Monday, December 19

Penjelasan isu Nasruddin Mat Isa, Hasan Ali dan perpecahan dalam PAS.




Dari awal lagi aku ragu2 nak masuk campur dan ulas pasal neh. Dalam ahti mula2 nak tulis sebab teman suruh ulas tapi sengaja tangguh nak tengok dulu respon dan komen dari pelbagai pihak. Rasanya macam okey tapi last2 jadi tak okey juga. Salah faham tetap timbul. Persepsi serong dah dilahirkan dan pemimpin pas macam biasa orang pakai keyboard depa pakai mesin taip masih lambat nak jernihkan apa yang keruh. 

Isu sebenarnya mudah. Benda neh bergolak bukan dari sekarang tapi dari lama dulu dah sejak tahun 2008. Mulanya ia masalah dalaman tapi akhirnya ia jadi masalah luaran bila seme pakat2 nak umumkan di media cari sokongan. 

Aku berfikir sangat lama dan dalam. Adakah aku patut menulis dengan menyebelahi pemimpin pas? Adakah aku patut menyerap persepsi baik terhadap Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa? Ataupun aku hanya perlu menulis suara ahti ahli dan penyokong pas sahaja?

Kisah asalnya bermula nama Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali digugurkan dari senarai calon wakil rakyat pada pru-13. Kalau nak calonkan seseorang ia perlu lalui proses persetujuan dan perbincangan. Perkara yang sama perlu dilalui ketika nak keluarkan seseorang daripada pencalonan. Ia adalah suara yang dihormati oleh semua calon. Mereka faham dan bersedia menerima bahawa nama mereka boleh digugurkan dan dicalonkan pada bila2 masa. 

Tapi biarlah ia berlaku dengan cara yang proper. Menulis isu neh di blog [mendedahkan hasil mesyuarat] dan menyebarkan ia sehingga wakil rakyat yang bakal digugurkan itu dari tidak tahu dan tiba2 menjadi tahu apakah dia tidak terasa dan kecik ahti? Adakah mereka bukan manusia? Adakah mereka tiada ahti dan perasan? Adakah mereka seseorang yang lahir tanpa emosi? Adakah mereka ialah patung nyawa? Mereka bukan ma. Mereka orang ma. Mereka itu wajib ada pelbagai perasan. 

Siapa yang tidak rasa sedih, kecik ahti dan marah tiba2 sahaja dia tahu bahawa dia bukan bakal calon dari mulut orang lain. Bukanlah tidak boleh pergi dan berbincang kepada mereka. Ajak minum2 dan pujuk2. Berbincang dari ahti ke ahti. Berbincang sampai mereka yang digugurkan itu faham kenapa ia mesti berlaku.

Ana nak bagitau sesuatu pada enta. Enta bukan lagi calon MP dalam pru-13. Nama enta digugurkan. Kenapa2? Apa salah ana? Apa yang ana buat sampai nama ana digugurkan? Enta tak buat kerja dengan cekap dan agak malas. Di saat ramai wakil rakyat pas bawa pelbagai isu2 rakyat di parlimen, enta lebih banyak ponteng dan jadi patung bisu. Yang sedang sakit ketika itu pun [arwah Dr.Lolo, Alfatihah untuk arwah] lebih rancak buat kerja berbanding enta. 

Macam mana neh? Dengan orang sakit pun kalah. Jadi enta di undurkan. Lagipun enta menghadapi krisis kepercayaan dan sokongan dari ahli2 dan penyokong pas. Sejak krisis enta terlibat dengan kerajaan perpaduan dengan umno ramai orang marah. 

Ana cuma nak berfikir luar dari kotak. Ana fikir waktu itu mungkin ada ruang kerjasama dengan umno. Mungkin umno dah insaf. Enta jangan mimpi. Umno hanya nak gunakan kita. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Ada umno berubah? Tidak bukan. Jadi enta kena faham. Bukan suka2 nak gugurkan nama enta tapi semua berlaku ia bersebab. 

KAJIAN UM : RAKYAT TIDAK PERCAYA FITNAH TERHADAP ANWAR IBRAHIM.


Satu-satunya modal blogger upahan UMNO adalah, memfitnah Anwar Ibrahim dengan mengaitkan Anwar terlibat dalam skandal seks...

Blogger UMNO sememangnya dilihat tidak mampu untuk memikirkan isu yang lebih besar dari itu..

Kalau kita lihat dalam kebanyakan blog-blog pro UMNO ini,boleh dikatakan 95% daripada mereka memainkan
hanya isu seks... dan ada juga yang siap meletakkan video seks secara tetap didalam blog mereka..

Namun segala usaha blogger upahan UMNO itu nampaknya sampai sekarang masih tidak berjaya apabila rakyat tidak percaya pelaku di dalam video seks "ciptaan" UMNO itu adalah Anwar Ibrahim..
Ini boleh dilihat dari kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang mendapatimajoriti responden tidak percaya dengan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kajian itu juga mendapati...
rakyat kurang percaya terhadap media arus perdanadalam membuat laporan tentang politik...
arus perdana yang dimaksudkan disini sudah tentulah Utusan,Berita Harian,RTM dan TV3...
Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan pada 23 hingga 30 Oktober 2011 di Perak...

Kajian yang melibatkan 1304 responden dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.

Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini.

Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.

Persepsi pengundi di Perak terhadap BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan..
kajian itu juga mendapati pendekatan program 1Malaysia belum mampu meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.

Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu... 

Macam biasalah..
melayu Perak ni masih lagi mudah percaya dengan momokan UMNO mengenai DAP...

Setahu aku,semasa pemerintahan DAP di Pulau Pinang pada waktu ini...
peruntukan Islam di Pulau Pinang adalah yang tertinggi berbanding berpuluh tahun  pemerintahan BN..

SUMBER : Keadilandaily.

Tanah RM3,363,507 JUTA Keluarga Shahrizat Bersebelahan Seri Perdana?


Politik & Isu SemasaOleh Liang Lahat

Tanah keluarga Sharizat di Putrajaya yang dibeli melalui akaun NMLC rupa-rupanyabukanlah diceruk hutan..bukan juga di kawasan tanah ragut untuk lembu-lembu Ketua Wanita UMNO tu.

Dan oleh kerana lokasinya jugalah maka aku tak terperanjat harga yang dibeli oleh keluarga Sharizat ni bernilai RM3,363,507 juta untuk dua lot tanah

Mari kita tengok plan tanah ni...



Nampak..?
jadi korang fahamkan kenapa harga tanah tu mahal "bangat"..?

Yup...
Kompleks Seri Perdana tu adalah tempat Najib dan Rosmah bermanja-manja...
itulah Kediaman Perdana Menteri Malaysia kita ni..

Keluarga Sharizat beli tanah bersebelahan dengan Seri Perdana..?
Kak Jat beli tanah tu sebab nak ternak lembu kat situ..?
takde harapan le nampak gayanya..
kalau ternak "lipan daging" boleh ler..
kah..kah..kah..

Maknanya..
Najib selama ni memang tahulah keluarga Sharizat yang empunya tanah tu yer...?
 

PENJAJAH : Pisahkan Agama Dengan Politik Untuk Diwarisi


Berita, Komentar, Ulasan & PendapatOleh  Ibn_bacoks

imagePENJAJAHAN Barat ke atas umat Islam sebelum ini telah menerapkan satu ajaran asing yang dikenali ‘agama suku politik suku’ menyebabkan fahaman itu sudah sebati dalam masyarakat.

Perkara ini ditegaskan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dengan katanya sejarah tidak pernah mengatakan bahawa kedatangan Islam yang asalnya dibawa oleh pedagang Arab ke rantau ini hanya sebahagian sahaja ajaran dalam agama.

Akan tetapi pelaksanaan Islam dilihat menyeluruh setelah pemerintahan Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka menjadikan ajaran agama itu sebagai rujukan kepada pelaksanaan undang-undangnya. 
”Islam di bawa ke Malaysia adalah sempurna bukan dipotong-potong sekerat.
”Islam perintah negara. Penjajah datang Portugis, mereka hapus kerajaan adil. Bawa ajaran asing dari Islam. Pisahkan politik daripada agama,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, siri-siri penentangan telah dilakukan oleh masyarakat Melayu adalah kerana ingin membebaskan Tanah air mereka daripada sebarang bentuk penjajahan sama ada fizikal mahupun pemikiran.
”Kedatangan penjajah ditentang seluruh penduduk serta yang datang ke Tanah Melayu.
”Masyarakat Bugis (seperti) Raja Haji. (masyarakat) Banjar (dan) Minang datang ke Tanah Melayu untuk menentang Penjajah. Ini penulisan sejarah sebenar.
”Nenek moyang bukan nak datang tanam kelapa tetapi (dengan tujuan) menentang Penjajah.
”Kemudian Penjajah angkut (kaum) Cina dan India. Tak cukup mengperhambakan Melayu di sini. Cina-India pun sama. (tujuan) untuk kaut hasil di bawa ke negeri Penjajah
”Islam ajar, bumi ini milik Allah. Hukum Allah hendaklah dilaksanakan. Ini diperkenalkan PAS . Perintah Kelantan, cuba laksanakan dengan adil,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Tuan Guru yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang menegaskan kebaikan politik Islam dapat dilihat dengan pembentukan negara Islam pertama Madinah yang melibatkan sama masyarakat bukan Islam setelah kedatangan Baginda Muhammad SAW ke Tanah air mereka.
Menurutnya antara penyebab masyarakat tersebut ingin bersama Nabi adalah kerana mengetahui bahawa corak pentadbiran Islam itu telah diyakini keadilannya dan tidak mengamalkan sebarang bentuk penindasan terhadap kaum bukan Islam.
”Apabila pemimpin Madinah yang bergaul dengan Yahudi ahli Kitab. Manakala berita kelahiran Nabi membawa rahmat seluruh alam. Pemimpin Madinah kedatangan Nabi bersedia serahkan Tanah air dirikan negara yang adil
”Perkara menarik daripada hijrah bukan sahaja melibatkan orang Islam termasuk bukan Islam. Bukan semua tentang Islam termasuk kalangan orang bukan Islam, bencikan kezaliman,” ujarnya lagi.

