Monday, January 17

PRK DUN Tenang : Alhamdulillah, Inilah Calon Kita dan Suaminya diarah Tukar 24 Jam!

oleh Sutera Biru pada pada 16hb Januari 2011 pukul 11.45 ptg

Sebentar tadi menerusi Twitter Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengesahkan calon Pakatan Rakyat dari PAS, Normala Sudirman (38 Tahun) dipilih secara rasmi mewakili Pakatan Rakyat bagi merampas kerusi DUN Tenang yang
dikosongkan berikutan kematian Adun Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lalu.

Turut hadi bersama dalam pengumuman calon adalah Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan puluhan pemimpin Pakatan Rakyat di hadapan markas PAS Labis di sini.Normala merupakan Ketua Dewan
Muslimat PAS Kawasan Labis. Dan maklumat terkini menerusi Twitter Ketua AMK Shamsul Iskandar mendedahkan Normala dan suaminya yang merupakan guru telah diarahkan bertukar ke Johor Bharu dengan notis 24 jam!

Dengan keputusan calon yang telah dibuat sebentar tadi maka kita wajar semakin bersemangat untuk teruskan gerak kerja secara bersama dan istiqamah. Cermati langkah dalam mengatur strategi, dengan usaha dan izin Allah kita dapat mengecapi kemenangan meskipun di kubu lawan.Ayuh Selamatkan Malaysia!! Allahuakbar!!!!
, January 17, 2011
Bila Mustapa Mohamed kata dia sudah bersedia, nampaknya ada ADUN veteran PAS segera bertemu Mustapa Mohamed. Apa sudah berlaku?
ADUN Perupok hampir tiga dekad, Dato' Haji Omar dilihat semalam mengadakan temujanji dan bertemu Mustapa Mohamed di Hotel Sutera Inn Kota Bharu. Pertemuan yang berlangsung selepas Zohor dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tidak disertai oleh wakil lain dari PAS.
Apakah ADUN Perupok itu membawa amanat dari Menteri Besar Kelantan? Atau beliau bertemu atas kapasiti beliau sendiri untuk menyelamatkan dirinya seandainya benar Kelantan akan tumbang kepada Barisan Nasional pada PRU ke 13?
Apapun yang dibincangkan oleh ahli politik veteran PAS dengan pimpinan UMNO Kelantan itu sudah tentu 'sesuatu' yang menarik.
Haji Omar adalah seorang ahli politik licik.
SUMBER : http://kickdefella.wordpress.com

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1658282256634&set=o.142832105756098

PAS BACHOK PERLUKAN PEMIMPIN YANG BUAT KERJA, JALAN TEPI SUNGAI  DI KANDIS,BACHOK YANG HUBUNGKAN KANDIS-BERIS LALANG SERUPO CELAKO..LUBANG SELUT YANG INDAH...JADI LALUAN ANAK SEKOLAH. NOBODY CARE!!!!
Penulis Blog MPP Yang Pro Umno Murtad & Kafir!
MPP memfitnah TG Nik Aziz
Tulisan yang ditulis oleh penulis blog pro-Umno MPP membawa penulis tersebut menjadi seorang kafir laknatullah secara terang. Dia menuduh Nik Aziz telah mengaku Mahadhir sebagai Tuhan yang ternyata adalah palsu belaka dengan hujah-hujahnya yang dangkal.

Tidak akan selamat seseorang yang menuduh orang lain kafir melainkan salah seorang daripadanya adalah kafir. Jika yang dituduh itu ternyata kafir maka selamatlah penuduh sebaliknya jika tidak maka yang menuduh itulah sebenarnya kafir. 

UMNO perlu buat sesuatu untuk menguruskan mereka yang telah menjadi kafir atau bukan Islam adakah mereka masih berada dalam kategori bangsa Melayu kerana definasi Melayu tidak dapat menerimanya. Adakah mereka masih lagi boleh menjadi ahli UMNO


Budah darjah 6 pun boleh faham apa maksud ucapan Tuan Guru pada malam perjumpaan bersama blogger semalam apa maksudnya apabila berkata Mahadhir menjadi penghalang negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud yang bermakna kepimpinan BN ketikan itu mahu menyeret isu itu ke Mahkamah dan ini mampu mencelarukan pemerintahan Pas di Kelantan sebagai mana mereka berjaya menumbangkan PR di Perak dan kini sedang berusaha membuat perkara yang sama di Selangor.

Perkara yang menyentuh akidah bukanlah sesuatu isu yang dengan mudah untuk diambil sebagai bahan lawak atau bahan jadi popular. Ia adalah isu Islam atau Kafir. Janganlah pula kita memutar belitkan fakta-fakta dan bermain-main label Tuhan sesuka hati.

Jika di Pakistan penulis itu dah lama kena pancung, kalau kerajaan tak pancung tentu perutnya sudah terburai dirobek umat Islam yang perihatin.