Saturday, November 12

JALAN INI JALAN KITA

Tazkirah ini dahulunya saya tulis untuk diri saya dan sahabat-sahabat Comrade yang seperjuangan di dalam menyebarkan dakwah kepada orang asli. Perjuangan yang memerlukan kekuatan jiwa, banyak sabarnya yang tidak terluah dengan kata-kata. Dan kini saya tujukan juga untuk mereka yang berjuang untuk menyebarkan Islam.. Kita semua adalah bersaudara.. ALlahu Akbar!
...........................................................................................................................................................................

Sahabat jangan bosan dengan perjalanan dakwah ini, jalan yang telah biasa kita tempuhi selama ini. Jalan ini yang telah mendekatkan kita antara satu sama lain, jalan ini telah memberitahu kita siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya yang perlu dijadikan pengajaran. Sebuah perjalanan dakwah tidak akan sunyi dari pancaroba dan pahit getir ujian. Jangan engkau berundur dari denai yang menguji jiwa ini, maklum sajalah ia tidak menjanjikan apa-apa pangkat dan kehormatan untuk engkau berbangga, tidak pula memberikan sedikitpun gaji untuk engkau terima, dan tidak pula menjamin bahawa perjalanan ini mudah dan menyebabkan hati engkau akan menjadi tenang selalu.


Sahabat, jalan ini adalah jalan kita, bukankah engkau dahulu menyatakan dengan perasaan dan hati berkobar-kobar ingin meninggikan Islam di mata manusia? Bukankah engkau dahulu pernah berikrar bersama-sama untuk sanggup mati sebagai syuhada’ di jalan mulia ini? Kerana tidak semua manusia dapat dinilai kualiti dirinya sekiranya tidak mengalami ujian di dalam medan dakwah ini, benarkah kita ini hanya pandai berkata-kata mulut manis santun bicara, tetapi setiba sahaja panggilan jihad ini maka engkau mengundurkan diri dengan memberikan seribu satu alasan yang anak kecil pun boleh mereka-reka cerita dengannya.


Sahabat, cuba engkau perhatikan dalam-dalam kata-kataku ini, cuba buka laut fikirmu, benarkah bagai dikata bahawa engkau mengaku dirimu bersaudara dengan setiap Muslim dan Mukmin? Sedangkan dirimu masih mencintai diri sendiri melebihi saudara-saudara kita? Engkau sanggup tidur lena di tilam empuk sedangkan ada saudara-saudara kita menjerit hati batinnya untuk belajar tentang Islam tetapi tiada orang yang ingin menyambut tangan-tangan yang memerlukan ini.

Di sana ada musuh yang tidak tega melihat Islam tertegak, di sana ada orang yang berpura-pura seperti api dalam sekam ingin melihat Islam itu hancur, dan mereka ketawa apabila orang Islam telah menanggalkan pakaian Islam di hati dan zahiriyyah mereka. Dan ketika itu di dalam hatimu telah terjadi peperangan antara iman dan nafsumu yang menggelodak, sekiranya nafsu menabiri mata maka di dalam perjalanan dakwah ini engkau telah tertewas dan untuk kesekian kalinya ada sahaja jiwa lain yang seaqidah dengan kita turut sama terkorban kerana orang yang ditunggu untuk menyelamatkan mereka telah melarikan diri dari medan dakwah hanya kerana nafsu itu lebih bererti dari iman baginya...


Bagaimana diri ini sahabat, kita tidak lebih dari hamba Allah yang berjalan untuk singgah sebentar melepaskan lelah, dan dalam kelelahan itu ada sahaja tawaran yang menarik mata hati untuk tinggal lebih lama di situ padahal kita tahu perjalanan perlu diteruskan, dan tempat persinggahan itu tidak lama lagi akan hancur lebur. Tidak perlulah aku mengulang lagi akan kisah kesedihan, kesakitan, keperitan dan kepenatan di jalan ini. Kerana hanya mereka yang faham sahaja akan tersenyum riang dan tabah serta berazam untuk terus berada di jalan ini.


Biarlah usaha kita ini dipandang kecil, orang memandang rendah, tetapi Tuhan melihat kita dengan pandangan rahmat, jiwa-jiwa kita dipayungi dengan iman dan Islam. Ditakdirkan kita mati sebelum dapat mencapai cita-cita murni, mudah-mudahan kita tidak keseorangan kerana diri kita telah menyatu di dalam menolong agamaNya ini. Sesunngguhnya tiada yang lebih tinggi dari Islam kerana Islam itu adalah yang tertinggi. Semoga Allah bersama-sama dengan kita... Aminn..




MENELITI AIB SENDIRI

Jika ALlah Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, Ia akan membuat orang itu dapat melihat aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia hendaklah menempuh empat jalan berikut :

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai bahaya yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia mempasrahkan dirinya kepada guru dan mengikut petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara merawatnya, tetapi di zaman ini guru seperti ini amat sukar dicari.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki basiroh (mata hati yang tajam) dan berpegang pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan serta semua aib batin dan zahirnya sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang yang cerdik, orang-orang yang terkemuka dan para pemimpin agama.

Umar RadiyaLlahu 'anhu berkata : "Semoga Allah merahmati orang yang dapat menunjukkan aib-aib kepadaku."

Ketika Salman mengunjunginya, beliau berkata : "Cuba sebutkan perilakuku yang tidak engkau sukai."

Salman menolak dengan halus. Tetapi beliau terus memaksa. Akhirnya Salman berkata : "Aku mendengar engkau makan dengan 2 lauk dan memiliki 2 pakaian: satu engkau memakainya di siang hari dan satu lagi engkau memakainya di malam hari."

"Selain itu adakah hal lain yang engkau tidak sukai?" Tanya Saidina Umar.

"Tidak"

"Sesungguhnya dua perbuatan yang engkau sebutkan tadi telah kutinggalkan," ucap beliau.

Beliau (Saidina Umar RadiyaLlahu 'anhu) pernah bertanya kepada Huzaifah. "Engkau adalah sohibus sir (orang yang mengetahui pelbagai rahsia. Di antaranya Huzaifah mengetahui siapa yang munafik dan siapa yang bukan munafik) RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam yang dapat mengenali orang munafik. Apakah engkau melihat tanda-tanda kemunafikan pada diriku?"

Perhatikan, Saidina Umar dengan kedudukan yang agung dan mulia masih mencurigai dirinya. Semakin cemerlang akal seseorang dan semakin tinggi kedudukannya, ia akan jarang berbangga hati dan semakin sering mencurigai dirinya sendiri. Yang kedua ini juga sudah sukar untuk dicari. Sedikit teman yang mahu berterus terang dan menunjukkan aib kita.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab, pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkap keburukan seseorang. Boleh jadi manfaat yang diperolehi seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya.

Namun, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan menganggapnya sebagai ungkapan kedengkian. Tetapi, orang yang memiliki mata hari jernih mampu mengambil pelajaran dari pelbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

4. Bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian ia tuntut dirinya untuk segera meninggalkannya. Sebab, seorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin lainnya. Ketika melihat aib orang lain ia akan melihat aib-aibnya sendiri.

Sumber : Muhammad Bin Muhammad al Ghazali, Ihya' Ulumiddin, Toha Putera, Semarang - Indonesia, m/s 62.

Sumber : Novel bin Muhammad Alaydrus, Orang Bijak Berkata - Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa, Taman Ilmu, Cetakan ke-5, 2008 Semanggi-Surakarta,

NIKMAT ALLAH AMAT LUAS UNTUK MENGATAKAN BOSAN

Acapkali juga kedengaran keluhan atau perkataaan "bosan", 'boring' dan yang sewaktu dengannya. Biasanya keluhan ini datang apabila diri tidak tahu nak berbuat sesuatu yang bermanfaat, tidak tahu kerja apa yang hendak dibuat, tiada aktiviti yang menarik dan sebagainya.

