Saturday, January 1

nik hazman

Oleh laniisma "Malam tadi adalah malam tahun baru Masehi, iaitu permulaan tahun pada kalender Gregorian. Majoriti manusia di bumi ini merayakannya. Hmmm… untuk apa? Untuk apakah meraikan penambahan tahun? Malaysia juga tidak ketinggalan meraikannya dan ditunggu-tunggu kebanyakkan anak muda untuk meraikannya dengan konsert yang disediakan kerajaan.
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.” (Hadits Riwayat Abu Dawud)

Merujuk kepada hadis di atas, maka alangkah baiknya kalau kita seharusnya menyelidik terlebih dahulu asal usul perayaan tahun baru Masehi. Kenapa harus 1 Januari? Budaya dari kaum apakah perayaan tersebut? Hal ini dibangkitkan agar kita tidak terjebak disebabkan kita jahil dan boleh menuju kesesatan.
Sejarah Tahun Baru 1 Januari
Mari kita buka The World Book Encyclopedia tahun 1984, volume 14, halaman 237.
“The Roman ruler Julius Caesar established January 1 as New Year’s Day in 46 BC. The Romans dedicated this day to Janus , the god of gates, doors, and beginnings. The month of January was named after Janus, who had two faces – one looking forward and the other looking backward.”
Maksudnya lebih kurang begini :
“Penguasa Romawi Julius Caesar menetapkan 1 Januari sebagai hari permulaan tahun baru semenjak abad ke 46 SM. Orang Romawi mempersembahkan hari ini (1 Januari) kepada Janus, dewa segala gerbang, pintu-pintu, dan permulaan (waktu). Bulan Januari diambil dari nama Janus sendiri, iaitu dewa yang memiliki dua wajah – sebuah wajahnya menghadap ke (masa) depan dan sebuahnya lagi menghadap ke (masa) lalu.”

Dewa Janus sendiri adalah dewa sembahan kaum Pagan Romawi, dan pada peradaban sebelumnya di Yunani telah disembah dewa yang sama bernama dewa Chronos. Kaum Pagan, atau dalam bahasa kita disebut kaum kafir penyembah berhala, hingga kini berjaya memasukkan budaya mereka ke dalam budaya kaum lain, sehingga tanpa sedar kita mengikuti mereka. Sejarah budaya Pagan (penyembahan berhala) wujud semenjak zaman Hermaic (3600 SM) di Yunani, dan dikawal oleh sebuah persaudaraan rahsia yang disebut sebagai Freemasons. Freemasons sendiri adalah kaum yang memiliki misi untuk melenyapkan ajaran para Nabi dari dunia ini.
Bulan Januari (bulannya Janus) juga ditetapkan setelah Disember. Ini kerana Disember adalah pusat Winter Soltice, iaitu hari-hari di mana kaum pagan penyembah Matahari merayakan ritual mereka semasa musim dingin. Pertengahan Winter Soltice yang jatuh pada 25 Disember, dan inilah salah satu dari sekian banyak pengaruh Pagan pada budaya Kristian selain penggunaan lambang salib. Tanggal 1 Januari sendiri adalah seminggu setelah pertengahan Winter Soltice, yang juga termasuk dalam bahagian ritual dan perayaan Winter Soltice dalam Paganisme.

Kaum Pagan sendiri biasa merayakan tahun baru mereka (atau Hari Janus) dengan mengelilingi api unggun, menyalakan lilin dan menyanyi bersama. Kaum Pagan di beberapa tempat di Eropah juga meraikannya dengan memukul loceng atau meniup trompet.
Konsep Waktu Dalam Islam
Dalam ilmu pengetahuan dan sains Islam sendiri, waktu adalah salah satu makhluk yang Allah ciptakan untuk mengiringi keseimbangan di dimensi ketiga, iaitu dimensi yang kita hidup kini. Tanpa adanya waktu, maka dimensi tiga (ruang, massa, dan waktu) ini tidak akan terdapat ruang dan massa, begitu pula sebaliknya. Ketiga makhluk Allah tersebut adalah sesuatu yang Allah ciptakan supaya kita ini dapat hidup di dunia ini. Waullahu’alam.
Kesimpulan
Sekarang kita mungkin tahu apa itu tahun baru masehi dan sejarahnya. Jadi apakah masih mahu meraikannya? Itu adalah perayaan kaum penyembah berhala yang dibenci oleh Allah.
ek-ele :Wooo..Woo... Pas Pun Dah Pandai Adakan Konsert Tahun Baru

No comments:

Post a Comment