Friday, October 21

Laporan SPRM terhadap MB Perak

 

 

Laporan dibuat berikutan dakwaan ketua DAP Perak Ngeh Koo Ham bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah meluluskan penjualan tanah di bawah harga pasaran kepada kroninya.
PETALING JAYA: Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang mempunyai bukti kukuh telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh, Perak hari ini.
Laporan ini dibuat susulan daripada dakwaan beliau terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Sri Dr Zambry Abdul Kadir.
“Saya mempunyai bukti kukuh bahawa tanah tersebut diluluskan oleh kerajaan BN sejak rampasan kuasa kerajaan Perak”, kata Ngeh yang juga adalah ADUN Sitiawan.
“Saya mengesyaki ada penyalahgunaan terutamanya dalam kelulusan tanah pertanian dan industri yang dijual pada harga RM375 seekar,” kata beliau lagi.
Ngeh menambah bahawa harga pasaran tanah di Perak adalah sekitar RM500,000 seekar.
Menurut Ngeh, terdapat empat jenis tanah yang diluluskan oleh Zambry iaitu tanah kuari seluas 528.56 ekar pada harga premium RM 7.1 juta. Tanah lombong seluas 4502.97 ekar pada harga premium RM297,357. Tanah skim perumahan seluas 2,910.61 ekar pula pada harga premium RM123.5 juta manakala 60,561.73 ekar tanah perindustrian dan pertanian dikenakan premium RM22.7 juta.
24, 500 hektar
Lelong secara terbuka akan membawa hasil sekurang-kurangnya RM1.2 billion untuk kerajaan negeri yang membabitkan 24,500 hektar tanah pertanian dan perindustrian.
Pada hari Sabtu yang lepas Ngeh mendakwa bahawa Zambry menjual tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni beliau pada harga RM375 seekar.
Ngeh membuat dakwaan tersebut berdasarkan maklumat dari sumber dalaman Umno yang tidak mahu Zambry kembali menerajui negeri Perak sekiranya BN berjaya dalam pilihanraya umum ke 13.
Zambry telah menolak dakwaan tersebut pada hari Isnin. Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa tanah tersebut telah diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat dan agensi kerajaan negeri lain di bawah harga pasaran.
Lihat juga:
Komplot pastikan Zambry bukan MB

PAS: MP Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah

 

— Dakwaan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat semalam berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum yang berkaitan syarak, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.
Harun berkata, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Zulkifli di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.
Dipetik Harakahdaily, Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.
Jelas beliau, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.
“Mengapa ia dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.
“Untuk makluman beliau, dalam pelaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam pelaksanaan ialah pelaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.
“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah lagi.
Harun menambah, Zulkifli sebagai Ahli Parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.
Dalam pada itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Zulkifli sekali telah merancang untuk mengulangi ‘antik’ atau gelagat kesukaannya.
“Apa yang nyata Zulkifli sememang mempunyai niat jahat (mala fide) dalam membawa isu ini dalam perbahasan ‘belanjawaan’ beliau, guna untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) dan sekali gus maruah PAS sebagai sebuah parti dan jamaah Islam yang mendukungi cita-cita untuk melakasankan Syariah Allah seperti yang dituntut Allah SWT,” katanya.
Kata beliau, menurut Zulkifli, dengan hanya akan melaksanakan enakmen tersebut terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ia bermaksud PAS telah mengubah hukum Islam yang mengatakan seseorang lelaki akhil baligh setelah bermimpi manakala perempuan pula setelah datang haid.
Kata Dzulkifly, dari segi umur, “setelah “Dengan ini, terpaparlah kejahilan seorang yang selama kini memberi tanggapan dan perspesi kepada umum khususnya umat Islam bahawa dia arif agama khususnya perundangan Islam dan akan terus memperjuangkannya dan mendedahkan ‘hudud PAS’ dan pembohongan PAS.
“Pertamanya, ternyata bahawa Zulkifli tidak punya pengetahuan hatta tentang persoalan mumayyiz dan jahil bahawa penetapan persoalan ‘mukallaf’ dalam enakmen adalah satu yang tertakluk kepada ‘Ijtihad’, bukan satu ‘Tetap-Thabit’ yang punya nas yang Qat’iy,” katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
Kata beliau, Zulkifli melemparkan tuduhan bahawa ‘enakmen’ itu ‘hudud PAS’ bukan hudud Islam sebenar” kerana dakwaan kononnya bahawa ‘telah mengubah hukum Islam’.
“Tegas beliau, ‘ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud setelah seseorang itu ‘mumayyiz’ iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun”. Zul Nordin juga menyanggah ‘enakmen’ ini kerana menetapkan umur ‘mukallaf’ sebagai 18 tahun.
“Jelasnya Zulkifli tidak ada pengetahuan tentang pandangan Imam-iman Mazaahib. Jumhur ulama termasuk menetapkan 18 tahun sebagai umur matang atau mukallaf (sin al-rashd). Pokoknya urusan menetapkan umur itu adalah satu perkara Ijtihadi. Ia bukan satu yang tetap (thabit) bahkan tertakluk kepada ijtihad,” kata beliau

skrip bersumpah PATI,,polis soal MP ampang

 
Polis hari ini menyoal ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaannya bahawa pendatang asing tanpa izin dijadikan pengundi selepas mereka menyatakan sokongan kepada Umno dan BN .

Pemimpin PKR itu disoal oleh dua pegawai polis selama sejam di Hotel Premier di Klang.

Zuraida disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun penjara, denda dan kedua-duanya sekali.

NONEKetika dihubungi, Zuraida berkata siasatan masih berterusan dan beliau akan mengulas lanjut kemudian.

"Mereka soal di mana saya dapat maklumat itu dan sekiranya jika saya mempunyai saksi, saya tidak fikir saya boleh berkongsi lebih dari itu.

"Jika ada maklumat lanjut, kita akan bawa ke mahkamah,” katanya.

Pada 16 Ogos lalu, Zuraida pada sidang akhbarnya berkata "Wanita PKR berjaya menyelinap masuk ke dalam program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.”

Beliau turut menunjukkan satu helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Helaian berkenaan turut diedarkan kepada wartawan.
NONESemalam, ASP Effandi Main, pegawai penyiasat kanan IPPD Shah Alam mengambil keterangan wartawan Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri, berhubung dakwaan tersebut di pejabat portal berita itu di Bangsar semalam.

Abdul Rahim disoal siasat hampir dua jam bermula 10.35 pagi berhubung dua laporan yang berkaitan dakwaan itu bertajuk 'Zuraida sahut cabaran KDN' dan 'Zuraida: Kerajaan tak boleh saman saya'

peguam dan ahli akedemi,,teguh dibelakang aziz bari

 
Rakan-rakan seperjuangan pakar undang-undang perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari dalam bidang perundangan dan akademik, berdiri teguh di belakang beliau yang digantung tugasnya oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

bloggers universe malaysia 010508 azmi sharomDalam satu kenyataan media semalam, Persatuan Kakitangan
Akademik Universiti Malaya (PKAUM) membantah tindakan tersebut yang dianggapnya telah melanggar kebebasan akademik Aziz Bari dan hak umumnya untuk bersuara.

Dalam mempertahankan Abdul Aziz, presiden PKAUM dan Prof Madya undang-undang, Azmi Sharom (kiri) berkata, Akta Hasutan membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah.

Dalam kes Abdul Aziz, katanya, apa yang telah beliau lakukan adalah semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan.

Menurutnya, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan - secara langsung atau tersirat - yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja.

Pensyarah Universiti Malaya itu turut menggesa supaya dihentikan siasatan polis terhadap Abdul Aziz.

Menurutnya, sebagai seorang ahli akademik, Abdul Aziz diminta memberi komen mengenai perkara yang berkaitan dengan bidangnya, dan "tugas beliau adalah untuk menggunakan kepakarannya untuk memberi penjelasan kepada umum dalam isu-isu semasa yang berkaitan dengan bidangnya".

azlanAzmi berkata, mana-mana ahli akademik mestilah dibenarkan untuk berbuat demikian, dan tindakan yang diambil terhadap Aziz Bari akan menanam rasa takut di kalangan masyarakat akademik.

Beliau menyifatkannya sebagai satu petunjuk bahawa tiada kebebasan akademik di Malaysia dan tanpanya, adalah mustahil untuk sebarang pembangunan dalam kapasiti intelek negara.
Sementara itu, Lawyers for Liberty, pula berkata tindakan terhadap Abdul Aziz itu jelas merupakan satu penafian terhadap hak asasinya dalam kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perkara 10 perlembagaan persekutuan.

NONEKumpulan peguam hak asasi manusia itu, yang juga terdiri daripada alumni UIA, melahirkan rasa kecewa atas sekatan kebebasan akademik, yang menurutnya, menjadi pra-syarat kepada transformasi Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota Lawyers for Liberty, Afiq M Noor menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tidak "melangkaui sempadannya" dalam siasatan terhadap Abdul Aziz dan portal berita Malaysiakini, yang menyiarkan komennya.

Timbalan menteri padang berat...


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut menyuarakan rasa "terganggu dan sedih mendengar kes tersebut".

NONE"Saya tidak semestiny setuju dengan semua pendapat Aziz Bari.
Kalau benar dia bersalah, wajar dihukum.

"Kini ia masih dalam siasatan. Justeru, tindakan UIA menggantungnya saya dapati menimbulkan persoalan," tulisnya dalam SMS kepada Malaysiakini.

Saifuddin (kanan) menambah, beliau telah meminta laporan bertulis daripada pihak universiti berhubung perkara itu.

Katanya, beliau juga mendapat maklumat bahawa mahasiswa merancang berdemonstrasi membela Aziz Bari, sambil menambah: "Itu hak mereka.".

ARIEL SHARON DALAM NERAKA DUNIA,,SUDAH 5 TAHUN KOMA,,satu iktibar buat pemimpin kat malaysia,,

 

Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yang mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dalam keaiban.

Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 5 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja.

Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain.

Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah... ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kepada Allah... Amin... Tulisan: Norman Liverpool





Ulasan GB

Ia juga peringatan kepada manusia-manusia yang dengan beraninya menentang dan mempersendakan hukum Allah s.w.t

BULAN LAMBANG HATIKU,,WARGA INTERNET CINA BELASAH MCA,,BELA PAS


 

Berambuslah MCA: Warga internet Cina tampil bela PAS |

Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13.

Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet.

Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam.

Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim.

Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.

Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"

Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!

Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!

XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!

Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!

Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!

XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!"

Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?"

MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!

Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!

XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!

Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?

PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?

Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.

Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?

Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!

Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia

rektor ini cemarkan imej UIA& Negara,pelbagai pihak bantah tindakannya gantung Aziz Bari


Jangan hukum Aziz Bari kerana tekanan pihak ketiga, gesa staf akademik UIA

KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa (PKAUIA) menyatakan sokongannya kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam menjalankan amanahnya sebagai sarjana sambil mengkritik atas campur tangan pihak luar ke atas sistem pendidikan negara ini, yang sepatutnya bebas dan bersifat profesional.

Gambar: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Prof Dr. Zaleha Kamaruddin yang juga ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kenyataan itu menegaskan, Aziz tidak harus dihukum hanya disebabkan reaksi pihak ketiga dalam isu semasa.

“Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Profesor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia,” kata kenyataan persatuan itu dikeluarkan petang ini.

Tegas kenyataan itu, Aziz merupakan seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

Justeru katanya, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi ruang kepadanya untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat.

“Profesor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara,” kata kenyataan itu lagi.

Sebaliknya kenyataan menegaskan, Aziz tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.

Aziz yang disiasat polis dan SKMM diberi surat tunjuk sebab oleh UIA dan digantung tugas.

Kenyataan itu menambah, sebagai seorang ahli akademik, Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.

“Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini,” katanya lagi.

Kenyataan itu juga menambah, “kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu ‘precedence’ pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya.”

Ia juga menegaskan sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.

“Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara,” katanya sambil menambah, “kebebasan akademik ini telah disaran oleh Unesco.” -TMI

TERAS tidak dapat menerima tindakan menggantung Aziz Bari

TERAS menganggap hukuman digantung dari menjalankan tugas ke atas Prof Aziz Bari bagaikan legenda Hang Nadim dalam cerita purba Singapura dilanggar todak. Akibat beliau mengeluarkan pendapat berdasarkan kepakaran dan kelimuan akademiknya, beliau telah dihukum hanya kerana dilihat tidak memihak kepada pihak wewenang dan dianggap mengancam masa depan kelompok politikus bernafsu. Ini adalah hari yang hitam untuk dunia ilmu dari sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa. Menghukum seorang ilmuan untuk tunduk kepada desakan dari golongan yang jahil.

Tuduhan yang liar dan cuba mengheret seorang sarjana ke kancah dunia politik tidak beradab serta membuat laporan polis atas alasan menghina Raja, adalah petanda kerendahan politikus bertaraf kelas ketiga.

TERAS kesal dan tidak dapat menerima tindakan pihak pegurusan UIA yang menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu atas alasan "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" yang telah dimaklumkan dalam surat yang dikeluarkan kepada beliau.

Soalnya apakah kepentingan universiti yang telah beliau gugat? Adakah taraf universiti tersebut tercemar? Jika benar, apa buktinya ia tercemar? Bagi TERAS ini adalah prisiden dan kejadian yang sangat tidak sihat bagi dunia akademik.

Prof Aziz Bari berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu menjadi mangsa kepada kegelojohan ahli politik yang hanya mahu seluruh sistem yang ada di negara ini ditundukkan kepada kehendak mereka.

Yang jelas beliau tidak samasekali boleh dimasukkan dalam kelompok yang mempunyai kepentingan meraih keuntungan politik seperti terdapat setengah ahli politik yang hanya mempunyai cita-cita dangkal untuk memenuhi ego masing-masing. Kami kesal bagaimana beliau telah dilihat sebagai orang yang melakukan hasutan apatah lagi tuduhan bahawa beliau telah melakukan suatu yang menjejaskan imej atau kepentingan UIA.

Padahal beliau adalah antara pensyarah kanan dalam bidang undang-undang perlembagaan yang ulung di negara ini. Adalah tidak manasabah beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak berasaskan ilmu yang menjadi bidang kajiannya sehingga beliau menjadi sarjana yang mempunyai autoriti untuk memberi pandangan.

Kesan dari tindakan ini bukan sahaja menjejaskan imej UIA yang seharusnya menghormati kebebasan akademik malah ia juga menghilangkan keyakinan warga akademik dan masyarakat awam terhadap wibawa universiti itu sendiri. Selain itu implikasi kepada pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD) juga akan turut terjejas.

TERAS juga kesal dengan tindakan beliau disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya. Seolah beliau telah melakukan suatu jenayah besar untuk dihadap dengan sesiatan polis.

Apakah hanya dengan mengeluarkan pendapat terhadap Sultan Selangor bahawa baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam, menjadi suatu kesalahan?

TERAS menggesa hukuman gantung dari tugas itu ditarik balik, dan Prof Aziz diberi kebebasan sebagai seorang sarjana untuk memberi pandangan dalam bidang yang beliau adalah pakarnya.

*Kenyataan media oleh Mohd Azmi Abdul Hamid selaku Presiden TERAS. -




Students gather to protest don’s suspension

GOMBAK: Hundreds of students today gathered to protest against the suspension of Abdul Aziz Bari, the vocal constitutional law professor with the International Islamic University of Malaysia (IIUM).

Student leaders and their supporters, who gathered at the compound of the university’s mosque here, condemned the suspension as a “tyrannical” move and a “blatant violation” of “academic freedom”.

Several students leaders were pulled away by police and university security personnel as they try to hand a memorandum of protest to the university’s authorities.

“We detest the exploitation of institutions of higher learning to serve the interest of the power-that- be. Revoke Aziz’s suspension,” shouted Ahmad Syukri Abdul Razab of the students group SMM.

The students chanted “long live Aziz” and carried placards with “solidarity with Aziz” written on them.

Also present were leaders from opposition parties including PKR vice-presidents Tian Chua and Nurul Izzah Anwar.

Government fears education autonomy

Aziz was suspended after he described the decree made by the Sultan of Selangor following the raid by the Islamic Affairs Department (JAIS) on a church in Damansara recently as “unprecedented and inconsistent”.

The sultan had said that no one shall be penalised because there was insufficient evidence to prove proselytising by Christians during the raid although he maintained that conversion attempts are “real”.

The Umno-owned media were quick to pounce on Aziz, describing his statement as “treacherous” in what is seen as a retaliation against the political scientist’s constant criticism against the ruling party.

Speaking to FMT later, Ahmad Syukri said Aziz’s suspension was a clear signal of the government’s fear of “autonomy” in the academic sphere although it has distanced itself from IIUM’s action.

Deputy Higher Education Minister Saifuddin Abdullah had said the action against the professor was internal and not a result of government interference, but SMM and opposition leaders believe otherwise.

“What Aziz said (about the decree) was academic. It was part of an intellectual discourse. You can have a different opinion but suspension is not the way. You should counter his argument through discourse,” said Ahmad Syukri.

He added that intellectuals should be allowed to debate on “sensitive” issues, including the position of the monarch. “It’s part of academic freedom… a healthy debate to create intellectual debate,” he said.

Tarnishing Najib’s reform image

Malaysia’s universities are fast dropping in the global ranking. Race-based quotas, instead of merits-based admission and political interference, have been cited as the cause for the decline in quality.

Nurul Izzah told FMT that Aziz’s suspension reminded her of her own ordeal more than a decade ago when she was refused admission (to university) due to “political considerations”.

At the time of her application, Nurul Izzah, the Lembah Pantai MP, is the daughter of Opposition Leader Anwar Ibrahim who was sacked as the deputy prime minister after a fall-out with then prime minister Dr Mahathir Mohamad.

“Thirteen years on, the same thing is happening to Aziz. In the face of transformation, you want to allow and accord universities the freedom they deserve,” she said in a critical reference to Prime Minister Najib Tun Razak’s reform measures.

Opposition leaders and observers believe Najib’s transformation credentials have been tarnished by various violations of basic rights and the absence of real institutional reforms. -FMT

Sam diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid UIA.

 


Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.


Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UIA itu berkata kira-kira 15 orang - ada yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dan ada juga yang tidak - menahannya sebaik sahaja beliau mengambil wuduk.

“Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata mereka enggan bertolak-ansur dan kemudiannya bertindak mengheretnya ke kereta.

Beliau berkata mereka yang tidak berpakaian seragam itu juga tidak menunjukkan sebarang kad pengenalan diri dan bertindak dengan cara yang kasar.

“Apa yang menyedihkan, di UIA yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIA 'Taman Ilmu dan Budi', saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya.

“Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIA begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr Aziz ini,” katanya.

Menurut Shamsul Iskandar beliau kemudiannya dibawa kira-kira enam kilometer jauh di kawasan sekitar Taman Melewar dan meminta dirinya diturunkan di subuah masjid di sana agar beliau boleh menunaikan solat Jumaat.

Beliau percaya tindakan menahannya bertujuan menghalangnya yang pernah menjadi pemimpin pelajar di UIA daripada mengetuai bantahan di universiti tersebut.


Malaysiakini

Gambar : Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari ,,syabas anak muda,,

 


Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.


Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid di UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan dipelihara.

Mereka yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.



Sewaktu hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu.

Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".

Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".

"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum.

Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)- Malaysiakini.
















Pas, Keadilan tidak akan bersama dengan katak2 sesumpah

 



Anwar Ibrahim menegaskan KEADILAN bersama-sama Pas tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang bakal diadakan di Shah Alam, 22 Oktober ini. Menurut Anwar, Pas semalam membuat ketetapan tidak menyertai himpunan berkenaan, malah beliau juga difahamkan terdapat beberapa NGO Islam yang telah menarik diri dari terlibat dengan program itu.
“(Justeru), Keadilan mengambil sikap dan pendirian yang sama (iaitu) tidak bersama dan menyertai perhimpunan tersebut. Apa yang lebih penting, kedudukan Islam yang perlu dipertingkatkan,” kata Anwar pada sidang media di parlimen hari ini.
Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata, Pakatan mengambil pendirian tidak mahu perhimpunan anjuran beberapa NGO Islam itu diperalatkan untuk menimbulkan keresahan antara agama dan kaum di negara ini.
Menurutnya, isu akidah memerlukan pendekatan dakwah secara berhemah di kalangan umat Islam, dan bukan dengan menganjurkan perhimpunan yang boleh mencetuskan polemik antara agama.
Tambah beliau, isu seperti perjudian dan arak yang ditimbulkan juga tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan kristianisasi kerana ia merupakan masalah umat Islam yang harus ditangani dengan baik.
“Itu (soal moral) masalah umat. Masalah kepincangan sosial, rasuah yang berleluasa, kezaliman, itu juga isu yang dekat dengan akhlak.
“Jadi, kalau (masalah) itu tidak ditangani, (perhimpunan) bukan cara dan pendekatan dakwah yang baik,” kata Anwar.
PAS semalam memutuskan untuk tidak menyertai Himpun yang berlangsung Sabtu ini kerana ia tidak melibatkan parti-parti politik.
“PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,” kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyaatan dikeluarkan tengah malam tadi.
Serentak itu, PAS Selangor juga mengambil pendirian tidak akan menyertai perhimpunan itu yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bagi membincangkan isu murtad.
Sementara itu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung Sabtu ini. Keputusan ini diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali untuk melibatkan diri dalam himpunan tersebut kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.
"PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama,"
Hadi berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Mengulas lanjut pengecualian PAS dari menyertai HIMPUN, Hadi menjelaskan bahawa sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 petang hingga 5.30 petang.
Panganjuran HIMPUN adalah satu inisiatif dari pelbagai pertubuhan dan individu Islam sebagai satu wadah untuk menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.
Penganjur HIMPUN pada Selasa lalu memberi jaminan bahawa HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.
Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi seperti Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.
Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.
"Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.
Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".
Ia sebagaimana Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya
Dewan Pemuda PAS Malaysia, sebagaimana telah dipertegaskan oleh ketuanya, Ustaz Haji Nasrudin bin Hasan Tantawi, menyatakan sokongan terhadap usaha beberapa NGO muslim untuk menggerakkan dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pada 22 Oktober 2011 ini dengan tujuan menunjukkan keperihatinan bersama terhadap usaha menyelamatkan dan memperkasakan akidah umat Islam daripada diganggu gugat oleh musuh-musuh Islam yang berusaha merosakkan akidah umat.
Dengan sokongan ini, walaupun tidak akan terlibat secara langsung demi menghormati saranan sekretariat HIMPUN untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai ‘garis tengah’, Dewan Pemuda PAS berharap seluruh umat Islam yang menghadiri perhimpunan solidariti umat yang telah pun mendapat liputan meluas di media tanah air tersebut dapat mencapai kata putus bersama di dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh yang dapat membantu umat Islam di dalam mempertahankan dan memperkasakan akidah mereka.
Akidah Islam adalah tanah air umat Islam. Ia adalah matlamat, ruh dan maruah kehidupan di dunia. Ia suci dan tidak boleh langsung dikotori oleh unsur-unsur syirik dan kufur yang menjadikannya rosak dan terputus hubungan dengan rahmat Allah yang luas. Justeru usaha menyubur, memugar dan mempertahankannya daripada dirosakkan oleh anasir-anasir jahat adalah satu kewajiban yang tidak dipertikaikan lagi, bahkan ia mestilah menjadi tali kukuh yang menyatukan seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Ada dua mara bahaya dan kerosakan yang sedang melanda umat Islam di seluruh dunia hari ini dan ianya dirasai secara nyata oleh kebanyakan umat Islam yang perihatin.
Pertama, usaha musuh-musuh Islam untuk memurtadkan umat Islam dan mengeluarkan mereka daripada cahaya syahadah kepada kegelapan syirik dengan menukar ugama Islam yang dianuti kepada ugama selainnya. Gerakan Kristianisasi antarabangsa dengan persekongkolan musuh sepanjang zaman umat Islam iaitu Zionis Yahudi adalah gerakan paling tersusun dan paling giat melaksanakan agenda kotor tersebut.
Kedua, usaha musuh-musuh Islam untuk merosakkan akidah umat Islam tanpa disedari dan tanpa mengeluarkan mereka daripada kalimah syahadah. Gerakan ini telah dipelopori oleh pendukung pemikiran sekularisme yang awalnya bertapak di negara-negara barat dan kemudiannya disebar luaskan ke negara-negara umat Islam di era penjajahan. Pemikiran yang menyempitkan peranan ugama di laman peribadi dan memisahkannya daripada pentas politik dan kehidupan selain menobatkan undang-undang ciptaan manusia tersebut telah disepakati oleh para ulama Islam sebagai syirik dan merosakkan akidah umat Islam yang menganutinya. Islam adalah manhaj kehidupan yang lengkap dan sempurna yang tidak boleh dipisah-pisahkan.
Kedua-kedua kerosakan yang dirancang oleh musuh Islam itu walau bagaimanapun mempunyai tahap kejayaan yang berbeza. Gerakan sekularisme mencapai kejayaan paling besar dalam sejarahnya apabila berjaya meruntuhkan kekuatan umat Islam dari umbinya melalui keruntuhan khilafah Islamiyah terakhir di negara Turki. Gerakan jahat yang akhirnya berjaya menobatkan fahaman sekular di bawah kepimpinan Mustafa Kamal Ataturk yang dianggap sebagai bapa sekularisme tersebut pada hakikatnya telah melangsaikan segala impian sekian lama musuh Islam untuk menjahanamkan akidah umat yang begitu kukuh dan kental bertahan sejak ribuan tahun selepas kebangkitan nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam.
Runtuhnya kerajaan khilafah Uthmaniyah telah mencipta bah besar yang melanda negara-negara umat Islam yang membawa bersama penyakit umat yang paling digeruni iaitu sekularisme. Hari ini, fahaman sesat tersebut terus hidup dengan kekuatan bala tenteranya yang membarah di dalam tubuh umat Islam sendiri.
Adapun gerakan Kristianisasi, walaupun telah ribuan juta ringgit dihabiskan oleh musuh, tetapi ia gagal memperolehi kejayaan besar sebagaimana gerakan sekularisme. Umat Islam gagal dimurtadkan dan gerakan tersebut hanya mampu menyelinap masuk ke tubuh individu dan kelompok umat Islam yang lemah dek kejahilan dan kemelaratan hidup. Dalam erti, mereka gagal mencabut kalimah suci syahadah daripada dada umat Islam seluruhnya kecuali ke atas segelintir umat Islam melalui umpanan-umpanan kebendaan dan projek-projek kebajikan  dengan mengambil peluang daripada penyakit kejahilan dan kemiskinan yang menimpa umat Islam hari ini. 
Berbanding gerakan sekularisme yang melumpuhkan kekuatan tubuh umat daripada dalam dan tanpa disedari, bahaya kristianisasi atau kemurtadan pastinya lebih jelas dan cepat kerana ianya adalah perisytiharan perang langsung ke atas umat Islam apabila ianya terus memutuskan pertalian persaudaraan paling kukuh di anatara umat Islam iaitu kalimah syahadah. Justeru gejala murtad adalah dilihat perlu ditangani secara tegas dan ianya mudah difahami apabila Allah memasukkan hukumannya ke dalam hukum hudud yang tetap di dalam syariahNya.
PAS paling ke depan menangani isu murtad semenjak awal lagi dan sumbangannya di dalam kebangkitan umat Islam dalam isu Natrah dulu tidak boleh dinafikan lagi. Ia memuncak apabila ahli parlimen PAS beberapa kali membawa usul di parlimen agar meluluskan akta murtad. UMNO adalah penghalang dan pembangkang tegar akta murtad daripada diluluskan pada masa itu. Hakikat yang perlu difahami adalah bahawa mara bahaya besar yang melanda umat Islam itu jelas bukan keutamaan UMNO dan langsung bukan keperihatinan mereka.
Apabila hari ini, para pemimpin Islam di dalam seluruh pertubuhan Islam mula bercakap mengenai bahayanya cubaan memurtadkan umat Islam yang berlangsung secara senyap atau terbuka, maka ianya adalah hasil sumbangan pemahaman yang telah dimulakan oleh PAS. Justeru PAS memandang tinggi usaha seluruh umat Islam untuk berhimpun memahamkan umat dan mendesak kerajaan agar segera melakukan sesuatu yang lebih tegas melalui undang-undang yang diaktakan demi mencegah pencabulan ke atas maruah dan ruh umat Islam. Ianya samada mengenakan hukuman ke atas individu muslim yang murtad atau pun hukuman ke atas pihak luar yang secara langsung melakukan usaha ke arah memurtadkan umat Islam.
Melalui usaha bersama ini, maka akidah umat akan lebih selamat dan menjadi perkasa dengan kesedaran bersama yang tinggi. Dengan sokongan tanpa belah bagi, PAS yang menjadi parti Islam dan harapan umat di negara ini mengharapkan himpunan sejuta umat anjuran sekumpulan besar NGO muslim di bawah sekretariat HIMPUN yang dipengerusikan oleh Cikgu Azmi daripada TERAS dan Dr Yusri daripada Pembela akan menjadi medan yang baik untuk menyatukan umat Islam agar berdiri teguh di atas akidah Islam yang suci.
Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, apa-apa yang boleh menyatukan umat Islam di atas landasan yang benar, maka ia mestilah dipugar dan jangan sesekali ditinggalkan. Kesatuan umat Islam adalah kewajiban dan amanah yang mesti dilaksanakan dengan sesungguh hati.
Adalah amat membanggakan apabila UMNO semakin lunak dan mula celik mata untuk turut masuk padang walaupun dengan kaki bangkunya. Beberapa pemimpinnya seolah-olah meleleh liur mereka untuk menjadi pemain utama walaupun tanpa signal daripada ‘coach’. Walaupun ia satu petanda yang baik bahawa tekanan yang telah diberikan oleh seluruh umat Islam telah menyentuh benak dan hati pedal UMNO, Dewan Pemuda PAS berharap agar sekretariat HIMPUN tidak diganggu dengan anasir-anasir politik murahan yang cuba mengaut keuntungan politik secara yang tidak bermaruah dan cemar.
UMNO penyakitnya adalah barah sekularisme. Ia menyebarkannya dari awal penubuhannya dan pemerintahannya yang panjang tidak menjanjikan apa-apa selain penyuburan faham syirik tersebut dan menambahkan lagi kerosakan kepada orang-orang Melayu Islam dengan pelbagai gejala buruk, selain merosakkan kefahaman orang-orang bukan Islam terhadap ugama Islam. Jika tidak kerana gerakan dakwah oleh para pejuang Islam, sudah pastilah umat Islam akan hanyut dan tenggelam dengan peluru ciptaan musuh Islam dari barat yang begitu ampuh itu.
Justeru Dewan Pemuda PAS sentiasa konsisten mengingatkan seluruh umat Islam agar melihat kepada bahaya sekularisme sebagaimana mereka telah menunjukkan keperihatinan yang tinggi kepaa gejala murtad dan kehancuran akidah yang melanda umat Islam hari ini. UMNO, jika mahu benar-benar sihat hendaklah mengubati dirinya sendiri sebelum beriya-iya menjadi doktor untuk umat Islam. Dengan itu, selagi UMNO enggan berubah dan enggan meninggalkan daki-daki jahiliyah penjajah, Dewan Pemuda PAS sekali lagi memberi ingatan murni kepada seluruh umat Islam agar berhati-hati dengan pakej politik murahan yang akan mencemarkan niat dan usaha murni sekretariat HIMPUN untuk mencapai matlamat ugama yang besar.
Selamat berhimpun dan selamat maju jaya untuk Cikgu Azmi dan rakan-rakannya yang telah melakukan kerja besar demi ugama, bangsa dan tanah air.

HIMPUN: Halang?

Salam Palestin,
Saya dihujani soalan daripada pelbagai pihak terutama rakan-rakan saya daripada pemuda PAS atas tulisan saya semalam. PAS halang atau tidak?
Ia mungkin berpunca daripada satu arahan yang saya kurang periksa kesahihannya yang menghalang ahli PAS daripada menyertai perhimpunan satu juta anjuran sekretariat HIMPUN yang diketuai pemimpin NGO paling dikenali iaitu Cikgu Azmi TERAS.
Berikut adalah apa yang anda perlu fahami daripada kenyataan akhbar presiden PAS, tuan guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang yang telah disiarkan 2 hari lepas hasil keputusan mesyuarat Lujnah Politik PAS pusat. Ketua Pemuda dan saya hadir dalam mesyuarat tersebut.
PAS menyatakan pendirian menghormati kehendak sekretariat HIMPUN untuk tidak melibatkan parti-parti politik dalam menggerakkan perhimpunan tersebut. Ini dilihat bagi mengekalkan mereka sebagai pasukan ‘garis tengah’ yang dapat menghimpunkan seramai mungkin umat Islam untuk berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha bersama demi menyelamatkan dan memperkasakan akidah umat Islam yang berhadapan ancaman gerakan luar ( jangan lupa, juga dari dalam ) yang berusaha merosakkannya.
Demi menghormati sikap HIMPUN yang begitu jelas menolak keterlibatan beberapa figura UMNO yang tampak beriya-iya lebih awal untuk turut mengambil bahagian, PAS bersetuju untuk tidak terlibat.
Maka tidak ada mobilisasi di peringkat parti, terutama daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia yang sesetengah ahlinya telah terlibat lebih awal melalui beberapa pertubuhan NGO, untuk mengerahkan ahli PAS menyertai perhimpunan tersebut.
Walau bagaimanapun, PAS tetap menyatakan sokongan terhadap segala usaha murni oleh pertubuhan-pertubuhan NGO muslim untuk duduk bersama mencari, merumuskan dan menggerakkan resolusi bersama ke arah penyelesaian terbaik menangani krisis umat tersebut.
Sebagai sebuah parti Islam dan gerakan Islam yang menaungi dan membawa aspirasi umat, PAS mengingatkan HIMPUN untuk sentiasa mengekalkan diri dengan sahsiah Islam dan tidak melakukan tindakan yang di luar batasan walaupun dengan niat memartabatkan Islam. Islam, jalannya menuju ketuanan sudah digariskan dengan sempurna oleh al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Segala jalan yang menyalahinya adalah ditolak dan boleh mencemarkan kesucian Islam.
PAS juga mengambil kira kebimbangan awam yang melihat wujud usaha-usaha daripada parti politik tertentu untuk mengambil kesempatan daripada perhimpunan ini bagi mendapat sokongan murahan dengan melakukan provokasi perkauman dan kebencian antara ugama. Justeru PAS menyelar dan memberi ingatan kepada semua untuk menolak usaha-usaha buruk tersebut.
Dengan sokongan yang murni atas usaha murni HIMPUN yang telah berjaya menghimpunkan NGO muslim paling ramai dalam sejarah sebagaimana dimaklumkan, PAS tiada sebarang masalah dan langsung tidak menyekat ahlinya yang terlibat dengan pertubuhan NGO, bahkan atas kapasiti seorang muslim yang berminat untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Harapan PAS perhimpunan tersebut akan mampu meningkatkan kesedaran bersama umat Islam untuk hidup bersatu padu di atas jalan ugama dan berpegang teguh dengan tali Allah. Kesedaran tersebut jika dengan niat yang ikhlas akan melorongkan umat kepada Islam yang syumul yang menjadi cara hidup sempurna buat membebaskan Malaysia daripada belenggu kezaliman dan kehinaan akibat kehidupan yang lari daripada landasan Ilahi.
Secara khusus daripada kami Dewan Pemuda PAS, hari ini sejuta umat Islam berhimpun untuk memperkasakan akidah umat, besok kita berharap sejuta umat Islam berhimpun pula untuk menegakkan syariat Allah.
Allahu akbar wa liLlahil hamd.

SEJARAH DAN MASA DEPAN PERJUANGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIAPosted on 9th December 2009

 


Categorized Under: Ilmiah
Tajuk di atas merupakan salah satu kertas kerja yang saya tulis lebih kurang 8 tahun yang lepas. Seorang sahabat meminta kertas kerja tersebut yang malangnya sudah tidak ada dalam simpanan saya. Mujur juga saya telah masukkan di laman web berhostingkan geocities.com. Sekalipun isinya telah dikosongkan oleh pihak geocities namun tulisan tersebut telah dipastekan ke pelbagai forum dan laman-laman yang lain. Alhamdulillah.. dan pengajarannya, jika anda mempunyai sebarang tulisan, rajin-rajinlah meletakkannya di mana-mana laman web kerana ia mudah dirujuk satu hari nanti. Berikut ialah isi kandungan kertas kerja tersebut.
SEJARAH DAN MASA DEPAN PERJUANGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” – [1]
Muqaddimah
Adalah menjadi satu pekara yang tidak mungkin dapat disangkal akan kewajipan setiap muslim untuk menafkahkan dirinya dalam perjuangan Islam.
Setiap yang ingin dirinya digelar sebagai pejuang sewajarnya menyoal dirinya sendiri setiap saat dan waktu “Apakah yang telah aku lakukan untuk Islam?”. Lalu adalah menjadi satu keperluan kepada setiap individu muslim terutama sekali pelajar-pelajar agama yang merupakan generasi tunas dalam gerakan Islam membuka minda dan meluangkan masa untuk sama-sama berfikir bagaimana untuk menjadikan agenda perjuangan Islam sebagai satu realiti.
Dari konteks Malaysia, untuk meihat masa depan perjuangan Islam maka sudah tentulah tidak dapat tidak harus disorot dari segi sejarah. Ini kerana sejarah sudah tentu menjadi cermin kepada masa yang akan mendatang. Dalam memperkatakan mengenai sejarah perjuangan Islam di Malaysia, saya akan lebih menumpukan perbincangan kepada perjuangan Islam melalui politik khususnya PAS. Bukan saya bermaksud untuk menafikan harakah atau jemaah Islam yang tidak melibatkan diri dengan politik, namun kaitan politik secara tidak langsung dengan aktiviti gerakan Islam khususnya di Malaysia sama sekali tidak boleh dinafikan. Tambahan pula, poltik adalah tumpuan utama setiap rakyat terbanyak pada masa lalu, kini dan akan datang. Bagi memudahkan perbahasan, saya membahagikan kronologi perjuangan politik Islam di Malaysia kepada 4 peringkat :
1. Sebelum 1955
2. 1955 – 1983
3. 1983 – 1997
4. 1998 – hari ini
Perjuangan Islam di Tanah Melayu Sebelum 1955
Fakta : Perjuangan Islam di Tanah Melayu bermula semenjak kedatangan Islam di Tanah Melayu yang masih merupakan polemik di kalangan ahli-ahli sejarah. Namun seara khususnya kebangkitan para ulama’ di beberapa buah negeri di Tanah Melayu untuk menentang penjajah adalah merupakan titik tolak kepada kemaraan golongan agama dalam arena politik. Dari sudut yang lain, kebangkitan perjuangan Islam adalah selari kalaupun tidak lebih awal dari kebangkitan nasionalisme. Sebelum gerakan kemerdekaan berlaku secara menyeluruh, Tanah Melayu sudah digegarkan dengan kebangkitan Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan dan beberapa lagi penentangan yang dipelopori oleh golongan ulama’. Walaupun kebangkitan ini berlaku di merata-rata tempat, namun kesedaran menyeluruh untuk membebaskan diri dari penjajah masih belum berlaku.
Namun, penjajahan Jepun merubah senario ini. Pada tahun 1945, Dr. Burhanuddin Helmi memperkenalkan pemikiran politik Islam melalui penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Seterusnya ekoran dari gagasan Malayan Union pada tahun 1946, orang-orang Melayu mula bersatu melalui seruan “Hidup Melayu” di bawah kepimpinan seorang tokoh nasionalisme, Dato’ Onn bin Jaafar. Pada awalnya, tokoh-tokoh ulama berada di bawah payung UMNO bersama dengan Dato’ Onn untuk memperjuangkan kemerdekaan lebih-lebih lagi apabila Hizbul Muslimin diharamkan oleh British pada tahun 1948. Penyertaan golonagn ulama pada masa itu bukanlah menunjukkan persetujuan mereka dengan dasar nasionalis tetapi kerana mereka melihat adalah lebih penting untuk mewujudkan penyatuan terlebih dahulu.[2] Namun, akibat beberapa pertembungan pendapat dengan pimpinan UMNO yang secara rasminya beraliran nasionalis sekular, tokoh-tokoh ulama beramai-ramai keluar dari UMNO untuk menubuhkan Persatuan Ulama yang terpisah dari UMNO pada tahun 1951. Beberapa bulan kemudian, ia bertukar nama menjadi Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di mana Tuan Haji Ahmad Fuad menjadi Yang diPertuanya yang pertama. PAS seterusnya menyertai pilihanraya pada tahun 1955 namun gagal untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Ulasan : Perjuangan Islam pada masa Tanah Melayu masih bergegar dengan tuntutan kemerdekaan tidak dapat meyakinkan rakyat bahawa perjuangan mereka adalah yang terbaik. Tambahan pula pada masa tersebut, rakyat masih dihantui dengan kekejaman Bintang Tiga dan masih terngiang-ngiang dengan penindasan oleh tentera Jepun. Oleh yang demikian, mereka memilih untuk mengambil jalan selamat iaitu dengan mengundi pihak yang boleh memerikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pihak terdekat yang dimaksudkan ialah UMNO. Ini sama sekali tepat dengan kehendak penjajah British yang seboleh-bolehnya mahukan pihak yang akan memerintah bekas tanah jajahan mereka akan terus menjalankan dasar-dasar pro-penjajah. Kerana itulah, Hizbul-Muslimin telah diharamkan oleh pihak penjajah pada tahun 1948. Namun, dalam masa yang sama kegagalan pihak ulama’ untuk merebut peluang tampil ke hadapan juga merupakan satu faktor perjuangan Islam ditolak oleh kebanyakan rakyat pada masa itu. Tambahan pula, perjuangan yang dipelopori oelh golongan ini masih bercampur-gaul dengan ideologi kebangsaan. Seandainya pihak ulama’ mampu membentuk satu barisan alternatif bersama dengan barisan kepimpinan bangsa-bangsa yang lain, besar kemungkinan perjalanan sejarah politik di Malaysia akan berubah.
1955 – 1983
Fakta : Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin tertinggi UMNO yang kedua secara automatik memimpin kerajaan Perikatan bersama dengan barisan kepimpinan bangsa-bangsa yang lain. Selaku kerajaan yang baru sahaja dibentuk, maka sudah tentulah mereka menghadapi pelbagai masalah yang menggugat kerajaan mereka. Pelbagai pihak di dalam negara masih sukar untuk dikongkong agar menjadi penyokong kerajaan. Akhbar-akhbar masih berperanan dengan bebas mengkritik pelbagai dasar yang berakhir dengan proses ‘penelanjangan’ kebebasan akhbar pada tahun 1962.[3] Pada peringkat ini jugalah berlakunya proses peralihan perjuangan PAS sebagai sebuah parti politik nasionalis yang mempunyai nilai Islam kepada sebuah parti politik yang mempunyai konsep jemaah dan benar-benar menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Ini berlaku seriingan dengan pelbagai peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia. Kronologinya secara umum bolehlah dirumuskan seperti berikut :
1963 : Pembentukan Malaysia menyatukan Singapura, Sabah dan Sarawak. PAS yang masih merupakan parti politik nasionalis bercorak Islam mengambil sikap menentang yang sederhana.
1963 : Ideologi perjuangan Ikhwanul Muslimin mula meresap masuk ke dalam PAS. Di bawah pimpinan Prof Zulkifli Muhammad, PAS menghantar Haji Yusuf Rawa, AJK PAS Pusat ke Timur Tengah untuk memperkenalkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Dialog demi dialog diadakan khususnya dengan pimpinan Ikhwan.
1964 : PAS di bawah Prof Zulkifli menghantar sepuluh orang pelajar-pelajar Malaysia yang pertama untuk melanjutkan pelajaran ke Iraq. Secara sulitnya, ia adalah persediaan awal untuk melahirkan satu generasi perjuangan yang berlainan dengan generasi yang sedia ada.
1964 : Prof Zulkifli Muhammad meninggal dunia dalam satu kemalangan. Tidak lama selepas itu, PAS kehilangan pula Dr. Burhanuddin. Seterusnya, PAS dipimpin oleh Dato’ Asri. Kepimpinan beliau dikatakan semakin mengukuhkan lagi semangat ideologi kebangsaan Melayu dari dasar rasmi PAS iaitu Islam. Oleh yang demikian, PAS seterusnya benar-benar tidak dikenali sebagai gerakan Islam.
1968 : Al-Arqam ditubuhkan oleh Ashaari Muhammad. Dalam satu jangka masa yang panjang, ia mewujudkan satu senario yang benar-benar tidak disangka. Walau bagaimanapun, saya merasakan perbahasan mengenai Al-Arqam tidak wajar disentuh di peringkat ini.[4]
1969 : Perlantikan beberapa orang ustaz-ustaz muda ke jawatan penting khususnya Ustaz Hassan Shukri yang baru saja pulang dari Iraq. Beiau terus dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat. Beliau dan rakan-rakannya mula memerkenalkan konsep tarbiyyah ala Ikhwan. Pada masa tersebut, bermulalah secara rasmi apa yang dinamakan ‘pertembungan dalaman’ antara pimpinan yang sedia ada dengan ahli peringkat bawahan yang mehukan pembaharuan dalam halatuju perjuangan PAS.
1969 : Rusuhan kaum di Kuala Lumpur ekoran rasa tidak puas hati akibat jurang perbezaan ekonomi antara kaum. PAS khususnya tidak melihat ini sebagai peluang untuk menyerang habis-habisan pihak kerajaan ekoran kegagalan mereka membina perpaduan kaum. Adalah tidak dinafikan, pergolakan dalaman PAS merupakan penyebab kepada kegagalan mereka untuk berfungsi dengan sebaik mungkin.
1971 : Penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ia sebenarnya ialah alternatif kepada golongan muda yang benar-benar mahu merealisasikan tuntutan perjuangan Islam ala Ikhwan. Pemikiran Sayyid Qiutb yang sebelum ini berkisar di kalangan ahli-ahli PAS mula diambil alih oleh ABIM. Penubuhan ABIM sebenarnya banyak dipelopori oleh bekas tokoh-tokoh pelajar yang radikal seperti Anwar Ibrahim, Kamaruddin Mohd Noor, Razali Nawawi, Sidiq Fadhil dan lain-lain. Ia juga turut menarik golongan ‘ustaz muda’ seperti Haji Abdul Hadi, Abdul Ghani Shamsuddin dan Fadhil Nor. Secara tidak langsung, ABIM sebenarnya dilihat sebagai wadah terbaik bagai meneruskan kesinambungan perjuangan Islam di Malaysia pada masa itu. Ini disebabkan oleh imej UMNO sebagai ultra-sekular dan imej PAS yang masih dilihat sebagai nasionalis sukar untuk diterima oleh golongan muda.
1973 : Penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional ekoran pelawaan yang dibuat oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdul Razak di atas nama perpaduan Melayu. Polemik yang dicetuskan oleh ‘langkah merbahaya’ PAS ini telah memperhebatkan lagi pergolakan dalaman yang telah sedia wujud sebelum ini. Walaupun PAS masih mengekalkan dasar rasminya iaitu Islam, namun ia tidak lebih sebagai retorik ekoran pengiktirafan PAS terhadap pendekatan UMNO/BN pada masa itu. Penyertaan PAS ke dalam BN juga secara tidak langsung juga menyebabkan ramai tenaga muda menjadikan ABIM sebagai pilihan utama.
1974 : Anwar Ibrahim memimpin demonstrasi besar-besaran pelajar di Baling bagi memperjuangkan isu kemiskinan. Beliau seterusnya mula muncul di persada politik Malaysia dengan imej Islamik dan radikal[5].
1977 : Majlis Syura Tertinggi ABIM memutuskan penyertaan tiga orang ahli mereka ke dalam PAS khusus bagi satu ‘misi khas’ iaitu memulakan kembali usaha-usaha tarbiyyah atau dalam erti kata lain ‘menyelamatkan’ PAS dari terus hanyut dalam lautan perjuangan kebangsaan. Tiga orang ahli tersebut ialah Haji Fadhil Noor selaku Timbalan Presiden Abim, Haji Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman yang kedua-duanya merupakan Exco ABIM Pusat.
1978 : Berlaku krisis dalaman yang hebat di dalam PAS antara Dato’ Asri selaku YDP PAS dengan Mohamad Nasir selaku MB Kelantan. PAS Kelantan khususnya benar-benar berpecah. Akibat kekacauan yang timbul, darurat akhirnya distiharkan di Kelantan dan PAS ditendang keluar dari BN. Dengan ‘tangan yang terikat’, PAS dipaksa untuk bertarung dalam pilihanraya di Kelantan yang akhirnya menyaksikan Kelantan jatuh ke tangan BN untuk kali pertama selepas kemerdekaan. Krisis dalaman PAS ini juga membawa kepada terbentuknya parti Berjasa sebagai parti serpihan PAS.
1979: Revolusi Syiah di Iran[6] berjaya meruntuhkan diktator Shah melalui kuasa rakyat. Ia mencetuskan kembali kebangkitan gerakan Islam di seluruh dunia. Dalam hal ini, Malaysia tidak terkecuali. Walaupun sebenarnya, pembaharuan di dalam PAS bermula lama sebelum itu, namun Revolusi di Iran mempercepatkan lagi langkah ke arah pembersihan PAS dari sebarang ideologi yang bercanggah dengan kehendak perjuangan Islam.
1981 : Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Hubungan peribadi yang rapat antara bekas Presiden Abim, Anwar Ibrahim dengan Dr. Mahathir sebelum ini secara tidak langsung menjadikan ABIM bersikap lebih lembut terhadap kerajaan yang sebelum ini telah dicop dengan pelbagai tuduhan.
1982 : Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaannya ke dalam UMNO dengan misi untuk merubah UMNO daripada dalam. Secara rasminya, ABIM yang sebelum ini dianggap sebagai anti-kerajaan bertukar kepada pertubuhan Islam yang pro-kerajaan. Ini ditambah lagi dengan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan baru Dr. Mahathir yang dianggap ultra-nasionalis sebelum ini menjalankan dasar Islamisasi di dalam kerajaan.
1983 : Ekoran desakan yang begitu kuat dari ahli-ahli PAS khususnya Dewan Pemuda PAS Pusat yang benar-benar mahu mengalihkan hala tujua perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam, Dato’ Asri akhirnya melepaskan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS untuk memberikan laluan kepada kepimpinan ulama’. Bermula dari situlah, PAS akhirnya didominasi oleh kepimpinan ulama’ sehinggalah hari ini.
Ulasan : Walaupun sebelum ini, PAS sebenarnya sudah meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, namun sebenarnya PAS sebagai sebuah gerakan Islam hanya benar-benar lahir pada tahun 1983 iaitu selepas ideologi pemikiran Sayyid Qutb benar-benar mendasari perjuangan PAS. Sebelum daripada itu di bawah kepimpinan non-ulama’, PAS tidak lebih dari sebuah parti politik yang hanya mempunyai nama Islam tetapi tidak berbeza dengan UMNO dari segi pembawaan dan pelaksanaan dasar. Dan sejarah menyaksikan, proses pembersihan itu mengambil masa yang begitu panjang.
Pada peringkat inilah juga, lahirnya ABIM selaku penyebar pemikiran hakimiyyah ala-ikhwan. Peranannya dalam membantu kelahiran semula PAS sama sekali tidak boleh diperkecilkan. Namun, ‘ijtihad’ bekas pemimpinnya untuk menyertai UMNO telah merubah segala-galanya. Perlu disebut bahawa tidak seikit yang menitiskan air mata akibat tindakan Anwar Ibrahim[7]. Ekoran daripada itu, selepas tahun 1983, ABIM yang sebelum ini menjadi pendokong kuat pemikiran Sayyid Qutb mula bersikap lembut dengan kerajaan manakala PAS yang sebelum ini merupakan parti politik nasionalis Islamik berubah wajah menjadi gerakan Islam yang mendokong kuat cita-cita untuk menegakkan sebuah negara Islam yang sebenarnya. Saya mengira, di sinilah bermulanya pertarungan sebenar antara PAS sebagai sebuah gerakan atau jemaah Islam dengan pihak pemerintah.
Laluan PAS seterusnya di Malaysia pada masa ini sememangnya terlalu sukar ekoran kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan. Akibatnya, masyarakat menerima proses Islamisasi sederhana dan beransur-ansur yang dibawa bersama penyertaannya ke dalam kerajaan. Kerana itulah, PAS sebenarnya menghadapi laluan yang benar-benar getir dan mencabar.
1983- 1997
PAS pasca kepimpinan ulama’ lebih banyak berusaha untuk memantapkan kepimpinan ulama seterusnya memperkenalkannnya kepada masyarakat umum. Usaha-usaha PAS lebih kepada untuk menyaingi proses Islamisasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Ternyata, dalam banyak perkara, PAS lebih banyak ketinggalan. Faktor UMNO sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai segala-gala kemudahan adalah merupakan faktor yang terbesar. Oleh yang demikian, PAS khususnya hanya terpaksa menanti dan mengharap agar UMNO menghadapi krisis dalaman untuk diambil kesempatan daripada berusaha memberikan penerangan kepada rakyat tentang perjuangan PAS. Dan pembangkang khususnya PAS selalunya bernasib baik dalam penantian ini. Secara umumnya kronologi di peringkat ini adalah seperti berikut :
1985 : Peristiwa berdarah Memali di Kedah yang mengorbankan sejumlah penyokong PAS dan seorang anggota polis. PAS seterunya dilabel sebagai parti yang mahu menggulingkan kerajaan dengan kekerasan. Bagi saya, peristiwa Memali hanyalah sebagai satu langkah awal untuk melihat setakat manakah PAS boleh ditangani melalui kekerasan. Ia adalah cubaan yang benar-benar menguji tahap kematangan pimpinan PAS pada masa itu.
1986 : Pilihanraya Umum menyaksikan PAS kalah teruk dengan hanya memenangi satu kerusi parlimen. Namun, pada pilihanraya ini buat pertama kali gagasan pakatan antara pembangkang dilaksanakan walaupun ternyata ia maish lagi kabur dan tidak mempunyai kesepaduan yang jelas.
1987 : Ekoran pertandingan jawatan tertinggi di dalam UMNO, mereka berpecah kepada dua pasukan (team A dan team B). Tengku Razaleigh yang hanya kalah sebanyak 43 undi kepada Dr. Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO membawa pengkutnya yang tidak sedikit keluar daripada UMNO dan memberntuk Semangat 46. Krisis ini berakhir dengan pengharaman UMNO dan kelahiran semula UMNO Baru di bawah pimpinan Dr. Mahathir. Manakala Semangat 46 pula muncul sebagai pembangkang yang hebat dan mampu menggugat kerajaan Dr. Mahathir pada masa itu.
1989 : PAS sebagai sebuah gerakan Islam membentuk kerjasama politik dengan Semangat 46 untuk menghadapi UMNO/BN di dalam pilihanraya. Kerjasama yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah ini adalah merupakan gagasan pakatan pembangkang yang terbesar di dalam sejarah pilihanraya tanahair. Namun, kerjasama yang dibentuk oleh PAS ini ditentang oleh sebahagian ahli peringkat bawahan. Ini membawa peristiwa keluarnya sebahagian daripada ahli-ahli PAS membentuk parti Islah.
1990 : Pilihanraya Umum diadakan. UMNO/BN masih berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan. Pakatan APU pula berjaya menawan Kelantan dengan tidak memberikan sebarang kerusi kepada UMNO/BN. Ekoran daripada kejayaan inilah, Kelantan kembali dikuasai oleh pembangkang dengan PAS sebagai peneraju utamanya. Kejayaan menawan Kelantan juga adalah merupakan kejayaan pertama PAS di bawah kepimpinan ulama’. Seterusnya, PAS dilihat berjaya membina dan mengukuhkan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan ulama’.
1993 : Di dalam UMNO, Anwar Ibrahim dikatakan mencapai kemuncak kejayaannya apabila memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO. Seterusnya Anwar Ibrahim dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hampir keseluruhan ramalan politik pada masa itu mengatakan Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
1994 : Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan. Para pemimpinnya dikenakan tahana ISA. Segala kegiatan ekonomi dan pendidikan Al-Arqam yang bergiat cergas sebelum ini dipantau dan ditamatkan dengan pukulan ‘maut’ oleh kerajaan yang diketuai oleh Pusat Islam. Dalam hal ini, PAS lebih kepada bersikap tunggu dan lihat. Manakala tuduhan sesat yang dilemparkan kepada Al-Arqam turut diperakui oleh pimpinan PAS.
1995 : Pilihanraya Umum sekali lagi menyaksikan UMNO/BN mengekalkan majoriti 2/3 untuk membentuk kerajaan. Manakala pakatan pembangkang pula tidak menunjukkan sebarang kemajuan selain daripada mengekalkan penguasaan di Pantai Timur khususnya di Kelantan. Masa depan pakatan pembangkang dan kemampuannya pada masa itu mula dicurigai oleh para pemerhati politik.
1996 : Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya mengambil keputusan untuk membubarkan Semangat 46 dan membawa ahli-ahlinya kembali semula kepada UMNO. Sekali lagi PAS dilihat sebagai tergugat. Ini kerana dengan kemasukan Adun-adun dari Semangat 6 ke dalam UMNO, maka PAS gagal untuk membetuk majoriti 2/3 di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Walaupun demikian, kemenangan tipis PAS dalam pilihanraya kecil di Pulai Chondong sejurus selepas pembubaran Semangat 46 memberikan sedikit bukti bahawa rakyat Kelantan tetap bersama dengan kepimpinan ulama’.
Ulasan : Sebelum daripada kemenangan PAS di Kelantan, PAS dilihat gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa kepimpinan ulama’ adalah yang terbaik untuk mereka. Malah untuk meyakinkan ahli-ahlinya sendiri juga merupakan satu cabaran yang besar bagi PAS. PAS juga dilihat masih tercari-cari arah yang sesuai untuk berhadapan dengan UMNO yang memperhebatkan proses Islamisasi. Selain daripada seruan Islam, maka tidak ada isu yang boleh digunakan untuk menyerang kekuatan UMNO/BN. Saya lebih suka untuk mengatakan, seandainya UMNO/BN tidak dilanda dengan perpecahan, maka adalah sukar sama sekali bagi PAS untuk meraih undi rakyat.
Namun, selepas percakaran sesama pemimpin UMNO, mereka dilanda perpecahan yang begitu hebat. Dalam peringkat ini, PAS sekali lagi bertindak bijak untuk mengambil kesempatan daripada keadaaan dengan menjalinkan kerjasama dengan Semangat 46. Walaupun berlaku kekeliruan di kalangan ahli-ahli PAS, namun ia tidak lebih dari kocakan air di kolam yang tenang. Sejarah seterusnya membuktikan bahawa langkah PAS adalah tepat. Faktor Semangat 46 dan Istana Kelantan adalah merupakan faktor penting yang membantu kemenangan PAS di Kelantan. Manakala di Pantai Barat, Gagasan Rakyat iaitu pakatan Semangat 46-DAP gagal untuk meraih kejayaan. Seandainya Gagasan Rakyat juga berjaya di Pantai Barat, maka sudah tentulah perjalanan politik tanahair akan berubah sama sekali. Dengan andaian bahawa dengan kemenangan Gagasan Rakyat, kerajaan UMNO/BN akan mengalami kejatuhan, Tengku Razaleigh Hamzah pasti akan dilantik mengetuai kerajaan baru. Dalam masa yang sama, PAS masih belum berjaya menyebarkan fikrahnya secara menyeluruh. Dalam masa itulah, pasti berlakunya pertembungan ideologi antara PAS dan DAP dalam kerajaan. Kedua-duanya terlalu kuat berpegang dengan ideologi masing-masing. Umpama minyak dan air, adalah menjadi kemustahilan untuk kedua-duanya melakukan kompromi. Adalah menjadi satu kemungkinan yang hampir pasti bahawa perpecahan akan berlaku seandainya barisan pembangkang berjaya membentuk kerajaan persekutuan pada tahun 1990. Namun, ketentuan Allah adalah sebaik-baik ketentuan. Allah hanya menghadiahkan Kelantan kepada PAS sebagai satu persediaan untuk satu kemenangan yang pasti akan diberikan satu hari nanti, Insya-Allah.
Walapun perkahwinan politik antara PAS dan Semangat 46 tidak dapat bertahan lama, namun sekurang-kurangnya pakatan itu memberikan hadiah berupa negeri Kelantan kepada PAS. Hadiah itulah yang menjadi pengkalan kepada PAS untuk melebarkan pengaruhnya ke seluruh tanahair. Walaupun demikian, kerajaan PAS dilihat masih gagal menjadi contoh kepada rakyat Malaysia ekoran kegagalannya untuk meningkatkan prestasi dalam pilihanraya 1995. Kerana itulah, sebenarnya PAS hanya menunggu agar UMNO dilanda krisis dalaman untuk meraih kemenangan. Tanpa krisis dalaman UMNO, sukar sekali untuk PAS memperolehi kejayaan. Antara faktor yang menyumbang ke arah berlakunya senario sebegini ialah kegagalan PAS untuk menyebarkanluaskan fikrah dan ideologinya kepada masyarakat umum. PAS masih disaluti imej kolot, kekampungan dan fanatik.
1997 – sekarang
Sebagaimana yang sudah dijelaskan, perkembangan dan perjuangan PAS dalam arena politk tanah air bersifat statik dan stereotaip semata-mata. Namun, untuk melihat perpecahan berlaku di dalam PAS khususnya dalam masa kepimpinan ulama’ ini adalah amat sukar tidak sebagaiman UMNO yang sering bergolak dengan politik terajangnya.
Kedudukan UMNO selepas kemasukan kembali Tengku Razaleigh bolehlah dikategorikan sebagai agak mantap. Malah tidak keterlaluan untuk menyatakan, kerajaan PAS di Kelantan mempunyai kemungkinan untuk dijatuhkan seandainya senario selepas kemasukan Tengku Razaleigh ke dalam UMNO berterusan sehingga pilihanraya yang berikutnya. Namun, tiada siapa dapat menghalang ketentuan dari Allah SWT. Kronologi seterusnya terus meletakkan PAS sebagai pihak yang sentiasa bernasib baik.
1997: Pada bulan Julai, Malaysia dan negara-negara sekitar mengalami kejatuhan nilai mata wang yang teruk. Pada masa itulah, timbulnya desas-desus akan mengenai percakaran yang berlaku di dalam UMNO khususnya antara Anwar Ibrahim (Timbalan Presiden) dengan Dr. Mahathir Mohamad (Presiden).
1998 : Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan Kerajaan di atas beberapa tuduhan yang sama sekali tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Sekali lagi senario politik di Malaysia menjadi panas. Demonstrasi jalanan menjadi popular dengan tiba-tiba. UMNO berada pada tahap yang paling teruk selepas kemerdekaan. Pemecatan Anwar bertepatan dengan era teknologi maklumat menjadikan UMNO tidak sempat untuk menangkis pelbagai tuduhan yang dilemparkan dari pelbagai sudut.
Ekoran dari pemecatan Anwar, secara imej Islamik yang selama ini membayangi UMNO walaupun tidak banyak hilang secara tiba-tiba. Ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh masyarakat yang selama ini merupaka penyokong UMNO keluar beramai-ramai ke barisan pembangkang. UMNO kembali kepada imej ultra sekular nasionalisnya seperti era 70-an.
Hasil daripada pemecatan Anwar, PAS tidak gagal untuk memanipulasi keadaan sebaik mungkin. Dengan diketuai oleh PAS, barisan pembangkang digabungkan sebaik mungkin untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam pilihanraya. Apa yang menarik, kali pertama dalam sejarah politik tanah air, PAS berjaya menjalinkan kerjasama rasmi dengan DAP di samping penyokong-penyokong Anwar berada di dalam parti Keadilan Nasional. Kerana itulah, gabungan pembangkang kali ini boleh disifatkan sebagai yang terbaik di dalam sejarah politik tanahahir. Namun tidak dapat dinafikan bahawa ia masih mempunyai banyak kelemahan. Halatuju yang ingin dibawa masih kabur dan tidak jelas.
1999 : PAS berjaya menawan Terengganu dalam pilihanraya umum. Manakala sokongan orang-orang Melayu kepada UMNO/BN merosot dengan begitu teruk. Di beberapa buah negeri, majoriti kekalahan PAS hanyalah tipis. Para pemerhati politik ramai yang berpendapat bahawa seandainya hak lebih 600,000 orang pengundi baru tidak dinafikan dalm pilihanraya kali ini, maka sudah pasti kerajaan UMNO/BN sudah ditalkinkan. Namun, perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.
2000 : Pilihanraya kecil di Lunas pada akhir tahun 2000 menyaksikan kemenangan calon Keadilan, Saifuddin Nasution dengam majoriti yang agak selesa. Oleh kerana pengundi Lunas kebanyakannya bukan terdiri dari orang Melayu, maka senario ini harus dilihat sebagai sokongan orang bukan Melayu kepada pembangkang. Oleh yang demikian, seharusnya PAS melihat ini sebagai peluang terbaik untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN pada pilihanraya yang akan datang.
Ulasan :Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa pemecatan Anwar Ibrahim adalah merupakan pencetus kepada kebangkitan rakyat di Malaysia. Walapun pemecatan itu bukanlah satu-satunya faktor, tetapi ia tetap merupakan faktor utama. Rakyat kembali memperkatakan soal keadilan, ketelusan dan kejujuran pemimpin. Isu rasuah, kronisme dan lain-lain diperkatakan dengan hebatnya oleh pembangkang termasuklah PAS.
Melihat dari konteks PAS, jika sebelum ini, isu yang diutarakan ialah soal perjuangan dan negara Islam, maka pada hari ini, PAS lebih banyak memperkatakan isu-isu nasional dan cuba untuk tidak memperlihatkan perbezaan ideologi dengan rakan-rakan pembangkang yang lain. Ini tidak sukar bagi PAS kerana sedikit demi sedikit PAS sudah mula dikenali sebagai parti intelektual ekoran penyertaan beramai-ramai ahli akademik ke dalam PAS. Imej kampung, kolot dan konservatif sebelum ini boleh dikatakan telah tiada dalam PAS.
Namun, adakah dalam masa yang sama, PAS sudah mula melupakan aliran pemikiran Sayyid Qutb yang dijunjungnya dengan begitu kuat sebelum ini? Tentu sekali tidak Melihat kepada corak kepimpinan dan organisasi PAS, maka sama sekali tidak boleh dikatakan bahawa PAS sudah mula meninggalkan ideologinya sebagai sebuah jemaah Islam. Namun, usia setengah abad telah mematangkan PAS agar sentiasa berhati-hati.
Sesungguhnya hari ini, PAS berada dalam kedudukannya yang paling selesa untuk membentuk kerajaan selepas ini. Namun, satu persoalan yag harus dijawab. Adakah sokongan rakyat kepada pembangkang khususnya PAS ialah kerana rakyat menerima konsep perjuangan Islam atau hanya sekadar sebagai satu alternatif kepada UMNO/BN? Bagi saya, PAS sebenarnya masih gagal untuk menyajikan ideologi perjuangan Islamnya dengan baik. Oleh yang demikian, sokongan rakyat yang meningkat pada hari ini bukanlah satu bukti bahawa ideologi PAS mula diterima. Ia sebenarnya tidak lebih dari manifestasi kebencian rakyat kepada UMNO/BN. Kebencian rakyat ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada pembangkang khususnya PAS. Dalam erti kata lain, jika hanya kerana ideologi Islam yang ada pada PAS, sebenarnya PAS masih tidak berjaya sekalipun tidak gagal seratus peratus.
Ya, kedudukan UMNO/BN sudah tidak selamat, namun adakah itu secara automatik merupakan janji selesa kepada perjuangan Islam? Bersediakah sebenarnya PAS khususnya menangani kemenangan dengan sebaik mungkin?
Peranan seterusnya generasi tunas bagi memastikan kemenangan sebenar Islam
Sesungguhnya perjuangan Islam pasti akan memperolehi kemenangan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah para muslimin memerangi orang Yahudi. Para muslimin memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu atau pokok berkata: Wahai para muslimin! Wahai hamba Allah! Ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di atara pokok kaum Yahudi . (Hadis riwayat Bukhari, Muslim & Ahmad)
Namun, adakah kemenangan Islam itu akan diberikan seperti mana turunnya hujan? Adakah Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada perjuangan Islam secara percuma? Tentu sekali tidak.[8] Allah SWT berfirman yang bermaksud :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?[9]
Dalam konteks Malaysia, generasi tunas khususnya mereka yang mempunyai kesedaran agama yang tinggi seharusnya memainkan peranan yang penting bagi memastikan kemenangan kepada Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Ini kerana seandainya kita menerima tanggapan bahawa kemenangan Islam sudah semakin hampir di Malaysia, maka tidak dapat tidak yang akan menangani dan mengisi kemenangan tersebut ialah generasi muda yang ada pada hari ini. Adalah menjadi satu kepincangan yang maha hebat seandainya kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah hanya menyebabkan pejuang-pejuang Islam lalai untuk terus berjuang. Sesungguhnya kita tidak mahu saat-saat kemenangan yang paling berharga dicemari dengan ‘tragedi Uhud yang kedua’. Akhirnya, kemenangan yang diberikan tidak lebih hanyalah merupakan penghinaan daripada Allah SWT.
Hari ini, generasi pemuda harus bersedia dengan seribu kemungkinan. Cabaran di hadapan terlalu hebat untuk dihadapi. Dunia tanpa pesempadanan menguji sejauh mana kekentalan semangat generasi tunas megharungi dugaan hidup untuk muncul sebagai tentera Allah. Generasi tunas hari ini seharusnya :
1.Mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang[10].
2.Mengasuh dan mendidik jiwa agar boleh beristiqomah dengan perjuangan Islam. Sesungguhnya sudah ramai bersemangat untuk berjuang sebelum ini akhirnya gagal di tengah jalan apabila bertemu dengan dugaan dan cabaran yang berupa penderitaan. Seandainya generasi tunas hanya mampu bersemangat untuk waktu yang sementara dan layu di tengah jalan, maka kita akan melihat perjuangan Islam akan terus berada dalam perjalanan yang sukar. Memetik kata Said Zahari (tahanan poltik tanpa bicara selama 17 tahun) dalam bukunya, Meniti Lautan Gelora : “Saya tidak pernah menangis dan tidak akan menangis hanya kerana saya ditahan”.[11]
3.Mempelajari teknik-teknik dakwah yang terbaik. Segala macam bentuk dakwah Islam perlu didalami sebaik mungkin. Konsep tarhib wa targhib dan dakwah bilhikmah perlulah sentiasa dijadikan panduan kepada para pejuang khususnya generasi tunas. Ini penting bagi memastikan masyarakat memahami konsep penjuangan Islam yang sebenar. Seterusnya, masyarakat akan memilih Islam kerana merasakan bahawa Islam adalah merupakan plihan yang terbaik bukan didorong oleh kebencian terhadap sistem yang ada paad hari ini.
4.Generasi tunas haruslah sentiasa menyedari bahawa hidup dan mati mereka hanyalah untuk Islam. Setiap langkah yang dibuat haruslah disertakan bersama keikhlasan kepada Allah. Ini kerana merupakan aib yang terlalu besar seandainya mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam namun perjuangan yang didokong masih terpalit dengan niat duniawi.
Penutup
Sesungguhnya perjuangan Islam di Malaysia khususnya melalui politik telah melalui ranjau-ranjaunya yang tidak sedikit. Walaupun sering mengalami kekalahan, namun kekentalan para pendokong menjadikan PAS semakin matang menghadapi pelbagai cabaran. Oleh kerana kita melihat bahawa tahun-tahun kebelakangan ini, sokongan rakyat begitu mendadak meningkat, maka seharusnya langkah-langkah bagaimana untuk menangani kemenangan dibincangkan sejak daripada awal lagi. Perlu diingatkan, kemenangan kadang kala merupakan satu anugerah namun kebanyakannya lebih kepada ujian.
Manakala generasi tunas pua harus sentiasa bersiap sedia untuk tampil ke hadapan mendepani cabaran-cabaran yang akan mendatang. Islam pasti akan bangkit semula sebelum berlakunya kiamat dan sudah pasti generasi tunas pada hari ini perlu bersiap sedia ke arah itu.
Semoga Allah memberkati setiap usaha kita dalam memperjuangkan kalimahNya di muka bumi ini. Amin Ya rabbal ‘alamin.
AHMAD FADHLI SHAARI adalah siswa tahun 1, Jabatan Dakwah Wal Qiadah, KIAS.
Untuk dibentangkan dalam Kursus Pimpinan Pelajar YIK Zon 3
pada : 24 Mei 2001
bertempat : SMU (A) Amir Indera Petra, Bachok Kelantan..
diambil semula dari laman : http://tamanilmuislam.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=44
[1] Surah Fusilat, ayat 33.
[2] Mohamad Fauzi Zakaria, Aqidah Yang Menggoncang Dunia : Pemikiran Sayyid Qutb. Hal. 197
[3] Said Zahari, Meniti Lautan Gelora
[4] Zabidi Mohammad, Al-Arqam : Tersungkur Di Pintu Syurga. Hal : 18
[5] Ahmad Lutfi Othman, Wajah Baru Politik Malaysia, hal. 18
[6] Saya berpendapat gelaran ini lebih sesuai sekalipun kebanyakan penulis lebih gemar menggunakan gelaran Revolusi Islam Iran.
[7] Sayuti Omar, Siapa Pencabar Anwar? Hal. 50.
[8] Persoalan yang sama ditimbulkan dan dikupas dengan lebih lanjut oleh Abdullah Al-Qari Haji Salleh, Kemenangan Islam dan Para Wali Allah.
[9] Surah Ali-Imran, ayat 142
[10] Ini ialah sifat pendakwah yang pertama sekali digariskan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah.