Thursday, February 24

Jaminan PAS kepada Melayu

 


Oleh Mohd Rashidi Hasan

Sekitar tujuh abad yang lalu, orang-orang Melayu di Nusantara, termasuk Semenanjung Tanah Melayu, majoritinya beragama Hindu.Selepas itu Islam mula tersebar dengan kunjungan Laksamana Cheng Ho di Kelantan dan Terengganu. Parameswara di Melaka turut memeluk agama Islam.

Walaupun Melayu itu bangsa dan Islam agama, tetapi sejak kedatangan Islam, secara umumnya identiti orang-orang Melayu sangat sinonim dengan Islam.


Sehingga dikatakan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Begitu kuatnya jalinan dan gabungan Melayu-Islam, sehingga ia berjaya membentuk suatu identiti yang tersendiri.

Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu berpaksi budaya dan bahasa, selain menjadi rakyat yang setia kepada Raja yang memerintah.

Kehadiran Islam di Nusantara mengangkat martabat bangsa Melayu. Menjadikan mereka bangsa yang mulia dan disegani. Sinonimnya Islam dengan Melayu bak kata pepatah 'irama dan lagu terpisah tiada.'

Namun bangsa Melayu, sama juga bangsa-bangsa yang lain. Ia mempunyai kepimpinan dan kepimpinan itulah yang mencorakkan hala tuju sesuatu bangsa.

Era bangsa Melayu yang bangkit menentang penjajah British untuk memerdekakan Malaya kebanyakannya dipelopori oleh ilmuan agama dan golongan bangsawan yang kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Ilmuan dan bangsawan inilah sebenarnya yang benar-benar memperjuangan masa depan agama, bangsa dan negara.

Namun, amat malang bagi orang Melayu, apabila atas nama nasionalisme, British menaja sebuah parti yang kononnya memperjuangkan masa depan orang Melayu.

Penjajah menganiaya, menangkap, membunuh dan membuang daerah ulama-ulama yang bangkit menentang penjajahan, manakala golongan berpendidikan Barat ditabalkan menjadi peneraju dalam negara.

Umno yang diberi mandat meneraju negara mula melaksanakan dasar-dasar yang menuruti kehendak penjajah. Mereka menggubal Perlembagaan yang mengetepikan kepentingan bangsa Melayu dari sudut Islam. Umno menghapuskan sistem pembelajaran jawi yang menjadi asas pendidikan Melayu sejak ratusan tahun kepada ejaan rumi.

Umno mengubah sejarah di sekolah-sekolah, bahawa kononnya mereka adalah pejuang tulen nasionalis Melayu yang membebaskan negara dari penjajahan British. Walhal tercatat pada sejarah dunia, bahawa Umno mendapat tampuk kuasa dalam negara secara red-carpet.

Akibat dari penipuan dan pemesongan sejarah di peringkat awal inilah yang sebenarnya berjaya membentuk minda orang-orang Melayu, bahawa Umnolah pejuang tulen Melayu, jika tiada Umno, tiadalah Melayu akan berjaya.

Fahaman khurafat ini seharusnya dihapuskan. Lihatlah apa pencapaian Melayu selepas lima puluh tahun Umno berkuasa? Yang kaya raya dan mendapat laba besar adalah segelintir orang Melayu yang akrab dengan Umno.

Pemimpin-pemimpin Umno hidup mewah kaya raya kerana apa? Kerana mereka mengamalkan rasuah, mengamalkan nepotisme dan kronisme. Mereka memperkayakan diri dan keluaga dengan meratah 'titik peluh rakyat'. Wang rakyat dan kekayaan ekonomi negara dimilik peribadikan pemimpin-pemimpin Umno.

Justeru akibat laba dan lalai, mereka mengetepikan kemuliaan agama Islam, memperjudikan nasib bangsa, malah sampai ke peringkat menggadai kedaulatan negara.

Maka, pada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno sudah tidak layak lagi menjadi payung kepada orang-orang Melayu.

PAS sedia menampilkan diri menjadi pengganti Umno di kalangan orang-orang Melayu. Betapa PAS yang ditunjangi majoriti Melayu yang istiqamah dengan Islam, begitu yakin ianya mampu memberikan jaminan terbaik kepada orang-orang Melayu.

Pada Konvensyen Pengupayaan Bangsa 19 Februari 2011 di Shah Alam, PAS menggariskan 12 jaminan yang ditawarkan kepada orang-orang Melayu, mudah-mudahan Melayu yang peka akan berfikir untuk menolak Umno dan menggantikannya dengan PAS. Insya-Allah

Tsu Koon layak menteri 'perpecahan'

 

KUALA LUMPUR, : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon diminta menarik balik kenyataannya berhubung portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam yang ditubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Kalau tidak tarik balik, beliau dicabar meletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio perpaduan kerana kenyataannya itu yang amat tidak berasas.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, disebabkan kenyataannya yang tidak berasas, Koh Tsu Koon perlu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataannya itu kerana ia hanya boleh membawa perpecahan.
Menurut beliau, jika tidak, Koh Tsu Koon tidak selayaknya terus memegang portfolio itu, sebaliknya layak menjadi menteri 'perpecahan' kerana kenyataannya yang hanya tahu mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walaupun tidak berasas.
"Jadi saya dengan ini meminta Koh Tsu Koon menarik balik kenyataannya itu kerana ia tidak selayaknya keluar dari menteri (yang memegang portfolio perpaduan dan prestasi) tetapi layak sebagai menteri 'perpecahan'," katanya pada sidang akhbarnya yang diadakan di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.
Dalam kenyataannya baru-baru ini, Koh Tsu Koon menganggap portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam yang ditubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau di bawah pimpinan Lim Guan Eng hanya untuk mencari publisiti.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Jerlung, Datuk Mukhriz Mahathir turut mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab dalam kritikannya terhadap Lim Guan Eng kerana menubuhkan portfolio tersebut.
Menurut Lim Guan Eng, beliau amat hairan dengan kritikan Datuk Mukhriz dan Koh Tsu Koon terhadap portfolio yang ditubuhkannya itu, pada hal di Perak di bawah pentadbiran BN, portfolio yang mempunyai nama dan fungsi seperti itu telah ditubuhkan terlebih dahulu, tetapi tidak pula dikritik.
"Di Perak di bawah pimpinan Zambry, fortfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam itu dipegang oleh Datuk Dr Mah Hang Soon.
"Porfolio itu ditubuhkan sejak tahun 2009 lalu di Perak, tetapi kita di Pulau Pinang baru menubuhkan portfolio itu tahun 2011. Tapi kenapa yang dibuat oleh kerajaan BN Perak tak dikiritik oleh mereka, yang kita buat pula yang dikritik?
"Kenapa yang hitam boleh jadi putih dan yang putih menjadi hitam? Amat pelik sikap mereka itu. Pada mereka apa yang kita buat semuanya tak kena, tak betul.
"Orang seperti itu kalau dalam Islam disebut munafik. Untuk tahu lebih lanjut perkara itu, sesiapa pun bolehlah bertanyakan kepada ulama," katanya.
Beliau yang turut menyifatkan Toh Tsu Koon sebagai 'burung kakak tua' kepada Umno itu berharap agar menteri berkenaan tidak hanya tahu mengkritik apa yang baik yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang, tetapi berpandangan lebih jauh dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya.
Begitu juga yang diharapkan oleh beliau terhadap Mukhriz, dengan harapan sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan penubuhan portfolio itu, ia perlu dirujuk dengan apa yang dibuat oleh Kerajaan BN di Perak terlebih dahulu

Mentaliti Pengurusan UPM Yang Kolot Terlalu Memalukan


Pemilihan kampus: Mahasiswa bangkit amaran awal IPTA perlu dinamik

Kekecohan di kampus induk Universiti Putra Malaysia semalam sememangnya tidak pernah disaksikan selama ini. Ribut politik mahasiswa yang melanda Universiti Putra Malaysia, salah satu universiti tertua di negara ini, kelihatan reda dengan begitu cepat. Tidak sampai 24 jam — ribut yang bertiup kencang berakhir dengan penyelesaian segera.

Pengurusan Universiti Putra Malaysia menyelesaikan isu yang muncul ini dengan cepat tetapi terpaksa tunduk kepada desakan pelajar-pelajar yang kecewa dengan keputusan membatalkan kelayakan calon-calon yang bertanding — jumlah yang ramai dalam sejarah universiti itu.

Maklumat diperoleh menunjukkan keputusan pembatalan status calon termasuk yang menang dilakukan tanpa inkuiri yang sewajarnya — bermakna adil dan seimbang — memberikan peluang kepada pengadu dan pihak yang diadu. Satu aduan membawa kepada pembatalan 33 pelajar, kata seorang pemimpin yang dihubungi The Malaysian Insider.

Ini bukan kali pertama “krisis” pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjadi perhatian khususnya di UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia.

Ada pelajar yang sanggup bermalam di Bangunan Canselori Universiti Putra Malaysia untuk mendapatkan pembelaan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, yang akhirnya membawa kepada kekecohan ekoran perubahan pendirian keputusan yang dicapai dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Awal tahun lalu calon-calon yang dilabel Pro Mahasiswa juga berhadapan dengan masalah yang sama.

Kali ini alasan digunakan calon-calon tidak boleh berkempen secara berkumpulan.

Ia antara beberapa syarat yang disenaraikan dalam proses pilihan raya kampus awam di negara ini.

Difahamkan di sesetengah universiti, calon pemilihan kampus dilarang daripada berkempen menggunakan media-media baru.

Nampaknya generasi muda alam siber ini memberontak.

Kekecohan juga disaksikan menjelang pemilihan MPP Universiti Malaya, gara-gara kerana pertikaian mengenai status calon.

Sudah lama pusat-pusat pengajian tinggi awam tidak digemparkan dengan tindakan-tindakan seperti itu.

Lebih dua dekad yang lalu demonstrasi di universiti, sudah pasti hanya universiti awam, bukan satu perkara baru. Ketika temu bual untuk akhbar makmal hampir 20 tahun lalu, seorang timbalan naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pernah mengakui demonstrasi membabitkan penuntut universiti berkait rapat dengan ideologi politik masing-masing. Tetapi demonstrasi seumpama sudah lama tidak disaksikan.

Kini ia wujud kembali.

Sudah pasti ada sebabnya. Di mana kesilapannya? Jawapan mudah: ada kekurangan dan kelemahan dalam sistem pemilihan yang penuntut tidak dapat menerima. Ini tidak kira sama ada ia membabitkan kepentingan penuntut dari kumpulan Pro Aspirasi, Pro Mahasiswa ataupun kalangan bebas.

Hari ini nasib pelajar Pro Mahasiswa. Esok calon Pro Aspirasi!

Soal calon-calon yang melabelkan diri mereka sebagai wakil kumpulan tertentu juga bukan satu perkara baru. Ia sudah lama wujud.

Sama ada orang ramai dapat menerima aspek ini ataupun sebaliknya, perkembangan terbaru ini juga berkait rapat dengan tempias landskap politik nasional.

Walaupun keputusan pemilihan sesi 2010/2011 tidak akan mempengaruhi pilihan raya umum nasional, tetapi ia akan tetap membawa sedikit sebanyak kesan sampingan.

Melihat kepada kekurangan dan kelemahan yang wujud, sudah tiba masanya Kementerian Pengajian Tinggi, walaupun universiti-universiti awam mempunyai kuasa autonomi untuk menguruskan hal ehwal masing-masing, tetapi melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi perlu menggerakkan usaha mengkaji semula sistem dan prosedur mengendalikan pilihan raya kampus supaya tiada campur tangan, yang dilihat keterlaluan pengurusan universiti mengendalikan pilihan raya kampus.

Antara lain serahkan sahaja urusan ini kepada pelajar sendiri. Biar mereka yang mengendalikan pilihan raya kampus. Apatah lagi golongan pelajar itu sendiri membabitkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam politik nasional, yang lebih mencabar, satu hari kelak. Universiti harus mula melatih mereka, bukannya mengawal keupayaan mereka.

Pengurusan universiti tidak wajar campur tangan dan memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini mesej yang jelas daripada kejadian di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Di sesetengah universiti proses pemilihan berjalan dengan lancar dengan ada yang dimenangi oleh calon Pro Aspirasi atau Pro Mahasiswa.

Bermakna ada kelainan dari segi pengurusan dan juga sikap tidak berkecuali pengurusan universiti yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

Sekiranya sesetengah sekolah rendah dan menengah sudah mula mengadakan pilihan raya di kalangan murid demi persediaan masa depan, sistem pilihan raya kampus seharusnya menjadi contoh kepada landskap politik kebangsaan.

