Saturday, January 22

OH Artis:(GAMBAR)Majlis Perkahwinan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha 




Terima kasih kepada rakan kami di Piccalasso yang sudi menghantar gambar-gambar majlis perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha di Alor Setar. Memang terbaik gambar dari Piccalasso nie. Kalau anda nak kahwin dan masih tak jumpa photographer, kami cadang anda gunakan perkhidmatan mereka.
Mereka berdua selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua pihak. Pada majlis 
yang serba…READ MORE

TENANG,,,BN KURANG MENDAPAT SOKONGAN PENGUNDI MUDA DAN KAUM TIONGHUA

    

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita40/P1220717.JPGLABIS - Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja menghadapi masalah calonnya yang dikatakan kurang mendapat sokongan padu Umno Bahagian Labis tetapi kurang juga penglibatan anak-anak muda serta masyarakat tionghua.

Tinjauan Skuad Buletinonline mendapati pada hari penamaan calon penyokong BN lebih dimonopoli oleh golongan wanita serta warga emas.

(Gambar - Hanya golongan warga emas ....... dimana puterinya?)
Malah, perarakan calon BN, Mohd Azhar Ibrahim ke pusat penamaan calon hanya diiringi oleh 5,000 orang penyokong yang ‘diimport’ serta dibayarnya.

Kebiasaannya, perarakan calon BN juga diiringi dengan pelbagai acara sampingan termasuk paluan kompang serta peralatan hiburan bagi menaikkan semangat para penyokongnya.

Tetapi, kali ini sangat berlainan dan suasananya hambar yang membosankan para penyokong Umno-BN serta kelihatan lebih awal meninggalkan lokasi perhimpunan tersebut.

Manakala, di pihak PAS pula sokongan golangan muda lebih menonjol dengan kehadiran lebih 20,000 penyokong yang mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Dewan Majlid Daerah Labis, dekat sini.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi serta menunaikan solat hajat pada jam 7.30 pagi di satu kawasan lapang di Pekan Labis.

Kelihatan para penyokong PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP begitu bersemangat termasuk di kalangan masyarakat setempat.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon, Normala Sudirman yang disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

RAJA WANITA PERTAMA DIMALAYSIA?

  Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julung kali ada dalam sejarah pentadbiran negara.
“Perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.
Khalil memberi respons dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.
Tambahnya, bahagian FLOM adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.
“Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, Rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini. Dan jangan nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya yang juga Adun Titi Serong.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.
“Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan. Siapakah Menteri Pelajaran? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali?” soal beliau.
Beliau juga menyifatkan Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri.
“Suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet," ujarnya.
Justeru, ujarnya ahli-ahli Umno khususnya wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN.
“Sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh," soalnya.
Beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memulihkan imej negara pada PRU13 nanti.
Katanya lagi, apabila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan mengganggu pentadbiran negara.
PANAS BERAPI - Calon BN menerima padah, Tok Ai di 'boikot'
Setelah tidak terpilih mewakili BN pada pilihan raya kecil DUN Tenang, ketiga-tiga calon yang disebut-sebut mewakili parti itu mula menunjukkan protes atas pencalonan Tok Ai dimana kehadiran mereka pada pagi ini dilihat sekadarnya saja.

Sumber risikan Agensi Berita ABC yang dihubungi di tapak penamaan calon pagi ini menjelaskan berlaku pergeseran dan juih-menjuih mulut yang ditujukan kepada isteri calon BN last minute@Tok Ai oleh Ketua Wanita, Haslinda Salleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih Tok Ai, menjadi calon.

Bercakap kepada beberapa pemberita pagi ini, Haslinda berkata rasa tidak berpuas hati itu terbit bukan sahaja daripada beliau malah turut dirasai oleh para penyokongnya.

Kita hadir pada pagi ini, jika ditanya tahap sokongan, cukuplah saya katakan bahwa saya hanya memberi sokongan 30 peratus sahaja kepada dia(Tok Ai). Kenapa saya berkata begitu kerana saya tahu pilihan calon yang dilakukan oleh pimpinan BN adalah satu kesilapan, salah pilih maksud saya, dan sudah tentu saya (rasa) tidak berpuas hati.

