Monday, January 24

KEPUTUSAN PROSES PENGUNDIAN DUN SELANGOR

 

Dan setelah ditolak undi daripada bekas ADUN Pelabuhan Klang yang digantung, Badrul Hisham Abdullah beserta dengan Speaker DUN, Teng Chang Khim (keseluruhan DUN Selangor ialah 56), jumlah undi yang dikira ialah 54!

SEPERTI DIJANGKA, KESEMUA 34 ADUN PAKATAN RAKYAT MENYOKONG PINDAAN manakala 20 ADUN KESEMUANYA ADUN UMNO-APCO DAN BARISAN NAJIS TIDAK MENGANGKAT TANGAN!
BERMAKNA SAH UMNO-APCO MENCATAT SEJARAH HARI INI SEBAGAI PENDERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU!!

DIULANG, UMNO-APCO PENDERHAKA RAJA-RAJA MELAYU!!

HARI INI UMNO-APCO ADALAH PENDERHAKA SEBENAR RAJA-RAJA MELAYU!!!

HUMBANKAN UMNO-APCO DAN BARISAN NAJIS KE LAUT

[ Jalan Pulang ]


............................................

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Gagal Pinda Perlembagaan Negeri

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal mendapatkan majoriti hasil undian belah bahagi pada pukul 6.25 petang Isnin bagi meminda Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Dengan undi 34 bersetuju dan 20 menentang, kerajaan negeri tidak mempunyai majoriti dua pertiga untuk meneruskan bacaan kali kedua dan ketiga.

Kerajaan negeri memerlukan undi sebanyak 38 bagi meluluskan Rang Undang-undang berkenaan.

Jumlah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ialah 56 dengan Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) ialah 20.

Satu lagi kerusi iaitu Pelabuhan Klang bagaimanapun diisytiharkan kosong pada 19 Januari lalu ekoran penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN lebih daripada enam bulan.

Sidang tergempar DUN Selangor yang diadakan hari ini bertujuan meminda Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Ia bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang kini terletak pada pertadbiran pusat.

Sementara itu Speaker, Datuk Teng Chang Khim pada sidang media selepas itu berkata, beliau tidak mengundi pada sesi undi belah bahagi kerana kedudukannya bukan sebagai undi penentu.

"Kecualilah jumlah undinya sama dan memerlukan undi penentu, baru speaker akan mengundi," katanya.

Jelas beliau lagi, walaupun kerajaan negeri gagal meminda perlembagaan pada hari ini, Rang Undang-undang berkenaan boleh diusulkan sekali pada bila-bila masa.

"Tak menjadi masalah kalau nak bawa semula Rang Undang-undang ini pada masa hadapan," katanya.

Isu ini timbul ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru berkuat-kuasa 1 Januari lalu tanpa melalui pengetahuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


[mstar]

......................................


BERITA
Isnin Januari 24, 2011
Khalid Cadang Bawa Isu Pindaan Perlembagaan Untuk Semakan Kehakiman
SHAH ALAM: Isu pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor nampaknya belum selesai walaupun kerajaan negeri gagal mendapat undi majoriti dua pertiga untuk meminda undang-undang itu dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri pada Isnin.

Ini kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bercadang membawa isu pindaan berkenaan untuk semakan kehakiman.

"Saya mahu buat perubahan. Perubahan ini perlu. Saya tahu politik banyak permainan tapi pengurusan (berlainan), kalau tidak, tak dapat ukur kecekapan (pentadbiran)," katanya semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan pada sidang itu di sini. Khalid berkata beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana kerajaan pakatan pembangkang sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal.

"Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (kerajaan) persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya.

Beliau berkata apa yang berlaku hari ini adalah sejarah dan akan direkodkan dalam hansard Dewan dan akan dikenang dan boleh dibuat rujukan supaya masa depan negara kita akan lebih baik dan terbuka.

"Kepada Anggota Dewan yang tak bersetuju dengan pindaan, tak mengapa, tak ada masalah.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN BN yang turut hadir dan mengambil bahagian dalam perbahasan," katanya. -

No comments:

Post a Comment