Thursday, January 6
Khalid Samad: Snare in Khusrin Row
Khalid Samad: Snare in Khusrin RowBy Adib Zalkapli (The Malaysian Insider)
SHAH ALAM, Jan 6 — Shah Alam MP Khalid Samad urged the state government today to move forward and accept Datuk Mohd Khusrin Munawi as the state’s new secretary, and reminded it of the stakes if it chose to prolong the row.
According to Khalid, Khusrin’s appointment was an intentional attempt to pit the state government against the Sultan.
“I urge the state government to choose their fight, to choose their battle,” said Khalid.
The PAS lawmaker added that the administration of Tan Sri Khalid Ibrahim has already done what it could to argue that Khusrin was not the state’s choice.
“The point has been made, Khusrin is not the best man for the job, and we have made our objection clear,” Khalid told a press conference here.
“When the administration starts to face problem, fails to perform we will know the cause is BN’s choice of [state secretary] to jeopardise the Selangor government,” he added.
Khalid said the state government’s priority would be to explain the issue to the Selangor public and the importance of changing the federal administration.
“Our last option is to amend the state constitution but after that we will have to accept Khusrin as the state secretary,” said Khalid.
The state government has been opposing the appointment of Khusrin as the state secretary, arguing that the Public Service Commission (PSC) did not consult the mentri besar before announcing the appointment.
It has even announced its intention to amend the state constitution by the end of the month to nullify Khusrin’s appointment and to restore the state’s power in the selection of senior officers.
Despite the objection, members of the state administration led by MB Khalid attended the swearing in ceremony before the Sultan but had vowed not to let Khusrin take his oath of secrecy to enable him to function as the state secretary.
Previously, former Perak Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin had warned the Pakatan Rakyat (PR) Selangor government that it risks losing Malay support from the state secretary dispute.
Nizar was accused of being a traitor after he disagreed with the Sultan of Perak who had refused to dissolve the state assembly prior to the defection of PR lawmakers which resulted in the collapse of the state government in 2009.
Courtesy of The Malaysian Insider
-Pejabat YB Khalid Samad-

Pakatan Rakyat
Pakatan RakyatSurat terbuka kepada Mahfuz
Buat Saudara Mahfuz Omar, bekas pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd dan ahli parlimen Pokok Sena yang telah lama saya kenali, dari setor Lapangan Terbang Bayan Lepas hinggalah berjaya menjadi ahli parlimen dan naib presiden PAS.
Ramai yang kagum atas perjalanan dan pencapaian karier politik saudara. Saudara bijak menempatkan diri di celah-celah ruang yang muncul dari pergerakan politik semasa, walaupun ruang dan peluang itu bukan dicipta dari cetusan idea, kerja keras atau keberanian saudara.
Saudara berjaya spin momentum politik untuk menempatkan nama, hingga saudara diberi jolokan "poligame" – politik + gambar + media. Tak kira apa isu yang dicetuskan atau tercetus, saudara akan mencelah sebagai hero. Poligame telah melonjak karier politik saudara selama ini, tetapi saudara juga membuat kesilapan dan poligame itu akan memakan diri saudara.
Kemunculan saudara berpoligame dalam isu perletakan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd yang terlibat dalam pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal memakan diri. Tindakan saudara itu hanya berasaskan emosi dan perspektif sempit sehingga mencemarkan maruah kerajaan negeri yang sedang dipetahankan oleh ahli dan pimpinan PAS yang lain di Kedah.
Hal ini tidak boleh diterima sebagai mempertahankan prinsip, tetapi satu tindakan bodoh yang memberi kesan buruk kepada maruah kerajaan dan parti. Nampaknya ada kepentingan lain yang saudara 'sandarkan' pada kalimah 'prinsip' yang membuatkan saudara cuba berlagak sebagai hero membakar 'rumah tangga' saudara sendiri.
Ternyata kedangkalan ilmu dan pengalaman dalam pengurusan syarikat berprofil tinggi serta projek-projek besar membutakan mata hati saudara untuk memandang kerajaan negeri Kedah sebagai taman yang lebih besar dan lebih penting untuk dipelihara.
Keutamaan Kedah
Saudara perlu ingat bahawa ilmu dan kemahiran pengurusan syarikat tidak mungkin diperolehi melalui poligame, tetapi poligame saudara bisa menghakis kepercayaan dan memporakperandakan 'rumah tangga' saudara.
Saudara Mahfuz, izinkan saya membetulkan perspektif dan 'prinsip' yang kononnya saudara cuba pertahankan dalam isu Insaniah supaya saudara dapat belajar sesuatu yang real dalam dunia perniagaan, berbanding khayalan syok sendiri dalam politik poligame. Saudara dilantik sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) – sebuah anak syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) yang menguruskan pembinaan kampus baru Insaniah. KSSB dilantik sebagai kontraktor utama projek itu bukan melalui tender terbuka, tetapi kerana KSSB adalah anak syarikat BDB.
