oleh TINTA HIJAU pada pada 18hb FEB 2011 pukul 5.07AM
Wanita hiasan dunia dan seindah-indah hiasan adalah Wanita Solehah
Salam semua.
Kadang saya HERAN, menurut RasuluLLAH shalaLLAHu 'alaihi wa sallam kebanyakan penduduk Neraka adalah Wanita.
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah Wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)
Padahal pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu Syurga terbuka buat Wanita dan ALLAH S.W.T telah memudahkan Wanita untuk masuk ke dalam Syurga dan mendapat KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN:
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang Lelaki yang sholeh.
2. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (RasuluLLAH S.A.W.) di dalam Syurga.
3. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa Takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah Syurga.
4. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Neraka."
5. Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu.
6. Wanita yang taat berkhidmat kepada Suaminya akan tertutup pintu-pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tanpa dihisab.
7. Wanita yang taat kepada Suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, Malaikat-Malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada Suaminya serta menjaga Solat dan Puasanya).
8. Wanita apabila Solat lima waktu, Puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat kepada Suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
9. Tiap-tiap Wanita yang menolong Suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH S.W.T. memasukkan dia ke dalam Syurga lebih dahulu daripada Suaminya (dengan jarak 10,000 tahun perjalanan).
10. Apabila seseorang Wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. ALLAH S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
11. Apabila seseorang Wanita mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH S.W.T.
12. Apabila seseorang Wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan Ibunya melahirkannya.
13. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi Ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
14. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH S.W.T.
15. Seorang Wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
16. Seorang Wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 Lelaki yang jahat.
17. Rakaat Solat dari Wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat Solat Wanita yang tidak hamil.
18. Wanita yang memberi minum air susu kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
19. Wanita yang melayani dengan baik Suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
20. Wanita yang melihat Suaminya dengan kasih sayang dan Suami yang melihat Isterinya dengan kasih sayang akan dipandang ALLAH S.W.T dengan penuh rahmat.
21. Wanita yang menyebabkan Suaminya keluar dan berjuang ke jalan ALLAH S.W.T dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada Suaminya dan akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan Wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga serta menunggu Suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakult.
22. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh ALLAH S.W.T akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya ALLAH S.W.T memberikannya 12 tahun pahala ibadat.
23. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismiLLAH” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
24. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismiLLAH”, akan diberkatkan rezekinya oleh ALLAH S.W.T .
25. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baituLLAH.
26. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
27. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
28. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan di kurniakan oleh ALLAH S.W.T satu pahala haji.
29. Sekiranya Wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin akan dikira sebagai mati Syahid.
30. Jika Wanita melayani Suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Solat.
31. Jika Wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka Malaikat-Malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya. Jika Wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis akan diberikan oleh ALLAH S.W.T pahala satu tahun Solat dan Puasa.
32. Jika Wanita mengurut badan Suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika Wanita mengurut badan Suaminya bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
33. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan Suaminya akan memasuki Syurga.
34. Jika Suami mengajarkan Isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
35. Semua Insan akan dipanggil untuk melihat Zat ALLAH S.W.T di akhirat kelak, tetapi ALLAH S.W.T akan datang terus kepada wanita yang menjaga Auratnya di dunia ini dengan istiqamah.
WALLAHU A’lam Bishowab
Semoga dapat mengambil hikmahnya dan mengamalkannya
No comments:
Post a Comment