Mula Jan 2012..pakat-pakat zip mulut.


Berita, Komentar, Ulasan & PendapatOleh Puteri Bulan

Mula Jan 2012, semua bloger-bloger, cyber trooper, parti politik dan individu-individu penyokong dan pendokong pakatan rakyat semuanya kena pakat zip mulut kemas-kemas...tak boleh lagi sembarangan nak kata atau kutuk UMNO haprak...

Denda RM5 ribu turut dikenakan pada admin serta pengikut yang "menyalah guna laman facebook, blog atau sebagainya

Wah! kira macam dah maksum UMNO ni...tak boleh nak dikritik dan dikomen...maknanya selepas Jan 2012...apa saja yang UMNO haprak buat...kita semua kena klik like...like...like...like..like..like..jelah...

Kalau nak komen kena tulis yang baguih-baguih...puji-puji menjela-jela..tatang melangit...dan jangan lupa dah tatang tinggi melangit..kita hempas ke lantai...agar berkecai!

Inilah demokrasi di Malaysia tanahairku tercinta...UMNO haprak hanya melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan menentu pemimpin dan kerajaan tapi pada hakikatnya umpama tangan kanan menyuap makanan, tangan kiri mencubit paha...semakin banyak makanan yang disuap..semakin kuat paha dicubit..yang lemah..tentunya akan meluahkan semula makanan dimulut kerana tak tahan dicubit, yang kuat akan menelannya namun dengan linangan airmata menahan kesakitan.

UMNO haprak dah semakin terdesak...semakin terhimpit..mana-mana sumber yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan cantas...tetapi mereka lupa...kuasa Maha Kuasa..mereka tidak boleh menahannya. Sekiranya mereka menganggap mereka cekap menyusun strategi...sebenarnya mereka lupa Allah lebih cekap menyusun perancangan.

Lama mana UMNO boleh menahan kemaraan rakyat..kemarahan rakyat umpama ledakan bom atom yang menanti saat untuk meletup..membinasakan UMNO dan kuncu-kuncu hapraknya yang semakin hari semakin gila mengawal kuasa..umpama dunia mereka yang punya.


Penyakit kronik yang ada pada UMNO itu sendiri..sudah BUSUK, HANYIR, BERULAT, siapa yang lalu ditepinya pasti akan muntah hijau...kerana tak tahan dengan bau busuk yang teramat sangat.

Amat wajarkah...sebuah parti yang sudah KRITIKAL...menanti masa menyembah bumi ini diberi mandat sekali lagi untuk PRU ke13 ini...wajarkan kita membiarkan untuk jangkamasa 5 tahun lagi..Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang berpenyakit...yang tidak boleh diubati lagi...

Oleh itu tepuk dada tanyalah iman...
Untuk sahabatku UMNO....tidak guna kita menongkah arus sungai yang semakin laju...kelak nanti ia membawa kita hanyut hilang entah ke mana

Adakah benar Kerajaan Malaysia telah meminjam dari Bank Dunia?

 
Berita, Komentar, Ulasan & Pendapat
Gambar-gambar screenshot ini diambil dari laman web WORLDBANK yg menunjukkan beberapa pinjaman yg telah diluluskan kepada kerajaan Malaysia. Cumanya yg tidak dapat dipastikan iaitu samada ianya dimohon oleh Kerajaan Malaysia ataupun tawaran oleh Bank Dunia kpd kerajaan Malaysia.
Harap-harap semoga ada jawapan yg konkrit dari pihak Kerajaan Malaysia terutamanya dari Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan dalam isu ini.


