Sunday, December 11

KENAPA HUDUD TIDAK DAPAT DILAKUKAN

UNTUK MUDAH DIFAHAMI

Ramai orang bercakap tentang hukuman Hudud dan Qisas. Tapi, tak ramai yang tahu apakah dia hudud dan qisas ni. Malah, sekiranya ramai yang tahu tentang Hudud dan Qisas, tetapi tidak tahu kenapa ia tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.

Apakah Hudud ni? Apekah Qisas?

Sejenis hukuman bagi haiwan ke tumbuhan?

Atau....

Sejenis hukuman yang melibatkan kemalangan atau hukuman mati?

Hudud adalah jamak bagi perkataan Had. Maka, apabila hukuman had itu banyak, ia dinamakan sebagai hudud. Hukuman had ialah hukuman yang telah ditentukan oleh Allah terhadap kadar dan bagaimana hukuman itu harus dilaksanakan berdasarkan kepada Quran dan Sunnah Nabi.

Antara kesalahan-kesalahan yang dijalankan dibawah hukuman had adalah :

1) Kesalahan berzina,
2) Mencuri
3) Minum arak
4) Qazaf (tuduh orang berzina)
5) Pemberontak
6) Merompak
7) Murtad



Sekiranya seseorang itu telah melakukan mana-mana kesalahan yang dinyatakan seperti di atas, maka, hukuman Had (hudud) akan dijalankan ke atasnya. Ketahuilah bahawa hukuman had itu adalah hak Allah (milik Allah).

Barangsiapa yang telah dihukum dengan hukuman had, maka dia akan bangkit dihadapan Allah tanpa sebarang dosa yang dipikul olehnya atas sebab kesalahan yang dilakukannya itu. Bahkan dirinya sudah diampun oleh Allah setelah dihukum dengan hukuman Had.



Manakala Qisas pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah, setimpal dengan kesalahan yang dilakukan terhadap mangsanya. Seperti :


            A bergaduh dengan B menyebabkan jari telunjuk tangan B putus setelah dipotong oleh A.
       maka, sekiranya hukuman Qisas dijatuhkan ke atas A, maka B boleh membuat perkara
       yang sama seperti A lakukan ke atasnya, iaitu memotong Jari telunjuk A.

Atau

            Sekiranya B baik hati dan sudi memaafkan A, maka A hendaklah membayar denda (Dam)
      sebagai ganti nilai Jari B yang telah hilang dipotong oleh A.


Baiklah, berkenaan dengan situasi di negara kita. Sebelum kita dapat melaksanakan hukuman Hudud dan Qisas, ia memerlukan beberapa perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Pada pandangan saya, ada dua perkara yang penting harus dilakukan oleh pemerintah (sekiranya mahu menjalankan hukuman Hudud dan Qisas) iaitu :

a) Menukarkan atau menghapuskan Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 (Civil Law Act 1956.

b) Membuat akta undang-undang baru yang memberi kuasa untuk melaksanakan Hudud & Qisan dan undang-undang tentang procedure pelaksanaannya.


Ketahuilah bahawa, kesemua tugasan di atas haruslah dilakukan di Parliament. Ini kerana, hanya Parliament sahaja yang mempunyai bidang kuasa untuk merangka dan meminda sebarang bentuk akta dan undang-undang dalam negara.

Kembali kepada topik, kenapakah kita harus pinda atau lupuskan Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil?

Mari kita lihat, apa Seksyen 3 dan 5 cakap :

Seksyen 3(1)(a) menyatakan :

Application of U.K. common law, rules of equity and certain statutes :

3. (1) Save so far as other provision has been made or may hereafter be made by any written law in force in Malaysia, the Court shall—

(a) in Peninsular Malaysia or any part thereof, apply the common law of England and the rules of equity as administered in England on the 7 April 1956;

Malah, Seksyen 5(1) menyatakan :

Application of English law in commercial matters :

5. (1) In all questions or issues which arise or which have to be decided in the States of Peninsular Malaysia other than Malacca and Penang with respect to the law of partnerships, corporations, banks and banking, principals and agents, carriers by air, land and sea, marine insurance, average, life and fire insurance, and with respect to mercantile law generally, the law to be administered shall be the same as would be administered in England in the like case at the date of the coming into force of this Act, if such question or issue had arisen or had to be decided in England, unless in any case other provision is or shall be made by any written law.
Berdasarkan kepada Seksyen 3 dan 5 di atas, maka ini jelaslah bahawa kita sebenarnya terikat dengan undang-undang tersebut. Bahkan, dibawah seksyen 3 & 5, ia jelas menuntut setiap mahkamah di Malaysia untuk menggunakan undang-undang yang sama sebagaimana yang telah dipraktiskan di England.

Jadi, sekiranya kita betul-betul mahu melaksanakan hukuman Hudud dan Qisas, maka tidak dapat tidak, kita mustilah menukar atau menghapuskan terlebih dahulu Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Civil ini.

Dengan kehadiran seksyen 3 & 5, maka kita akan tersekat dengan undang-undang England yang lapuk dan lama.

Jadi, ia menjadi tugas Parliament untuk menukarkan kedua-dua Seksyen tersebut.

Malah, sebelum ini, sudah ramai dikalangan pertubuhan-pertubuhan, orang kenamaan di Jabatan Kementerian, para penal penasihat undang-undang Syariah, dan pelbagai agensi penasihat undang-undang telah menghantar proposer dan cadangan agar Seksyen 3 & 5 ni di pinda. Namun, tiada tindakan susulan yang dilakukan oleh Parliament.

Jadi, dengan wujudnya Seksyen 3 & 5 ini, hingga sekaranglah undang-undang kita akan terikat dengan undang-undang British yang lama dan Undang-undang Jenayah Syariah tidak akan berkembang serta dilaksanakan.




Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment