Jangan puak puak Umno pengsan sudah bila tengok cara penghayatan Guan Eng berkenaan Maulidur Rasul nih.... kerjaan Gerakan mesra Umno dedulu nih ada ingat nak buat camni kat Penang? Haram...
Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR) meneruskan bayaran insentif kepada umat Islam khususnya bagi guru Kafa dengan kali ini mereka dibayar RM100 sempena sambutan Maulidur Rasul. RM100 seorang beb... haha... jadi la ada jugak terasanya penat lelah didik anak bangsa dibayar... walaupun bayaran secara “one-off". Kali pertama tahun lalu, semua guru Kafa telah diberikan RM250 sebagai “duit raya” menyambut Aidilfitri dan keduanya RM100 sorang pada Awal Muharram.
Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, bayaran RM100 ini akan menelan kos RM150,000 bagi kerajaan negeri

Dalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.
Bagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.