Jangan kongkong dan jangan meletakkan kawalan terlampu dalam soal pengendalian pilihan raya. -TMI

Golongan pentabdir universiti tempatan yang cuba menyekat kebangkitan pelajar dalah terdiri dari mereka yang dipanggil "the captive mind" - pemikiran yang terkongkong yang terhasil disebabkan oleh corruption and the mismanagement - demikian kata ahli sisiologi Prof Syed Hussein Al-Attas

MUKRIZ TAKUT PAS SELALU BANGKITKAN ISU MESIR


Krisis Mesir: Mukhriz bidas sikap Pas

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir membidas sikap pemimpin Pas yang masih membuat perbandingan situasi politik di Mesir dengan Malaysia dalam ceramah politik mereka.

Beliau berkata, isu itu tidak wajar dibangkitkan kerana situasi politik sebenar di kedua-dua negara amat ketara berbeza.

“Masih ada pihak cuba samakan situasi politik Mesir dan negara ini dengan tujuan mahu timbulkan kekecohan. Walaupun jelas pemerintahan di sini tak sama dengan Mesir, tapi mereka tetap kaitkan kononnya masih ada persamaan dalam beberapa aspek,” katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, sebelum menimbulkan isu terbabit, pemimpin Pas sepatutnya membuat kajian terperinci dan bukan sekadar membuat andaian.

“Kerajaan Mesir tidak amal demokrasi tulen dan tidak jaga kebajikan rakyatnya, manakala Malaysia sebaliknya. Mesir juga menyekat kebebasan bersuara malah pembangkang di sana tidak boleh berpolitik, sedangkan Malaysia membenarkannya,” katanya.

Isnin lalu, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan pada ceramah di Himpunan Pemuda Pas 30K, mahu Pemuda Pas bersatu meneruskan reformasi dan revolusi yang tercetus di seluruh dunia termasuk Tunisia dan Mesir dengan menjadikan kebangkitan itu sebagai suntikan semangat untuk mengubah politik dunia menggulingkan pemimpin yang rakus. Malah beliau percaya semangat itu akan sampai ke negara ini kelak.

Mukhriz berkata, amalan demokrasi di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding di Mesir dan tidak seharusnya dijadikan perbandingan.

Menurutnya, isu pengangguran di Mesir antara pencetus golongan muda di sana bangkit memberontak, sedangkan peratusan kadar pengangguran di negara ini masih terkawal.

“Di Malaysia situasi tidaklah seburuk di Mesir, oleh itu tidak wajar samakan apa yang berlaku di sana kelak boleh berlaku di sini. Kerajaan Persekutuan tidak pernah abaikan mana-mana pihak dan setakat ini bersikap adil pada pembangkang,” katanya. -SH

Ketara sangat Mukhriz ini seorang yang tidak membaca Al-Quran.

Kerana di dalam Al-Quran telah JELAS tercatat bahawa apa juga peristiwa yang berlau perlu menjadi pelajaran, perlu menjadi iktibar, perlu menjadi teladan. Kerana setiap peristiwa yang berlaku itu adalah SEMUANYA dari Allah s.w.t.

Samdon-samdol dari UMNO ini termasuk bapak menterinya adalah mereka yang pengecut terhadap apa yang berlaku di Mesir. Cuba menafikan senario itu bakal berlaku di dalam negara.

Kalau nak merasa sendiri, teruskan kezaliman ke atas rakyat, anda akan dapati suasana Kaherah akan berada di Kuala Lumpur nanti. -GB

DUNIA SIBUK DENGAN REFORMASI,,SEPOOL SIBUK DENGAN DUBUR BUSUK NYA

Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA yang ditemuinya pada satu tuala kecil, berus gigi dan botol air mineral adalah sepadan dengan dua profil DNA dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Nor Aidora Saidon berkata empat contoh diserahkan kepada beliau oleh pegawai penyiasat DSP Jude Pereira pada 17 Julai 2008 dan beliau membuat calitan daripada barang kes itu dan membuat rumusan secara positif kemudiannya yang mengesahkan DNA yang ditemui pada calitan itu menyerupai profil “lelaki Y” seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia oleh Dr Seah Lay Hong, seorang lagi saksi dalam kes itu.



Katanya beliau juga mendapatkan sehelai rambut daripada tuala kecil itu tetapi tidak menemui apa-apa profil DNA yang sepadan profil milik “lelaki Y” itu.



Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin, pada sesi pemeriksaan utama, saksi keenaam pendakwaan itu berkata beliau mendapatkan empat calitan daripada tuala itu, dua daripada botol minuman berkenaan dan dua lagi daripada berus gigi.



Anwar, 63, sedang menghadapi tuduhan meliwat Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.



Ketika ditanya oleh Noorin sama ada beliau membandingkan analisis ulangan seiring ringkas daripada graf tiga barang berkenaan dengan graf contoh oleh Dr Seah, Nor Aidora berkata analisis beliau daripada graf menyerupai hasil yang ditemui oleh Dr Seah dan ini mengesahkan ia berkongsi profil DNA, dan dating daripada punca yang sama iaitu “lelaki Y”.



Ekoran permohonan peguam bela Anwar, Karpal Singh, pihak pendakwaan bersetuju membekalkan satu salinan pangkalan data yang dirujuk oleh saksi berkenaan kepada pasukan pembelaan.



Sebaik saja salinan itu diserahkan kepada pihak pembelaan, seorang lagi peguam bela, Ram Karpal Singh, memohon agar mahkamah menangguhkan sesi pemeriksaan utama itu sehingga Jumaat memandangkan dokumen yang diserahkan itu adalah baharu dan ia perlu diteliti oleh seorang pakar, Dr Brian Mcdonald, yang membantu pihak pembelaan.



Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju dan mengarahkan pihak pendakwaan memanggil saksi baru esok

Permohonan - Dua - SolatNabi (SAW) Doa s '

Permohonan - Dua - Solat
Nabi (SAW) Doa s '

}

Untuk menyembuhkan penyakit apapun
Aisyah (RA) menyatakan bahawa ketika seseorang di antara mereka mempunyai penyakit, Nabi Muhammad (SAW) yang digunakan untuk menggosok daerah rasa sakit membaca doa berikut:
أذهب البأس رب الناس واشف أنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر سقما
"Wahai Tuhan dari rakyat, menghapuskan rasa sakit ini dan menyembuhkan itu, anda adalah salah satu yang menyembuhkan dan tidak ada seorang pun selain anda yang boleh menyembuhkan, geran tersebut menyembuhkan penyakit yang tidak tetap".
"Aisyah (RA) menyatakan bahawa ketika Nabi Muhammad (SAW) sedang sakit, ia digunakan untuk membaca empat Quls, pukulan pada tangan dan melewati mereka selama di belakang dan depan. Dia juga membacakan surah ini, meniup tangan dan melewati mereka atas tubuhnya selama sakit fatal ". (Bukhari, Muslim

Permohonan - Dua - Solat

Permohonan - Dua - Solat
Nabi (SAW) Doa s '


Ketika bosan hidup
Kerana kematian kesulitan yang anda cari tapi kita harus tidak pernah berdoa untuk kematian, bukan berdoa ini:
اللهم أحيني ما كانت الحياة خير لي وتوفني إذا كانت الوفاة خيرا لي
"Ya Allah tetap hidup selama yang baik untuk saya dan ketika mati lebih baik bagi saya mengangkat saya".(Mishkat)

Permohonan - Dua - Solat

Permohonan - Dua - Solat
Nabi (SAW) Doa s '

}

Istikhara
Jabir (RA) menyatakan bahawa Nabi Muhammad (SAW) mengajarkan mereka berdoa Istikhara dengan keteguhan tersebut dan digunakan untuk mengatakan bahawa ketika seseorang sedang dalam dilema apapun, ia harus melakukan dua rakaats solat nawafil dan selepas membaca doa berikut:
اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم أن هذا الأمر خير لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري فاقدره لي ويسره لي ثم بارك لي فيه وإن كنت تعلم أن هذا الأمر شر في ديني ومعاشي وعاقبة أمري فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيث كان ثم ارضني به
"Ya Allah, dengan pengetahuan anda Saya mencari kebaikan, dengan kuasa anda Saya mencari kemampuan dan menyokong kuat anda untuk tentu anda mempunyai kekuatan yang saya tidak punya, Kau tahu dan aku tidak Tahu dan Anda Tahu yang tak terlihat. Ya Allah , dalam pengetahuan anda jika pekerjaan ini baik bagi saya di Duniya dan akhirah (akhirat), maka biarlah untukku, berilah aku berkat di dalamnya dan jika itu buruk bagi saya kemudian menyimpannya jauh dari saya dan berilah aku apapun takdir yang akan membuat saya bahagia ".(Mishkat)
Sementara membaca, memikirkan masalah di tangan