Yang lebih parah lagi apabila timbul dalam fikiran 'Aku sudah bosan dengan hidup!'

Aktifkan Akal Yang Positif

Allah menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dan digunakan dengan cara yang betul dan baik. Kurangnya penggunaan akal yang positif untuk berfikir mempengaruhi tubuh badan untuk bertindak pasif dan negatif.

Seharusnya kekuatan akal yang diberi dapat digunakan untuk mengatur kehidupan dengan lebih sistematik dan terancang. Biasanya mereka yang berfikiran positif mempunyai pelbagai perancangan dan alternatif bagi merancakkan suasana kehidupan agar hilang perkataan bosan dalam fikiran. Dan perkataan bosan biasanya tiada pada individu yang bijak mengatur jadual kehidupannya.

Antara Cadangan Menghilangkan Perasaan Bosan

1. Sedarlah bahawa jangkamasa kita hidup amatlah terhad

- usahakan untuk banyakkan memberi kepada orang lain dengan cara yang baik dan tujuan yang baik.
- cara pemberian itu bergantung kepada kebolehan. Setiap orang pastinya punya kelebihan/kepandaian masing-masing

2. Carilah hobi yang baharu

- Jika kita duduk mendiamkan diri sahaja atau rutin yang sama dilakukan. Apa kata cari hobi yang baharu yang tidak membosankan ? Berkebun, melukis, menulis, melancong melihat peninggalan sejarah para Nabi dan Rasul ?

3. Kita bosan disebabkan persekitaran ?

- Jika ia disebabkan oleh persekitaran. Ubah susun atur di rumah seperti perabot, pinggan mangkuk. Mewarnakan dinding rumah dengan warna yang ceria dan lembut, menggantungkan gambar-gambar pemandangan atau kata-kata motivasi agar kita mata dan minda segar melihatnya.

JIKA ANDA YANG MASIH LAGI BERTANYA MENGAPA SAYA MENBACA YASIN UNTUK ORANG YANG SUDAH MENINGGAL




Hari itu berlalu jua, tiada lagi si dia yang bercermin mata tersenyum menyambut kedatangan aku, isteri dan anakku. Tiada lagi dia yang menciumi pipi si kecil itu. Biarlah dia beristirehat di persemadiannya setelah bergelut dengan penyakit yang menghuni di tubuhnya. Sungguh Allah telah memberi kerehatan yang abadi untuknya..

Ya Allah! pahala dari bacaan surah Al Fatihah ini kuhadiahkan kepada pakcikku yang telah meninggal dunia.. Amin Ya Robb.. Al Fatihah..

Hadith sahih kelebihan membaca yasin :


Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."



(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Sumber Rujukan : Prof Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa'u al mayyitu min al a'mal, Jahabersa, 2007, Johor

SINAR ISLAM UNTUK SEMUA,,,,TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ,,,


WRITTEN BY AKADEMI TARBIYAH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT Category: Mimbar Ulama
Print
Akhir-akhir ini, pertembungan kaum cuba dimanipulasi secara melampau termasuklah media massa yang turut menyimbah minyak ke atas api pertikaian yang marak. Jika dahulu, PAS dilabel sebagai parti rasis, radikal dan sebagainya. Maka hari ini seolah-olah label itu telah bertukar ke arah parti yang memfitnahnya. Perlulah disedari, PAS sendiri tidak pernah bersikap perkauman sejak dari dahulu hinggalah ke hari ini. Label-label yang negatif yang dipakaikan oleh pihak media langsung tidak benar dan hari ini ia terbukti merupakan tuduhan jahat.
Perjuangan PAS sendiri bukanlah mengajak kepada menegakkan idealisme perkauman yang sempit tetapi mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T selaku pencipta alam semesta.
Dunia yang indah ini tidak mungkin wujud dengan sendirinya tanpa Pencipta. Akal logik tentu sekali tidak dapat menafikan wujudnya kuasa yang mengatur perjalanan alam yang begitu tersusun ini.

Peredaran bulan dan bintang, pergantian malam dan siang yang begitu teratur mustahil wujud kecuali adanya kuasa yang mencipta dan mengurus tadbirnya. Kita tentu sekali boleh menerima bagaimana tubuh badan manusia yang terdiri daripada pelbagai anggota dan beribu-ribu sendi hanya dikawal oleh akal sebagai papan kawalan utama.

Demikianlah juga sebuah kilang yang terdiri daripada pelbagai jentera dan mesin namun kesemuanya hanya digerakkan dengan hanya menekan suis utama. Maka begitu jugalah alam semesta yang begitu hebat ini tentulah ditadbir oleh satu kuasa saja. Kuasa ini esa, tidak ada dua dan tiganya.

Asal manusia dari Nabi Adam

Dalam ajaran Islam, Kuasa Yang Maha Mencipta ini disebut Allah SWT. Dialah Tuhan yang menciptakan alam ini untuk kehidupan manusia. Dialah juga yang menciptakan manusia bermula dari seorang lelaki yang dinamakan Adam dan dijadikan pula dari Adam itu isterinya Hawa. Ini disebut di dalam firmanNya (surah An Nisa’:1) yang bermaksud :

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak".

Merujuk kepada firman Allah S.W.T ini, agama Islam mengajar penganutnya agar meyakini bahawa semua manusia ini berasal dari bapa yang sama iaitu Adam. Walau apapun warna kulit, manusia sebenarnya bersaudara atau adik-beradik kerana datang dari sulbi yang sama atau satu keturunan.

Sebutlah apa nama bangsa sekalipun, ia tetap merupakan anak cucu kepada Nabi Adam. Justeru, langsung tidak timbul soal bangsa dan warna kulit di dalam Islam. Bangsa, bahasa dan warna kulit tidak lain hanyalah merupakan unsur atau ciri untuk membezakan manusia.

Oleh yang demikian, ia tidak patut dijadikan punca manusia bersengketa antara satu sama lain. Sekalipun secara fitrahnya manusia tentulah menyintai bangsanya sendiri lebih daripada bangsa yang lain, namun cinta dan kasih itu tidaklah menghalalkan dirinya untuk melakukan kezaliman dan ketidakadilan kepada bangsa yang lain.

Realiti perjuangan Islam

Menghayati maksud firman Allah SWT ini, maka inilah perjuangan Islam di bawa PAS yang ingin membawa masyarakat mengenali Tuhan Yang Maha Mencipta alam ini iaitu Allah SWT. Inilah hasrat para ulama Tanah Melayu satu ketika dahulu yang mengambil inisiatif menubuhkan Parti Islam Se-Tanah Melayu dan hari ini dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia atau singkatnya PAS.

Dari awal penubuhannya hinggalah ke hari ini, matlamatnya tidak pernah lari walau seinci, tidak pernah berganjak walau sejengkal. Misi utamanya ialah memperkenalkan Allah SWT sebagai pencipta dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT bukan hanya di tikar sejadah tetapi di medan siasah.

Allah itu yang disembah di dalam solat, Allah itu jugalah yang disembah di dalam pentadbiran. Inilah hakikat yang tidak dibawa oleh UMNO yang menyebabkan para alim ulama yang asalnya berada di dalam UMNO bertindak keluar menubuhkan PAS.

Sejak 50 tahun yang lampau, kita tidak pernah lekang menyebut hakikat ini di hadapan rakyat jelata. Jatuh bangun kita sepanjang melalui jalan politik ini tidak pernah menjauhkan kita walau sedikit dari matlamat utama memperkenalkan Islam yang tulen kepada masyarakat.

Kita mengajak semua lapisan rakyat untuk meyakini bahawa dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dengan manusia hanya bertaraf penumpang walau sebesar manapun pangkat dan kuasanya. Kita juga menyeru rakyat agar meyakini bahawa selepas hidup ini akan tiba kehidupan yang lain iaitu alam akhirat. Di alam akhiratlah segala amalan manusia akan dibalas tanpa ditinggalkan sedikitpun oleh Hakim Yang Maha Adil iaitu Allah SWT.

PAS akan terus menongkat cita-cita murni ini walau sehebat manapun gelora yang membadai. Kita penuh yakin bahawa UMNO tidak akan jujur di dalam memperkenalkan Islam kepada rakyat Malaysia khususnya.

Bagi kita, ke hulu atau ke hilir kita berakit, tetap Islam menjadi tali pengikatnya. Jika kita boleh menerima bahawa di rumah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak, di sekolah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar, di dalam negara ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, maka sudah tentu di bumi ada peraturan yang perlu dipatuhi.

Peraturan tersebut ialah Islam dan bukan semangat nasionalis yang membawa kepada ideologi perkauman yang sempit. Kesemua enakmen-enakmen peraturan hidup di dunia ini telah termaktub di dalam al-Quran selaku lidah rasmi Allah SWT atau disebut sebagai kalamullah.

Peraturan Islam jamin keamanan semua manusia

Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia. Ia akan mengamankan semua manusia. Lihatlah perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam, kesemuanya merupakan perkara-perkara yang memudaratkan.

Menghindarinya bermakna mengamankan hidup kita. Ini kerana mencuri, merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat yang kesemuanya diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh kesemua manusia tidak mengira bangsa dan agama.

Demikian juga perkara-perkara yang diwajibkan atau digalakkan oleh Islam seperti mentaati pemimpin, mematuhi ajaran nabi, bercakap benar, menepati janji, tidak menipu, menghormati orang tua, menghormati semua agama, menghubungkan persaudaraan adalah kesemuanya merupakan nilai-nilai yang baik dan diterima secara universal.

Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk kita menolak ajaran Islam. Jika semua kita menerima pakai ajaran Islam dan boleh menepikan seruan kedaulatan bangsa tertentu  sehingga mengguris bangsa lain, saya yakin ia akan mengurangkan ketajaman perselisihan antara kaum yang sedang diasah oleh pihak-pihak tertentu dalamnegara kita.

Inilah dasar Islam yang cukup adil dan mulia. Maka sesuai dengan maksud al-Quran yang telah dirujuk pada awal di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana perintah Allah SWT sendiri supaya melakukan kebaikan kepada orang-orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam.

Atas perintah Allah inilah bagi pihak kerajaan yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab memberi keadilan dan layanan yang baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial mereka.

Menerima pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi

Atas kemuliaan ajaran Islam, maka usaha untuk memperkenalkan Islam yang sebenar turut dilakukan oleh tokoh intelek Islam terkenal, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi melalui bukunya “Golongan Non-Muslim di dalam Masyarakat Islam”.

Buku ini adalah antara hidangan istimewa yang sesuai untuk kita hadam dan diskusikan oleh semua pihak ke arah memahami Islam dan menolak prejudis terhadap Islam. Secara peribadi, saya telah mengikuti pandangan beliau semenjak saya pulang ke tanah air sekitar tahun 1960-an.

Saya mula menggunakan kitab beliau iaitu ”Islam dan Sekular : Satu Pertentangan” di dalam majlis pengajian yang saya kendalikan. Satu demi satu kitab beliau saya habiskan hinggalah ke hari ini, saya menggunakan kitab karangan beliau iaitu Fiqh Daulah di dalam majlis pengajian saya.

Sepanjang pengkajian saya terhadap pendekatan yang digunakan oleh beliau, nyata sekali beliau merupakan seorang tokoh intelek yang mengamalkan pendekatan wasatiyyah. Beliau tidak ekstrim dalam mengemukakan pandangannya, dan tidak pula menolak mentah-mentah pandangan orang lain.

Sesuai dengan pengalaman yang pernah terlibat dengan usaha dakwah Islamiah menerusi pertubuhan Ikhwanul Muslimin, maka pandangannya dilihat rasional dan berssandarkan pengalaman praktikal serta sesuai untuk direalisasikan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia ini.

Justeru, ketokohannya diiktiraf oleh dunia dengan pelbagai anugerah yang diperolehi termasuklah dua anugerah dari Malaysia iaitu anugerah Ijazah Kehormat dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1996 dan turut diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada tahun 2009 biarpun Perdana Menteri kita, Najib Tun Razak menuduhnya sebagai pengganas.

Semoga pandangan-pandangan sederhana beliau seperti yang ditulis di dalam banyak bukunya dapat diterima pakai sebagai asas membina hubungan yang harmoni di antara Muslim dengan Nonmuslim di Malaysia.

Sinar Islam memenuhi harapan

Harapan masyarakat Malaysia adalah untuk mewujud sebuah kehidupan aman, damai, sejahtera dan harmoni berteraskan agama. Besarlah harapan agar kita semua dapat menjernihkan pandangan kita terhadap Islam yang sekian lama disolekkan dengan wajah yang comot oleh pihak-pihak yang tertentu.

Segala prejudis dan salah faham yang sering mengabui mata hendaklah dicuci sama sekali, agar kita semua dapat melihat warna Islam yang sebenar. Sesungguhnya sinar Islam adalah cahaya yang boleh memenuhi harapan kita semua. Sejarah sendiri menyaksikan bagaimana orang Cina dan India lebih dahulu menerima Islam berbanding orang Melayu.

Ia berlaku kerana sinar Islam itu dipancarkan dengan baik kepada mereka. Ia cukup membuktikan bahawa Islam tidak asing di kalangan kedua-dua bangsa ini. Justeru, kepada sahabat sebangsa saya yang masih enggan menerima Islam. Ingatlah, sesungguhnya Allah S.W.T hanya akan memuliakan sesuatu bangsa itu dengan Islam. Tanpa Islam, Allah SWT pastinya akan menggantikan kaum yang lain untuk menerajui pentadbiran di bumiNya. Sebagaimana firmanNya (surah Muhammad:38) yang bermaksud :

"Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT, maka bersetujulah kita dengan kemuliaan dan kebesaran-Nya yang merahmati umat manusia ini dengan sinar Islam".

______________________________________
Oleh : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul AM PAS



AMARAN KERAS GOLONGAN MELAGAKAN MANUSIA

WRITTEN BY AKADEMI TARBIYAH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT Category: Mimbar Ulama

Sebahagian daripada hak Muslim; ialah rasa sayang untuk Muslim apa saja yang kamu sayangi untuk dirimu sendiri. Apa yang kamu kehendaki orang lakukan untuk dirimu, demikianlah juga sepatutnya kamu lakukan untuk Muslim lain. Begitu juga menjadi hak Muslim membenci apa juga yang dibenci, sebagaimana kamu membenci sesuatu perkara itu jika ia berlaku kepadamu. Tidak melakukan kepada orang lain sebagaimana kamu benci orang lain lakukan sesuatu ke atas dirimu.



Sabda Rasulullah S.A.W membuat bandingan antara seorang Mukmin dengan Mukmin yang lain melalui sabdanya yang bermaksud,"Perbandingan orang Mukmin dengan Mukmin yang lain dari segi kasih mesra di hati dan bergilir emosi kasih sayang ibarat tubuh yang satu, apabila satu anggotanya sakit seluruh anggota turut demam dan berjaga malam".

