Thursday, April 21

Tarikh PRU 13: Jun 2011, atau 2013?

 

Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak kini berada dalam dilema, sama ada untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 pada Jun 2011, lantas menutup ruang untuk persediaan pembangkang; ataupun menunggu sehingga tahun 2013?  Keputusan Najib bergantung kepada pertimbangannya, sama ada untuk menawan semula hati pengundi Cina / Kristian, ataupun hanya menyasarkan undi Melayu?
Demikianlah ulasan Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong terhadap senario politik selepas PRN Sarawak.  Menurut Liew, Najib terpaksa memilih, antara pendekatan untuk mengembalikan sokongan Cina, atau menerima pandangan yang diketengahkan melalui Utusan Malaysia, iaitu usah lagi mempedulikan pengundi Cina, dan mendukung konsep "1Melayu 1Bumi" pada masa yang akan datang.

PKR kepada polis: Dedah siapa di sebalik video seks 1999 "Siapa Anwar"

 

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan hari ini dalam portal Internet "The Malaysian Insider" yang ditulis oleh Shannon Teoh, seorang bekas pegawai polis Mat Zain Ibrahim mendedahkan sebuah video bertajuk "Siapa Anwar" yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim diedarkan di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum November 1999.
Laporan polis dibuat berkenaan video tersebut.  Mat Zain yang ketika itu mengetuai Jabatan Penyiasatan Jenayah, Kuala Lumpur memaklumkan bahawa siasatan dibuat berikutan laporan polis tersebut dan polis mengenalpasti sumber video seks 1999, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang video seks 1999 ini, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang pengedarannya kepada orang ramai.

Anwar mesti dihapuskan, demi survival UMNO

 

Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan.  Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia.  Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun.  Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain.  Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan.  Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar Mahathir pada tahun 1998.  Sejak itu nasibnya pun berubah.  Satu demi satu kawan berpaling tadah.
Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya.  BN hilang kuasa 2/3 di parlimen.  Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA.  Pada ketika itu lubang-lubang tikus di sempadan juga akan menjadi tidak selamat.

PEMANDU mengaku menukar E-mel 1Malaysia dari inisiatif kerajaan kepada swasta

PEMANDU akhirnya mengakui bahawa pihaknya telah menukar projek E-mel 1Malaysia dari "inisiatif kerajaan" kepada "inisiatif swasta" dalam lamannya, setelah didedahkan satu laman internet, GreyReview.  Bagaimanapun, PEMANDU mendakwa bahawa ia adalah kesilapan semata-mata.
Dalam tweeternya etp_roadmap tadi, PEMANDU meninggalkan mesej, "Hi all, we would like to clarify that we made a genuine error in the backgrounder initially.  Upon obtaining clarification about the project, we decided to correct it on our website.  We apologise for any misunderstanding."

Myemail.my: Propaganda ditransformasi kepada pemantauan?

Geram betul otak durianku!  Sementara kita menyaksikan bagaimana isu fitnah video seks membawa masyarakat Malaysia ke arah kegilaan peradaban, kini rejim Najibnomics cuba membawa 16 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas ke arah kegilaan pemantauan (surveillance).
Bertopengkan slogan seperti "transformasi" dan "ETP" yang cuba mendoidoikan rakyat, Kerajaan Najib nampaknya sedang berusaha menangani cabaran dunia siber dan politik semasa dengan projek E-mel 1Malaysia yang cuba menyeragamkan tabiat warga siber lantas memudahkan kawalan terhadap warga siber atas nama keselamatan transaksi urusniaga kerajaan (awam) - tetapi dikendalikan oleh syarikat swasta yang terjalin hubungan nepotisme.

Sekolah Harapan terima 49 remaja hamil sejak September

 

JASIN, 21 April – Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan telah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya Datuk Ab Rahaman Ab Karim.
Dipetik Bernama Online, beliau berkata buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah tersebut dengan sebahagiannya telah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.
“Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi telah dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.
Ab Rahaman berkata remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (lapan), Pahang (lapan), Negeri Sembilan (lima), Kelantan (lima), Terengganu (tiga), Kuala Lumpur (dua), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.

