Monday, January 24

PAS BANGGA DAP&PKR JAWAB ISU BERSALAM

 

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang.

“Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

“PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959.

“Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum,” ujarnya.

Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu.

“Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon,” katanya.

Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam.

PENDEDAHAN SIRI 2,,TENANG

Milo Suam  
Terdahulu dalam:Gempar! Calon BN DUN Tenang bakal ditelanjangkan, CiLiK© telah meneruskan siasatan pada hari ini. Berdasarkan maklumat dari beberapa orang responden yang CiLiK© temui semasa penamaan calon (22 Januari 2011), tanah yang telah dilelong kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah terletak di satu kawasan di Mukim Jabi Segamat.

Bagi membuktikan kesahihan maklumat ini, CiLiK© telah ke Mukim Jabi Segamat dan mencari sendiri di manakah letaknya lokasi tanah berkenaan dengan bantuan seorang kakitangan Pejabat Tanah.

Melalui alamat yang diberikan, CiLiK© telah pergi ke lot tanah berkenaan. Menyusur dari satu kebun ke kebun yang lain. Keadaan kebun-kebun yang tidak berpagar menyebabkan CiLiK© keliru yang mana satu lot tanah berkenaan. Alhamdulillah, setelah dirujuk dengan beberapa orang penduduk setempat, akhirnya CiLiK© berjaya menjumpai lot tanah yang menjadi pertikaian antara tuan tanah, pembeli dan juga Datuk Ai (Calon BN).

Berikut disertakan bukti bergambar perjalanan yang telah CiLiK© lalui hari ini :












Sebelum tanah ini dilelong (tanpa pengetahuan tuan tanah), ia hanya dipenuhi dengan pokok buah-buahan, jati dan sebagainya. Kemudian, tuan tanah telah mencagarkan tanah untuk membuat pinjaman bank. (Bank : CIMB). Akibat gagal membuat pembayaran balik pinjaman,proses lelongan telah dimulakan.

Lantaran itu, tuan tanah telah bersusah payah bergolok gadai mencari dana sebanyak mungkin untuk melunaskan pinjaman tersebut demi menyelamatkan tanah beliau dari dilelong kepada pihak lain. Hasilnya, beliau telah membayar RM10,000 kepada CIMB Bank bagi mengelakkan tanah beliau dilelong. Namun, proses lelongan diteruskan juga.

Resit pembayaran RM 10,000 kepada pihak CIMB Bank telah dibawa pada hari lelongan. Tuan tanah terus berjumpa dengan ADO yang bertugas pada waktu itu. Siapakah ADO itu? Datuk Ai la siapa lagi! Bukan setakat itu sahaja, demi menyelamatkan tanahnya dari dilelong, beliau telah membawa juga RM 12,000 tunai. Namun rayuan beliau kepada Datuk Ai dipersetankan sebegitu sahaja.

Jika difikirkan, Datuk Ai selaku ADO Segamat perlu menggunakan budi bicaranya untuk memberi peluang kepada tuan tanah bagi menyelamatkan tanah beliau. Namun semua itu tidak berlaku.

Adakah ini satu konspirasi?

Adakah ADO Segamat ketika itu (Datuk Ai) mastermind dalam lelongan tanah berkenaan?

Jika ya, mengapa tarikh siasatan lelongan tidak dimaklumkan kepada tuan tanah?
Dan lebih dahsyat lagi, mahkamah telah membuat keputusan bahawa Pentadbir Tanah telah pada 11 Ogos 2003 membuat keputusan dan menetapkan tarikh lelong dan harga rezab TANPA KEHADIRAN mana-mana pihak.

a)Tiada wakil dari pihak pemohon hadir
b)Tiada wakil dari pihak responden hadir
c)Pentadbir Tanah juga tidak dapat menjelaskan tarikh itu tarikh itu tarikh apa

Manakala perintah lelong ditarikhkan pada 18-9-2003 yang mana kesemua pihak tidak mengetahui tarikh 18-9-2003 tersebut tarikh apa.
Satu persoalan yang belum terjawab, siapakah pembida tanah yang dimaksudkan?

Nantikan pendedahan yang seterusnya.

CiLiK© "Mungkin ramai yang bertanya dari mana cilik mendapat maklumat tentang semua ini. Ingatlah tuan-tuan, perkara yang baik akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kebenaran PASTI akan mengatasi KEBATILAN! Allahuakhbar!"/Milosuam

ROSMAH PELUK CIUM,,PAK JAMIL TAK MARAH PUN

mohdnoorawang
Menteri ugama Islam/menteri yang jaga Islam JAMIL KHIR tidak tegur pun Rosmah Mansor peluk, cium, dan salam lelaki yang bukan murhimnya.


Jamil Khir pun tidak tegur artis wanita yang pakai berkembang atau tidak tutup badan sehingga nampak alur buah dadanya. ***** pesta AJL25 terbitan TV3 penyembar fitnah yang terulung.


PRK DUN Tenang jelas berlaku fitnah yang hebat terhadap ugama Islam yang dibuat oleh MCA, GREAKAN dan UMNO.  Anak dan bapak presiden MCA hina Islam dan mengadakan fitnah kepada calun DUN Tenang Cikgu Mala. Jamil Khir tidak jawap dan menjadi bisu segera.


Sepatutnya MCA, Gerakan dan UMNO tidak membuat fitanah terhadap Islam dan calun PAS DUN Tenang Cikgu Mala.  DUN TENANG kubu kuat UMNO/BN kenapa hina Islam dan mengadakan fitnah kepada Cikgu Mala.


Dun Tenang juga ada ramai peneroka Felda, Biasanya menjadi aset UMNO/BN setiap pilihanraya di Malaysia. Mengapa takut kepada Cikgu Mala yang bertanding diatas tiket PAS.


UMNO ada wang. Bagi sahaja wang kepada pengundi di Dun Tenang dengan mengunakan kaedah yang selalu diamal oleh BN/UMNO dari dulu kini dan selamanya.


Mungkin umno takut pada bayang bayang yang menyerupai hantu dari jelmaan pembunuhan wanita Mongolia.  PRK Dun Tenang macam tidak tenang buat UMNO/BN.

Pemimpin MCA, GERAKAN, dan UMNO jangan hina Islam. Dun Tenang milik mu wahai BN/UMNO. Jangan takut pada bayang bayang dan hantu Mongolia.


UMNO/BN punca kaum yang bukan Islam tidak hormat kepada Islam. Buku saterawan negara pun dibakar. UMNO jadi bisu. Depan TV dan depan umat Melayu cakap bergegar dan hebat mahu bina dan jaga Islam dan Malayu. Semuanya tipu dan bohong. Yang betul adalah PERUT MESTI BUNCIT DENGAN WANG RASUAH DAN PROJEK.,....ITULAH PEMIMPIN UMNO, GERAKAN, MCA DAN BN UMUMNYA
Sarung Tangan Apa Ada Hal,Bukannya Kondom

KUALA LUMPUR - Seorang peguam Cina, Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan di sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan baru-baru ini.-KOSMO



YANG NI PULAK SIKIT HARI LAGI AKAN BERGAMBAQ BERSALAM DENGAN KETUA UMNGONG,KETUA PERKOSA,KETUA PEKUDA MINTAK MAAF SECARA TERBUKA KERANA MEMPERSENDA SALAM BERSARUNG TANGAN.SAH-SAH KAT BELAKANG TU DEPA AKAN GANTUNG BENDERA UMNGONG SEBAGAI BACKGROUND.
GUA DAH DAPAT BACA LA PERMAINAN POLITIK DEPA NI...SKRIP DIA SAMA SAJA...
KAH! KAH! KAH!

ORANG BERSALAM PAKAI SARUNG TANGAN PUN NAK KECOH
BUKANNYA PAKAI KONDOM MACAM PORNSTAR...
KAH!KAH!KAH

KEPUTUSAN PROSES PENGUNDIAN DUN SELANGOR

 

Dan setelah ditolak undi daripada bekas ADUN Pelabuhan Klang yang digantung, Badrul Hisham Abdullah beserta dengan Speaker DUN, Teng Chang Khim (keseluruhan DUN Selangor ialah 56), jumlah undi yang dikira ialah 54!

SEPERTI DIJANGKA, KESEMUA 34 ADUN PAKATAN RAKYAT MENYOKONG PINDAAN manakala 20 ADUN KESEMUANYA ADUN UMNO-APCO DAN BARISAN NAJIS TIDAK MENGANGKAT TANGAN!
BERMAKNA SAH UMNO-APCO MENCATAT SEJARAH HARI INI SEBAGAI PENDERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU!!

DIULANG, UMNO-APCO PENDERHAKA RAJA-RAJA MELAYU!!

HARI INI UMNO-APCO ADALAH PENDERHAKA SEBENAR RAJA-RAJA MELAYU!!!

HUMBANKAN UMNO-APCO DAN BARISAN NAJIS KE LAUT

[ Jalan Pulang ]


............................................