Terdengar jerit tangis umat Islam tertindas di pelbagai pelusuk alam, tetapi tidak kedengaran saudaranya terdekat atau yang jauh datang bantu meredakan derita tangisan tersebut. Ini menunjukkan kebanyakan umat Islam belum upaya meningkat ke tahap Mukmin, seperti yang di sabdakan oleh Baginda Nabi S.A.W. Jika Mukmin mereka pasti mereka turut merasai demam dan tidak tidur malam, kerana memikirkan untuk bantu saudaranya yang tertindas itu. Andainya mereka di tahap Mukmin mesti bergegas datang walaupun jauh, jika tidak terdaya hadirkan diri untuk menolongnya dalam apa bentuk sekalipun kerana halangan tertentu itu.

Sekurang-kurangnya mereka wujudkan dana, atau apa saja untuk bantu meringankan penderitan saudara Mukminnya itu. Sekalipun berlainan warga negara, etnik dan warna kulit, hanya ibarat berlainan nama jenis anggota tubuh badan. Namun pada hakikatnya orang beriman di serata dunia adalah laksana tubuh yang satu. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,"Orang Mukmin di samping Mukmin yang lain ibarat sebuah binaan, saling mengukuhkan antara satu dengan yang lain".

Suatu yang amat jelas peranan orang Mukmin di sisi Mukmin yang lain, saling bantu membantu antara mereka ibarat binaan saling mengukuhkan struktur, antara beberapa bahan binaan dengan bahan binaan yang lain.

Hak orang Islam lagi antaranya ialah tidak menyakiti antara satu dengan yang lain, mahupun daripada jenis perbuatan ataupun ucap perkataan, sebagaimana dijelaskan oleh sabda Baginda Nabi S.A.W yang bermaksud,"Orang Islam sebenar ialah; orang Islam lain selamat daripada bencana lidahnya serta tangan dan kakinya. Orang beriman ialah orang yang aman daripada diri dan hartanya. Orang muhajir pula ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan dan menjauhinya".

Lidahnya tidak diguna untuk mengata buruk, memfitnah juga tidak menipu dan mengadu domba. Tangan serta kakinya tidak diguna untuk mencuri harta serta tidak menyakiti orang Islam lain. Jika orang lain tidak selamat dengan kewujudan manusia sebegini, bererti dia tidak memiliki ciri Islam sebenar. Kerana menurut Nabi S.A.W orang Islam ialah; orang yang menyerah kepada agama Allah dan memberi keselamatan.

Orang beriman ialah orang lain aman daripada diri dan hartanya, orang muhajir ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan akhlak dan akidah yang salalh serta menjauhinya. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud,"Tidak halal bagi orang Islam berbuat sesuatu, yang boleh menimbulkan rasa gementar di hati orang lain".

Gerun mungkin dengan ugutan atau kata buruk berupa ancaman serta berbuat sesuatu kezaliman dalam bentuk kekerasan yang boleh menimbulkan rasa takut dan gerun. Inilah  merupakan perkara yang dilarang oleh Islam. Kecuali hukuman hudud yang dikehendaki oleh Allah, supaya dilaksanakan ke atas penjenayah yang sudah disabitkan oleh mahkamah.

Sebahagian daripada tanggungjawab setiap orang sebagai ahli masyarakat ialah; mesti tawaduk (berakhlak dan merendah diri) serta tidak takabbur membesar membanggakan diri. Walau setinggi mana ilmu yang dikuasai atau pangkat kedudukan dalam masyarakat, apabila berhadapan Sesama Islam hendaklah bersikap merendah diri, sama ada dari sudut tutur kata atau tingkah laku.

Hak orang Islam juga tidak mendengar segala buah mulut manusia antara satu sama lain, kerana buah mulut itu tidak semuanya memberi manfaat, bahkan boleh mencetuskan krisis sengketa dalam masyarakat. Tidak boleh sama sekali menyampaikan kata-kata yang didengar daripada seseorang kepada orang yang berkenaan. Sebaiknya segera ditegur semasa mendengar cemuhan jika faktanya tidak benar, atau tinggalkan sahaja orang berkenaan agar tidak terbabit dalam perkara bercanggah dengan syarak. Hal ini dijelaskan di dalam Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud,"Tidak akan masuk syurga orang yang mengadu domba manusia".

Amaran keras dari Nabi S.A.W kepada golongan melaga-lagakan manusia itu, kerana dengan sikapnya yang buruk itu akan mendatangkan huru-hara perbalahan dalam masyarakat.

Dilarang keras bagi yang bersengketa hingga tidak bertegur sapa melebihi tiga hari walaupun terlalu marah. Allah Taala menjadikan manusia bersifat lemah dan kekurangan yang memungkinkan mereka terjerumus ke jurang perbalahan, justera itu diciptakan pula peraturan yang sesuai dengan sifat kekurangan yang ada pada manusia itu. Lantaran sifat marah itu dikurniakan kepada manusia bermanfaat jika sesuai pada tempatnya, tetapi boleh menerbitkan perbalahan adalah hasil daripada sifat tersebut. Selagi boleh elakkanlah perbalahan. Tidak bertegur sapa akibat perbalahan dimaafkan oleh syarak sekiranya tidak melebihi tiga hari, sebagai peraturan setimpal meraikan sifat manusia yang pemarah itu.

Oleh : Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Mursyidul Am PAS

PENYAKIT DIKALANGAN AKTIVIS GERAKAN ISLAM

WRITTEN BY AKADEMI TARBIYAH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT Category: Tinta Jundi
 
Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan dirinya telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jamaah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat dengan label professor, doktor dan sebagainya. Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jamaah yang terkenal.

Penyakit lain yang biasa juga melanda para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan kehebatan–kehebatan. Penyakit ini biasa menyerang para aktivis yang terlibat dalam dakwah secara terbuka, seperti memberi ceramah atau menjadi tempat rujukan masyarakat dalam beberapa perkara. Tanda awal kepada penyakit ini ialah apabila seorang aktivis itu merasa manis dengan kejayaannya dalam menyampaikan ceramah-ceramah di khalayak ramai. Kemudian dia suka bertanya-tanya pendapat beberapa orang temannya yang mendengar ceramahnya tadi berkenaan ceramah yang telah disampaikannya.

Selangkah selepas itu dia merasa kurang bermanfaat atau merugikan masanya jika dia diminta untuk menyampaikan ceramah kepada khalayak yang kecil bilangannya. Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan kejayaan jamaah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa berintima’ atau menyertai jamaah Islam. Lantas ia meninggalkan jamaah dan bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama’ie.

Masalah Disiplin Para Aktivis

Di antara perkara yang selalu berlaku ialah tidak patuhnya aktivis-aktivis terhadap keputusan jamaaah. Ini berlaku apabila seseorang aktivis itu melakukan tindakan-tindakan yang menyanggahi peraturan-peraturan jamaah, Perkara ini termasuk juga tindakan seseorang aktivis menyatakan kepada masyarakat umum sesuatu perkara seolah-olah apa yang disampaikannya itu adalah pendirian jamaah. Sedangkan ia berbuat demikian tanpa kebenaran daripada pimpinan jamaah. Dalam hal ini ia bertindak seolah-olah sebagai wakil jamaah kepada masyarakat umum. Sedangkan apa yang dikatakan mungkin bercanggah atau tidak selaras dengan pendirian tanzim yang sebenar.