Dalam isu yang saudara poligamekan kini, saudara seolah-olah gagal faham beberapa perkara pokok yang menjadi aulawiyat (keutamaan) dalam kerajaan Kedah. Aulawiyat ini diletakkan oleh parti yang membentuk kerajaan, yang turut disertai oleh saudara sebagai timbalan peserujaya PAS Kedah.
1. Pendidikan tinggi untuk melahirkan rakyat berilmu/ berkemahiran melalui Insaniah adalah pemacu utama pembangunan Kedah kini dan di masa depan. Kedah perlukan rakyat yang terpelajar dan mampu bersaing di pasaran untuk menjamin masa depan sosio-ekonomi dan sosio-politik negeri ini. Kedah tidak boleh bergantung kepada ahli poligame dan 'tong kosong'. Kedah perlukan rakyat dan pemimpin yang kualiti tinggi, mantap, kemas dan terarah. Kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Ustaz Azizan Razak meletakkan pendidikan senarai teratas untuk membaiki taraf hidup rakyat. Ia boleh dicapai melalui pengukuhan institusi pendidikan seperti Insaniah, maka kampus baru untuk menampung 20,000 pelajar pada satu-satu masa dibina disamping menambah program-program baru di Insaniah. Agenda ini didokong dan disokong oleh semua pimpinan parti yang membentuk Kerajaan sekarang, kecuali saudara yang selesa dengan poligame.
2. BDB adalah listed company yang sahamnya dipegang oleh PKNK sebanyak 54% dan selebihnya oleh pemegang saham bebas. Pengurusan BDB perlu memelihara kepentingan pemegang saham dan krebiliti syarikat dalam melaksanakan sebarang urusan yang membabitkan prestasi syarikat.
3. Pemilik projek ialah Insaniah, bukan BDB dan bukan Kedah Sato. BDB dan Kedah Sato hanyalah kontraktor dan sub-kontraktor.
4. Pembinaan kampus ini adalah 'bayi' kerajaan negeri. Kerajaan telah berjanji kepada rakyat untuk siapkan kampus baru Insaniah pada 2012 dan memulakan sesi pengajian pada 2013. Ini janji kerajaan kepada rakyat. Dengan apa cara sekalipun, janji ini mesti ditunaikan kerana rakyat meletakkan harapan pada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Ustaz Azizan.
5. Pembiayaan projek melalui pinjaman Bank Islam menghadapi masalah teknikal sehingga BDB terpaksa memperuntukan modal permulaan lebih RM30 juta untuk memenuhi kehendak kerajaan supaya kampus siap pada masa yang dijanjikan.
6. Kerja-kerja yang diserahkan kepada Kedah Sato sebagai sub-konttaktor (yang juga tidak melalui tender terbuka) tidak pernah ditamatkan. Hanya fasa dua dan tiga yang menelan kos RM180 juta daripada RM330 juta kos keseluruhan terlibat dengan perlantikan sub-kontraktor baru.
7. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, BDB berikhtiar dengan apa cara sekalipun untuk menyiapkan kehendak pelanggan yang menekankan projek tersebut perlu siap pada 2012 – hanya dua tahun dari sekarang.
Tidak hadir
Saudara patut tahu bahawa keseluruhan projek ini dibiayai oleh pinjaman dari Bank Islam yang hanya dapat menyelesaikan aspek teknikal pembiayaan projek ini pada akhir November 2010.
Oleh kerana itu, BDB terpaksa mencari sebuah syarikat alternatif yang berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan modal sendiri dan syarikat yang berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan ialah IJM. Mereka dilantik secara rundingan bagi menyiapkan kerja-kerja dengan pembiayaan awal mereka sendiri bernilai sekitar RM180 juta.
Selain itu, IJM juga menawarkan (in-return) kerja-kerja membekalkan bahan batuan dan pembinaan jalan kepada BDB dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang yang mana IJM adalah kontraktornya. Ini adalah perkongsian bijak dalam dunia perniagaan. Saudara, BDB tidak meninggalkan kontraktor bumiputra.
Banyak yang diserahkan kepada kontraktor Melayu/ bumiputra, malah IJM juga membuat komitmen untuk membuat tawaran kepada kontraktor bumiputra bagi kerja-kerja yang sesuai. Saudara, Langkah membuat rundingan dengan IJM tidak dibuat semberono. Ia telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah BDB dan Kedah Sato sendiri.
Diberitakan bahawa semua lembaga pengarah Kedah Sato yang terdiri daripada ahli-ahli dalam bidang perniagaan bersetuju kecuali saudara yang berlatar belakangkan poligame, malah saudara tidak hadir.
Muncul di gerai pulut udang
Tindakan saudara meletak jawatan atas alasan prinsip mempertahankan kaedah tender terbuka sebenarnya dibayangi faktor-faktor lain. Kebanyakan faktor itu muncul di gerai pulut udang Stadium Darulaman tempat saudara mengutip idea dan pandangan bagi meneruskan karier politik saudara.
Saudara juga mungkin teruja dengan rayuan tauke-tauke besar ynag mengidamkan projek dalam pembinaan Insaniah. Sepatutnya dari awal lagi saudara menentang pelantikan Kedah Sato Sdn Bhd yang juga mendapat kontrak pembinaan melalui rundingan, bukan tander terbuka. Saudara, Masalah saudara ialah politik poligame telah membawa saudara menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur berbanding Kedah.
Politik sebenar saudara hanya berlegar di Pokok Sena. Saudara tidak peduli tentang politik negeri Kedah dan PAS Kedah walaupun saudara adalah timbalan Pesuruhjaya. Malah, saya yakin saudara tidak pernah menjelajah kompleks PAS di Batu 9 termasuk bangunan DAYA sepanjang saudara menjadi TPJ.
Bakar kelambu
Saudara juga tidak pernah melawat tapak projek di Kuala Ketil, sejak majlis pecah tanah hingga kini. Saudara hanya hadir mesyuarat bulanan, datang lewat dan balik awal. Saudara tidak berupaya menyelami susah payah sahabat pimpinan yang lain. Malah saudara langsung tidak peduli apa yang sedang ditanggung oleh pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, exco kerajaan dan wakil-wakil rakyat di Kedah.
Poligame telah mengheret saudara ke medan yang mendapat liputan wartawan, lensa kamera dan TV. Dunia glamor itu menenggelamkan fokus sebenar saudara dalam PAS. Saudara tidak peduli lagi kesan yang bakal menimpa sahabat dan pimpinan negeri akibat poligame kegemaran saudara itu. Inilah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh saudara tanpa disedari. Orang sedang tersenyum sumbing melihat gelagat yang terpamer dari poligame itu.
Sekian sahaja lontaran paling ikhlas buat saudara dari saya yang memerhatikan gelagat politik pemimpin-pemimpin politik sejak puluhan tahun. Pesanan akhir saya, jangan bakar kelambu untuk menghalau nyamuk. Selamat maju jaya dalam karier politik saudara dan mencapai target saudara dalam kerier itu. Saya akan terus memerhati. - Dari Sungai Petani Kedah.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tranungkite Online v11 - Munajat 2 Tok Guru Dan Ceramah Perdana Selamatkan Malaysia
Tranungkite Online v11 - Munajat 2 Tok Guru Dan Ceramah Perdana Selamatkan MalaysiaMunajat 2 Tok Guru Dan Ceramah Perdana Selamatkan Malaysia
Posted on Thursday, January 06 @ 02:56:19 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Tarikh 09/1/2011 AHAD MALAM ISNIN
Tempat STADIUM MELAWATI SHAH ALAM, SELANGOR
Anjuran PAS PUSAT
Masa
7.15 MLM SOLAT MAGHRIB/ SOLAT HAJAT
7.30 MLM TAZKIRAH- DATO' DR HARON DIN
8.30 MLM SOLAT ISYAK & SOLAT HAJAT
9.00MLM CERAMAH PERDANA
YAB TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT
YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABD HADI AWANG
YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM
SELURUH RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT HADIR
SILA BAWA SEJADAH

Tranungkite Online v11 - Butir Lampiran Kes Yang Mengaitkan Nama Rais !! (Rupa Sebenar Robengah!!)
Tranungkite Online v11 - Butir Lampiran Kes Yang Mengaitkan Nama Rais !! (Rupa Sebenar Robengah!!)Butir Lampiran Kes Yang Mengaitkan Nama Rais !! (Rupa Sebenar Robengah!!)
Posted on Thursday, January 06 @ 03:18:41 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Oleh: edyesdotcom
"Butir Lampiran Kes Menteri Rogol Amah - Mengaitkan Nama Rais !! (Rupa Sebenar Robengah!!)
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)
Kenyataan Media
5 Januari 2011
LAPORAN POLIS DESAK SIASATAN DAN TINDAKAN TERHADAP PENDEDAHAN KAIT MENTERI DENGAN KeJADIAN ROGOL PEMBANTU RUMAH
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.
Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh wikileak dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di http://rockybru.com.my dan http://bigdogdotcom.wordpress.com/
Setelah carian lanjut dibuat saya memperolehi dokumen lengkap seperti dilampirkan dimana dengan jelas menyebut nama YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini.
Seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah, dalam perkara ini mangsa pertama ialah Dr. Rais Yatim sendiri, beliau belum dibukti bersalah namun boleh dikatakan hampir semua blog dan cakap-cakap mulut sudah menyebut nama beliau sebagai terlibat kes rogol. Namun kesalahan beliau ialah terus membisu berdiam diri. Selaku Menteri 'budaya seni warisan' seharusnya beliau faham budaya rakyat Malaysia iaitu diam tanda setuju. Maka beliau tidak boleh menyalahkan rakyat yang mengaitkan beliau kerana beliau sendiri berdiam diri. Ini berbeza sekali apabila baru – baru ini dalam satu posting blog di http://rockybru.com.my mengenai skandal pemberian kontrak, Dr. Rais telah membuat laporan polis.
Penyiasatan polis boleh membantu Dr. Rais membersihkan namanya. Namun jika polis juga tidak menyiasat maka ia mengundang persoalan lebih besar iaitu kemungkinan wujud perlindungan istimewa terhadap kejadian jenayah yang dilakukan oleh Menteri.
YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri harus segera menyatakan pendirian dalam perkembangan ini. Jika Dr. Rais terus berdiam Najib seharusnya menggantung Dr. Rais sebagai anggota kabinet sehingga siasatan selesai. Itupun jika Najib berani melakukan perkara tersebut untuk membuktikan beliau benar dengan proses transformasi penambah baikan negara.
Kes ini jika gagal ditangani dengan baik akan sekali lagi menjadi punca konflik Malaysia – Indonesia jesteru itu rakyat seharusnya tampil un tuk mendesak penyelesaiaan dan penyiasatan serta tindakan terhadap kes ini.
Pada mulanya SAMM ingin mendedahkan identiti 'mangsa' rogol tersebut, tetapi setelah difikirkan soal maruah mangsa dan lebih lagi apabila mendapat isyarat dari keluarga mangsa yang kuatir akan menerima nasib seperti Altantuya maka identiti mangsa dirahsiakan.
Samm mendesak agar siasatan yang telus dan bebas dijalankan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang campur tangan pemimpin tertinggi seperti yang didakwa berlaku sebelum ini.
Di mana-mana negara di dunia sekalipun, tiada pemimpin yang boleh menghalang keadilan daripada ditegakkan tetapi malangnya di Malaysia, ada pemimpin tertinggi yang cuba melindungi kejadian rogol.
SAMM menyatakan sokongan atas nama kemanusiaan kepada pihak Kedutaan Indonesia, pihak berkuasa di Indonesia, pertubuhan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta dan pihak-pihak terlibat agar berusaha menegakkan keadilan bagi warganya yang teraniaya. SAMM sudah menghantar surat menyatakan kesediaan membantu.
Cuma persoalannya kini adakah kes Robengah ini akan terus kekal 'misteri' tanpa penyiasatan ? Jika ini berlaku maka anak muda wajar bersama menumbangkan Regim Bn ini kerana apa lagi harapan masa depan jika perogol dipertahan dan diberi jawatan Menteri !
Harap ia tidak jadi 18 kes berprofile tinggi yang pernah didedahkan kewujudanya oleh Dr.Rais ketika menjadi menteri Undang-undang yang terus disenyapkan kerana mendapat perlindungan istimewa.
Jika dalam masa 14 hari tidak ada tindakan susulan maka SAMM telah sedia untuk membuat tindakan susulan demi membela maruah negara dan keadilan kemanusiaan yang akan diumumkan kelak.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tranungkite Online v11 - Guan Eng dahulukan rakyat dengan 'sistem tolong rakyat'
Tranungkite Online v11 - Guan Eng dahulukan rakyat dengan 'sistem tolong rakyat'Guan Eng dahulukan rakyat dengan 'sistem tolong rakyat'
Posted on Thursday, January 06 @ 05:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: cucupakkasim
" Dengan tambahan kenaikan minyak petrol kelmarin, sudah pasti lah perbelanjaan perjalanan juga akan naik. Dalam perkara ini gurkah-gurkah politik di'port' tengok yang hanya Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng saja yang betul-betul mendahulukan rakyat dengan bekerja untuk rakyat.
Subsidi lebih kurang 250 ringgit untuk satu kepala kepada rakyat-rakyat Penang yang tinggal di Seberang Perai yang bekerja di sebelah pulau. Itu yang hanya mampu Guan Eng buat untuk mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat akibat mengundi BN.
250 ringgit ni bukan lah duit cash,tetapi merupakan satu sistem yang boleh membuatkan tiap seorang rakyat Penang yang tinggal di Seberang Perai tetapi bekerja di sekitar kawasan kilang di Bayan Lepas dan yang berdekatan boleh jimatkan perbelanjaan minyak dan tol jambatan yang dalam lingkungan lebih kurang 250 ringgit jika mereka menggunakan sistem kemudahan yang disediakan ini.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan melancarkan sistem parkir dan naik bas (park-and-ride system) yang dipanggil BEST 'Bridge Express Shuttle Transit' untuk rakyat penang terutamanya warga-warga kilang (gurkah-gurkah kata ini sistem tolong rakyat), dimana mereka boleh meletakan kereta atau motor mereka di Sunway Carnival,Seberang Jaya dan ambil bas ini untuk ke kawasan-kawasan kilang di Bayan Lepas dan selepas habis bekerja boleh ambil bas ini dimana-mana perhentian bas untuk pulang semula ke Sunway Carnival.
Perkhidmatan 'tolong rakyat' ini adalah percuma untuk setiap hari bekerja dari jam 6pagi-9pagi dan dari jam 4petang-7malam.
Kira-kira dekat 60 buah perhentian bas sedang dibina dihadapan kilang-kilang diBayan Lepas untuk sistem 'tolong rakyat' ini.
Sistem 'tolong rakyat' ini akan memulakan perkhidmatanya pada 1 Mac 2011.
dollah yankee -
Habis tu..? Najib dok gaduh kata Guan Eng dah pandai makan dengan tangan !!!

RAKYAT MARHAEN: Bekas Pegawai Penyiasat Polis dedah konpirasi jahat pemimpin BN dan peguam negara!

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Penyiasat Polis tragedi mata lebam, Datuk Mat Zain Ibrahim sekali lagi meletupkan 'bom' melalui surat terbukanya kepada Peguam Cara Negara.
Dalam surat terbuka kepada Datuk Idris Harun bertarikh 5 Januari 2011 itu, Mat Zain mendakwa, ujian DNA yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah satu pemalsuan.
Dia juga mendakwa dalam surat itu, pemalsuan juga berlaku dalam insiden mata lebam Anwar itu.
Tidak cukup dengan itu, dia juga mendakwa melalui surat terbuka itu, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein di parlimen adalah satu maklumat palsu atau penyelewengan fakta.
Semuanya berpunca dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwa Mat Zain dalam surat itu.
Bekas pegawai kanan polis itu mendakwa, satu kes prima facie boleh dibentuk terhadap Gani Patail dan orang-orang yang bersubahat dengannya berdasarkan laporan yang beliau buat pada 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja.
"Datuk (Peguam Cara Negara) bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini, supaya membolehkan Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG’s Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998," tulis Mat Zain dalam surat itu.
Berikut adalah surat penuh Mat Zain
SURAT RAYUAN TERBUKA
Mat Zain bin Ibrahim 5 hb.Januari 2011
Kepada;
Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,
Peguam Cara Negara Malaysia,
(Solicitor General of Malaysia)
Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan.
Block C3,Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62152 Putrajaya.
YBhg.Datuk,
Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998.
Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.
2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.
2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan “subsequent conduct” individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.
2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah “bertindih” (overlapping) lebih-lebih lagi “pemain utama” kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan “DNA” adalah sama.
3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;
3.1. Berkaitan dengan “Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011” yang diberi oleh YB Dato’Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab

RAKYAT MARHAEN: Dr Asri : Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik
RAKYAT MARHAEN: Dr Asri : Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik1 Safar 1432H.
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.
Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.
“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.
“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.
Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.
Dosa besar
“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.
Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.
“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.
"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.
Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.
Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.
Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.
Sumber : Malaysiakini dengan tajuk asal "Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: `KHINZIR DI BAWAH KOPIAH' JAWAPAN BUAT YB ZUL KULIM
WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: `KHINZIR DI BAWAH KOPIAH' JAWAPAN BUAT YB ZUL KULIMEMOSI sungguh MP Kulim YB Zul `firaun besar' di dalam penulisannya tentang hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri berkaitan hak Sultan Selangor. Aku malas nak link kan tulisan di dalam blog YB Zul itu, sesiapa yang bodoh dan tidak boleh berfikir lebih baik tidak membuka blognya.
Beliau menyebut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor ibarat `ada khinzir di dalam Yong Taw Foo'. Pada aku tiada masalah kalau orang Cina yang bukan Islam memakan Yong Taw Foo yang mempunyai khinzir dan Yong Taw Foo itu pun memang makanan kegemaran kaum Cina.
Apabila meneliti hujah YB Zul `firaun besar' ini di dalam blognya, aku juga merasakan seperti `Ada Khinzir Di Bawah Kopiah' YB Zul. Semua perkara yang beliau tuduh ke atas Kerajaan PR di Selangor, semuanya mahu dilibatkan dengan DAP. Kununnya, apa yang berlaku berkaitan perlantikan KSU Selangor pun adalah kerana hasutan DAP. Aku juga boleh tuduh apa yang YB Zul `firaun besar' ini perkatakan berkenaan PR adalah hasil hasutan parti sekular sekutu Apco itu. Sepatutnya sebagai seorang Peguam walaupun kadangkala `pembawa fail dan beg' sahaja, beliau harus membawa hujah dan fakta bagi membuktikan bahawa sememangnya DAP yang menghasut Kerajaan PR Selangor selama ini. Jelas, beliau bukan peguam yang baik jauh sekali seorang MP yang berkaliber.
Sebenarnya, YB Zul Kulim buat kecoh membabi buta adalah dengan harapan agar rakyat terutamanya di Kulim Bandar Baru lupa bahawa beliau adalah MP yang tidak direstui oleh majoriti pengundi di situ. Beliau ingin menutup malunya kerana masih menebal muka berada di kerusi yang tidak diredhai itu. Beliau hanya berani bercakap seorang diri, berdepan dengan media yang sepencacai sepertinya sahaja. Apabila dicabar berdebat oleh MP Shah Alam dari PAS, YB Khalid Samad maka kecut dan memulas perutnya. Percayalah, inilah penggal terakhir buat `firaun besar' ini menyondol bagai khinzir. Selepas ini, beliau akan `disembelih' oleh para pengundi di Kulim Bandar Baru dan diletakkan di bawah Yong Taw Foo.
Nasihat aku buat beliau, sebelum menyongkar `khinzir di bawah Yong Taw Foo', beliau mesti sedar di `bawah kopiahnya juga terdapat khinzir'./wfauzdin.blogspot.com

tinta hijau: Dr Mujahid: Kemukakan Wacana Menuju PAS Baru.
KL 6 Jan 11: Weblog Ibnu Hasyim bersetuju dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa seperti yang dilaporkan Harakahdaily.net hari ini. Antaranya menyebutkan, "Hujah yang membina wajar diketengahkan menerusi saluran yang dibolehkan dalam parti mahupun Islam, sebab pandangan baik perlu diambil jika mahu melihat parti semakin kukuh untuk menggantikan Umno di Malaysia."
Malalui media tersebut juga, Dr Mujahid berkata, beliau berusaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan PAS selama hampir 50 tahun lebih. PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinanya dan buku 'Menuju PAS Baru' yang dihasilkan beliau itu, hanyalah garapan terhadap masa depan organisasi PAS yang perlu difikirkan oleh generasi muda dalam PAS.
Bahkan, beliau bersedia turun ke wacana dan diskusi tersebut jika ada pihak yang menganjurkanya demi menghilangkan kekeliruan yang ada dan tidak timbul soal mahu memecahbelahkan parti atau menghentam parti secara semberono.
Editor weblog Ibnu Hasyim mengatakan,
"Saya juga mencadangkan supaya diadakan wacana atau diskusi untuk membincangkan isi kandungan buku beliau 'Menuju PAS Baru' itu, dengan menjembut penulis menjawab kritikan-kritikan dan permasalahan yang timbul. Bukan bertelagah dalam akhbar atau berseminar membuat rumusan negatif tanpa penglibatan beliau selaku pimpinan PAS, sehingga membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan memburukkan lagi keadaan.
"Bertelagah menerusi akhbar tidak boleh mendapat kata sepakat bahkan mengeruhkan lagi perhubungan yang selama ini terbina atas landasan tarbiyah PAS yang kukuh. Wacana atau diskusi dapat membawa kepada budaya yang sihat dan keterbukaan, terhadap pandangan terbuka sesuai dengan asas masyarakat untuk melahirkan pemikiran telus, matang dan berwibawa. "
Melalui media Harakah tersebut, Dr Mujahid mencadangkan, "Adakan wacana atau diskusi untuk menghilangkan kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku Menuju PAS Baru yang saya tulis, bukan masuk akhbar pro kerajaan mengatakan ketidak puasan hati.." ujarnya.
Lagipun, tambah beliau buku tersebut hanya menyentuh betapa perlunya beberapa pengubahsuaian organisasi parti sendiri demi masa depan PAS yang akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini. Tidak langsung mengkritik dasar perjuangan yang telah dimeterai sejak dulu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menambah, segala pandangan yang dilemparkan semuanya ikhlas untuk memastikan PAS menjadi lebih kukuh dan bukan sebaliknya. “Saya amat sayangkan parti penyelamat ini,” kata beliau.
"Setakat ini, saya (Ibnu Hasyim) belum dengar lagi respon positif mengenai pelawaan Dr Mujahid mengenai bukunya itu."kata editor Blog Ibnu Hasyim lagi. "Mengapa?"
(by ASYOK KUMAR)

Anak Sungai Derhaka: Rogol Amah : Mana SKMM? Kenapa Rais lambat menafikan? tanya Rocky Bru
Anak Sungai Derhaka: Rogol Amah : Mana SKMM? Kenapa Rais lambat menafikan? tanya Rocky BruAda pihak yang memberikan jawapan tentang kenapa Rais Yatim mengambil masa yang panjang untuk menafikan tuduhan Merogol Amah yang dilemparkan terhadapnya oleh Rocky Bru..
Katanya pada masa Rocky Bru menyiarkan artikel mengenai isu ini, Rocky Bru hanya menulis "seorang menteri" telah terlibat dalam kes rogol pembantu rumah pada tahun 2007 dan bukannya ditulis Rais Yatim telah terlibat dalam kes rogol pembantu rumah pada tahun 2007.
Rasanya nama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim itu telah mula tersebar dan menjadi bahan siaran selepas tiga hari sahaja Rocky Bru menyiarkan artikelnya itu..
