERISTIWA Saidatina Aishah berjalan bersama lelaki lain dijadikan sumber oleh Abdullah bin Ubay untuk menyebar fitnah di kalangan penduduk Madinah, sekali gus mencemarkan nama serta pengaruh Rasulullah.

Tidak henti-henti bapa munafik ini menghembuskan angin fitnahnya ke sana ke mari dengan menyebarkan cerita bohong mengenai isteri Rasulullah itu.

Pada mulanya, Abdullah hanya menyebarkan fitnah yang keji lagi kotor itu dengan cara berbisik-bisik kepada orang lain.
(taktik yang sama macam blogger UMNO)

Dia menyindir dengan menuduh Ummul Mukminin dengan berkata: “Mengapa Aishah pulang lambat dan kemudian kembali bergabung dengan pasukan tentera bersama dengan Shafwan, seorang pemuda yang gagah serta dipercayai oleh Muhammad? Tidakkah kamu merasa pelik”.

Antara individu yang didekati oleh Abdullah untuk menyebarkan fitnahnya itu ialah saudara perempuan kepada seorang lagi isteri Rasulullah, Zainab bin Jahsy, iaitu Hamnah binti Jahsy.

Abdullah mengetahui bahawa Siti Aishah adalah isteri yang lebih dikasihi oleh Rasulullah berbanding isteri baginda yang lain.

Dengan menaburkan fitnah kepada Hamnah akan menyebabkan kerukunan dalam rumahtangga Rasulullah akan goyah sehingga akan melibatkan kesan yang buruk kepada isteri yang paling dikasihi oleh baginda.
Setelah peristiwa itu,siang dan malam, Saidatina Siti Aishah menangis kesedihan mengenangkan nasib dirinya yang menjadi mangsa fitnah yang tidak disangka-sangka.

Walhal, fitnah tersebut sengaja direka oleh Abdullah bin Ubay bagi mengalih perhatian orang ramai terhadap dirinya yang dicela
(Taktik yang sama macam UMNO) 
Siti Aishah amat berharap sekurang-kurangnya Allah akan mendatangkan mimpi yang benar kepada suaminya, Rasulullah.
Sehinggalah Rasulullah akhirnya mengunjungi isteri dan keluarga isterinya di rumah mereka untuk mencari jalan keluar dari kemelut fitnah itu.

Apabila tiba gilirannya, Siti Aishah pun berkata: "Saya seorang perempuan yang masih muda. Saya tidak banyak membaca al-Quran. Demi Allah, sesungguhnya saya mengerti bahawa tuan sudah mendengar berita (fitnah) itu.

"Namun ingin saya katakan kepada tuan, bahawa saya bersih dan tuduhan itu sama sekali tidak benar. Allah lebih Maha Mengetahui saya bersih daripada tuduhan itu dan saya berharap tuan percaya kepada saya.

"Demi Allah, saya pernah belajar dari tuan mengenai nasihat dari ayahanda Nabi Yusuf yang berkata; Maka sabar itu adalah lebih baik dan Allahlah tempat meminta pertolongan atas segala apa yang berlaku!"

Tidak lama selepas itu, malaikat Jibrail pun turun yang bermakna Allah akan menurunkan wahyu.

Rasulullah pun terus melelapkan mata sebagaimana kebiasaan baginda setiap kali menerima wahyu Allah itu. 
Apabila baginda telah sedar, sebagai tanda wahyu telah selamat diterima, baginda pun bangun dan duduk sambil mengelap sisa-sisa peluh yang masih ada.

Walaupun wahyu tersebut berat namun apabila baginda mula menguntum senyum dan gembira, masing-masing menarik nafas lega.

Wahyu tersebut adalah ayat 11 hingga 21 surah an-Nur yang antara lain membawakan juga bentuk perundangan dan hukum atas perkara menuduh perempuan yang melakukan zina.

"Sesungguhnya mereka yang sengaja menyebarkan berita fitnah itu terhadap golongan yang beriman bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Allah itu mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui".

Baginda pun berkata: "Wahai Aishah, sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia sudah melepaskan kamu daripada tuduhan fitnah maka bersyukurlah kamu wahai Aishah."

Mendengarkan kata-kata menantunya itu dan melihatkan anaknya sendiri tidak cuba berkata apa-apa, bonda Siti Aishah, Ummu Rumman dengan nada yang gembira meminta anaknya itu bangun dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya atas turunnya wahyu tersebut.

Bagaimanapun Siti Aishah menjawab sambil menggeleng-geleng kepalanya: 
"Demi Allah saya tidak akan berdiri bagi berterima kasih terhadap Rasulullah kerana saya tidak akan memuji melainkan kepada Allah sahaja kerana Dialah yang sudah membersihkan nama saya.

"Sesungguhnya, kalian telah mendengar tuduhan fitnah lagi dusta itu. Namun kalian tidak cuba menafikannya dan tidak pula cuba menghapuskan fitnah tersebut."
Demikianlah Siti Aishah yang tidak bercakap sepatah kata pun kepada baginda selepas turunnya wahyu itu dan tidak mematuhi kata-kata ibunya itu kerana beliau masih kesal dengan apa yang berlaku.

Namun baginda yang memahami perasaan isterinya itu tidak pula berkecil hati malah memberikan masa kepada isterinya itu untuk kembali 'sejuk'. 
-Tinta Hijau-
Kesimpulannya fitnah tersebut seakan seperti yang selalu dijadikan modal oleh blogger-blogger umno,dalam bahasa moden di panggil modus operandi yang sama,kerana mereka adalah dari kumpulan yang sama iaitu munafik dan tujuan yang sama ingin menarik perhatian dan ingin mengalih isu dan menutup kelemahan diri.Mereka juga mempunyaipenasihat yang sama ,bukan apco tapi yang lebih bijak dari apco iaitu Azazil & co atau lebih popular dengan nama Iblis laknatullah..