Tidak ada maklumat lengkap disertakan berkaitan dgn pinjaman di atas, tetapi bila masa aku buat semakan, tertera maklumat di atas iaitu "The following project was approved today by the World Bank's Board:"
Lain-lain maklumat tidak dinyatakan atau dipaparkan

walaupun di atasnya tertera "The following project was approved today by the World Bank's Board:", setelah aku buat semakan lanjut, pinjaman ini telah diluluskan pada 30 Mac 1999 dan closing date pada 31 Disember 2002.
Melalui dokumen yg disertakan, pinjaman ini telah ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia sebagai 'borrower' yg diwakili oleh "The Secretary General to the Treasury, Ministry of Finance" dan International Bank pada pada 31 Mac 1999. (download dokumennya di sini)
Tetapi, pinjaman ini dibatalkan sebelum ianya disempurnakan. Permohonan pembatalan telah dibuat pada 14 April 2000 dan disempurnakan pembatalan 1 Mac 2004 (download dokumennya di sini)
Walau apa pun, tarikh tandatangani pinjaman ini adalah di era TDM yg memegang Kementerian Kewangan selepas pemecatan DSAI
Pinjaman ini juga tertera "The following project was approved today by the World Bank's Board:" dan tiada maklumat lanjut berkaitan pinjaman di atas.
Projek ini telah diluluskan oleh Bank Dunia pada 1 Jun 1998, efektif bermula 23 Jun 1998 dan closing date pada 31 Disember 1998. Ini bermakna ianya diuruskan ketika era DSAI sebagai Menteri Kewangan. Aku telah menelusuri laporan oleh Bank Dunia ke atas pinjaman tersebut (download dokumennya di sini), di dapati byk yg telah di implement kan ke dalam sistem kewangan negara selepas pemecatan DSAI, dan hampir kebanyakan yg di gunapakai tersebut telah membantu menstabilkan ekonomi negara (mengikut laporan tersebut), sebagai contoh iaitu penggabungan bank, penstruturan semula syarikat korporat dan lain2

Kisah Mualaf Dan Daging Babi

 


Aliya bersama dengan keluarganya

Pengalaman Dan Coretan Aliya (Mualaf)

Babi sedapkah?Apa rasanya?Mengapa orang Cina suka makan daging babi?

Apabila saya menceritakan kepada suami cara memasak 'Tao-Yu Bak' (Daging Babi masak kicap), resipi yang diwarisi daripada nenek saya, wajahnya akan berubah, geli gelaman dan loya. Biasalah orang Melayu, dibesarkan dari kecil untuk membenci babi. Tapi bagi saya yang hidup makan daging babi selama lebih 3 dekad, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sudah tahu tekstur daging itu, dan sudah boleh bezakannya daripada daging ayam serta lembu.

Setiap kali juga, apabila ditujukan soalan tentang pemakanan daging ini oleh mereka yang baru memeluk Islam kepada mereka yang lahir Islam, kebiasaannya akan disuruh elak. Haram makan makanan tidak halal. Dosa besar.
Tapi bagaimana nak elak makan sekiranya mualaf itu masih tinggal dan bergantung kepada keluarganya yang bukan Islam, serta sudah menjadi kebiasaan makan bersama? Nak makan daging? Daging bagi keluarga Cina dan Hindu adalah daging babi, bukan daging lembu. Mana boleh makan, haram. Nak makan ayam yang tidak disembelih cara Islam, haram juga. 

Habis nak makan apa? Ikan? Tapi.. kata ustaz kalau makanan dimasak dalam periuk atau kuali yang tidak disamak tetap haram hukumnya. Tidak boleh dimakan.

Tao-Yu Bak


Habis, nak makan apa? 

Ahhh, dilema yang dihadapi ramai mualaf yang masih belum mengkhabarkan pengislaman mereka kepada keluarga masing-masing. 

Mengapa belum?

Kerana kebanyakan mereka golongan pelajar sekolah dan kolej, mahasiswa, atau yang tidak ada pendapatan tetap atau kediaman lain. Mereka yang bergantung kepada keluarga untuk sara hidup, pendidikan dan tempat perlindungan.

Bila mereka nak beritahu keluarga bahawa mereka dah Islam?

