Friday, April 1

Facebook Hapus akaun Intifadhah Palestina Ke-III,Khuatir Palestin Bersatu dan Bangkit!

oleh Sutera Biru pada pada 01hb April 2011 pukul 5.55 ptg




Laman sosial Facebook,menghapus akaun Intifadhah Palestina Ke-III selasa lalu.Pemilik Facebook mengenalpasti akaun itu tersebut sebagai tujuan kempen mengangkat senjata melawan Israel.Penghapusan akaun Intifadah Palestina Ke-III berlaku setelah protes dan desakan Israel kepada pemilik Facebook,Mark Zuckerberg.Israel mendakwa akaun Intifadhah menimbulkan konflik politik dan bertentangan dengan kebebasan bersuara serta sebagai penyebar kebencian.

Intifadha Palestina Ke-III telah memiliki lebih dari 350.000 fans ketika diblok.Akaun ini mengajak warga Palestine turun ke jalan raya berdemontrasi selepas solat Jumat pada 15 Mei akan datang sebagai bermulanya kebangkitan intifadhah. "Hari Kiamat hanya akan tiba jika kaum Muslimin telah membunuh semua orang Yahudi," sebagai posting di wall Intifadhah.

"Pada asalnya halaman tersebut dibuat untuk mengajak melakukan demontrasi secara ramai dengan menggunakan istilah “intifadhah” yang dikaitkan dengan kekerasan di masa lalu.Walau demikian,setelah mendapatkan publisiti,komentar yang muncul semakin panas dan langsung menyeru kepada kekerasan.Secara langsung pembina laman itu akhirnya mengajak melakukan kekerasan juga."

"Kami memantau tiap yang dilaporkan kepada kami,dan ketika mereka menyeru kearah kekerasan atau ekspresi kebencian,seperti yang terjadi dalam kes ini kami harus segera menyekatnya.Ianya bukan kebiasaan kami untuk menyekat segala seruan yang ada unsur menentang negara-negara,agama,entiti politik atau ideologi.”

"Revolusi Facebook,turut berperanan dalam menjatuhkan  rejim di Mesir dan Tunisia. Laman sosial telah menjadi agen perubahan dan alat politik yang kuat, yang menuntut para pengguna di seluruh dunia membuat kempen ketika memposting."
-Andrew Noyes,Manager Komunikasi dan perhubungan awam Facebook.

Betapa pengaruh Israel amat kuat dan dalam menentukan setiap keputusan bagi melindungi kepentingannya.Mereka bimbang kerana akaun Intifadhah tersebut telah membangkitkan tekanan terhadap pemerintah Palestin agar bersatu menghadapi Israel.Mahmoud Abbas terpaksa ke Gaza dalam usaha mengadakan kerjasama dengan Hamas apabila akaun ini membangkitkan kebangkitan rakyat yang memberi kata-dua kepada Mahmoud Abbas kerana khuatir dengan pengaruh laman internet seumpama ini yang menjadi penyumbang kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir.Tindakan awal adalah dengan menutup laman tersebut.

Ya,saya bencikan zionis dan saya akan terus menggunakan senjata kamu untuk melawan kamu.Jika akaun ini juga turut dihapus.Ia adalah sebahagian kecil dari jutaan.Tidak sama sekali menggugat pendirian saya terhadap kamu ZIONIS LAKNATULLAH!
 

Zahar : Polisi baru Mesir untuk Palestin

 


 Delegasi Hamas pada hari Selasa (29 Mac) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Mesri, Dr. Nabil Arabi, untuk membincangkan peranan Mesir ke dalam landasan yang betul berkaitan isu Palestin, sempadan Rafah dan fail rekonsiliasi.
Delegasi itu memuji berkenaan pendirian kementerian Arab terhadap serangan Zionis ke atas Gaza, dan kerajaan baru yang strategik dari peringkat nasional, Arab dan Islam. Semasa lawatan ke Kaherah ini, mereka dapat mengesan semangat dan polisi baru yang bakal muncul beberapa hari lagi.
Dr. Mahmoud Zahar, ahli badan politik Hamas, dan Dr. Khalil El-Hayyah, selepas pertemuan mereka dengan Menteri Luar Mesir berkata : “kami meletakkan janji-janji yang banyak bahawa Kerajaan Mesir akan meneliti dan menangani isu Palestin, rekonsiliasi dan rakyatnya. Kami juga bersetuju dalam banyak perkara, termasuklah tindakan yang akan dikenakan ke atas PA Fatah dan badan Palestin di Ramallah, agar kita dapat mencapai rekonsiliasi.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Peserta Mogok Lapar Semakin Teruk

 