Masalah Kutlah/ Kelompok Yang Membawa Fitnah Dalam Tanzim

Untuk mencapai kesepakatan atau kebersamaan dalam semua hal adalah satu perkara yang rumit dalam harakah Islamiyyah. Para aktivis hendaklah ditarbiyyah hingga dapat menghayati adab-adab musyawarah dan adab-adab khilaf (berbeza pendapat) dalam sesuatu perkara. Namun demikian, masalah kutlah tetap wujud dan berlaku dalam jamaah Islam.

Masalah yang paling berat berkaitan dengan perbezaan pendapat adalah apabila beberapa aktivis yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan jamaah mula mendapatkan pengaruh daripada aktivis-aktivis lain. Bermula daripada itu, mereka mula mewujudkan kelompok atau kutlah yang sentiasa mendesak tanzim untuk menerima pendapat mereka. Tindakan mereka itu akhirnya menjadi fitnah dalam jamaah Islam.

Selalunya jika pendapat-pendapat mereka tidak juga diterima oleh jamaah, mereka memutuskan untuk meninggalkan jamaah dengan membawa bersama mereka ahli-ahli lain. Kemudian mulalah mereka menyerang jamaah yang asal dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang keji lagi dusta. Saidina Umar Al Khattab R.A pernah berkata, "Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan (kesalahan)".

Manakala Imam Fudhail berkata, "Sesungguhnya di antara tanda-tanda munafik ialah, sukakan pujian terhadap perkara yang tidak dimiliki, bencikan celaan terhadap keburukan diri dan marahkan mereka yang menunjukkan kelemahan dirinya".

"Sesungguhnya, antara tanda-tanda munafik ialah, dia merasa gembira apabila mendengar keburukan salah seorang sahabatnya".

Sebenarnya bukanlah satu keaiban/ kehinaan jikalau para aktivis tersalah atau tersilap jalan kerana setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan, dan sebaik-baik orang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat serta kembali kepada kebenaran. Tetapi yang menjadi satu kesilapan dan dosa besar adalah sifat takabbur (sombong) serta berterusan melakukan kesalahan.

Bertaubatlah kepada Allah, kembalilah kepada kebenaran dan jamaah sebelum diri diperdaya oleh fitnah istidraj disebabkan oleh dosa yang dilakukan yang kemudian Allah menambahkan lagi nikmatnya sehingga melupakan mereka daripada istighfar (taubat).

RAKYAT MENJADI LIAR BILA MELANGGAR HUDUD ALLAH

WRITTEN BY AKADEMI TARBIYAH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT Category: Hukum Feqh

Undang-undang hudud merupakan salah satu daripada undang-undang yang difardhukan oleh Allah Taala. Sebagaimana kita wajib bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat, begitu jugalah wajib untuk kita menegakkan tuntutan melaksanakan undang-undang yang disediakan oleh Allah. Jika kita boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya di mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir. Di pejabat ada undang-undangnya di mana pekerja perlu mematuhi arahan majikan. Di dalam negara ada undang-undangnya di mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya. Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini, tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan complicated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya.

Siapakah yang berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia sendiri iaitu Allah Taala? Inilah yang disebut di dalam firmanNya yang bermaksud, "Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan". - Surah Al An'aam:57

"Kebenaran itu milik Allah, keadilan juga milik Allah Taala". - Surah Al An'aam:115

Dalam undang-undang Islam, antara hukuman yang tertera di dalam Al Quran ada menyebutkan perihal sebatan. Perlulah diingatkan bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan oleh Allah Taala. Di dalam surah An Nur terdapat enekmen tentang hukuman ini. An Nur memberi makna cahaya. Cahaya matahari, bulan, bintang diperlukan untuk fizikal. Manakala cahaya Al Quran dan Al Sunnah diperlukan untuk rohani manusia, "(Iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang Mukmin lelaki dan perempuan, sedang cahaya mereka bergerak dengan cepat di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka) : Pada hari Ini ada berita gembira untukmu" - Surah Al Hadid:12

Adapun Surah An Nur dimulakan dengan ayat yang bermaksud, "Surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat wahai manusia". - Surah An Nur:1

Perhatikanlah bagaimana Allah menggunakan perkataan - Anzalnaa ha - bermaksud "Kami turunkan diikuti dengan - Faradhna ha - yang bermaksud Kami wajibkan hukum-hukumnya" dan seterusnya - Anzalnaa fiha aayati bayyinat - iaitu "Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata". Ketiga-tiga ini dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa Al Quran memang diturunkan oleh Allah Taala, dan memang difardhukan hukum-hukumnya oleh Allah Taala dan diturunkan ayat-ayatnya dengan terang dan jelas juga oleh Allah Taala. Bagaimanapun apabila ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat, ia merupakan satu isyarat, betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya.

Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah - La'allakum tazakkarun - yang bermaksud "Supaya kamu benar-benar beringat". Beringat ertinya sentiasa pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah Taala dan akan disoal olehNya di padang Mahsyar kelak.

Allah Taala berfirman selepas ayat 1 Surah an-Nur tersebut yang bermaksud, "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman".

Hudud bukanlah bererti hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah Taala itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududuLlah.

Al Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai. Allah Taala berfirman, "Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah". - Surah Al Baqarah:229

Di dalam masalah pembahagian harta pusaka, turut disebut perkataan hudud. Firman Allah Taala, "Jika pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah..." - Surah An Nisa':12-13

Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat-sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.

Kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah inni? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Undang-undang yang dicadang oleh Allah Taala itulah yang merupakan satu pencegahan. Firman Allah Taala yang bermaksud, "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". - Surah Al Maidah:38

Barangkali ketika kita masih bayi, di atas riba kita kerap diperdengarkan kalimah - Bismillahir Rahmanir Rahim - setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi apabila ibu itu dalam keadaan berwudhuk sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama Al Rahman, nama Al Rahim, adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asmaul Husna ke atas qalbu bayi.

Bila anak memasuki alam persekolahan, guru pula mencambah, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh golongan ibu di rumah tadi. Dan bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang hidup, pihak kerajaan pula yang sewajarnya menyambung, membimbing, dan melaksana segala benih yang ditabur di rumah, dan di sekolah, supaya ianya berubah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak iman dan taqwa kepada Allah Taala.

Firman Allah Taala, "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya". - Surah Al 'Araf:96

Adalah sangat-sangat menduka-citakan apabila ada di antara mereka yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah Taala. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri tidak mempedulikan batas hududuLlah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku pelanggaran terhadap hudud Allah Taala dengan sewenang-wenangnya.

WATAK WATAK QARUN DALAM POLITIK MALAYSIA


Print
Al Quran adalah sumber petunjuk bagi umat manusia. Petunjuk-petunjuk Ilahi itu disampaikan dengan pelbagai cara. Sebahagiannya berbentuk perintah dan larangan, teguran dan amaran, tetapi tidak sedikit yang disampaikan melalui rekod-rekod sejarah penuh pengajaran. Misalnya menerusi kisah dan teladan. Cerita di dalam al Quran bukan sekadar untuk diketahui, tetapi adalah mesej petunjuk dari Yang Maha Agung. Ketika era dakwah Nabi Musa kepada kaumnya Bani Israel, Baginda pernah digawatkan dengan kemunculan satu watak penderhaka yang seangkuh Firaun, iaitu Qarun.

Qarun tampil di hadapan Nabi dengan citra kerakusan hartawan lupa daratan. Hartanya yang melimpah ruah digunakan untuk memaksa One Israel memulaukan dakwah Baginda Musa yang giat menyebarkan ahadiat Tuhan.

Semasa di Mesir dahulu, ramai pelajar-pelajar pernah menjejaki tempat yang dipercayai menjadi kawasan Qarun. Ma’bad Qarun, Buhaira Qarun, Qasru Qarun, Qaryah Qarun antara nama-nama tempat yang lazimnya menjadi lokasi penjelajahan para pengunjung dan tetamu dermawan yang teguh membayar tiket puluh-puluhan junaih untuk menyaksikan Qarun yang telah ditenggelamkan. Persoalannya, insafkah kita kepada hakikat yang diberitakan Allah tentang nasib Qarun?

Al Quran memperkenalkan Qarun sebagai orang yang berasal dari kaum Nabi Musa. Hal ini bermakna, Qarun juga dari bangsa Yahudi, samalah seperti Baginda Musa alaihissalam. Begitupun bukanlah bererti Qarun menyebelahi nasib kaumnya, bahkan dengan bongkak terus menindas dan memeras saudara-saudara yang sebangsa dengannya.

Qarun mempunyai kekayaan luar biasa. Kunci-kunci khazanahnya sahaja tidak terpikul oleh sejumlah orang kekar perkasa. Beliau mendakwa kekayaannya adalah hasil usahanya sendiri.

“Sesungguhnya aku diberi (kemewahan harta itu) kerana ilmu yang ada padaku” - Surah al Qasas:78, al Quranul Karim

Dengan mempamerkan segala kekayaannya, Qarun seolah-olah ingin memberikan isyarat kepada kaumnya bahawa dia mampu melakukan segala-gala, mengupah, membeli, membiayai dan menyumbang apa dan berapa sahaja. 3 juta, 4 juta. Sesiapapun bakal disihir dan terpegun menyaksikan kemewahan Qarun.

Jangan cuba mencabar Qarun!

Jangan berani melangkah Qarun!

Jangan sekali-kali berusaha menjatuhkan Qarun!

Qarun mampu memiliki, menakluk, merasuah sesiapa sahaja untuk menewaskan kamu dengan longgokan hartanya. Inilah sedikit gambaran betapa rakusnya Qarun menindas dan mencengkam sesiapa yang menjadi mangsa.

Qarun moden, Qarun hari ini boleh ditafsirkan sebagai golongan kapitalis. Seorang kapitalis tidak memerlukan kuasa di tangan, tetapi cukuplah dia mengawal pemimpin negara dari balik tabir. Boleh jadi dia berselindung dengan nama Dato’ T, lelaki Y, ataupun lelaki X. Dia akan selamat dengan senjata yang dijenterai oleh kemewahan hartanya, biarpun cara yang digunakan itu sangat busuk dan hina, perampas dan pengkhianat.

Qarun yang juga merupakan salah seorang anggota kabinet Firaun, telah menggunakan posisi politiknya untuk memintas pengaruh Musa alaihissalam sebagai rujukan kaum Bani Israel. Qarun pernah menggunakan kekayaannya untuk membiayai rancangan memusnahkan personaliti Musa sebagai Nabi. Qarun turut mengupah mata-matanya sebagai anjing-anjing yang mengawasi setiap gerakan, aktiviti dakwah, program ceramah Baginda Musa alaihissalam.

Pernah satu ketika, Qarun menaja seorang pelacur supaya mengaku bahawa Musa pernah menidurinya. Lalu pelacur yang ditugaskan tersebut berteriak di tengah khalayak bahawa dia pernah berzina dengan Nabi Musa. Khabar-khabar mengenai kes tersebut terus gamat memperkatakan. Belum pun terbukti Musa alaihissalam melakukan, Baginda Musa dilihat di dalam kandang pesalah.

Pelacur itu mendakwa bahawa anak yang sedang dihamilinya, merupakan hubungan terlarang bersama Musa alaihissalam. Sedih dengan fitnah yang melampau ini, Baginda langsung berdoa kepada Allah agar kebenaran menunjukkan cahayanya;

Ya Allah perlihatkan kebenaran. Ya Allah tunjukkan hati wanita ini supaya menyebut perkataan yang benar. Ya Allah janganlah Engkau mengaibkan hamba-MU dan Nabi-MU ini.

Sayunya rintihan Musa alaihissalam itu menyebabkan pelacur tersebut memohon maaf kepadanya dan menceritakan bahawa apa yang dilakukan adalah kerana arahan dan sogokan yang dilakukan oleh Qarun.

“Musa tidak melakukan apa-apa. Dia orang baik. Aku hanya diupah oleh Qarun untuk mengatakan bahawa aku dihamili oleh Musa”.

Mendengar penjelasan pelacur itu, Nabi Musa menyatakan rasa syukurnya kepada Allah. Kisah ini menjadi sebab turun dari Surah al Ahzab ayat 69. Kisah ini dari diriwayatkan dari sumber Isra'iliyyat, Wallahua'alam.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia (Musa) seorang yang mulia di sisi Allah”

Al Quran turut menyebut tentang kewujudan kelompok yang mengagumi Qarun; iaitu golongan penyokongnya yang mata duitan, materialistik, terlalu ghairah untuk menjadi kaya dengan apa cara sekalipun. Bagi kelompok ini, Qarunlah idola pujaan, Qarunlah hero sanjungan. Malah ada yang menganggap bahawa kekayaan Qarun adalah bukti keredhaan Allah padanya.

Oleh kerana nafsu yang dituruti ingin menjadi kaya seperti Qarun, maka kejayaan diukur dari harta yang diperolehi tanpa mengambil kira dari mana hasilnya dan ke mana ia dibelanjakan.

“Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun. Sesungguhnya dia (Qarun) adalah seorang yang bernasib baik” – Surah al Qasas:79, al Quranul Karim

Kekaguman Bani Israel terhadapnya menyebabkan Qarun terus agam mencabar kebenaran Musa. Qarun merendah-rendahkan kenabian Musa. Qarun memicingkan mata mendengar amaran Allah yang disampaikan oleh Nabi Musa kepadanya. Qarun menuduh Musa sebagai penipu demi memenuhi tujuan politiknya. Qarun mendakwa Musa sebagai sesat supaya para pengikutnya lari meninggalkan ajaran Allah.

“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan Musa dengan ayat-ayat Kami dan kekuasaan yang jelas (hujjah yang nyata) kepada Firaun, Haman dan Qarun, lalu mereka mengatakan (menuduh Musa) sebagai ahli sihir yang menipu” - Surah Ghafir:23-24, al Quranul Karim

Sudah menjadi hakikat dunia, orang yang ingkar kepada Allah punya tenaga yang kuat dan ramai, dana yang begitu besar dan super mega. Penderhaka-penderhaka yang dibarisi barisan jentera kerajaan Firaun, Haman dan Qarun, masing-masing bekerjasama bertindak memusnahkan karier Musa alaihissalam.

Bagaimanapun, pemeliharaan Allah kepada hambaNYA yang beriman takkan sirna. Qarun mengakhiri hayatnya dengan nasib yang sangat tragis, hancur luluh ketulahan bumi. Tidak ada satupun kekayaan Qarun yang tersisa, selain puing-puing istananya yang sampai saat ini menunggu detik runtuhnya.

“Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)” – Surah al Qasas:81, al Quranul Karim

Qarun bersalah kerana menyalahgunakan kekayaan untuk membiayai kegiatan-kegiatan khianat dan pelbagai kezaliman lagi seperti kempen menjatuhkan Musa alaihissalam. Tetapi ada lagi yang WAJAR DISALAHKAN, iaitu sistem yang mengizinkan fenomena keqarunan itu berlaku.

Jatuhlah politikus seperti Qarun!

