Sunday, December 11

APABILA SYAITAN BERMESYUARAT





Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap

kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci... insyaAllah.

Secebis ilmu dr sahabat, ana tolong forwardkan untuk dikongsi

bersama...moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat

dan salam di atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, para sahabat,

syuhadak serta muslimin dan muslimat.



Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) ...



Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal

ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari

mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca

Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak

dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan

Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka

pengaruh kita keatas mereka akan terputus."

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka

menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah

waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina

perhubungan dengan Pencipta."



"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka

dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang

penting itu sepanjang hari."



"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.



"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam

kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka,"

jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang,

hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat

jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari

seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka

yang kosong itu."



"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila

keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi

menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."



"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar

suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu

memandu, biarkan TV, VCD, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah

mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa

memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka

dan memutuskan perhubungan dengan Allah."



"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda

mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan

papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh,

katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan

promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma;

dan impian palsu."



"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah

dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama,

dan mereka akan tidak berpuas hati dengan isteri-isteri mereka."



"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka

di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak

bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan

meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga

mereka dengan pantas."



"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan

mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan

hari-hari perayaannya."



"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah

sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka

sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan

tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan,

acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."



"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"



"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan

mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak

tenang ketika bersurai."



"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak

mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas

itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan

kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."



"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!

Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk

menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin

terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja

untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk

menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka

hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini,



"Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"



~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna :



B-eing U-nder S-atan's Y-oke? - Berada di bawah telunjuk Syaitan?



Wallahua'lam..

KENAPA HUDUD TIDAK DAPAT DILAKUKAN

UNTUK MUDAH DIFAHAMI

Ramai orang bercakap tentang hukuman Hudud dan Qisas. Tapi, tak ramai yang tahu apakah dia hudud dan qisas ni. Malah, sekiranya ramai yang tahu tentang Hudud dan Qisas, tetapi tidak tahu kenapa ia tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.

Apakah Hudud ni? Apekah Qisas?

Sejenis hukuman bagi haiwan ke tumbuhan?

Atau....

Sejenis hukuman yang melibatkan kemalangan atau hukuman mati?

Hudud adalah jamak bagi perkataan Had. Maka, apabila hukuman had itu banyak, ia dinamakan sebagai hudud. Hukuman had ialah hukuman yang telah ditentukan oleh Allah terhadap kadar dan bagaimana hukuman itu harus dilaksanakan berdasarkan kepada Quran dan Sunnah Nabi.

Antara kesalahan-kesalahan yang dijalankan dibawah hukuman had adalah :

1) Kesalahan berzina,
2) Mencuri
3) Minum arak
4) Qazaf (tuduh orang berzina)
5) Pemberontak
6) Merompak
7) Murtad



Sekiranya seseorang itu telah melakukan mana-mana kesalahan yang dinyatakan seperti di atas, maka, hukuman Had (hudud) akan dijalankan ke atasnya. Ketahuilah bahawa hukuman had itu adalah hak Allah (milik Allah).

Barangsiapa yang telah dihukum dengan hukuman had, maka dia akan bangkit dihadapan Allah tanpa sebarang dosa yang dipikul olehnya atas sebab kesalahan yang dilakukannya itu. Bahkan dirinya sudah diampun oleh Allah setelah dihukum dengan hukuman Had.



Manakala Qisas pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah, setimpal dengan kesalahan yang dilakukan terhadap mangsanya. Seperti :


            A bergaduh dengan B menyebabkan jari telunjuk tangan B putus setelah dipotong oleh A.
       maka, sekiranya hukuman Qisas dijatuhkan ke atas A, maka B boleh membuat perkara
       yang sama seperti A lakukan ke atasnya, iaitu memotong Jari telunjuk A.

Atau

            Sekiranya B baik hati dan sudi memaafkan A, maka A hendaklah membayar denda (Dam)
      sebagai ganti nilai Jari B yang telah hilang dipotong oleh A.


Baiklah, berkenaan dengan situasi di negara kita. Sebelum kita dapat melaksanakan hukuman Hudud dan Qisas, ia memerlukan beberapa perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Pada pandangan saya, ada dua perkara yang penting harus dilakukan oleh pemerintah (sekiranya mahu menjalankan hukuman Hudud dan Qisas) iaitu :

a) Menukarkan atau menghapuskan Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 (Civil Law Act 1956.

b) Membuat akta undang-undang baru yang memberi kuasa untuk melaksanakan Hudud & Qisan dan undang-undang tentang procedure pelaksanaannya.


Ketahuilah bahawa, kesemua tugasan di atas haruslah dilakukan di Parliament. Ini kerana, hanya Parliament sahaja yang mempunyai bidang kuasa untuk merangka dan meminda sebarang bentuk akta dan undang-undang dalam negara.

Kembali kepada topik, kenapakah kita harus pinda atau lupuskan Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil?

Mari kita lihat, apa Seksyen 3 dan 5 cakap :

Seksyen 3(1)(a) menyatakan :

Application of U.K. common law, rules of equity and certain statutes :

3. (1) Save so far as other provision has been made or may hereafter be made by any written law in force in Malaysia, the Court shall—

(a) in Peninsular Malaysia or any part thereof, apply the common law of England and the rules of equity as administered in England on the 7 April 1956;

Malah, Seksyen 5(1) menyatakan :

Application of English law in commercial matters :

5. (1) In all questions or issues which arise or which have to be decided in the States of Peninsular Malaysia other than Malacca and Penang with respect to the law of partnerships, corporations, banks and banking, principals and agents, carriers by air, land and sea, marine insurance, average, life and fire insurance, and with respect to mercantile law generally, the law to be administered shall be the same as would be administered in England in the like case at the date of the coming into force of this Act, if such question or issue had arisen or had to be decided in England, unless in any case other provision is or shall be made by any written law.
Berdasarkan kepada Seksyen 3 dan 5 di atas, maka ini jelaslah bahawa kita sebenarnya terikat dengan undang-undang tersebut. Bahkan, dibawah seksyen 3 & 5, ia jelas menuntut setiap mahkamah di Malaysia untuk menggunakan undang-undang yang sama sebagaimana yang telah dipraktiskan di England.

Jadi, sekiranya kita betul-betul mahu melaksanakan hukuman Hudud dan Qisas, maka tidak dapat tidak, kita mustilah menukar atau menghapuskan terlebih dahulu Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Civil ini.

Dengan kehadiran seksyen 3 & 5, maka kita akan tersekat dengan undang-undang England yang lapuk dan lama.

Jadi, ia menjadi tugas Parliament untuk menukarkan kedua-dua Seksyen tersebut.

Malah, sebelum ini, sudah ramai dikalangan pertubuhan-pertubuhan, orang kenamaan di Jabatan Kementerian, para penal penasihat undang-undang Syariah, dan pelbagai agensi penasihat undang-undang telah menghantar proposer dan cadangan agar Seksyen 3 & 5 ni di pinda. Namun, tiada tindakan susulan yang dilakukan oleh Parliament.

Jadi, dengan wujudnya Seksyen 3 & 5 ini, hingga sekaranglah undang-undang kita akan terikat dengan undang-undang British yang lama dan Undang-undang Jenayah Syariah tidak akan berkembang serta dilaksanakan.




Wallahua'lam

MINDA YANG BERGERAK (MINDA PEMIMPIN ATAU PENGIKUT)



Terdapat perbezaan antara minda yang memproses dengan minda yang tidak memproses. Bezanya antara dua minda ini kebiasaannya akan membentuk impak yang besar di dalam masyarakat. Kebiasaannya, minda yang bergerak inilah yang akan menguasai minda yang statik.
Kenapa? Kebiasaannya, minda yang bergerak ini terletak pada individu yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu untuk pergi ke hadapan untuk memimpin masyarakat.
Apakah yang di maksudkan dengan minda yang bergerak?
Minda yang bergerak itu adalah minda yang selalu memproses keadaan sekeliling, suka memerhati dan membuat penilaian berdasarkan pemikiran beliau. Orang jenis ini kebiasaannya mempunyai pandangan yang lain dari kebanyakan orang. Dia mampu untuk melihat sesuatu itu dalam dua (atau lebih) sudut yang berbeza dalam satu masa. Ini sangat hebat!
Malah, orang jenis ini juga sebenarnya agak sukar untuk di pengaruhi oleh orang lain kerana ia mempunyai pendirian yang teguh di dalam dirinya. Tetapi, ia suka untuk mempengaruhi orang kebanyakan atau orang yang berada disekelilingnya terhadap idea-ideanya.
Kadang-kala, cara pemikirannya juga berada agak diluar garisan dan sukar untuk dilihat oleh kebanyakan orang. Akan tetapi, kebiasaannya orang akan akan mula memahami dan menerimanya pada akhirnya. Dan ketika itulah, orang akan sedar bahawa dia adalah benar.
Ini banyak berlaku kepada takoh-tokoh dan pemimipin-pemimpin terkemuka di dunia. Contohnya, Hitler. Mungkin pada zaman dahulu Dunia mengkeji tindakan Hitler terhadap pembunuhan beramai-ramai puak Yahudi. Namun, sekarang orang mula menyedari bahawa tindakan Hitler itu ada benarnya setelah melihat kekejaman Yahudi sekarang ini.
Pemikiran yang kreatif, innovative dan ‘outside the box’ ini tercetusnya dari minda yang sentiasa bergerak dan bergerak dalam memproses dan menilai apa yang berada di sekelilingnya.Dalam erti kata lain, ia terhasil dari minda yang selalu berfikir dan memerah otak dalam membuat penilaian.
Minda yang selalu berfikir ini terbentuk sekiranya :
1) mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan sentiasa mahu meneroka ilmu atau perkara yang baru.
2) banyak latihan dalam berfikir dan merenung serta membuat analisa dan penilaian. Latihan berfikir inilah akan membuatkan seseorang itu berlajar dari pengalamannya.



Hal ini menyebabkan sesorang itu sentiasa mempersoalkan dirinya sendiri tentang sesuatu isu yang baru dibaca, di lihat, di dengari atau di dapatinya. Ia akan terus menyoal kenapa dan bagaimanakah ia terjadi, siapakah yang terlibat dan apakah punca-puncanya.
Manakala, orang yang mempunyai minda yang statik ini pula di lihat lebih sesuai berada di tahap pengikut. Dalam erti kata lain, ia lebih suka untuk menurut arahan daripada mengeluarkan arahan. Sebab itu, orang yang mempunyai pemikiran seperti ini tidak sesuai untuk menjadi pemimpin.
Namun, sekiranya orang seperti ini dijadikan pemimpin, dia hanya akan mengikut sahaja rentak perjalanan seperti mana orang-orang yang terdahulu lakukan. Contohnya, sekiranya ia memegang sesuatu pertubuhan atau persatuan, cara atau corak pembawakan persatuan tersebut akan sama dengan apa yang dibawa oleh ketua atau pimpinan yang lepas.
Hal ini berlaku kerana pemikiran dan pembawakannya adalah tidak kreatif dan kritis menyebabkan ia tidak berani untuk berhadapan dengan risiko perubahan dan anjakan paradigma.
Apabila pimpinan seperti ini berhadapan dengan orang bawahan yang berfikiran laju, kreatif dan kritis, maka mereka akan terasa tercabar. Malah kedudukan mereka sebagai pemimpin akan tergugat. Lalu, berlakulah proses cantas mencantas antara satu-sama lain.
Malah, orang seperti ini juga mengamalkan sikap tertutup dan susah untuk menerima pandangan orang lain. Dalam erti kata lain, tidak mahu menerima atau cuba melakukan perubahan. Maka, sesebuah persatuan itu akan terus jatuh dan merosot di telan arus peredaran zaman.


Kah kah kah …… PEMIMPIN BENGAP, ORANG BAWAH PUN BENGAP….. kah kah kah
Kah kah kah …..PEMIMIPIN LEMBAP, ORANG BAWAH PUN LEMBAP…… kah kah kah
Woit …… KALU LEMBAP, TERIMALAH APE ORANG CAKAP …… kah kah kah
Kah kah kah ……MAIN CANTAS JE ORANG BAWAH ….. kah kah kah
Kah kah kah ……KEMUDIAN LANTIK ORANG BENGAP SEBAGAI PENGANTI ….. kah kah kah
Woit …..BERTAMBAH BENGAPLAH PERJUANGAN PERSATUAN ….. kah kah kah


Nota :

Itulah pemimpin zaman sekarang,
Tidak kira pemimpin belah mana,
Tidak kira pemimpin pertubuhan mana,
Tidak kira pemimpin dari mana,
Semuanya sama…….
Aduhai labu…. Malang sungguh nasib ini..

Dari Minda Hujjati Qalam