Oleh: Pria Malaya
Memang biadap dan kurang ajar!..dah 50 tahun lebih merdeka pun masih jahil tentang nilai dan syariat Islam, masih mahu persoalkan syariat2 Islam..sama juga isu sebelum ini..peguam MCA yg kononnya tak dapat bezakan antara bunyi azan dan ceramah/kuliah agama..baca di SINI..
Terus terang penulis katakan, penulis tak salahkan mereka..tak pelik mereka persoal itu dan ini krn mereka bukan Islam, sudah pastinya jahil tentang Islam..yang patut dipersalahkan adalah parti ketuanan Melayu rasis Umno!..parti perkauman Melayu inilah punca MCA dan Gerakan semakin jahil dan menentang Syariat Islam!
Umno barua MCA/Gerakan!
Penulis setuju dgn pandangan Cikgu Normala Sudirman, Umno GAGAL SEGAGALNYA menjelaskan apa itu Islam kpd sekutu mereka walaupun telah menjalin hubungan lebih 50 tahun..yang mereka tau, Melayu Melayu Melayu sampai agama sendiri dilacurkan..
Lihat shj contoh dlm isu bersalam/berjabat tangan antara wanita dan lelaki bukan mahram di dalam Islam, mana suara pemimpin Umno membela Normala? mana suara pencacai Umno, Zul Kulim mempertahankan Syariat Islam ini? mana PERKASAm dan sekutunya yang lain?..butakah? bisukah? pekakkah?..
Kalaulah DAP yg timbulkan isu ini, xcukup ruang Utusan malaysia dan RTM mainkan isu pengkhianat, biadap, anti Islam, dan lain2..dasar lidah bercabang punya Melayu..pengkhianat agama!!
PRK Tenang pamer wajah sebenar MCA-UMNO terhadap Islam
Itu belum lagi isu 'negara Islam'..kenyataan Muhyiddin Yassin yang bersetuju dengan langkah MCA menjaja isu Islam demi menakutkan masyarakat Cina dengan penubuhan negara Islam (hukum Islam) ternyata telah melampaui batas..
Begitu juga tindakan MB Johor, Ghani Othman yang memperlekeh undang2 islam (mencuri potong tangan) di hadapan kaum Cina di Tenang..sungguh biadap..sila baca pada tajuk, "BIADAP: MB Johor dan Muhyidin persenda hukum Allah, takutkan pengundi Cina dengan negara Islam!"...
Sila sebarkan!
Untuk yang terakhirnya, tahniah Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang segera tampil kehadapan mempertahankan syariat dan hukum Islam dari dilacurkan oleh MCA dan Umno..selagi sesuatu isu itu tidak mendatangkan manfaat kpd perjuangan mereka, jangan harap mereka nk bersuara dan menjuarai isu ini..
Akhir kalam, seperti biasa, isu kebiadapan parti MCA dan GERAKAN ini akan dikemaskini pada link di sebalah, "Koleksi sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!"..mohon kalian baca dan sebarkan..
p/s: Mohon rakan2 yang punyai 'link' dgn Zul Kulim, sampaikan artikel penulis ini kepada beliau..penulis masih menunggu respon beliau di facebook, masih tidak berani approve..dasar pengecut..
BERITA 1
Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala
Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.
Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.
"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.
"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."
Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.
"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama.
"Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."
Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.
Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."
Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat". - MK
No comments:
Post a Comment