Jatuhlah parti syaitan yang membiarkan orang seperti Qarun!

Jatuhlah kamu dengan izin Allah Taala.


AKIDAH TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH

 

Print
Masyarakat Islam ialah masyarakat yang menterjemahkan tuntutan kalimah tauhid secara menyeluruh dalam kehidupan manusia. Setiap cabang dan bidang kehidupan masyarakat Islam dikuasai dan diawasi sepenuhnya oleh asas tauhid yang kukuh. Semua tindakannya terbit daripada pancaran cahaya akidah. Setiap aspek hidupnya dibina di atas perhambaan atau pengabdian kepada Allah semata-mata. La-ilaha-illaLlah merupakan akidah yang betul yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat yang paling tinggi dan mulia. Akidah ini meletakkan masyarakat Islam dan anggota-anggotanya di tempat yang betul. Akidah ini sentiasa membetul dan memperbaiki setiap langkah dan tindakan mereka dalam setiap keadaan, masa dan tempat.

Akidah ini merupakan tenaga penggerak yang sentiasa mengarahkan mereka kepada matlamat hidup yang suci dan jelas. Akidah ini memimpin mereka untuk melalui jalan hidup yang terang dan selamat.

Konsep La-ilaha-illaLlah atau hakikat pengesaan Allah sebenarnya menolak segala bentuk jahiliyah sama ada berupa nilai, pemikiran atau pegangan hidup. La-ilaha-illaLlah membina satu asas kepada hidup masyarakat Islam dalam setiap bidang dan urusan. Oleh itu, masyarakat yang praktik hidupnya tidak menterjemahkan tuntutan tauhid ini digolongkan sebagai masyarakat jahiliyah.

Jahiliyah adalah satu penyusunan masyarakat yang menolak hukum dan peraturan-peraturan Allah. Jahiliyah melawan dan memusuhi Islam sebagai Ad Din. Jahiliyah merupakan musuh yang paling ketat kepada akidah Islam.

Sistem hidup jahiliyah, pada hakikatnya tidak menjadikan Allah sebagai Rabb dan Ilah walaupun mengakui ketuhanan Allah Taala. Sistem hidup jahiliyah hanya mengikut kehendak dan keputusan hawa nafsu manusia serta berhakimkan taghut. Masyarakat jahiliyah juga adalah masyarakat yang mengamalkan ciri-ciri hidup yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, yang tidak mengarahkan diri dan penghambaannya kepada Allah semata-mata sama ada dalam iktikad, ibadah atau syariat yang merangkumi setiap aspek peraturan hidup.

Masyarakat jahiliyah ialah masyarakat yang mengakui Islam tetapi praktik ubudiyah (pengabdian) dalam peraturan-peraturan dan perundangan hidupnya tidak kepada Allah semata-mata.

Masyarakat ini walaupun merasakan beriktikad kepada Allah, tetapi secara tidak disedari amalan dan penguatkuasaan undang-undang, peraturan-peraturan dan nilai-nilai hidupnya bersumberkan selain daripada sumber Allah Taala.

Bentuk masyarakat yang dijelaskan di atas tidak diakui sebagai masyarakat Islam. Islam tidak memandang cogan kata, sepanduk dan laungan sahaja sedangkan hakikat kehidupan masyarakat itu diisi dengan sifat-sifat jahiliyah.

Perlunya Mengetahui Hakikat Jahiliyah

Sesiapa yang ingin menghayati Islam dalam kehidupannya dan memperhambakan diri kepada Allah perlu mengetahui hakikat jahiliyah seperti diterangkan di atas. Jahiliyah yang meliputi pemikiran, aliran perancangan dan segala cacat cela serta bahayanya agar terselamat dan terpelihara daripada tipu dayanya. Dengan itu dapatlah seseorang itu membuat persediaan dan kelengkapan yang perlu untuk menentang dan menghadapinya.

Manusia yang inginkan Islam mestilah meninggalkan diri dan memisahkan jiwa daripada cara hidup jahiliyah. Dia hendaklah memulakan perjalanan hidup baru bersama Islam. Perjalanan hidup yang bebas daripada tekanan nilai jahiliyah samada dalam bentuk konsep adat istiadat, tradisi mahupun pimpinan.

Satu perkara yang penting terutama di peringkat awal dakwah dan pendidikan untuk menghayati Islam ialah manusia perlu membersih dan memutuskan jiwa daripada sebarang campur aduk dan pencemaran antara Islam dengan jahiliyah. Dakwah Islam sekali-kali tidak menerima sebarang tolak ansur dengan jahiliyah atau mematuhi jahiliyah. Tidak pernah terdapat titik pertemuan di antara Islam dengan jahiliyah. Yang dikehendaki ialah meninggalkan sepenuhnya suasana, adat, tradisi, pemikiran dan konsep jahiliyah. Juga yang dikehendaki ialah tertegak sepenuhnya pemahaman Islam dan praktik hidup Islam di bawah pimpinan Islam, di mana seluruh ketaatan serta penglibatan tertumpu kepada Islam.

Kewujudan Jahiliyah Merata

Jahiliyah sekarang dan pada setiap zaman tetap menolak hukum Allah SWT inilah antara pengenalan jahiliyah di setiap tempat, keadaan dan jenis masyarakat. Jahiliyah berada dalam segenap kemajuan dunia sama ada dalam pemikiran, politik, sosial mahupun ekonomi. Apabila manusia enggan menghubungkan diri dengan Allah maka di situ terdapat jahiliyah. Dewasa ini manusia telah dikongkong oleh jahiliyah yang amat pekat sehingga perkara yang dianggap sebagai aktiviti Islam pun diasaskan atas jahiliyah.

kerajaan kelantan serah,,AMANAT TUN RAZAK,,KEPADA PERDANA MENTELI


 

 

Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menyerahkan 'Amanat Tun Abdul Razak' kepada Perdana Menteri berhubung hak negeri itu mendapat bayaran 5 peratus royalti petroleum.

Penyerahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

Turut serta dalam rombongan menyerahkan amanat itu, lebih 30 orang terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) serta ahli-ahli parlimen Kelantan yang masing-masing membawa poster amanat tersebut termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang.

'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi;

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,"

Menurut Husam yang juga exco negeri Kelantan, penyerahan itu dibuat sempena merayakan ulang tahun ke-36 ucapan bekas perdana menteri ke-2 itu.

Ianya juga sebagai penerusan tuntutan kerajaan negeri kepada pusat, agar membayar wang 5 peratus yang sekian lama dinafikan itu.

"Kami berharap dengan pulangnya haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen selepas itu.

Selain amanat Tun Razak itu, satu surat mengandungi bukti jawapan menteri di Dewan Negara juga turut diserahkan kepada perdana menteri.

Ianya termasuk jawapan menteri tidak berpotfolio, Tan Sri Chon Hon Nyan terhadap soalan Senator Raja Nong Chik Raja Ishak pada 7 Januari 1977.

Jawapan tersebut antara lain berbunyi;

"Dalam Gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberikan kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada dua pihak".

Satu lagi bukti adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Gaddam pada 4 April 1989 terhadap soalan Senator Tuan Hassan Harun yang berbunyi;

"Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak".

Telaga Bumi dan Suria

Selain itu, Kelantan juga menuntut pengeluaran gas di Telaga Bumi dan Telaga Suria di kawasan bertindih dengan Terengganu yang beroperasi April lalu juga didaratkan di negeri itu.

Setakat kini katanya, Petronas pada 24 September lalu telah membuat pengumuman akan mendaratkan gas tersebut di Kerteh iaitu sepanjang 2000 kilometer pipeline di lautan.