Kes Sarbaini: Polis rumus kematian mengejut, tiada elemen jenayah

 

Ahmad Sarbaini Mohamed
KUALA LUMPUR, 21 April – Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 6 April lalu. Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.
“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.
“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.
Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.
Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.
Minggu lalu, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif politik- Bekas Polis

 

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan ‘video seks’ pertama yang diedar pada 1999.
Bekas Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti “sumber” video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.
“Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10,” ujarnya.

Fitnah diyakini makan tuan

 

KUALA LUMPUR, 21 April: Sebaran fitnah yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Datuk Mohd Ghazali menerusi pemasangan banner-banner tidak bertanggungjawab hari ini, diyakini akan memakan tuannya sendiri.
Keyakinan itu disandarkan kepada pengakuan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan Kampung Baru sendiri, berkaitan sikap dan tindakan sebenar Dr Lo' Lo' berhubung kejadian itu yang sememangnya sudah berusaha dengan pelbagai cara bagi membantu mangsa dan mengatasinya.
Beberapa orang penduduk yang ditemui mengakui, sebaliknya yang jelas tidak bertanggungjawab berhubung kejadian itu bukanlah Dr Lo' Lo', tetapi pihak yang menyebarkan fitnah itu sendiri, sehingga mereka bukan sekadar tidak melakukan sebarang tindakan bagi membantu mangsa dan mengatasi kejadian itu, malah tidak pernah menjenguk ke tempat kejadian sejak kejadian itu berlaku.

Dr Lo' Lo' difitnah kerana tanah jerlus

 

KUALA LUMPUR, 21 April: Kejadian tanah jerlus yang berlaku jam 12.15 malam 14 April lalu di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru, di sini, yang jelas merupakan bencana alam, telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai alat untuk menyebarkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.
Fitnah tersebut disebarkan menerusi pemasangan 'banner' di beberapa batang jalan raya utama di ibu kota sejak awal pagi ini yang memburukkan Dr Lo'Lo' kononnya hanya sekadar pandai bercakap dan berjanji, tetapi tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya.
Setakat yang dapat dikesan hari ini, banner-banner tersebut dinaikkan di tiga tempat iaitu di jejantas Jalan Raja Abdullah dekat Kampung Baru, jejantas berdekatan Tabung Haji dan jejantas dekat Jalan Gurney.
Lontoran kata-kata yang dipaparkan pada banner-banner itu masing-masing berbunyi "Dr Lo' Lo' hanya pandai cakap/janji tapi tak mampu selesaikan isu tanah mendap di Kampung Baru", "Tanah Kampung Baru mendap, apa Dr Lo'Lo' mampu buat?" dan "Tanah Kampung Baru mendap, rakyat perlu nilai kemampuan Dr Lo' Lo' selesaikan masalah".

Polis Gaza: Seorang Pembunuh Arrigoni adalah Warga Jordan

 


Khamis, 21/04/2011 – Polis Gaza telah mendedahkan bahawa salah satu suspek dalam pembunuhan aktivis Itali Vittorio Arrigoni adalah warga Jordan. Polis telah mengeluarkan gambar dia dan dua rakannya kepada awam, bahawa mereka adalah “yang paling dikehendaki” untuk penculikan dan pembunuhan Arrigoni.
Mayat Arrigoni itu ditemui Jumaat pagi di sebuah rumah kosong di Gaza hanya beberapa jam selepas dia diculik oleh kumpulan yang mengaku sebagai Salafi Jihadis. Sebuah klip video telah dimuat dalam Youtube di mana Arrigoni diikat dan mata ditutup oleh penjenayah tersebut, yang menuntut kerajaan di Gaza melepaskan beberapa orang dari kumpulan mereka dari penjara.
Polis Gaza mengatakan dalam sebuah kenayataan, Abdurrahman Mohammed al-Bureizat alias Mohammed Hassan dari Jordan, Bilal al-Umari, dan Mahmoud Mohammed al-Salfiti dikehendaki di Gaza atas kesalahan penculikan dan pembunuhan.
Ganjaran disediakan untuk semua pegawai dan warga yang membantu penangkapan para pembunuh Arrogoni, kata juru bicara polis Gaza, Ayman al-Batniji.
Arrigoni, yang tinggal di Gaza selama tiga tahun membantu Palestin melalui kewartawanan dan aktiviti sosial, meninggalkan kesan yang mendalam dan seluruh Gaza sedang berduka dan kerajaan akan mengadakan pengebumian taraf tentera untuk menghormatinya.
Ratusan polis, pegawai, dan warga Gaza berdemonstrasi sambil melaungkan “mati keganasan” dan bendera Palestin dan Itali dikibarkan selama pengebumian diadakan Isnin dalam kemarahan dan kesedihan. Mayatnya akan diserahkan kepada keluarganya di sempadan Rafah.
Pengebumian tentera akan diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri di Gaza.
“Kami melaksanakan tugas kami dan tugas terhadap kejadian pun. Inilah yang kami termampu sebagai ungkapan hormat kami untuk aktivis tersebut, “kata Kolonel Kamal Abu Nada di kenyataan eksklusif untuk PIC.
Dia menegaskan bahawa bukti baru yang dikumpulkan itu dalam kes ini akan diumumkan pada waktu yang tepat.
Sementara itu, kumpulan “kesepakatan nasional” Palestin telah meminta kumpulan pro-Palestin di luar negeri untuk meningkatkan usaha menyelesaikan pengepungan Gaza. Kumpulan ini sangat mengutuk pembunuhan Arrigoni, memastikan bahawa insiden itu terpencil yang tidak mempunyai kaitan dengan Palestin.
Arrigoni dibuang oleh Israel dari Tebing Barat sekitar tiga tahun yang lalu sebelum aktivis mendarat di Gaza melalui konvoi bantuan kemanusiaan Free Gaza.
Kematiannya tiba dalam masa yang sama ahli politik Israel meningkatkan usaha untuk menggagalkan aktivisme pro-Palestin, termasuk armada bantuan Gaza ke Gaza Mei ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Gaza bersedih ucap selamat tinggal kepada Arigoni

 


Khamis, 21/04/2011 – Ratusan pegawai polis Palestin, para penduduk, badan-badan rasmi dan kerakyatan, pertubuhan-pertubuhan, dan puluhan persatuan belia, media dan hak asasi manusia serta peserta luar turun bersama mengeringi mendiang pejuang rakyat Plaestin berbangsa Itali, Victorio Arigoni, pada hari Isnin (18 April), yang menyaksikan suasanan sedih dan marah, sepanjang mendiang diiringi dari Hospital As-Syifa’ dekat bandar Gaza menuju ke Rafah sebelum diserahkan kepada keluarga beliau.
Para pengiring mengibarkan bendera Palestin dan Itali dan mengangkat gambar Arigoni sambil melaungkan ketidakpuasan hati terhadap jenayah yang merampas hak beliau, beserta slogan “mati mati pengganas”, “dengan nyawa, dengan darah kami tebusmu wahai Victorio” dan “dari Gaza penghargaan untukmu Victorio”, dengan rasa tidak puas hati serta marah dengan pembunuhan rakyat Itali yang tidak bersenjata ini.
Mereka yang turun berkata bahawa isu ini diibaratkan seperti menanam peluru beracun di tubuh isu Palestin, dan mendiang sukarelawan Arigoni akan terus diingati di dalam hati setiap rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Mesir bersedia untuk benarkan bantuan ke Gaza

 


Khamis, 21/04/2011 - Menteri Luar Negara Mesir, Nabil al-Arabi telah mengesahkan semasa menerima kunjungan Gabungan Mesir-Antarabangsa untuk Akhiri Sekatan Gaza, bahawa Mesir telah benar-benar bersedia untuk membantu proses membawa bantuan kemanusiaan dan bahan-bahan pembinaan masuk ke Gaza, kata jurucakap Kementerian Luar Negara Mesir, Manha Bakhoum.
Menteri Luar Negara berkenaan telah membuat perjanjian politik dengan jelas bagi membawa barang-barang keperluan masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah selepas isu ini dibawa kepada Presiden Mesir dengan tujuan untuk mengambil tindakan yang perlu dan bersesuaian.
Dalam perkembangan lain, diplomat-diplomat Mesir menafikan laporan yang mengatakan bahawa urusan untuk membawa Arabi melawat Gaza dalam masa terdekat sedang dilakukan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Hamas bersetuju dengan tawaran sebuah negara Arab untuk menaja rundingan perpaduan kebangsaan

 


Khamis, 21/04/2011 - Ahli biro politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata bahawa Hamas setuju untuk meminta sebuah negara Arab untuk menjadi tuan rumah kepada rundingan damai kebangsaan, namun katanya negara tersebut belum menerima persetujuan daripada Abbas.
Beliau memilih untuk tidak memaklumkan nama negara itu.
Resheq berkata, Hamas telah bertungkus-lumus untuk kesatuan rakyat Palestin serta bersetuju dengan strategi kebangsaan dalam usaha menentang penjajahan Israel, mengusahakan program untuk menamatkan kerjasama keselamatan dengan Israel dan ingin membebaskan semua tahanan politik seterusnya membentuk satu kerajaan kebangsaan yang melaksanakan pilihanraya dengan teratur mengikut syarat Jawatankuasa Kebangsaan Palestin, Jawatankuasa Perundangan Palestin dan juga pihak berkuasa Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Ahli Parlimen Parlimen ditambah hukuman 6 bulan lagi tanpa sebarang pertuduhan

 


Khamis, 21/04/2011 - Pada malam Selasa lepas rejim Zionis telah menambah hukuman tahanan penjara bagi 2 orang penggubal undang-undang Palestin iaitu Hatem Qufeisha and Omar al-Barghouti bagi tempoh 6 bulan lagi. Hukuman ini dibuat tanpa sebarang pertuduhan rasmi ke atas merekas, kata Kumpulan Hak Asasi Manusia Tadhamon di Tebing Barat.
Hatem Qufeisha yang mewakili kawasan Al-Khalil dalam Majlis Perundangan Palestin (PLC), telah dihadapkan ke Mahkamah Tentera Ofer di Tebing Barat dan dijatuhkan hukuman selama 6 bulan lagi untuk kali kedua sejak beliau ditahan pada 18 Oktober 2010.
Sehingga kini, rejim Zionis sedang menahan 13 anggota PLC. Tahanan terbaru adalah Ahli Parlimen yang bernama Mohammed Mahir Badr yang dilakukan kira-kira 2 minggu lepas, kata Ahmed al-Beitawi, seorang penyelidik di Tadhamon.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

ISA : Kadir Hashim dibebaskan

 

NONESeorang tahanan ISA, Kadir Hashim, dibebaskan hari ini setelah merengkok selama hampir tiga minggu dalam tahanan.
Seorang abangnya, Muda Hashim, berkata Kadir telah dihantar ke rumahnya di Kerinchi, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4 petang ini oleh anggota polis.
Muda berkata, polis tidak menyatakan apa-apa berhubung penahanan berkenaan walaupun beliau telah bertanya berhubung perkara itu.
Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Muda berkata polis hanya memberitahu beliau supaya tidak membuat sebarang masalah.
Kadir (kiri) ditahan pada 1 April lalu mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan hasutan.
Beliau dibebaskan pada kira-kira jam 3 petang ini.
Peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri berkata lelaki berusia 43 tahun itu dibebaskan tanpa syarat.

6 SOALAN NAJIB KENA JAWAB

 


Sebelum Najib berterima kasih kepada Raja Petra Kamarudin, yang kununnya telah membersihkan namanya dari terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya sepatutnya Najib kena jawab dulu enam soalan ini!
 

1.    Siapa arah dua anggota UTK  bunuh Altantuya?
2.    Siapa arah bahan letupan c4 dikeluar dari stor simpanan senjata di Kementerian Pertahanan? (Orang yang paling berkuasa dalam kementerian pertahanan ketika itu ialah Najib sendiri)
3.    Siapa arah Sirul dan Azilah menutup muka setiap kali menghadiri perbicaraan? Apakah rahsia disebalik penutupan muka tertuduh?  Tentu ada muslihat !!
4.    Siapa arah rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia dipadam oleh pihak Imigresen?
5.    Siapa arah Penyiasat  P.Balasubramaniam lari dari Malaysia dan bersembunyi diluar negara?
6.    Siapa arah Razak Baginda lari meninggalkan Malaysia selepas bebas dari tuduhan?

Jawapannya ada dalam kepala Najib,  tetapi beranikah beliau menjawabnya sekarang? Mustahil,  kecuali selepas Putrajaya bertukar tangan!!  Itu pun belum tentu !  Besar kemungkinan Najib akan lari keluar Negara mengikut jejak Razak Baginda.

       Oleh : rahimothman

Aziz Bari Ganti Hadi OK Tak?.

 

Oleh: mohdnoorawang

" Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi Awang presiden PAS. (Parti Islam Se Malaysia) berkata sesiapa pun boleh bertanding jawatan tersebut. Malah bahagian atau kawasan boleh mencalun mana mana individu.

Hanya pakar undang undang Aziz Bari sahaja yang cerdik dan pintar menngatakan Hadi Awang menjadi "punca" kepada pakatan rakyat dan PAS.

Dilontarkan soalan kepada Aziz Bari apa punca sebenarnya atau akibatnya jika Hadi Awang kekal menjadi Presiden PAS?. Tak usah dengan alsan kalah pilihanraya sebagai alasan.

Kami ingin Aziz Bari lontarkan alasan dan punca saharusnya Hadi Awang berundur dari presiden PAS secara lojik akal dan berasakan jamaah Islam. 

Jawatan presiden PAS terbuka dan tidak tertutup. Pemilihan diserakakan kepada perwakilan yang memilih. Jika perwakilan mahu Hadi Awang kekal sebagai persiden  adalah hak perwakilan.
Disarankan kepada mesyuarat kawasan atau bahagian mencari calun dan mencalunkan individu untuk bertanding kerusi presiden PAS bagi menyahut cadangan dan pandangan Aziz Bari.
PAS perlu sahut sabaran Hadi Awang agar ada calun calun untuk bertanding jawatan presiden PAS. Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi Awang cukup terbuka untuk memberi laluan dan pelapis agar PAS dapat berkembang maju.
Persoalannya sanggupkah individu tersebut bertanding melawan dengan Hadi Awang?.  Satu cabaran kepada kawasan mencari dan menamakan calun presiden.
Namun sehingga kini tidak calun untuk melawan atau bertanding jawatan presiden PAS. Mungkin Aziz Bari layak kok. Sekali lagi Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi Awang sanggup melepaskan jawatan jika ada calun yang lebih baik .
Apa pun PAS masih memerlukan Hadi Awang, Dan perwakilan dalam mesyuarat agong akan datang menentukan Hadi sebagai persiden PAS atau perwakilan mahu presiden PAS yang baru. 
Terimakaseh Aziz Bari atas pandangan anda, Hanya fikiran dikerusi empuk tak sama dengan buah fikiran yang penuh cerik perih dalam perjuangan atau onak dan duri serta keringat dan halangan dengan seribu tribulisasi seorang pejuang dan jamaah Islam.

Bom Masjid: Siapa yang Kafir?

 

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Seorang pengebom berani mati bersolat pada saf ketiga di dalam sebuah masjid di Cirebon, Jawa barat. Dia kemudian meletupkan dirinya dan mati di tempat kejadian. Dilaporkan seramai 25 orang meninggal dunia akibat letupan tersebut. Kejadian berlaku pada waktu umat Islam bersolat jumaat di masjid tersebut. masjid itu terletak di dalam kawasan balai polis di Cirebon, jawa Barat.

Mengulas kejadian tersebut Abu Bakar al-Bashir yang dituduh bersubahat dengan pengganas dalam siri pengeboman di Indonesia yang masih lagi dalam pembicaraan berpendapat bahawa pelaku bom bunuh diri di Masjid At Taqwa, Mapolresta Cirebon, Jumat lalu adalah orang kafir dan mengebom umat muslim yang menjalankan sembahyang Jumat sebagai tindakan haram.

Kenapa PAS aje yang kena serang, PKR tak kalah teruk ke?

Oleh: WDOnline

"WarkahDaily – Penulis rasa terpanggil untuk membuat sedikit ulasan ringan berkaitan analisa keputusan pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.


Penulis bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, tapi atas pertimbangan yang adil bagi semua pihak dan tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, bahkan mahu Pakatan Rakyat (PR) bergerak atas satu kumpulan yang bernama PR dan bukannya atas nama parti komponen sebagai persediaan ke Putrajaya.