Ketika ditanya pemberita adakah beliau merajuk, Linda tegas memaklumkan bahawa tidak timbul istilah merajuk kerana tidak dipilih menjadi calon, kerana itu bukan sikap sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman.

Walaubagaimana pun beliau melahirkan rasa kecewa, "Saya sudah faham dengan politik, sebab saya mula daripada bawah, saya tahu sepak terajang politik (dan) situasi politik, tetapi akhirnya saya dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti, itu perkara biasa di dalam parti Umno," katanya kesal.

Menurut Haslinda lagi, berlakunya perpecahan sokongan khalayak susulan mereka tidak terpilih menjadi calon. Lagi pula menurut Haslinda apabila ditanya mengenai kebimbangan - Mohd Azahar yang tidak mempunyai jawatan di dalam parti, ini sudah pasti akan memberi kesan penurunan besar pengundian kepadanya.

“Saya berkata (kepada penyokong) kalau begitu (keadaannya), apa salahnya kita beri peluang untuk Cikgu Normala sebagai protes senyap kita kepada parti. Saya ajak penyokong, agar memberi undi buat Cikgu Normala," katanya lagi.


Bagi naib ketua bahagian pula, Hashim Daud, tujuan utama beliau berkecimpung dalam dunia politik "bukan untuk kejar apa-apa". "Kita bekerja sebagai satu pasukan. Saya tidak mempunyai penyokong yang kuat. Kalau ada, sudah tentu saya jadi ketua bahagian. Saya mahu banyak kawan dan nak kurangkan musuh. Saya nak tolong kampung, (oleh itu) tidak semestinya kena jadi macam tu (Tok Ai),” katanya ketika dihubungi pagi ini di sebuah kedai kopi di Pekan Labis.

" Kesilapan memilih calon di DUN Tenang secara tidak langsung telah menyebabkan wujud perpecahan sokongan kepada BN, Umno khususnya mula dilihat berpuak-puak kini atau memang BN memang menempah untuk kalah. Kalau nak kemenangan, buat cara mahu menang, " tegas Rasdin.

Agensi Berita ABC turut mendapatkan pandangan daripada Hashim yang juga bapa saudara Mohd Azhar, dimana beliau pula berkata bahawa, anak saudaranya itu sebelum ini pernah bertanding untuk kumpulan G7 ke persidangan UMNO tahunan, tetapi beliau tewas teruk dalam pemilihan tersebut.

Menurutnya, pemilihan Azhar atau Tok Ai memang sudah dijangka, malah perkara yang digembar gemburkan bahawa “keluarganya menguasai” untuk jawatan tertentu di kawasan Labis itu adalah benar belaka. “Setengah daripada Labis ini adalah saudara maranya, maka ia akan memberi kelebihan untuk beliau untuk dicalonkan ,” katanya dengan nada yang sedikit angkuh./ [Albanjari]

PENAMAAN CALON PRK TENANG::5 CERAMAH MEGA

 http://www.buletinonline.net/images/stories/berita39/IMG_2307.JPGLABIS - Sempena hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada hari ini sebanyak lima ceramah mega akan diadakan .

Ceramah tersebut akan disampaikan oleh tokoh-tokoh besar Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PAS akan menyampaikan ceramah di Felda Cemplak, dimana kontinjen negeri Terengganu berkampung.

Manakala Anwar akan berada di tiga tempat: Felda Tenang, Taman Gunung Emas dan Kampung Sawah Baru

Selain itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji MohamadSabu akan menyampaikan ceramahnya di Felda Cemplak Barat, besama Hanipah Maidin, Dato' Teng Chai Kim dan YB Taufik Abdul Ghani.

Sementara itu, keadaan Labis yang sunyi sehingga jam 2.30 pagi tadi, menjadi sesak pada pagi ini apabila ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mula ytiba sejak jam 3.00 pagi.