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Gagal Pinda Perlembagaan Negeri

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal mendapatkan majoriti hasil undian belah bahagi pada pukul 6.25 petang Isnin bagi meminda Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Dengan undi 34 bersetuju dan 20 menentang, kerajaan negeri tidak mempunyai majoriti dua pertiga untuk meneruskan bacaan kali kedua dan ketiga.

Kerajaan negeri memerlukan undi sebanyak 38 bagi meluluskan Rang Undang-undang berkenaan.

Jumlah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ialah 56 dengan Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) ialah 20.

Satu lagi kerusi iaitu Pelabuhan Klang bagaimanapun diisytiharkan kosong pada 19 Januari lalu ekoran penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN lebih daripada enam bulan.

Sidang tergempar DUN Selangor yang diadakan hari ini bertujuan meminda Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Ia bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang kini terletak pada pertadbiran pusat.

Sementara itu Speaker, Datuk Teng Chang Khim pada sidang media selepas itu berkata, beliau tidak mengundi pada sesi undi belah bahagi kerana kedudukannya bukan sebagai undi penentu.

"Kecualilah jumlah undinya sama dan memerlukan undi penentu, baru speaker akan mengundi," katanya.

Jelas beliau lagi, walaupun kerajaan negeri gagal meminda perlembagaan pada hari ini, Rang Undang-undang berkenaan boleh diusulkan sekali pada bila-bila masa.

"Tak menjadi masalah kalau nak bawa semula Rang Undang-undang ini pada masa hadapan," katanya.

Isu ini timbul ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru berkuat-kuasa 1 Januari lalu tanpa melalui pengetahuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


[mstar]

......................................


BERITA
Isnin Januari 24, 2011
Khalid Cadang Bawa Isu Pindaan Perlembagaan Untuk Semakan Kehakiman
SHAH ALAM: Isu pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor nampaknya belum selesai walaupun kerajaan negeri gagal mendapat undi majoriti dua pertiga untuk meminda undang-undang itu dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri pada Isnin.

Ini kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bercadang membawa isu pindaan berkenaan untuk semakan kehakiman.

"Saya mahu buat perubahan. Perubahan ini perlu. Saya tahu politik banyak permainan tapi pengurusan (berlainan), kalau tidak, tak dapat ukur kecekapan (pentadbiran)," katanya semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan pada sidang itu di sini. Khalid berkata beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana kerajaan pakatan pembangkang sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal.

"Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (kerajaan) persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya.

Beliau berkata apa yang berlaku hari ini adalah sejarah dan akan direkodkan dalam hansard Dewan dan akan dikenang dan boleh dibuat rujukan supaya masa depan negara kita akan lebih baik dan terbuka.

"Kepada Anggota Dewan yang tak bersetuju dengan pindaan, tak mengapa, tak ada masalah.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN BN yang turut hadir dan mengambil bahagian dalam perbahasan," katanya. -

IMAM NAFI TUDUHAN UTUSAN MELOYA

 


Che Zuhar Che Haron, ahli PAS dari Pahang yang mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, menafikan sebuah berita daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menggambarkan beliau seolah-olah ‘merampas’ untuk menjadi imam solat berkenaan.

Sebaliknya, beliau telah ditarik tangan oleh penduduk tempatan dan makmum Masjid An-Nur Felda Tenang itu, setelah jenazah yang sampai sejak jam 10.30 pagi sehingga jam 2 petang tidak disempurnakan kerana imam masjid berkenaan pergi ke padang menyambut Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak

11,500 PEMUDA BAKAL GEGARKAN HIMPIT DIKUALA NERUS

    

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/himpit10k2009.jpgKUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) optimis seramai 11500 orang ahlinya dari seluruh negeri akan memeriahkan program tahunan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT), Februari depan.

Setiausahanya, Wan Ahmad Faizul Wan Abas berkata, program tersebut merupakan yang terbesar tahun ini dengan anggaran kehadiran dijangka melebihi tahun sebelumnya.

“sebelum ini, kira-kira 10 000 orang yang menghadiri HIMPIT yang diadakan kali terakhir pada tahun 2009.”

“Tahun ini kehadiran dijangka bertambah 1 500 orang”

(Gambar - Himpit 2009 yang mengumpulkan 10,000 pemuda PAS Terengganu)

“pemimpin tertinggi pemuda pas pusat akan hadir, begitu juga dengan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya kepadsa Sinar Harian

Beliau berkata, program yang akan berlangsung di Batu Enam, Kuala Nerus pada 11 Februari itu juga menjadi usaha untuk menggembleng lebih ramai tenaga bagi memeriahkan Himpunan 30 000 (H30K) yang akan diadakan di Kedah pada 19 Februari depan