Entah, mereka masih mencari jalan. Masih berikhtiar untuk menyampaikan berita tersebut dengan lembut. Kerana tahu bahawa kelaurga tidak akan merestui pengislaman mereka.

Perlu mengambil masa, agar tidak terputus hubungan kekeluargaan. Agar ibu bapa yang sudah tua dan uzur tidak diserang sakit tenat akibat terkejut dan sakit hati dengan berita tergempar itu. 

Tapi bagaimana mereka nak hidup sebagai orang Islam kalau belum beritahu keluarga? Kalau sudah peluk Islam, kenalah beritahu. Haram makan makanan tidak halal. Wajib mengerjakan solat. Kena puasa pada bulan Ramadhan. Yang wanita, perlu jaga aurat. Apa status mereka?

Itulah masalahnya. Anda dilahirkan sebagai sebagai orang Islam, anda tak alami sendiri masalah mereka yang baru memeluk Islam. Mereka yang kita gelar 'closet Muslim' atau 'mualaf sembunyi' kerana belum mengisytiharkan pengislaman mereka. Ramai yang muda belia. Mereka berani kerana memeluk Islam setelah belajar Islam dan benar-benar yakin bahawa Islam agama benar, dan walaupun mereka mungkin menghadapi amcaman dihalau oleh keluarga masing-masing dan ditamatkan pembiayaan pengajian kolej atau universiti sekiranya keluarga mereka mengetahuinya.

Mereka ini semakin ramai tetapi kerana ada yang belum mendaftarkan diri sebagai orang Islam di jabatan agama Islam, kita tiada data. Tak dapat dikesan kecuali mereka sendiri memberitahu.

Makanan? Terpaksalah mereka pandai-pandai pilih makanan yang halal. Berusaha mengelak daripada makan daging babi bila bersama keluarga. Kita boleh dengan mudahnya berkata bahawa berdosa makan makanan yang tidak halal tetapi ingatlah bahawa mereka yang baru berstatus mualaf "sembunyi" tidak ada banyak pilihan, terutama bagi mereka yang keluarganya kuat beragama atau berpegang pada adat resam. Mengaku orang Islam bermakna bakal dihalau dari rumah, terputus hubungan kekeluargaan untuk sementara waktu, dan akan mengakibatkan keluarga sendiri dipulaukan dan dikecam hebat oleh jiran dan saudara mara yang juga bukan Islam.

Solat? Yang sudah belajar akan cuba lakukan secara sembunyi-sembunyi. Satu risiko. Yang muslimah, mungkin terpaksa solat dengan skaf panjang dan kain batik menggantikan telekong kerana kain telekong bukti nyata bahawa mereka sudah Islam. Yang belum pandai solat dan berisiko tinggi, hanya mampu berzikir dan berselawat. 

Puasa? Sama juga, yang dapat berpuasa akan berusaha untuk puasa. Yang sudah menjadi kelaziman makan tengah hari dengan keluarga, tahu-tahu sahaja. Sudah tentu mereka sedih kerana tidak mampu berpuasa seperti muslim yang lain. InsyaAllah, mereka akan bayar fidyah apabila berjaya hidup bebas nanti.

Sampai bila nak diamkan diri? Hidup dalam kepuraan? Mereka kena beritahu keluarga!

Sampai mereka bersedia untuk memberitahu. Atau sehingga Allah swt tentukan sendiri bahawa masanya sudah tiba untuk keluarga mengetahuinya. Kalau anda anggap hidup dengan membohongi keluarga tersayang sebagai satu kesalahan dan satu dosa yang tidak patut dilakukan oleh Muslim, bayangkan pula tekanan batin mereka yang melaluinya.
Kena pilih antara cara hidup Islam dan keluarga yang masih kafir. Menghitung hari sehingga mereka dapat berdikari dan bebas hidup sebagai orang Islam.

Saya pernah tujukan permasalahan ini kepada beberapa orang kawan dan ustaz yang saya kenali, yang lahir Islam. Jawapan mereka adalah perlu beritahu keluarga. Tak ada jalan lain.

Jawapan saya kepada mereka yang bertanya (pendapat saya), berusahalah hidup sebagai orang Islam setakat mana yang termampu. Sentiasa berdoa dan memohon ampun daripada Allah. Elakkan makanan yang tidak halal atau sekurang-kurangnya kurangkan pengambilan. Dapatkan sokongan moral dan nasihat mereka yang memahami agar diri tidak terlalu tekanan dengan kehidupan dua identiti ini. Sambil-sambil itu, berikhtiar juga agar dapat memberitahu keluarga tentang pengislaman masing-masing dengan cara terbaik. 

Kita yang sudah Islam selalu beranggapan bahawa tugas membantu golongan mualaf dan mereka yang berminat pada Islam adalah tugas dan tanggungjawab NGO dan agensi Islam. Tanggapan itu perlu dikikis kerana kerap kali, (maafkan saya) pertubuhan begitulah yang sering merosakkan nama baik Islam. Ada segolongan pegawai yang cepat membuat andaian (peluk Islam mesti nak kawin, mudah menghukum halal-haram, tak boleh itu dan ini, kena buat begini kalau tidak tak sah solat bla3), cakap tak serupa bikin (mewakili nama Islam tetapi bercakap kasar, acuh tak acuh dan tidak sabar).

Mualaf 'sembunyi' lebih memerlukan sokongan moral dan bantuan kewangan (bagi yang masih menuntut) supaya mereka lebih bersedia dan berani mengisytiharkan pengislaman mereka dengan lebih awal. Mereka tidak perlukan tekanan lagi dengan kita memberitahu bahawa tindakan mereka terus makan babi bersama keluarga dan meninggalkan amalan lain adalah berdosa.
Kita sering menganggap permasalahan mereka sebagai perkara lekeh dan kecil, yang dibesar-besarkan. Selalu kita tegaskan, kalau dah Islam kenalah buat cara Islam. Tak alami maka tak ketahui, seterusnya tak fahami, tak dapat berempati.
Ia sama seperti seorang yang tidak pernah dibedah, tentu sekali tidak akan tahu bagaimana sakit anggota badan setelah ubat bius habis, betapa susahnya menjaga luka agar tidak dijangkiti kuman. Hanya boleh membuat teori dan andaian. Mudah menyalahkan pihak lain dengan tuduhan sengaja mengada-ngada.
Janganlah kita golongan seperti itu. Letakkan diri kita di tempat mualaf 'sembunyi'. Sekurang-kurang yang boleh kita lakukan adalah mendoakan mereka agar Allah perkuatkan iman mereka. 

Sekurang-kurangnya mereka ini walaupun belum dapat mengisytiharkan diri sebagai orang Islam, mereka sudah beriman pada Allah swt. Mereka berusaha untuk mendalami Islam, makan makanan halal, mendirikan solat dan puasa. Tidak seperti golongan tertentu yang beridentitikan Muslim tetapi dengan rela dan sukacitanya menghirup arak, makan daging babi, meninggalkan solat dan berpesta makan pada siang Ramadhan.

Nabi s.a.w mengambil masa bertahun tahun lamanya uantuk membina keimanan dan akidah. Sedangkan pada waktu itu para sahabat masih lagi meminum minuman yang mengharamkan dan memakan makanan yang mengharamkan. Contohnya ada sahabat yang bersolat dalam keadaan mabuk tetapi Nabi s.a.w. tidak menegur sehingga Allah s.w.t. menurunkan ayat mengharamkannya.

Ramai penda'ii mengislamkan yang bukan Islam terus mengharap si Mualaf fi Qulub itu meninggalkan segala yang diharamkan dan terus pandai bersolat. Mereka ingin si-mualaf terus menjadi seperti orang orang Melayu disekeliling mereka. Masyarakat berterusan memberikan tekanan emosi dan mental keatas mualaf dan saudara baru. Masyarakat menjadikan saudara baru itu Melayu lebih dari Islam dari segi berpakaian, pemakanan, percakapan, tingkah laku dan sebagainya.
 

Turun Bendera Najib : Mahasiswa Hampir Ditumbuk


KUALA LUMPUR, 19 DIS: Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu.


Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Kekecohan berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali.

Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan setelah insiden Sabtu lalu.

Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa itu.

Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ruslan Mokhtar kepada antarapos.com berkata beliau kesal dengan keangkuhan Adam dan pelajar yang berarak ke ibu pejabat Umno.

"Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO.

"Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata beliau.

"Dia tidak hendak minta maaf, kalau orang tua dia, kita buat macam itu, marah tak dia? Jadi bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya cukup marah dengan apa yang dia buat tu," katanya

ISLAM UNTUK SEMUA,,GERAKAN ISLAM SEPAKAT,ISLAM BERDAULAT


Print
Kebelakangan ini, timbul beberapa kecelaruan pendekatan di antara gerakan Islam atau pertubuhan dakwah di Malaysia dalam menangani realiti semasa yang berhubung-kait dengan isu-isu agama, perkauman dan demokrasi. Tidak dapat dinafikan bahawa kecelaruan ini timbul antara lainnya ialah faktor selepas pilihanraya umum ke-12 yang menyaksikan kejayaan Pakatan Rakyat (PR) memenangi 5 negeri serta sokongan bukan melayu (non-Melayu) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sangat jelas semakin merosot.

