Saturday, February 12

HOREY,,,PESTA PRK DATANG LAGI....SELEPAS MERLIMAU,,NAK LARI DARI PELABUHAN KLANG,,KERDAU PULAK YANG KOJOL,,

0diggsdigg
0




Adun BN Kerdau dalam bahagian Kuala Krau Pahang, Datuk Zaharudin Abu Kassim telah meninggal dunia - memungkinkan akan berlaku PRK ke 16. ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia pada jam 6 petang tadi, menurut siaran Buletin Utama, TV3.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya. Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

Kematian itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain

PRESIDEN HOSNI TINGGALKAN KAHERAH

 http://buletinonline.net/images/stories/berita41/datarantahriri11feb.jpgOmar Suleiman Umumkan Hosni letak jawatan (video didalam)

Hosni Mubarak, the Egyptian president, has resigned from his post, handing over power to the armed forces.
Omar Suleiman, the vice-president, announced in a televised address that the president was "waiving" his office, and had handed over authority to the Supreme Council of the armed forces.
Suleiman's short statement was received with a roar of approval and by celebratory chanting and flag-waving from a crowd of hundreds of thousands in Cairo's Tahrir Square, as well by pro-democracy campaigners who attended protests across the country on Friday.

(Gambar - 'Yaum-al-Gadb' hari kemarahan sebagaimana di beritahu oleh Presiden PAS dalam ucapannya di Kuala Nerus pagi Jumaat terbukti dengan keadaan penunjuk perasaan hari Jumaat 11 Februari, dalam pusingan akhir, sebelum Hosni Mubarak melarikan diri)
The crowd in Tahrir chanted "We have brought down the regime",  while many were seen crying, cheering and embracing one another.
Mohamed ElBaradei, an opposition leader, hailed the moment as being the "greatest day of my life", in comments to the Associated Press news agency.
"The country has been liberated after decades of repression,'' he said.
"Tonight, after all of these weeks of frustration, of violence, of intimidation ... today the people of Egypt undoubtedly [feel they] have been heard, not only by the president, but by people all around the world," our correspondent at Tahrir Square reported, following the announcement.
"The sense of euphoria is simply indescribable," our correspondent at Mubarak's Heliopolis presidential palace, where at least ten thousand pro-democracy activists had gathered, said.
"I have waited, I have worked all my adult life to see the power of the people come to the fore and show itself. I am speechless." Dina Magdi, a pro-democracy campaigner in Tahrir Square told Al Jazeera.
"The moment is not only about Mubarak stepping down, it is also about people's power to bring about the change that no-one ... thought possible."
In Alexandria, Egypt's second city, our correspondent described an "explosion of emotion". He said that hundreds of thousands were celebrating in the streets.
Pro-democracy activists in the Egyptian capital and elsewhere had earlier marched on presidential palaces, state television buildings and other government installations on Friday, the 18th consecutive day of protests

WARAN TANGKAP UNTUK BONEKA YAHUDI,,PERVEZ MUSHARAF

 


Mahkamah Pakistan telah mengeluarkan waran tangkap kepada Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf kerana
disyaki terlibat didalam pembunuhan Bekas Perdana Menteri negara itu, Benazir Bhutto.

Bekas Perdana menteri itu telah terbunuh akibat tembakan dan serangan bom ketika perarakan pilihanraya yang diadakan di Kota Rawalpindi Pada December 27, tahun 2007.[ lagi

SELAMAT DATANG KUASA KEBANGKITAN RAKYAT

 

Kebangkitan kuasa rakyat di Mesir menggamatkan politik dunia. Inilah gabungan kuasa rakyat yang terbesar sekali dapat disaksikan dalam sejarah dunia moden. Amerika dan Israel tergamam, diktator diktator dunia jadi tak senang duduk.

Regim regim didunia lain yang asyik dengan kuasa yang dipaksa keatas rakyat merasa gusar, malah mereka tahu bahawa kemenangan rakyat Mesir menumbangkan Presiden Hosni Mubarak bukan bermakna kebangkitan rakyat sudah tamat. Tidak mustahil, roh kebangkitan itu akan menular ke seluruh dunia.

Kejayaan di Mesir bukan dicapai dengan mudah dan selesa kerana mereka berjuang dengan nyawa dan darah. Ribuan rakyat mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan, ada dipenjarakan serta di ISAkan tanpa bicara. Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.

Kebangkitan kuasa rakyat ini memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia, kuasa yang ada dan diambil secara paksa dari rakyat kian terhakis dan tunggu masa dan ketika saja untuk terlucut dengan penuh aib. Bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan, kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan

gelombang kebangkitan anak muda 19 feb KEDAH DARUL AMAN TANPA UMNO


1. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi masa untuk Pemuda PAS dari seluruh negara berkumpul di Negeri Kedah Darul Aman dalam kekuatan 30 ribu tenaga sebagai persiapan dan pecutan akhir menggalas agenda Kebangkitan Anak Muda Negara menuju perubahan. Tema himpunan 30K Pemuda PAS ini ialah " Masa Untuk Berubah : PAS Sedia Ganti UMNO " .
2. Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun yang lalu. Pastinya semangat anak - anak muda di negara utara Afrika itu telah menular ke seluruh dunia untuk membangkitkan kesedaran serta keinsafan rakyat menolak regim yang zalim . Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak - anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan PR sebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang.
3. Pemuda PAS akan diberi suntikan semangat pada himpunan tersebut oleh tokoh - tokoh pimpinan PAS dan sebahagiannya adalah mantan ketua - ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Insyaallah, himpunan 30K Pemuda PAS ini akan mendengar ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009-2011 ] sebagai "amanah perjuangan" serta "peraturan dan arahan" khas menghadapi gelombang kebangkitan anak muda ke arah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
4. Tokoh - tokoh pimpinan yang akan turun memberi suntikan semangat perjuangan fi sabilillah kepada pemuda - pemuda PAS kelak ialah :
Al Fadhil Ustaz Yb Nasharudin bin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man [ Naib Presiden PAS ]
Al Faadhil al Akh Yb Tuan Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak [ AJK PAS Pusat merangkap MB Kedah ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Fadhil al Akh Tuan Hj Mohamad bin Sabu [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Pemangku Ketua DPPM ]
Al Faadhil Ustaz Hj Hasrudin bin Hassan [ Ketua DPP Malaysia - Ucaptama ]
5. Sebelah petangnya pula Peserta himpunan akan direhatkan seketika dengan selingan persembahan artis - artis terkenal seperti Radhi dari Malissa dan Pak Long yang akan mengiringi seorang tokoh seleberiti terkenal tanahair yang akan menyerahkan borang untuk menyertai PAS pada hari itu. Himpunan ini akan ditutup dengan taklimat khas dan arahan gerakkerja pilihanraya oleh Pengarah Jabatan Piliharaya dan Strategi DPP Malaysia Yb Firdaus Jaafar.
6. Himpunan 30K ini akan disempurnakan dengan penuh gemilang pada jam 8.30 malam dengan Majlis Solat Hajat Perdana di tapak himpunan memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan pidato Perdana sempena semarak Kebangkitan Anak Muda menuntut perubahan memburu keadilan dengan tema Masa Untuk Berubah : PAS Sedia ganti UMNO oleh :
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Al Fadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak
Al Fadhil Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan
Al Akh [ Seleberiti Terkenal Tanahair yang akan menyerahkan borang menyertai PAS ] - nantikan kemunculannya.
7. Pastikan anda sebagai Pemuda PAS hadhir ke himpunan ini bagi menyemarakkan gelombang kebangkitan Anak Muda dari seluruh dunia. Dari Tunisia, Yemen, Mesir, Jordan, Bangladesh dan kini Malaysia . Jumpa anda semua pada 19 February 2011 [ sabtu ] bersamaan 16 Rabiul Awal 1432H.
8. Ayuh Pemudaku ... tunaikan amanah perjuanganmu dan capai inspirasimu menuntut sebuah perubahan. kalian adalah Rijaaluttaghyir [ Agen Perubah ]

ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA,,,AL FATIHAH..NAJIB PENING LAGI


Ahli Dewan Undangan Negeri Adun BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim 63 meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau Pahang petang tadi. 

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008 Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan. Pada pilihan raya umum 2008 Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1615 undi.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin terjatuh di bilik air di rumahnya.

“Pukul 7 05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya ”

Beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram Kerdau. Laporan Bernama memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood juga mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia Allahyarham pernah menjadi perhatian tahun lalu kerana dirawat selepas koma di Institut Jantung Negara IJN di sini.

Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah,semoga beliau ditempatkan bersama sama orang yang disenangi Allah