Nama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim itu walaupun telah dihitamkan tapi bayangnya masih kelihatan pada dokumen terakhir yang disiarkan oleh BigDogDotCom.. kemudiannya tersebar didalam artikel ini “Nah!! Nama menteri itu jelas terpapar dalam laporan ini” pula..
Kalau dikira dari tarikh dokumen itu disiarkan oleh BigDogDotCom iaitu 28 Disember hingga ke semalam iaitu 05 Januari 2011 ianya lebih kurang satu minggu..
Satu minggu?? Lama lah tu.. kalau nak dibandingkan dengan penafian yang Anwar buat mengenai pendedahan oleh WikiLeaks bahawa beliau telah masuk perangkap liwat yang hanya dinafikan dalam masa kurang dari 24 jam rasanya..
Dakwaan amah dirogol: Mana SKMM, tanya Rocky
Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.
Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.
"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin (foto atas bersama TG Nik Aziz) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."
Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.
"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.
Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.
Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.
Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.
"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.
Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan.
"Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.
Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malaysiakini

Episode Sebuah Perjuangan: Tenang : Pemuda PAS Siap Siaga
1. Pilihanraya adalah medan demokrasi untuk rakyat diberi kebebasan dan hak dalam memilih pemimpin mereka. Justeru itu, suasana yang hormonis dan kondusif sangat diperlukan oleh pengundi agar mereka mampu membuat pilihan yang tepat tanpa sebarang tekanan dan gangguan yang mengalih tumpuan mereka.
2. Kempen dari parti - parti yang bertanding sewajarnya adalah untuk memberi maklumat dan membuat tawaran - tawaran yang positif kepada rakyat demi kepentingan mereka. Sangat tidak wajar apabila pilihanraya dijadikan medan untuk menyogok dan mengugut. Lebih malang medan demokrasi itu dicemari dengan fitnah dan tohmahan yang tidak berasas.
3. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar tindakan terdesak sesetengah pihak dalam usaha mereka mencari kemenangan dalam pilihanraya kecil N 05 Tenang dengan menabur fitnah bagi menjatuhkan reputasi lawan mereka secara tidak bermoral dan tidak gentleman .
4. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS negeri dan kawasan yang bertugas diletakkan dalam keadan siap siaga mendepani fitnah jahat yang dilancarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jelas ini adalah tindakan desprado yang hanya berusaha meraih simpati , sokongan dan pengaruh murahan .
5. Saya menyeru kepada semua pihak agar beraksi di gelanggang pilihanraya ini dengan mengamalkan pendekatan politik yang matang dan berhemah . Santuni pengundi, menangi hati mereka dan raih sokongan mereka secara positif dan informatif . Elakkan sebarang tindakan provokatif yang mencetus suasana tidak aman dan tenang justeru pilihanraya untuk memilih pemimpin bukan untuk beradu kekuatan fizikal.

Tulahan: Kisah tujuh kali menunaikan haji, tujuh kali tidak nampak kaabah
Tulahan: Kisah tujuh kali menunaikan haji, tujuh kali tidak nampak kaabahKisah ini berlaku bukan di Malaysia, namun boleh menjadi iktibar kepada kita sebagai umat Islam. Bacalah.......
Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenar), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.Ibunya gembira dengan ajakan anaknya itu.
Sebagai seorang Islam yang berkemampuan, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Setelah segala persiapan dilakukan, mereka akhirnya berangkat ke tanah suci.
Keadaan kesihatan mereka baik dan tidak ada tanda-tanda akan sakit. Tiba harinya mereka melakukan tawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. “Labaik allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah”.
Hasan mendekati ibunya dan berbisik, “Ummi undzur ila Ka’bah (Bu, lihatlah Ka’bah).” Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu.
Ibunya yang berjalan di sisi Hasan tidak menunjukkan reaksi, ia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya.
Hasan sekali lagi berbisik kepada ibunya. Ia hairan melihat raut wajah ibunya. Wajah ibunya seperti kebingungan.
Ibunya sendiri tak tahu mengapa ia tak boleh melihat apapun selain kegelapan. beberapa kali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang ada hanyalah kegelapan.
Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Sebelum itu ia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gelita.
Setiap kali menunaikan haji, Hasan bersimpuh di hadapan Allah. Ia solat memohon keampunan-Nya. Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitullah, mengharap rahmatNya.
Terasa hampa menjadi tetamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.
Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka’bah, kelak.
Anak yang saleh itu berniat akan kembali membawa ibunya menunaikan haji tahun depan.
Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di hadapan Ka’bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan simbol kesatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak boleh melihat Ka’bah.
Hasan tidak berpatah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.
Anehnya, ibunya tetap juga tak dapat melihat Ka’bah. Setiap kali berada di Masjidil Haram, yang ada di matanya hanyalah gelap dan gelap. Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri ibunya. Kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.
Hasan tidak dapat memahami, ia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka’bah. Padahal, setiap berada jauh dari Ka’bah, penglihatannya selalu normal.