Setengah golongan melihat perkembangan ini sebagai tergugatnya ‘ketuanan Melayu’ dan bersatunya orang non-Melayu menentang kepimpinan Melayu. Setengahnya pula melihat perkembangan ini sebagai tsunami kesedaran politik rakyat Malaysia, dan kejayaan memecah tembok ketakutan orang non-Muslim kepada perjuangan Islam.

Reaksi kepada keputusan pilihanraya tersebut, ada pihak-pihak tertentu yang dilihat terdesak menimbulkan isu-isu keagamaan dan perkauman secara melampau sehingga memomokkan sentimen kononnya hak-hak keistimewaan Melayu semakin tergugat. Seiring agenda tersebut, lahirnya beberapa NGO-NGO Melayu yang beratibkan ketuanan Melayu ke hulu dan ke hilir.

Melayu Tergugat Atau Parti Melayu Tertentu?

Bagi mereka yang celik politik, isu-isu keagamaan dan perkauman yang timbul selepas daripada Mac 2008 ini disedari telah dijadikan modal politik murahan parti tertentu untuk menaikkan sentimen agama dan perkauman terutama di kalangan orang Melayu. Realitinya, yang tergugat adalah ketuanan parti tersebut dan bukan ketuanan Melayu mahupun ketuanan Islam. Malah ramai melihat KONFRONTASI kaum (yakni Melayu melihat Cina/India sebagai ancaman, dan non-Melayu pula melihat Melayu sebagai ancaman) telah serba sedikit dapat dikendurkan dan digantikan dengan INTERGRASI.

Namun yang agak mendukacitakan, apabila ada NGO Islam atau Gerakan Dakwah yang turut terpengaruh dengan kempen politik terdesak tersebut hingga turut membangkitkan sentimen kononnya Melayu tergugat. NGO ini seolah-olah turut terpengaruh dengan media arus perdana yang menjadi jentera kempen kepada golongan yang terdesak, bahawa Melayu tengah tergugat dan Melayu mesti segera bersatu!

Dalam rangka memperjuangkan kesatuan atau kesepakatan Melayu itu tadi, secara tidak sedar NGO tersebut di dalam tulisan dan ucapan-ucapan mereka berlebih-lebihan memburukkan golongan non-muslim di Malaysia dengan tuduhan secara meliar seolah-olah mereka semuanya adalah agen kepada gerakan musuh Islam di peringkat antarabangsa yang bertopengkan humanisme dengan segala cabangnya iaitu liberalis, pluralis, sekularis dan lain-lainnya. Seolah-olah asas hubungan Muslim dengan Non-Muslim adalah hubungan permusuhan dan pertembungan selama-lamanya, sementara hubungan sesama muslim adalah hubungan kasih sayang dan pembelaan walau pun dalam isu pengkhianatan, penindasan, sekatan dakwah, penghinaan terhadap agama dan seumpamanya.

ISLAM UNTUK SEMUA, BUKAN HANYA UNTUK MELAYU MUSLIM

Anda tidak disyaratkan mesti menjadi Melayu untuk menjadi seorang Muslim. Juga tidak perlu menjadi seorang Arab. Tiada seorang Ulama’ pun yang mengatakan hal itu kerana Islam merupakan rahmat Allah kepada seluruh alam semesta dan risalah-Nya adalah untuk segenap penghuni jagat raya ini. Anda juga tidak perlu menukar nama kepada nama Melayu atau Arab apabila telah memeluk Islam asalkan nama anda itu baik di sisi Islam dari segi maknanya walau apa bahasa sekali pun.

Di antara perkara yang seringkali menghantui non-muslim di Negara kita untuk mengizinkan anak-anak mereka memeluk Islam ialah apabila dengan memeluk Islam itu anak mereka akan bertukar menjadi Melayu bukan lagi seorang Cina atau India. Mereka boleh menerima anak mereka untuk menjadi seorang Hindu, Buddha, Kristian malah freethinker sekali pun, tetapi jangan Islam, nanti anaknya akan jadi Melayu. Perangai dan sikap sesetengah orang Melayu yang tidak boleh dijadikan teladan (dalam kebobrokan sosial dan politik khususnya) di samping sesetengahnya pula (orang Melayu) ada yang menjadikan Islam sangat bersikap EKSLUSIF serta mencampur adukkan ibadah dengan adat Melayu antara faktor penyumbang kepada kebimbangan tersebut.

Firman Allah Taala bermaksud, “Dan tidak Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam” (Al Anbiya’:107)

FirmanNya lagi bermaksud, "Dan tidak Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk manusia seluruhnya, memberi berita baik (bagi yang ta’at) dan berita yang tidak baik (bagi yang ingkar)" (Saba’:28)

Sabda Nabi bermaksud, “Dan adalah setiap Nabi diutuskan oleh Allah khusus kepada kaumnya sahaja, sementara aku (Nabi Muhammad S.A.W) diutuskan kepada seluruh umat manusia” [HR Imam Al Bukhari:438]

Keghairahan kita dalam membela ketuanan Melayu Muslim sewajarnya tidak sampai dilihat sebagai membela penyelewengan, pengkhianatan , penindasan dan kejahatan sesetengah mereka semata-mata kerana mereka Melayu dan Melayu itu adalah Muslim. Secara tidak sedar, kita sedang mempertontonkan kepada umat manusia seolah-olah Islam mengajar penganutnya agar membela dan menyokong seorang Muslim yang jahat dan zalim sezalim mana pun semata-mata kerana dia seorang Muslim. Islam menolak sebarang kerjasama menentang penyelewengan semata-mata kerjasama itu disertai oleh non-muslim. Teladan apakah yang cuba untuk kita tonjolkan?

Kedudukan Non-Muslim Dalam Islam

Hubungan di antara seorang Muslim dan Non-Muslim ialah hubungan yang berasaskan ‘HIWAR’ (dialog) bukan ‘SHIRO’ (Pertembungan). Di antara tuntutan syukur kita kepada Allah Taala lantaran dilahirkan sebagai seorang Muslim dengan nikmat Iman dan Islam ialah berkongsi nikmat tersebut dengan manusia-manusia lain yang ditakdirkan lahir sebagai non-muslim. Berusaha untuk menyampaikan Islam kepada mereka dalam keteladan yang menyeluruh, tidak hanya di dalam kitab-kitab dan sambutan hari kebesaran sahaja, malah di dalam seluruh aspek kehidupan secara praktikal.

Firman Allah Taala bermaksud, “Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan berbantahlah dengan mereka menggunakan cara yang baik…” (An-Nahl:125)

Malah di dalam Al-Quran, hanya ada satu tempat sahaja Allah s.w.t. memanggil non-muslim dengan gaya panggilan – ‘WAHAI ORANG-ORANG KAFIR- iaitu di dalam surah Al-Kafirun ayat yang pertama. Itu pun merujuk kepada golongan kuffar yang melampau dalam ajakan mereka kepada Nabi S.A.W untuk bertoleransi dan bersepakat dalam melakukan ibadah secara bergilir mengikut cara ibadah mereka dan cara ibadat Islam. Lalu Allah menurunkan surah Al-Kafirun sebagai garis pembatas yang jelas dalam aqidah dan ibadah. Sedangkan di dalam tempat yang lain, banyak Allah Taala memanggil non-muslim dengan panggilan lunak samada panggilan –‘WAHAI MANUSIA’- ‘WAHAI AHLI KITAB’ – ‘WAHAI BANI ISRAEL’. Ketiga-tiga panggilan itu adalah panggilan dengan nada menyeru dan memujuk agar mereka kembali kepada fitrah kebenaran. Bagi meneladani petunjuk tersebut, sangat elok untuk dakwah jika kita memanggil orang-orang bukan Islam dengan kata ganti Non-Muslim [ghairul muslimin] daripada perkataan Kafir atau Kuffar.

Kebebsan Beragama Dalam Islam

Islam memberi kebebasan kepada manusia di dunia ini untuk mereka memilih agamanya. Umat Islam tidak dipertanggungjawabkan untuk memaksa sesiapa pun dari kalangan non-muslim untuk memeluk Islam. Sebab itu tiada peruntukan undang-undang dalam Islam yang menghukum ke atas non-Muslim semata-mata kerana kekafirannya. Kekafirannya itu adalah kezaliman peribadinya yang akan dibalas oleh Allah Taala. selayaknya di akhirat kelak. Kita tidak memusuhi non-muslim semata-mata kerana dia tidak Islam. Adalah tidak adil kita memusuhi mereka semata-mata kerana kafirnya sedangkan kelahirannya sebagai seorang non-muslim itu bukan di atas pilihannya.

Firman Allah Taala bermaksud, “Dan sekiranya Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi ini seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?” (Yunus:99)