Penamaan calon PRK Tenang yang diadakan pada hari Sabtu, dijangka menghimpunkan ramai penyokong baik Pakatan Rakyat mahu pun Barisan Nasional.

Pilihanraya DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya.

Pakatan rakyat telah memberi kepercayaan kepada PAS untuk bertanding dalam PRK Tenang, dan melakukan kejutan dengan meletakkan seorang calon wanita, anak tempatan, Cikgu Normala Sudirman

Calun PAS kecewa ...


“Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno,” kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini. [lagi]
-------------------------------
Camana MCA nak paham .. UMNO sendiri pun tak paham .. wakakak !!!

PERARAKAN PENAMAAN CALON DI TENANG

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG_9619.JPG- Lebih 20,000 mengiringi Cikgu Mala
LABIS- Lebih 20,000 orang ahli dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat hadir mengiringi calon PAS Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis, disini.

Perarakan bermula pada jam 8.18 pagi selepas selesai silat hajat dan munajat yang diadakan di Dataran PAS Labis berhampiran Markaz Besar Pilihanraya.

Sebelum perarakan dimulakan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berucap memberikan kata-kata semangat kepada hadirin.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG_9626.JPGBeberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat turut bersama ribuan penyokong antaranya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Mahfoz.

Perarakan tiba di hadapan bangunan Majlid Daerah Labis pada jam 9.30 pagi.

Gambar-gambar lanjut boleh dilihat dalam buletinonline blog

Apa hal pulak ngan mak cik ni

Tak pasai pasai mak cik ni melatah apa hal? Kerengga masuk kain ka hapa? Perjuangan Umno untuk wanita apanya? Lagi banyak anak luaq nikah yang tentunya terbit dari wanita bawah penguasaan hangpa selaku penguasa... takkan dok tak sedar lagi.

Apa yang Umno buat untuk julang maruah wanita? Tutup aurat sendiri pun failed, tok sah cakap la nak jaga maruah kaum wanita yang lainnya.... piiraahhh...


**************************************

Shahrizat: Cikgu Mala jadi calon PAS hasil perjuangan Umno

Beliau juga berkata, pemilihan Normala Sudirman, 38, sebagai calon PAS-Pakatan Rakyat adalah hasil perjuangan Wanita Umno selama ini.

“Saya nak kata sebenarnya apa yang berlaku di pembangkang (pemilihan wanita) adalah hasil perjuangan Wanita Umno selama ini.

“Dulu PAS tidak benarkan wanita bertanding, kalau pergi ke pasaraya juga minta asing lelaki dan wanita, jadi apabila PAS memilih wanita ia adalah satu pengiktirafan kepada perjuangan Wanita Umno selama ini,” katanya ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis di sini. - MI

Umno gagal fahamkan pelakon porno tentang Islam - cheGu Mal

LABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

“Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.

“Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno,” kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

“Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” kata Dr Chua.

Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.

Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.

“Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.

“Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.

“Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini,” kata beliau.

Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.

“Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.

“Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.

“Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini,” katanya.

Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.

“Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.

“Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.

“Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami,” katanya.

Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.

“Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.

“Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.

“Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN,” katanya.

Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.

“Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.

“Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.

“Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.

“Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. - TMI

BUKTI GAMBAR.... SIAPA SESAT DITENANG....??????????

Ramai dikalangan penyokong Umno tak faham bab sesat ni,alih-alih
main hentam somborono ngatakan Nik Aziz sesat dan para penyokong
PAS sesat.Nak tahu macam mana katakan sesat..maka sabda Rasulullah..

إني خلـّفـت فيكم شيئين، لن تضلوا بعدهما أبدا، كتاب الله وسنتي
Aku tinggalkan pada kamu dua perkara,yang jika kamu pegang teguh pastikamu tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah dan SunahKu.

Jadi lu orang cuba tengok gambar kat atas tu siapa yang sesat Umno
atau PAS ??
Allah telah berfirman dalam surah An Nur 31 dan Al Ahzab 59
supaya kaum wanita WAJIB menutup aurat sehingga melabuhkan
tundungnya melebihi paras dada.

