Monday, April 4

Demostrasi bantah lawatan Perez ke London

 


- Puluhan para aktivis rakyat Britain dan Palestin menjalankan demostrasi di hadapan Chatham House milik Royal Institute of International Affair untuk membantah kedatangan Presiden Israel, Shimon Perez, ke ibu negara Britain sempena sambutan ulangtahun ke-60 kerjasama Britain-Israel atas jemputan institut tersebut.
Para aktivis melaungkan slogan mempertahankan Palestin dan mengingatkan kekejaman yang dilakukan Zionis terhadap rakyat Palestin. Perez disifatkan sebagai penjenayah perang yang sepatutnya ditangkap berbanding dijemput untuk ke London. Para pendemonstrasi juga menyeru agar kepungan Gaza dihancurkan dan Palestin dibebaskan.
Zaher Al-Beirawi, jurucakap Forum Palestin di Britain, salah satu organisasi yang menyertai demostrasi ini, berkata bahawa, “demonstrasi ini datang untuk menghalang penjenayah perang (Perez) itu daripada menjejakkan kaki ke ibu kota Britain, dan mengutuk jemputan yang dikeluarkan oleh Royal Institute of International Affairs Chatham House ini supaya beliau memberikan penerangan berkenaan dengan hubungan Zionis-Britain.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Kumpulan Hak Asasi Buat Petisyen Tangkap Peres di Switzerland

 


Sebuah kumpulan hak asasi Switzerland memohon kepada mahkamah tempatan untuk mengeluarkan surat perintah tangkap terhadap Shimon Peres Presiden Israel yang tiba Isnin untuk lawatan ke negara itu.
Kumpulan Hak untuk Semua telah memfailkan dakwaan dengan Peguam Negara Switzerland untuk menangkap Peres kerana jenayah perang yang dilakukan selama perang Israel terbaru di Gaza pada 2008-2009.
“Undang-undang kemanusiaan [Switzerland] mewajibkan untuk [menangkapnya],” ketua kumpulan Hak untuk Semua Anwar al-Gharbi berkata Isnin. “Terutama sejak laporan Goldstone PBB tentang perang Israel di Jalur Gaza menuduh Tel Aviv dan pemimpinnya melakukan jenayah perang dan kejahatan kemanusiaan di belakang pembunuhan lebih dari 1450 warga Palestin, kebanyakan dari mereka anak-anak dan perempuan dalam 22 hari.”
Lebih daripada 20 kumpulan hak asasi telah mengadakan demonstrasi Isnin dekat pejabat kerajaan di Geneva untuk memprotes lawatan Peres ke Switzerland.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Pada hari ulang tahun tanahair, Hamas memperbaharui sumpah untuk membela tanah dan hak-hak rakyat

 


 - Gerakan Hamas memperbaharui sumpah untuk mempertahankan tanah, kehormatan, tempat-tempat suci, dan hak-hak tanahair, terutama hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah mereka yang diusir oleh pendudukan Israel.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada ulang tahun ke-35 hari tanahair pada Rabu lalu, Hamas menyatakan “kesempatan ini datang hari ini sebagai rakyat Palestin, meskipun semua skim yahudisasi, telah berakar di tanah mereka, lebih patuh terhadap undang-undang mereka dan lebih bersedia untuk berkorban dalam menghadapi pencerobohan Zionis dan keganasan. ”
“Palestin akan pertahankan dari laut hingga ke sungai sebagai tanah air kami yang berharga, Baitulmuqaddis akan tetap menjadi hak kami, kami akan tetap patuh pada identiti dan tempat-tempat suci kami, dan segala bentuk projek tidak akan pernah berhasil dalam merosakkan ketabahan dan kekentalan kami sehingga Palestin dibebaskan dan kembalinya pelarian ke tanah air sendiri,” janji Hamas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

makamah rejim zionis secara haram lanjutkan penahanan seorang peguam dan abangnya

Suara Peduli Palestin

- Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Keadilan rejim Zionis di kawasan milik Palestin yang dijajah, Baitulmaqdis telah membenarkan permohonan pihak pendakwaraya rejim Zionis bagi melanjutkan penahanan seorang peguam wanita, Shirin Al-Issawi serta saudara lelakinya, Medhat dan Ra’fat.
Mahkamah terbabit sepatutnya memberi keputusan akhir berhubungan kes mereka dalam masa seminggu.
Ketua Institut Mandela untuk Hak-hak Kemanusiaan, Buthaina Duqmaq yang juga merupakan seorang peguam berkata keputusan itu adalah tidak munasabah dan merupakan sesuatu yang amat kejam dari segi kebiasaan mahupun undang-undang kerana penahanan mereka tiada asas yang sah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen