Monday, February 28

PRK Kerdau : Selepas Berpuluh Tahun Memerintah, Kerdau Hanya Dapat 10 Juta?

Peruntukan hampir RM10,000,000 untuk :

  • Projek menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.
  • Projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000,
  • Projek membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000)
  • Projek membina Balai Bomba sukarela (RM150,000).


Dalam pada itu, Najib menegaskan bahawa kesemua projek berkenaan ialah untuk memancing undi,kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengekalkan kemenangan Barisan Nasional lebih lebih lagi jika tibanya pilihanraya kecil seperti ini.

"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya memang kena cakap, sebab saya secara terang terangan membeli undi. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan di majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau di sini. Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan diri sendiri,merompak dan menzalimi rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti.

Sajak untuk UMNO, PAS dan PKr

Sajak untuk UMNO, PAS dan PKR









UMNO
PAS
PKR
tidak akan dihisab
di Yaumil Mahsyar
kerana ia abstrak
bukan manusia
tetapi manusia
di belakang
UMNO
PAS
PKR
akan dihisab
di Yaumil Mahsyar.

Setiap amal dengan niat
niat itu yang akan dikira Allah
justeru ada sahabat yang mati berjuang di medan perang dimasukkan ke dalam neraka
kerana nawaitunya bukan kerana ALLAH.

Ini bukan sajak politik
ini sajak amar makruf
berjuanglah
untuk keredhaan ALLAH
bukan keredhaan manusia.

Setiap yang ada di atasnya (muka bumi) akan binasa. Yang kekal zat Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (Ar Rahman

( PANTUN MATI ) untuk peringatan diriku dan kepada semua hamba2 Allah yang masih hidup ini..

 

oleh[ tinta hijau]









sampailah waktu ajal akan datang
malaikat maut segera menjelang
dicabut nyawa tiada terbilang
sakit terasa bukan kepalang

mati itu terlalu sakit
di dalam kubur terlalu sempit
ular dan kala datang mengigit
papan dan bumi pula datang menghimpit

masuklah mayat ke dalam bumi
mungkar dan nakir tanyakan diri
tiada terjawab amalan sendiri
dipukul malaikat ke dasar bumi

setelah dikubur baru menyesal
teringat diri membuat dosa
teringat diri tiada beramal
tak mungkin lagi pulang ke dunia

mati itu terlalu lazat
bagi syuhada di medan jihad
oleh itu wahai sahabat
iman di dada perlu ditingkat

'ORANG YANG PALING BANYAK INGAT KEPADA MATI DAN PALING BANYAK
PERSIAPANNYA UNTUK BEKALAN MATI,ITULAH ORANG YANG BETUL-BETUL CERDIK'
( RIWAYAT; Malik Ibnu Hajar)

SALAM SAYANG UNTUK SEMUA RAKAN2 FB)

Bukan semua yang kita nak,akan dapat

Bukan semua yang kita nak,akan dapat

Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH SWT...sedikit perkongsian untuk kita renungi bersama,insya'ALLAH mudah-mudahan ianya bermafaat untuk kita.

Dalam dunia ini, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara dalam pelbagai situasi kita tidak dapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala kita telah berusaha bersungguh-sungguh, kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya juga kita mendapatkannya.hakikatnya itulah lumrah kehidupan.
Persoalannya, bagaimanakah kita merasionalkan diri kita dalam menerimanya?

Kita tidak tahu
Pertama sekali, kita perlu melihat kembali betapa hakikatnya kita tidak mengetahui apakah pilihan yang baik atau pilihan yang buruk pada kita.tetapi ALLAH maha mengetahui:
“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.

Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh ALLAH SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH Dan HIKMAH tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi."Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”.

Belum bersedia
Ada kemungkinan juga, kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar. Contohnya, hajat hendak berkahwin, tetapi Allah tidak izinkan pada waktu yang kita hajati. Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Begitulah juga dengan kejayaan-kejayaan dalam kehidupan. Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.
Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.

Dosa
Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya.
Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.

Berusaha untuk positif dengan Allah
Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.
Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.
Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.
Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.
Allah itu Maha Penyayang.
Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya.
“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain).


oleh itu marilah kita sentiasa memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai.jangan rasa kecewa apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan. Pandanglah dari sudut yang positif. Fikir jauh ke hadapan. Jika kita manusia yang punya ikatan dengan ALLAH SWT, maka kita akan berlapang dada, bersangka baik dengan aturan-aturanNya kepada kita.
Sekiranya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insya'ALLAH jiwa kita tidak akan rasa terbeban kerana kita sentiasa positif.
Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain, Insya'ALLAH....