 Yayasan Antarabangsa Solidariti untuk Hak Asasi Manusia berkata bahawa keadaan kesihatan seorang tahanan, Abbas Assayed yang kini telah berada dalam mogok lapar selama 22 hari telah semakin teruk di Hospital Penjara Ramle.
Penyiasat untuk yayasan itu, Ahmed al-Betawi berkata bahawa seorang doktor Isreal memberi Assayed tiga unit glukos kerana kandungan gula yang sangat rendah di dalam darahnya.
Berdasarkan Betawi, pemogok lapar itu juga diberikan pil vitamin dan segelas susu, sewaktu perutnya kosong dan menyebabkan tahanan itu berasa pening dan muntah dengan teruk. Matanya juga bergerak dengan laju.
Walaupun keadaan kesihatannya semakin teruk, moral Assayed masih tinggi dan dia sangat kuat untuk meneruskan mogok laparnya sehingga semua tuntutan tahanan dipenuhi, kata penyiasat itu.
Pejuang hak asasi manusia menyeru agar organisasi hak asasi manusia bergerak dengan pantas untuk menghentikan penderitaan semua tahanan Palestin di penjara Israel, terutamanya Abbas Assayed.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Qabaha: Kami meminta Abbas untuk menamatkan penahanan politik sebelum lawatan Gaza

 


 Pemimpin Hamas dan bekas menteri urusan tahanan ‘Wasfi Qabaha mengatakan bahawa delegasi yang bertemu dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ramallah pada Sabtu memintanya untuk menamatkan penahanan politik di Tebing Barat sebelum lawatnnya keGaza.
Dia berkata kepada PIC pada hari Ahad bahawa delegasinya bersama-sama dengan dewan perundangan Palestin (PLC) pembicara Dr Aziz Dweik dan sejumlah ahli parlimen Hamas dan bekas menteri, meminta Abbas untuk menamatkan penangkapan, penghapusan, penyiksaan, dan pemberhentian kerja bersama dengan amalan-amalan lain untuk memastikan kejayaan dari kunjungannya ke Gaza.
Abbas berkata bahawa semua ini akan berakhir ketika ia tiba di Gaza.Qabaha menambah, bahawa para delegasi berkata kepada Abbas yang berbicara seperti itu tidak cukup dan bahawa gerakan harus mendahului dengan inisiatif apapun untuk memastikan kejayaannya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Zahar : Mesir tegas mahu hancurkan kepungan… dan Hamas dengan rekonsiliasi Palestin.

 


Dr. Mahmoud Az-Zahar, anggota Biro Politik Hamas, menegaskan bahawa rakyat Palestin memerlukan langkah serius dan cepat untuk menghentikan perpecahan, terutamanya dengan kedatangan Presiden PA, Mahmoud Abbas ke Gaza selepas persetujuan, dan selepas terpotongnya jalan ke arah rekonsiliasi sebelum ini.
Zahar menambah bahawa Hamas : “telah mengerahkan sehabis tenaga untuk mencapai rekonsiliasi, dan telah memanggil Abbas untuk berdialog secara serius, akan tetapi beliau menolak untuk datang melawatan, secara rasmi dan berprotokol, kerana rakyat sedang menunggu rekonsiliasi yang sebenar-benarnya yang dibina atas dasar politik yang jelas, dan gambaran yang lengkap untuk rakyat Palestin dan kerajaan dengan harapan dapat merealisasikan objektif ini.”
Beliau berkata lagi bahawa Hamas bersepakat dalam isu untuk menghentikan perpecahan, dan untuk mencapai rekosiliasi Palestin, bersatu dalam satu barisan, menjauhkan segala perkara yang menghalang kesatuan, dan merealisasikan cita-cita dan aspirasi rakyat. Beliau berharap agar isu ini ditangani dengan “langkah yang lebih positif” pada masa hadapan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Hamas: serangan Israel terhadap rakyat kami tidak akan melemahkan mereka

 


 Gerakan Hamas mengecam keras pihak berkuasa pendudukan haram Israel (tentera penjajah Israel) untuk menghancurkan sepuluh rumah dan menahan banyak warga Palestin di kampung Neir Um di Al-Khalil pada subuh Selasa.
Ini menggambarkan tindakan tersebut sebagai “kejahatan rasis” yang bertujuan memaksa rakyat Palestin untuk berpindah dan meninggalkan tanah mereka.
Gerakan ini menegaskan, bagaimanapun, bahawa kejahatan tentera penjajah Israel tidak akan melemahkan keteguhan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah mereka.
Hamas menyeru kepada rakyat Palestin untuk bersatu dalam menghadapi dasar tentera penjajah Israel yang berbau perkauman, dan meminta kumpulan hak asasi manusia untuk segera campur tangan dalam melindungi rakyat Palestin menghadapi tekanan tentera penjajah Israel dan menghentikan kejahatan rasis tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Abu Sabh: undang- undang baru Israel akan menyebabkan penculik Shalit menambah tuntutan

 

 Menteri Hal-Ehwal Tahanan Palestin, Attallah Abu Sabh telah menyeru masyarakat dunia agar campur tangan kerana Israel Knesset dijangka akan meluluskan undang-undang yang yang semakin ketat ke atas tahanan perang Palestin.
Beliau menekankan bahawa undang-undang baru itu bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat.
Ahli-ahli Knesset merangka empat undang-undang yang mengenakan syarat-syarat lebih ketat terhadap rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel. Ia telah dibincangkan oleh jawatankuasa dalaman yang mengambil keputusan untuk menyatukannya kepada satu draf undang-undang yang akan diundi di dalam sesi Knesset seterusnya.
Undang-undang itu dirangka sempena pembebasan tentera Israel Gilad Shalit yang ditangkap pihak pejuang di Gaza tiga tahun lalu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati