Saturday, December 31

PENYERAGAMAN SILIBUS USRAH ORGANISASI


Print
Kiriman ini berupa petikan kertas kerja “Usrah dan Pelaksanaannya: Penyeragaman Pengisian dan Tindakan” yang ditulis oleh Ustaz Yahya Haji Othman. Menurut Ustaz Yahya, bahan rujukan usrah memainkan peranan yang utama untuk membentuk pemikiran ahli-ahli jemaah ke arah kesatuan pemikiran (wahdatul fikri) dan bersatu hati (wahdatul qalbi). Beliau menegaskan bahawa kesatuan pemikiran dan bersatu hati bermula daripada kesatuan bahan bacaan (wahdatul qiraah), yang seterusnya menatijahkan kesatuan cara (wahdatul uslub). Oleh sebab itu, bahan rujukan untuk usrah hendaklah diseragamkan.

Berikut ini disalinkan senarai bahan bacaan yang terdapat dalam kertas kerja tersebut. Dalam kertas kerja itu, Ustaz Yahya cuma memberikan nama sumber dan penulisnya sahaja. Mudah-mudahan senarai ini bermanfaat, khususnya untuk mereka yang bukan dalam bidang agama dan baharu berjinak-jinak dengan usrah.

Silibus : TAFSIR AL QUR’AN
  1. Tafsir Ibnu Katsir. Versi Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsir, terjemahan H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1994/1998, 8 jilid.
  2. Tafsir Safwatut Tafasir, kerangan Sheikh Mohamad Ali as Sabuni. Untuk memudahkah kumpulan usrah, gunakan versi terjemahan tafsir ini sebagai bahan rujukan ketika membicarakan ayat-ayat yang berkaitan.
  3. Tafsir Pimpinan Al Rahman kepada Pengertian Al Qur’an (Jawi), diterjemah serta diberikan penjelasan oleh Syeikh Abdullah bin Muhammad Basmih, Kuala Lumpur, Jabatan Perdana Menteri, 1988. Versi cetakan terbaharu yang lebih kecil dan kemas, termasuk versi huruf Rumi, di pasaran.
  4. Tafsir Fi Zilal Al Quran, Sayid Qutub. Versi bahasa Melayu (beberapa jilid mengikut juzuk tertentu) alih bahasa oleh Yusof Zaki Yaakob, Kota Baharu, Dian Darulnaim Sdn. Bhd, 1983—1988 (berlainan tahun).
Silibus : AL HADIS AN NABAWI
  1. Matan Arbain An Nawawiyyah, Imam an-Nawawi. Edisi bahasa Melayu (Rumi) ialah Hadith 40 (Terjemah dan Syarahnya) susunan Mustafa ‘Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Dewan Pustaka Fajar, 1989. Cetakan terbaharu mudah diperoleh di pasaran.
  2. Riadhus Shalihin. Versi Terjemahan Riadhus Shalihin oleh Salim Bahreisy, Bandung, Penerbit Pt Al Ma‘arif, 1977 (dua jilid). Cetakan terbaharu yang dijadikan satu jilid mudah diperoleh di pasaran.
  3. Misykatul Masobih, karangan Imam Al Khatib Tabrizi.
  4. Bulughul Muram min adillatil Al Ahkam, susunan Al Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani.
  5. Mastika Hadis. Diusahakan bersama oleh Sohibul Fadilah Datuk Haji Muhammad Nor bin Haji Ibrahim, Al Fadhil Tuan Haji Ismail bin Haji Yusof, dan Syeikh Abdullah bin Muhammad Basmih. Diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, cetakan ketiga (Jawi), 1991, mengandungi dua jilid. Sudah ada cetakan terbaharu dan Edisi Rumi.
  6. Sunan Sittah yang merangkumi enam (6) kitab ulama hadis muktabar iaitu, Sahih Bukhari (mengajar cara istinbat hukum dan menyatakan hadis paling sahih), Sahih Muslim(memperbanyakkan hadis sahih), Sunan At Tirmizi (menyebut ikhtilaf ulamak), Sunan Abi Daud(menyebut dalil sandaran ulamak), Sunan Nasaie (mengajar supaya meneliti hadis perawi), Sunan Ibnu Majah (menguji kefahaman dalam bidang hadis).
Silibus : SIRAH AN NABAWIYYAH
  1. Nurul Yaqin, karangan Sheikh Khudari Bik.
  2. As Sirah an Nabawiyyah Durusun wa ‘Ibar, Dr. Mustafa as-Siba’ie.
  3. Fiqh As Sirah An Nabawiyyah, Dr. Said Ramadhan Al Buti.
  4. Fiqhus Sirah, Sheikh Muhammad Al Ghazali.
  5. Al Manhaj Al Haraki Lis Sirah An Nabawiyyah, Dr.Munir Al Ghadban.
  6. Daulatur Rasul Min At Takwin Ila At Tamkin, Dr. Kamal Salamah Ad Daqs.
Silibus : Aqidah
  1. Al Aqidah Al Islamiyyah, Imam Hassan Al Banna.
  2. Muqadimah Aqidah Al Muslimin oleh Haji Abdul hadi Awang, G. G. Edar, Kuala Lumpur 1989 (edisi baru), 146 halaman. Huraian mukadimah ini termuat dalam beberapa buah buku lain seperti "Beriman kepada Allah" (G. G. Edar 1992) dan "Beriman kepada Hari Akhirat" (G. G. Edar 1994).
  3. Aqidah At Thohawiyyah.
Rujukan Tambahan

Bagi memantapkan “Tasawur Al Islam Al Haraki” dan bagi melengkapkan fikrah ahli dengan berbagai aspek hidup dicadangkan beberapa kitab rujukan tambahan antaranya :
  1. Usul Dua Puluh, Imam Hassan Al Banna.
  2. Usul Dakwah, Dr. Abdul Karim Zaidan.
  3. Fiqhud Da’wah oleh M. Natsir, Pustaka Al Ameen, Kuala Lumpur, 1984.
  4. Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam, Abu Hassan Ali An Nadwi (edisi terjemahan).
  5. Al Adalah Al Ijtima’iyyah, Sayyid Qutub.
  6. Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqah, Said Hawwa.
  7. Nahwu Islamin Siyasiyyin, Dr. Fahmi Asy Syaqawi.
  8. Bekalan Dakwah, Mustafa Masyhur.
  9. Minhaj Al Muslim, Abu Bakar Al Jazairi.
  10. As Syabab Al Muslim Fi Muwajahah At Tahaddiyyat, Abdullah Nasih ‘Ulwan.
  11. Hatta La Takuna Fitnah, Fahmi Huwairi.
  12. Kaifa Nata’amalu Ma’a Al Qur’an, Sheikh Muhammad Al Ghazali.
  13. Ma’alaim Al Manhaj Al Islami, Dr. Muhammad Imarah.
  14. Min Ajli Bina’ As Syakhsiyyah Al Islamiyyah, Muhammad Al Hadi Zayyan.
  15. Syakhsiyyatul Muslim Kama Yasughuha Al Islam Fi Al Kitab wa As Sunnah, Dr. Muhammad Ali Al Hasyimi.
  16. Mu’awwiqat Tahtbiq Asy Syari’ah Al Islamiyyah, Manna’ Qatthan.
  17. Auwaliyyat Al Harakah Al Islamiyyah, Dr. Yusuff al-Qaradhawi.
  18. Al Islam, Said Hawwa dan kitab-kitab lain yang sesuai.
Menurut Ustaz Yahya lagi, usrah diperkenalkan secara menyeluruh dalam jemaah mulai tahun 1982. Pada masa itu bahan rujukan tidak banyak. Kini rujukan usrah seperti buku dan kertas kerja semakin banyak. Kini mustahil usrah tidak dapat dilaksanakan semata-mata disebabkan oleh ketiadaan bahan rujukan, malah rujukan-rujukan yang telah disebutkan di atas ini boleh ditambah lagi kitab-kitabnya yang difikirkan sesuai. Oleh kerana terdapat pelbagai jenis usrah, bahan rujukan hendaklah disesuaikan dengan matlamat, peringkat dan pelbagai faktor lain yang melatari sesuatu usrah itu. Info ini hendaklah dijadikan perbandingan sahaja.

Penyeragaman Tajuk

Tajuk yang disampaikan dalam usrah juga mesti diseragamkan. Nuqaba’ bertanggungjawab melaksanakannya. Antara tajuk yang sesuai adalah seperti yang berikut :
  • Peringkat Cawangan (Al Anshar): aqidah, ibadah, al wala’ (ketaatan), akhlak, aurad (wirid-wirid) dan menghadiri majlis-majlis ilmu.
  • Peringkat Kawasan (Al ‘Amilin): merendah diri terhadap orang-orang Mukmin, ukhuwah, mahabbah, jihad, perkara-perkara yang berhubung dengan soal kerohanian, Durus Fi al Amni, menyembunyikan rahsia, qiamullail, amar ma’ruf dan ziarah.
  • Peringkat Perhubungan (An Nuqaba’) : berhikmah, pengamatan, khidmat, pemurah, berani, ketaatan, syura, beramal, berbincang secara berhalaqah dan mengeluarkan para da‘ie.
  • Peringkat Pusat (An Nuwwab) : benar, amanah, komitmen, kebijaksanaan, tabligh, Al Mursyid, Al Mujtahid dan sebagainya.
Insya-Allah, dengan terlaksananya program yang diatur dan pengisian yang diseragamkan, serta tindakan yang jitu melalui mekanisme yang tersusun, usrah dan tarbiah akan berjalan lancar diharap menghasilkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang layak menerima “nasrun minallah” (pertolongan daripada Allah). As Syeikh Hassan Al Hudhaibi R.H pernah menegaskan, “Dirikanlah negara Islam dalam dirimu, nanti ia akan tertegak pula di atas tanah air kamu”.

No comments:

Post a Comment