Tuesday, January 25

Umno Perlu Jelaskan Sebab Tolak Pinda Perlembagaan Negeri




SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menolak cadangan meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 membuktikan parti itu menentang tindakan untuk mengembalikan hak raja-raja Melayu.
Justeru beliau berkata, Umno yang sebelum ini sering menjadi juara mengenai isu ketuanan Melayu perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tindakan mereka menolak usul berkenaan.
"Kita lihat Umno yang ghairah berbica tentang ketuanan Melayu dan hak raja menentang usul itu.
"Soal Umno tak setuju mereka kena jelaskan kepada rakyat kenapa mereka tolak," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Beliau mengulas mengenai kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga.
Usul pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar kerana cuba memperbetulkan dan mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu yang dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

No comments:

Post a Comment