Jauhilah Perkara Syubahat Untuk Menjaga Agama dan Kehormatan Diri.

 

oleh Abu Basyer pada pada 27hb Februari 2011 pukul 6.48 ptg
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap perkara yang halal dan haram cukup jelas di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T. tidak meninggalkan perkara asas dan pokok di dalam al-Quran mengenai urusan akidah, ibadah, syariah  dan akhlak yang mulia. Walaubagaimana pun di antara perkara yang jelas halal dan haram ada perkara-perkara yang  syubhat iaitu perkara yang samar-samar di antara yang halal dan haram tadi. Orang mukmin yang bersifat warak akan meninggalkan perkara syubhat kerana dia khuatir tanpa disedari ianya boleh terjatuh kepada perkara yang haram.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Nukman bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W.  bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya : "Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai.

Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut.

Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya.

Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini  jelas nyata apa yang nak di beritahukan kepada kita. Secara terang dan jelas Rasulullah SAW telah mengajar kita bukan hanya apa yang halal dan haram bahkan syubhat. Untuk memudahkan pemahaman umatnya, baginda membuat contoh yang jelas.

Kita ambil contoh buah rambutan misalnya, tidak ada orang di dalam dunia ini menyatakan benda itu haram kerana telah jelas bahawa buah itu halal. Begitahu juga sebaliknya. Adakah di antara kita yang mengatakan babi itu halal? Sudah pasti tidak. Kerana Allah telah pun tetapkan sedemikian.

Di dalam dunia ini sekarang, pelbagai benda umat Islam terlibat dalam perkara yang haram. Secara tidak sengaja mahupun sengaja. Kalau sengaja tu memang mencari nahas.  Minum arak contohnya jelas haram tetapi masih ada umat Islam yang tidak peduli dan terus menerus meminim arak. Ketahuilah bahawasanya mereka ini bukan mencabar manusia lain tetapi mencabar Allah. Ingat, Allah berhak buat apaapa kepada hambanya. Dengan hanya mengatakan "Kun fayakun" maka binasalah mereka. Seperti yang tertera di dalam  Surah Yaasin, ayat 82 yang bermaksud;
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya, apabila Ia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada benda itu:"Jadilah engkau!".Maka ia terus terjadi."

Contoh yang tidak sedar adalah riba. Riba merupakan satu gejala yang satu ketika dahulu memang tidak dapat dielakkan. Tiada bank yang menggunakan sistem Islam. Tapi sekarang sudah ada Bank Islam, Bank Muamalat dan bank-bank lain pun telah membuka kaunter perbankan cara Islam. Maka tiada alasan untuk seseorang menghindarkan diri dari riba.

Sesungguhnya riba merupakan salah satu dosa besar seperti yang dinyatakan dalam hadis di bawah: Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah telah bersabda maksudnya : "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda maksudnya :
"1. Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya.
2. melakukan perbuatan sihir.
3. membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak.
4. memakan harta anak yatim.
5. memakan harta riba.
6. lari dari medan pertempuran dan
7. memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina."

Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Memang tak dapat dinafikan, tidak semua perkara telah Allah dan Rasul nyatakan sama ada halal atau haram sesuatu itu. Namun begitu tak bermakna apabila Allah dan Rasul tidak mengatakan mengenainya, perkara itu halal.

Rasulullah SAW telah menjelaskan di dalam hadis di atas bahawa antara halal dan haram, terdapat perkara syubhat. Syubhat merupakan seuatu perkara yang tidak pasti akan hukumnya. Syubhat juga boleh juga ditakrifkan sebagai perasaan was-was akan sesuatu perkara. Walaupun syubhat bukanlah halal atau haram, tidak bermakna perkara syubhat boleh dilakukan sesuka hati.

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW menjelaskan lagi :

"Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram."

Dari penyambungan hadis di atas, terang dan jelas syubhat bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan. Kerana Rasulullah SAW menekankan sesiapa menjauhkan perkara syubhat, maka dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya manakala jika sesiapa mengamalkan amalan syubhat, bermakna  kita mengamalkan perkara yang haram. Bukankah itu satu penekanan yang berat.

Di dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim)

ULASAN HADIS :

1. Hadis ini mengingatkan kita agar sentiasa berhati-hati dalam kehidupan seharian yang kita lalui.

2. Apabila kita meragui sesuatu perkara,seharusnya kita menjauhkan diri daripada melakukan perkara tersebut kerana dikhuatiri kita terjerumus dalam melakukan perkara yang haram.

3. Jika kita berhati-hati dan mengambil berat mengenai urusan agama dan perkara yang berkaitan dengannya, sudah pasti kita akan dapat menjauhi diri daripada terjebak
dengan perkara yang diragui atau syubhat sekaligus menjauhkan diri kita daripada terlibat dengan perkara yang haram.

4. Ingatlah, jika kita tidak berwaspada, kita akan mudah terbabit dengan perkara-perkara syubhat dan sekaligus mendedahkan kita pada perkara-perkara yang haram.

Justeru,elakkan diri dariapda perkara-perkara yang syubhat agar kita dapat menjaga diri dan agama kita serta ahli keluarga.


Contoh perkara-perkara syubahat adalah seperti berikut :

1. Bekerja sebagai juruwang di bank perdagangan yang menggunakan sistem konvensional(menggunakan sistem riba)

2. Makanan dan minuman daripada luar negara (walaupun daripada negara Islam) yang tidak ada pegesahan tanda halal oleh negara tersebut atau daripada Jakim. Di khuatiri makanan tersebut dibuat oleh orang bukan Islam dari negara tersebut.

3. Makan dan minum di hotel, restoren, cafeteria atau kopitiam yang tidak ada kelulusan Jakim, kelulusan halal daripada luar negara boleh dipertikaikan sebab tidak ada siapa yang boleh mengesahkan dan pantau kehalalannya.

4. Makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh syarikat bukan muslim yang tidak ada kelulusan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama negeri-negeri.

5. Menerima hadiah atau hamper oleh kakitangan kerajaan (yang menguruskan tender atau pembekalan barang-barang) daripada syarikat-syarikat pemborong yang ada kepentingan perniagaan. Di khuatiri ada unsur-unsur rasuah.

6. Apa sahaja samaada pekerjaan, makanan, minuman, perkhidmatan yang mana di situ ada keraguan dan boleh menimbulkan fitnah atau kesangsian ianya boleh dikategorikan sebagai perkara syubahat.

7. Melabur di dalam pelaburan internet yang tidak jelas skimnya dan menyerupai skim cepat kaya. Tidak ada perjanjian dan muamalah yang jelas mengikut sistem Islam.

8. Membeli, menjual, membuat dan menghisab rokok. Sesetengah ulama mengatakan ia haram (dengan huraian yang terkini) manakala yang lain mengatakan makruh. Jabatan Fatwa Perak sebulat suara mengatakan rokok itu haram di sokong oleh Jabatan Agma Islam di Selangor. Walaupun majlis fatwa negeri-negeri tidak 100% mengatakan ia haram, bukankah perbuatan ini syubhat dan menurut hadis di atas dan boleh terjerumus ke dalam perkara yang haram. Ini kerana Rasulullah SAW telah bersabda bahawa mengamalkan perkara syubhat itu merosakkan kehomatan diri sendiri. Marilah kita cuba berhenti beramai-ramai. Memang tidak dapat dinafikan untuk berhenti itu sukar. Tetapi ingat Allah ada berfirman di dalam al-Quran surah al-Talaaq ayat 3 yang bermaksud :" dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)."

9. Membeli lembu, kambing atau ayam daripada tuan binatang ternak  yang tidak menjaga  binatang belaan mereka. Binatang tersebut dilepaskan dengan bebas. Kita khuatir binatang tersebut telah memakan tanaman orang lain dan tuannya membiarkannya saja. Oleh itu binatang seperti ini termasuk di dalam perkara syubahat. Belilah binatang-binatang ternak yang jelas makanannya daripada sumber yang halal.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang haram samaada makan, minuman, perbuatan dan pertuturan. Kita juga perlu jauhkan diri kita daripada perkara-perkara syubahat yang tidak jelas halal dan haram semata-mata untuk menjaga agama  dan kehormatan diri supaya  tidak tergelincir kepada perkara yang haram.