Maka inilah pimpinan yang Zalim (Tidak meletakkan sesuatu hukum
pada tempatnya)
Untuk itu Allah melarang manusia daripada
menyokong pemimpin yang Zalim ini dalam ayat yang bermaksud
"Barang siapa yang cenderung kepada pimpinan yang zalim kelak
disambar oleh api neraka"..Nauzubillah

[2] PANAS BERAPI - Kelibat 'Angelina Yam' mengejutkan jentera MCA, BN kelam kabut ?


Sebahagian penyokong MCA diperarakan calon BN pagi tadi. Penyokong MCA dapat dikenal pasti melalui baju berwarna biru dan berlambangkan 1Malaysia.

Kelibat 'pelakon porno' tidak kelihatan ketika perarakan calon menjadi tanda tanya. Ramai penyokong BN menyedarinya. Penyokong MCA sudah menduga. Ketika seluruh jentera parti BN/UMNO sibuk melaungkan 'Hidup Melayu', lebih kurang 200 penyokong MCA yang turut serta sekadar melaungkan slogan 1Malaysia.

Namun dari riak wajah mereka, mereka kesal kerana slogan 'Hidup melayu' sudah tidak releven lagi dikemuncak Hari seperti mengarak calon., ia berbaur sangat Racist.

Berdasarkan kepada statistik daftar pengundi di DUN Tenang, 39% pengundi adalah dari kaum Cina daripada jumlah keseluruhan 14,753 pengundi. DUN Tenang berada didalam kawasan Parlimen Labis dimana diwakili oleh anak Chua Soi Lek, iaitu YB Chua Tee Yong.

Desas desus yang bertiup kencang sejak semalam, menyebut bahawa pimpinan BN khususnya UMNO berada dalam suasana tidak 'selesa' sekiranya perarakan calon BN pada hari ini turut disertai oleh pelakon porno itu. 


Isunya, ramai yang marah apabila pelakon porno itu cuba mencampuri soal hukum di dalam agama islam sewaktu berkempen. Walau bagaimanapun isu itu dapat diselesaikan lewat tengahmalam tadi oleh pimpinan BN.

Seorang penyokong BN ketika ditanya oleh pemberita ketika selesai perarakan calon pagi tadi telah mengesahkan bahawa tidak ada kelibat pelakon porno itu pagi tadi.

*LEBIH PANAS BERAPI : KHABARNYA 'ANGELINA YAM' yang mengegarkan negara satu masa dahulu yang beraksi hebat didalam DVD ter'HOT' sambil ber'silat goncang’, ‘lipat kijang’ dan ‘lipat tanduk’ kini telah berada di DUN Tenang. Untuk apa beliau di Tenang? Tunggu saja paparan ekslusifnya.

Hal ini benar-benar membimbangkan jentera BN/UMNO di Tenang, lebih-lebih lagi jentera MCA. Tunggu paparan panas dan mengejutkan, tidak mustahil jika di Permatang Pauh, ada Ustaz Ramlang Porigi, maka di Tenang pula tidak mengejutkan pula jika adanya kelibat "Angelina Yam'.

(*) Diterbitkan oleh Agensi Berita ABC: Agensi Berita Choilek Gigi Cap Kote Kulop

I no what you did last summer 1



Dalam berita Minsider, mamat ni mintak bantuan pemandu teksi untuk bagi tau pada semua penumpang, apa yang kerajaan dah buat ... fokusnya yang baik-baik la ...
Katanya, pemandu teksi membuat hubungan terus dengan orang ramai pada waktu bertugas.
-------------------------------------
Wakakak !!!
Tengah nak minta tolong memang macam tu

Macam pernah nampak, tapi di mana ye?



Ehh .. cam biasa nampak ... !
Berapa kali nko tengok video tu?
Ehh .. ye la ... dalam video .. !
Betul la ... memang sah ... !
Ye ke?
Ye la ....
Alamak .. video ape ye?
Ntah ...
Video apa?
Iklan kot .. .?
Iklan mende?
Iklan katil .. ?
Woooo ... ye la ... !