Ia bertanya-tanya, apakah ibunya ada membuat kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperbuat ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ?
Segala pertanyaan berkecamuk dalam kepalanya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.
Tidak berapa lama kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal karena kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat).
Tanpa mengira kesusahan,Hasan akhirnya bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini.
Ulama itu mendengarkan dengan teliti, kemudian meminta agar ibu Hasan menghubunginya, ia hendak bercakap terus dengan ibu Hasan. anak yang berbakti ini pun pulang.
Setibanya di tanah kelahirannya, ia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut. Beruntunglah, ibunya memenuhi permintaan Hasan.
Ibunya pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci.
Ulama itu kemudian meminta ibu Hasan bertenang, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Beliau diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya.
“Anda harus berterus terang kepada saya, karena masalah anda bukan masalah kecil,” kata ulama itu pada ibu Hasan.
Ibu Hasan terdiam sejenak. Kemudian ia meminta waktu untuk memikirkannya.
Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat khabar dari ibu Hasan. Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Ibu Hasan menghubungi ulama tersebut.
“Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit,” cerita ibu Hasan akhirnya.
“Oh, bagus…..Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia,” potong ulama itu.
“Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram,” ungkapnya terus terang.
Ulama itu terperanjat. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.
“Disana….” sambung ibu Hasan, “Saya sering kali menukar bayi, kerana tidak semua ibu suka dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang mahukan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan bayaran wang, saya menukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka.”
Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan ibu Hasan.
“Astagfirullah……” sanggup wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya.
Apakah ibu Hasan tidak tahu, bahwa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.
Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan sah perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi.
“Cuma itu yang saya lakukan,” ucap ibu Hasan tanpa berasa bersalah.
“Cuma itu ? tanya ulama terkejut. “Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang sangat besar, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan !”. ucap ulama dengan nada tinggi.
“Apa lagi yang anda kerjakan ?” tanya ulama itu lagi sedikit kesal.
“Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati.”
“Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia,” kata ulama.
“Ya, tapi saya memandikan orang mati kerana ada kerja sama dengan tukang sihir.”
“Maksudnya ?”. tanya ulama tidak mengerti.
“Setiap kali ingin menyeksa orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, sepatutnya harus ditanam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak memasukkan di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati.”
“Pernah sekali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang sihir seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya.
" Entah mengapa benda-benda itu seperti terlekat, tidak mahu masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi naik marah, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan.”
Mendengar percakapan ibu Hasan yang tidak merasa bersalah dan tanpa rasa berdosa, ulama itu berteriak marah.
“Cuma itu yang kamu lakukan ? Masya Allah….!!! Saya tidak boleh menbantu anda. Saya angkat tangan”.
Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan ibu Hasan. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi ia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu keras, begitu keji.
Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu.
Akhirnya ulama itu berkata, “Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang akan mengampuni dosa Anda.”
Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari ibu Hasan.
Akhirnya ia berusaha dengan menghubunginya melalui telefon. Ia berharap ibu Hasan telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa ibu Hasan, sehingga rahmat Allah datang kepadanya.
Oleh kerana lama tidak mendapat khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan yang tinggal di mesir. Kebetulan yang menjawab telefon adalah Hasan sendiri.
Ulama bertanya khabar ibu Hasan, ternyata berita sedih yang diterima ulama itu.
“Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustaz,” ujar Hasan.
Ulama itu terkejut mendengar berita tersebut.
“Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?”. tanya ulama itu.
Hasanpun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama itu, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia.
Apa yang mengejutkan adalah peristiwa pengkebumian jenazah ibu Hasan.
Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah dengan izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras.
Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat.
Peristiwa itu berlaku begitu cepat, sehingga tidak seorangpun pengantar jenazah yang sedar bahwa tanah itu kembali rapat. Peristiwa itu terjadi berulang-ulang.
Para pengantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi. Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.
Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus asa dan harapan kerana pekerjaan mereka berhasil.
Siangpun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satupun lubang yang berhasil digali.
Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja terbaring di hamparan tanah kering kontang.
Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak sanggup meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikebumikan.
Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri.
Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian tempatan orang Mesir.
Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang melabuh ke depan.
Lelaki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya,” Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!”. kata orang itu.
Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Harap-harap mahu menggali lubang untuk kemudian mengebumikan ibunya.
“Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, “pesan lelaki itu.
Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan kawasan penguburan. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman, terasa keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.
Sedetik kemudian ia menoleh ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya.
Belum habis rasa hairanya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, ia pun bergegas meninggalkan tempat itu.
Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahawa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman karena terbakar.
Ulama itu mendengarkan dengan teliti semua cerita yang diungkapkan Hasan. Ia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya.
Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu.
Ulama itu meyakinkan Hasan, bahawa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.
Benar kata ulama itu, tidak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitaman hilang.
Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.Tausyiah275

Subscribe to:
Posts (Atom)