"Kami sangat berharap gas ini dapat didaratkan di Kelantan.

"Kelantan telah menyediakan satu zon petroleum industri di Bachok seluas 2000 ekar dan saya telah menulis surat kepada presiden Petronas supaya isu pendaratan gas daripada Bumi dan Suria ii dilakukan di Kelantan," kata YB Dato Haji Husam.

tanda kejatuhan haji najib,,pabila sanggup khianati amanat ayahnya sendiri

 

 Tanggal 12 Novem 1975 Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak memberikan jawapan kepada Lim Kit Siang dalam parlimen mengenai royalti minyak.

Jawapan itu boleh dilihat pada poster di sebelah yang dihadiahkan oleh pihak kerajaan Kelantan kepada PM Malaysia sekarang, DS HJ Najib yang merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Malangnya jawaban Najib dalam Parlimen tentang royalti minyak Kelantan menyanggahi apa yang dijawab bapanya.

DS HJ Najib baharu pulang dari Mekah menunaikan haji. Orang balik haji yang dipanggil Pak Haji ni biasanya orang baik, atau orang mahu menjadi baik. Lepas lihat Kaabah, lepas tawaf, lepas saie, lepas wukuf di Arafah, lepas minum air zam-zam sepatutnya ada perubahan positif yang berlaku.

Dalam konteks seorang Perdana Menteri, perubahan yang berlaku antaranya perubahan sikap dan pandangan terhadap hak royalti Kelantan. Apatah lagi poster yang dibawa itu pula bukan setakat poster orang biasa, bukan poster orang Myanmar atau Kemboja di Seri Bandi atau Sungai Miang tetapi poster ayahandanya sendiri.

Tidak terdetikkah di hatinya yang baharu menunaikan ibadah haji itu untuk terasa menunaikan amanah bapanya sendiri dan membenarkan kata-kata bapanya itu, melampaui batas sempadan rasa sakit hati terhadap Kelantan? Atau merasai kuasa adalah segala-galanya sehingga menolak kebenaran ucapan bapa sendiri?

Kalau pembaca sebagai seorang anak, kemudian ditunjukkan gambar bapa dengan ucapannya yang tertentu bercanggah dengan ucapan saudara, apa perasaan saudara? Tidak terasa langsung dalam hati? Tidakkah hubungan bapa dan anak itu ada nilai sentimentalnya yang tersendiri?

Justeru, amat wajar tindakan kerajaan Kelantan membawa poster Tun Razak bersama jawapannya berkenaan royalti itu kepada anaknya Najib yang baharu pulang dari Mekah. Ia bukan perbuatan menangguk di air keruh dan semata-mata mengumpan sentimen bapa dan anak, tetapi mencedok di air jernih dan mahu menjadikan si anak itu menghormati kata-kata bapanya.


Nik Nasri Nik Malek
Kuala Terengganu


Kelantan hantar amanat Tun Razak kepada PM


Kerajaan Kelantan hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membuktikan kepadanya bahawa dalam jawapan yang diberikan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Rakyat beliau menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan.

Merujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.

Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".

Sehubungan itu, Kelantan yang diwakili oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menyerahkan surat atau amanat berkenaan kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

"Kami berharap dengan pulangnya Haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Gempar!!Azwan Ali Dakwa Ummi Hafilda Bomohkan Ibu Mereka..

 

KISAH Ummi Hafilda yang gemar mencetuskan kontroversi dalam dunia politik kali ini timbul lagi dengan kontroversi baru.

Kalau sebelum ini Ummi Hafilda heboh dikaitkan dengan dakwaan skandal seksnya bersama Beginda Minda, kali ini salah seorang adik beradiknya yang juga pengacara dan pelakon terkenal mendedahkan satu lagi kontroversi berkenaan dirinya.

Azwan Ali di laman mikroblogging Twitter mendedahkan bahawa Ummi Hafilda telah membomohkan ibunya sendiri. Difahamkan Ummi didakwa berbuat demikian supaya ibunya menjadi taksub kepadanya.



Apabila ditanya oleh salah seorang rakan di Twitter beliau, Azwan Ali memberikan "hint" dengan merujuk Ummi Hafilda sebagai "Betina Neraka" malah menyatakan bahawa Ummi Hafilda telah menyebabkan negara huru hara.



Azwan Ali turut mengesahkan lagi dakwaan itu apabila salah seorang rakan Twitter mengajukan soalan "UH (Ummi Hafilda) ke?" Azwan menjawab "Betina Neraka satu dunia tahu".




Saifool Bukhari dan Farah Azlina Ada ‘Hubungan intim’ ?

 

Apa benar tiada hubungan intim antara Saiful dan DPP Farah Azlina?
Jika tiada sebarang hubungan intim yang serius kenapa DPP Azlina digugurkan?
Samada benar hanya gossip atau rumours hubungan itu , pihak pembela telah berjaya mengadakan tindakan protes.Ini antara kes popular di seluruh dunia.
Nazri: Tiada hubungan intim antara Saiful Bukhari dan DPP Farah Azlina
Tiada bukti yang menunjukkan ada hubungan intim antara Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif, yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada anggota pasukan pendakwa dalam kes itu.

Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz  memberitahu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyiasat dakwaan hubungan antara Saiful dan  Farah Azlina.
“Tetapi dakwaan itu tidak berasas, tiada sebarang bukti kukuh,” kata Nazri.
Bagaimanapun menurut Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas itu, Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan bagi mengelakkan tuduhan susulan dalam kes fitnah liwat kedua melibatkan Anwar itu, yang sedang berlangsung sekarang.
Anwar, Ketua Pembangkang, telah berusaha untuk menggugurkan kes itu ekoran dakwaan pemblog kontroversial Raja Petra Kamarudin pada Ogos tahun lalu kononnya wujud hubungan seksual antara Saiful dan Farah Azlina.
Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tidak wujud salah guna proses memandangkan peranan Farah Azlina dalam perbicaraan semasa Anwar adalah terhad.

Allahyarham Kamarulzaman 'wira royalti' Kelantan

Rizal Tahir  
KOTA BHARU,  : Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan, pegawai khasnya, Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Paloh kira-kira 2.30 pagi tadi sebagai wira royalti.

Menurutnya, semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti ini.

"Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira termasuk sahabatnya yang turut cedera dalam kemalangan itu,” ujarnya.

Husam berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di Kampung Kota, di sini tengahari tadi.

Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Kampung Kota untuk disolatkan kali ketiga sebelum di kebumikan di perkuburan Islam Tok Panjang, dekat sini.

Sebelum ini Husam sendiri mengimamkan solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di sini.

Allahyarham berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Husam sejak tiga tahun lalu.

Allahyarham merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu, Anggota Exco Pemuda PAS Negeri serta beberapa lagi jawatan lain.

Allahyarham Kamarulzaman, 32, terlibat dalam kemalangan maut ketika kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero yang dinaikinya, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang

Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti semalam.

Bagaimanapun, dua orang lagi rakannya Penolong Pengurus Sumber Manusia PKINK Mohd Roslan Mohd Zain cedera dikepala pegawai di Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ridwan Elias hanya cedera ringan.

Roslan yang juga suami kepada kakitangan Harakah Cawangan Kelantan (Noraisiah Deraman), mulanya dirawat di Hospital Kuala Krai kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu manakala Ridwan kini dibenarkan pulang.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang turut hadir pada majlis pengebumian itu mengucapkan takziah pada anggota keluarga.

“Semoga Allah menempatkan allahyarham di tempat orang yang soleh,”ujarnya.

Turut menziarahnya Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.